"KO BN" - Nik Abduh Pertahankan Bapa Saudaranya Dengan 6 Dalil Tak Cukup Satu

Yang ke 6 Sila tambah tu yang tak tahan tu, sampai Nik Abduh sendiri pun dah buntu bagaimana nak bela doa "KO BN" bapa saudaranya itu, dah bagi 5 dalil pun dia rasa tak cukup lagi untuk diiktiraf sebagai zalim, kerana dalil-dalil itu tidak konkrit.
 
Nik Abduh perlu pertahankan bapa saudaranya supaya tidak dilihat sebagai liabiliti kepada PR untuk ke Putrajaya, golongan IRC didalam Pas sedang  mencemuh anak beranak mereka sekarang ini, tidak kurang ada yang menyindir sebagai 'politik kampung, dan ada juga yang mengambil sikap berdiam diri, tidak sebagaimana isu sokongan murtad Nurul Izzah yang mana pemimpin-pemimpin Pas seperti Khalid Samad pantas bangkit membela dan mempertahankan kenyataan Nurul Izzah.
 
Sementara itu Ikatan Muslim Malaysia (Isma) menegaskan Pas tidak wajar memberi perumpamaan Umno-Barisan Nasional (BN) seperti firaun yang kejam dan zalim dalam doa selepas solat hajat sempena muktamar parti itu, Jumaat.

Presidennya, Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata, kalau dilihat dari segi perjuangan Umno pada hari ini tidak sama seperti firaun yang mahukan menghancurkan agama dan orang Islam.

“Pemimpin Umno juga bukan pemimpin angkuh dan tidak boleh dikategorikan sebagai pemimpin yang menentang Islam.

“Mereka mentadbir dan memerintah negara ini dengan cara munasabah. Jadi, jika ada kelemahan, perlulah di doakan perkara kebaikan bukannya kehancuran,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Abdullah Zaik turut mempersoalkan mengapa sebelum ini Pas boleh menerima dan tidak mendoakan kehancuran golongan Erdogan di Turki yang mengamalkan dasar sekular.

"Jika golongan Erdogan ini berjuang dalam situasi mereka, Umno-BN pun berjuang dalam konteks situasi sebagai sebuah parti yang memimpin kerajaan berbilang bangsa," katanya.

Beliau berkata, dalam agama Islam, amalan mendoakan kehancuran dan keburukan kepada orang lain tidak boleh dilakukan termasuk kepada umat Islam sendiri.

Beliau berharap Pas kembali kepada kesederhanaan dalam berpolitik.

Sementara itu, Pertubuhan Pembela-pembela Islam (Pembela) pula menegaskan mana-mana parti yang berlandaskan Islam dalam perjuangan mereka tidak sepatutnya bertindak mendoakan kehancuran kepada orang lain kerana perkara ini tiada dalam nas dan Al-Quran.

Pengerusinya, Aminuddin Yahya berkata, tindakan ini secara tidak langsung akan menggalakkan perpecahan dalam kalangan orang Melayu Islam.

“Doa ini memberikan pengertian yang tidak adil kepada parti pemerintah yang telah banyak menaburkan bakti kepada negara,” katanya.

Beliau berharap, kedua-dua parti politik Melayu Islam perlu duduk berbincang untuk mengelakkan banyak lagi salah faham pada masa akan datang.

5 comments:

  1. Kalau dia tak bela bapa saudaranya...siapa lagi? Yang lain semua menghentam bapa saudaranya itu.Memang sesuai kalau parti PAS ini digelar parti orang kampong dan parti Pak lebai.Kalau lah PAS ni diberi peluang memerintah Malaysia seperti UMNO sejak Merdeka lagi...punah ranah negara ini dibuatnya.Contoh, Mahathir bagi duit kat Kelantan suruh buat projek bekalan air bersih di Kelantan.Dah 20 tahun Nik Aziz memerintah...rakyat Kelantan masih gali perigi dan pakai pam air dirumah masing2.Rakyat Kelantan dibuainya dengan ceramah2 agama supaya orang Kelantan jadi taksub dengan dirinya.Sekarang siapa bodoh?

    ReplyDelete
  2. bodohnya diorg

    ReplyDelete
  3. Pas....parti poliyik paling MORON di dunia.
    Memalukan umat Islam aje...

    ReplyDelete
  4. bapa bodoh anak lagi bodoh, anak beranak mudah diperbodoh bodohkan...ish ish ish.

    ReplyDelete
  5. Sekadar teguran.
    Rasenye kite x perlulah smpai melebel same ade org tu bodoh atau tidak.
    Ingat, kite same2 umat NABI MUHAMMAD S.A.W. kalau die lihat umat die saling caci mencaci, rase rasenye die sedih x? Sedangkan perkataan terakhir yg kluar dari mulut die ialah "Umatku..umatku"
    Tolong renung renungkn..
    :)

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.