Anwar Pertahankan Anaknya Sokong Murtad
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan kenyataan anaknya, Nurul Izzah Anwar berhubung hak kebebasan beragama di negara ini termasuk kepada orang Melayu.
Malah Ketua Pembangkang itu mendakwa kenyataan Nurul Izzah sengaja diputarbelitkan demi kepentingan politik pihak tertentu.
"Kenyataan itu disalah tafsir...bukan saja disalah tafsir malah ia dimanipulasi.
"Apa isunya? Saya baca kenyataan dia (Nurul Izzah) yang menyebut mengenai kerangka perlembagaan (kebebasan beragama)...ini jelas," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini, Selasa.
Tegas Anwar, anaknya yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai kini berhadapan situasi yang sama dengannya apabila kenyataan-kenyataanya sebelum ini juga didakwa dimanipulasikan hingga mencetuskan kontroversi.
"Mereka juga sering ambil sebahagian kenyataan-kenyataan saya dan manipulasi.
"Ia sangat tidak adil, Izzah beritahu bahawa dia akan amil tindakan mahkamah terhadap Utusan Malaysia," katanya.
Selain itu Anwar seperti biasa meletakkan kesalahan berkenaan kepada Umno yang didakwanya menggunakan pendekatan terdesak apabila menggunakan isu agama untuk meraih undi.
"Ini soal agama, bukan mainan politik. Ini adalah pendekatan terdesak yang diambil oleh Umno.
"Agama digunakan sebagai alat permainan oleh Umno, ini tidak sihat. Saya pandang serius mengenai perkara ini," katanya.
kenapa utusan malaysia? bukankah utusan malaysia petik kenyataan nurul izzah dari malaysiakini? kenapa anak dan bapak ni melampau2 sgt bodoh dan bangangnya. ambil tindakan sekali terhadap malaysiakini. baru la ada sikit cerdik... dow
ReplyDeletePak Sheikh dah kehabisan modal ! ceramah siang malam pongg!pangg!pongg!pangg!!....org kampung naik meluat..tunnguuuu PRU 13...tgk mana hang pii...tungguuuuuuuu!!
ReplyDeletemuka DSAI ni makin hari makin seram aku tgk.. seolah olah xder nur di wajah beliau
ReplyDelete