Video - Wanita Melayu Terpaksa 'Selak Baju' Pertahankan Rezekinya Di Pulau Pinang

Apa sebenarnya berlaku di Pulau Pinang ? yaitu negeri yang dikuasai oleh DAP  berKetua Menterikan Lim Guan Eng yang senantiasa dipuja-puja oleh pemimpin PAS sehingga mendapat jolokan Umar Abdul Aziz, namun semua itu hanyalah indah khabar dari rupa, pemimpin PAS sanggup bersubahat melindungi kezaliman DAP menindas peniaga Melayu, apa tidaknya jika  peniaga Melayu itu terpaksa mempertahankan rezekinya dengan bertindak ingin membuka baju, dari berniaga secara halal terpaksa bertindak secara haram demi mencari rezeki bagi membesarkan anak-anak.

Penindasan Pihak Berkuasa Tempatan keatas orang Melayu Pulau Pinang sememangnya sudah lama diketahui umum, tapi entah bagaimanalah jolokan Umar Abdul Aziz itu sanggup digelarkan kepada LGE, apapun tidak usahlah dihairankan kerana pemimpin PAS sendiri pernah mengakui bahawa mereka lebih sanggup memakan babi bersama DAP daripada memakan ayam bersama UMNO.

Namun sekiranya benar kerajaan yang diterajui LGE itu kerajaan yang adil dan berkebajikan sebagaimana yang di omongnya, kejadian seperti rakaman video dibawah tidak mungkin akan berlaku, asasnya adalah kenapa perlu diambil tindakan keatas peniaga itu ? Sekiranya tiada lesen, keluarkanlah lesen, apa masalahnya, yang jadi masalah hanya jika kerajaan itu zalim dan tidak berkebajikan sahaja.

Ataupun jika peniaga itu berniaga di lokasi yang tidak dibenarkan sehingga menggangu orang lain seperti berniaga ditengah jalan raya, nasihatkanlah mereka dengan cara yang baik serta berikan pada mereka lokasi yang sesuai, ini kerana jika PBT bertindak menyita atau merampas barang-barang mereka, macammana mereka nak cari rezeki untuk menyara keluarga ? Berkebajikankah tindakan yang sedemikian ? mereka bukannya berniaga pu#!, kalau macam tu apa yang boleh dibanggakan dengan kerajaan berkebajikan PR berbanding kerajaan BN ? 

(Cubaan peniaga 'selak baju' apabila Penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mahu merampas barang yang digunakan bagi menjalankan perniagaan urut refleksologi di Padang Kota Lama.)

Baru sepenggal pegang kerajaan, pelbagai ragam penindasan dilakukan DAP, mungkin lagi lama mereka perintah lagi ramai rakyat menderita, dan tidak mustahil sekiranya PR terus diberi kuasa, keadaan rakyat seperti video dibawah itu turut akan berlaku kepada rakyat dinegara ini, jadi, Anda Mampu Mengubahnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.