Berapa ramai rakyat Kelantan yang berada di luar negeri tidak menyangka akan masalah sosial yang berlaku dikalangan remaja di serambi mekah itu, keadaan ini berlaku bilamana tarbiah Islam mula bertukar menjadi tarbiah politik, tarbiah politik yang diiramakan dengan maki hamun cabar mencabar itu nampaknya terbukti melahirkan insan yang benar-benar 'gedebe' biarpun ia hanya seorang gadis.
Perkataan-perkataan yang keluar dari mulut mereka sebijik serupa dengan apa yang keluar dari mulut pemimpin-pemimpin yang suka berceramah memaki hamun setiap malam itu, sayang sekali, perjuangan Islam yang sepatutnya dimartabatkan sudah terkeluar dari landasan perjuangannya yang asal. Perjuangan memartabatkan Islam berubah wajah menjadi perjuangan merebut kuasa dan kemewahan duniawi, Ulamak-ulamak semakin menjadi terompah kayu getah reput yang tidak berguna walaupun untuk dibuat membaling anjing.
Akibat dari perlakuan Ulamak yang mengutamakan politik lebih dari segala-galanya, maka hasil dari itu ianya meninggalkan kesan sebagaimana yang dapat dilihat pada rakaman video dibawah, suka untuk diingatkan bahawa kes-kes seperti ini bukan kes terpencil berlaku dinegeri Kelantan Darul Naim, malah penularan masalah sosial ini memperlihatkan keadaannya yang sudah tidak terkawal lagi, dan tidak hairanlah jika kes tembak menembak yang sering berlaku dinegeri ini kerana ianya mula terasuh dibangku sekolah lagi, namun menyalahkan pihak polis adalah satu jalan yang berkesan bagi menutup kelemahan sebuah pentadbiran yang bercirikan 'balak' dan 'taukeh cina' itu. Anda Mampu Mengubahnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.