Isu KO BN Dan Umno Murtad - Setiausaha Akhbar Nik Aziz Sahut Cabaran Debat Minda Pondok

KUALA LUMPUR - Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan Ahmad Fadhli Shaari menawarkan diri untuk tampil menyahut cabaran debat Minda Pondok bagi mempertahankan tuduhan yang dilemparkan oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Cabaran itu, katanya khusus bagi mempertahankan dakwaan Nik Aziz  khususnya dalam isu doa dan  memurtadkan Umno.

"Saya menawarkan diri untuk tampil menyahut cabaran Minda Pondok yang saya kira perlu untuk dilaksanakan.

"Dalam hal ini saya kira samada Minda Pondok boleh merangka program ini ataupun diserahkan kepada mana-mana pihak ketiga untuk menjadi urusetia," katanya dalam kenyataan.

Beliau berharap Minda Pondok boleh menerima cadangan ini sekiranya benar-benar mereka ikhlas untuk menjernihkan suasana.

Bagaimanapun Ahmad Fadhli berkata, dalam isu debat perlulah sekurang-kurangnya panelis yang terlibat dilihat sama kedudukan sama ada dalam parti mahupun kerajaan.

"Selaku Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS, adalah tidak munasabah untuk meletakkan Minda Pondok sepentas dengan Nik Aziz dalam apa jua tajuk sekalipun," katanya.

Beliau memberi respons demikian ekoran cabaran debat oleh satu pertubuhan bukan kerajaan yang menamakan diri mereka sebagai Minda Pondok seperti yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia hari ini.

Minda Pondok dilaporkan mencabar Nik Aziz berdebat dalam isu doa dan dakwaan bahawa UMNO murtad.

Dengan sahutan SUA Nik Aziz terhadap Minda Pondok itu kita mengharapkan mana-mana pihak tidak akan memberi apa-apa alasan lagi selepas ini, dan debat ini perlu disegerakan bagi kita melihat dan menilai kedudukannya yang sebenar serta hujah-hujah yang diutarakan oleh kedua-dua pihak.

Disebabkan isu ini juga tidak melibatkan dasar parti yang perlu diputuskan oleh individu yang punyai kuasa, kita melihat kedua-dua belah pihak adalah lawan yang sepadan dengan ilmu pengetahuan yang dimiliki mereka. Jadi apa ditunggu lagi!!! Anda Mampu Mengubahnya.

2 comments:

  1. antara yang hak dan batil ....
    antara yang benar dan dusta ...
    ilmu menjadi petunjuk ...
    sejarah tidak pernah berdusta ...
    hanya kita lupa merujuk ...
    bicara sang pemimpin "ada datuk melihat vidio lucah dengan cucunya"
    tiada bukti ... tiada saksi ... bicara semata untuk menghibur hati ... pendengar mendengar seronok sekali ... gegak gempita sahut-menyahuti ...
    adakah bicara itu ... merujuk
    ilmu yang hakiki ... pada sabda nabi ... yang penuh bererti ...sesiapa mereka cerita supaya buat orang tertawa ... ada azab menantinya ... apakah kita patut katakan kepada sang pengcerita ... doakan dia semoga diazab penuh kesakitan sebagaimana sabda nabi dan sebagaimana doa sang guru agung pohon kemusnahan atau ... mohon ampun atas dosanya ... kerana dia dan kita sering terkhilaf dalam mengatur bicara yang terkadang terkeluar dari batas ilmu, budi dan pekerti...

    ReplyDelete
  2. dalam kita melihat kejahatan orang jangan lupa kejahatan kita ... takut-takut perbuatan orang yang kita laknat itu sebenarnya ada pada kita, maka laknat itu turun kembali kepada kita ... kata orang melayu lama ... fikir itu pelita budi ... ilmu menyuluh akal ... akal memandu hati ... hati menuju hasrat ... hasrat mengharap redaNya tetapi kalau ilmu tidak mampu menyuluh akal ... hati akan mati ... nafsu menguasi diri ... yang terang menjadi kelabu ... petunjuk tidak mampu dilihat kerana hati tidak mahu menerimanya ... yang salah dibela ... yang silap dipertahankan ... yang melakukan dosa besar (fasik) dianggap penyebar khabar mulia ... maka dia dijulang bagai perwira ... yang benar dipandang remeh ... yang ikhlas tidak diendah ... kebenaran dilihat kepada siapa yang bercakap ... bukannya kepada apa yang dicakap ... akhirnya diri menjadi punah ... kerana dendam sudah bernanah ... fitnah menjadi zikir harian ... berita dusta didengar enak ditelinga kerana puak kita yang khabarkan ... dosa siapa yang mahu tanggung ... bercerita ada atuk menonton vidio lucah dengan cucunya ... mana bukti ... mana budi ... mana hati ... mana pekerti ... apakah ini bicara orang berilmu ... atau sekadar bicara penyedap halwa telinga ... sedangkan ada sabda nabi ... sesiapa mereka cerita supaya buat orang tertawa ... ada azab menantinya ...bicara ini untuk sesiapa sahaja yang membacanya ... lebih-lebih lagi kepada diri yang kerdil ini ... akhir kalam ... berfikirlah dengan akal yang terang ... dengan hati yang tenang ... dengan nafsu yang lenang ... biar setiap tindakan yang diambil mendapat redaNya ... tentu setiausaha akhbar Niz Aziz ada jawapannya ...

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.