Gertakkan Karpal Cetus Gangguan Seksual Terhadap Wanita Di Kelantan

Penangguhan penguatkuasaan syarat-syarat pelesenan di bawah undang-undang kecil Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) yang melibatkan kedai gunting rambut milik bukan Islam dijangka menyebabkan ramai wanita di Kelantan terganggu seksualnya.

Ini kerana, menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan negeri Datuk Takiyuddin Hassan, penguatkuasaan undang-undang berkenaan adalah bertujuan untuk mengekang gangguan seksual yang berlaku terhadap golongan wanita sebelum ini.

Penjelasan dari Exco Pas bersabit isu ini pada mulanya dilihat agak relevan dan tidak seharusnya perlaksanaan itu ditangguhkan, Takiyuddin juga turut menjelaskan dimana orang bukan Islam sendiri menyokong undang-undang berkenaan kerana ia boleh menghalang suami-suami berhidung belang dari 'bergelenya' dengan pekerja wanita salon terbabit.

Takiyuddin juga turut mencabar mana-mana pihak supaya mendatangkan 10 orang non muslim yang tidak bersetuju dengan undang-undang ini kerana beliau yakin wanita non muslim  juga tidak suka suami mereka 'bergatallan' dengan wanita lain termasuklah pekerja salon yang menyediakan khidmat pekerja wanita  menggunting rambut lelaki.

Hujah-hujah yang diberikan Takiyuddin cukup kemas dan mantap serta boleh diterima pakai sekiranya benar apa yang dikatakannya itu realiti kepada apa yang berlaku, tapi sayang sekali, tidak sampai beberapa jam kenyataan yang dibuat beliau itu, akhirnya sikap angkuh mendabik dada dan memandai-mandai Pas didalam kemajmukan masyarakat itu tepaksa tunduk hanya dengan sekali sahaja gertakan pahlawan terbilang 'Over my dead body' and the gang, keadaan itu membuatkan  Pas terpaksa memutuskan penangguhan penguatkuasaan undang-undang tersebut.

Sepatutnya dalam keadaan negara yang makin membangun pada hari ini, hal-hal jumud seperti itu tidak wajar lagi ianya timbul dan sepatutnya sudah selesai 20 tahun dahulu, tapi itulah Pas, berceramah mengalahkan penjual ubat kuat didada Harakah sehingga terlupa dengan perkara-perkara penting yang membabitkan rakyat.

Mujurlah pelaksanaan hukum Hudud tidak dibuat secara membabi buta yang akhirnya akan menyebabkan hukum itu dipandang serong oleh keseluruhan masyarakat, bukan kerana kelemahan hukum akan tetapi kerana kelemahan dan kejahilan pelaksanaannya.

Jika undang-undang kecil dan terpencil keberlakuannya itu pun gagal Pas laksanakan, masakan kita tidak boleh fikir bagaimanalah agaknya jika Hudud dilaksanakan oleh Pas dalam kejahilannya itu setelah berjanji akan melaksanakannya selepas memenangi PRU pada tahun 1990 dahulu.

Terpotong rambut tumbuh kembali, terpotong tangan manakan kucari ganti, berfikir dahulu sebelum buat jauh lebih baik dari buat dahulu baru berfikir, Hukuman walaupun baik akan menjadi buruk jika si penghukum itu jahil, begitu juga dengan bukti doanya, doa yang zahirnya baik sebagai penghubung hasrat antara mukmin dengan Tuhannya berubah buruk menjadi senjata politik bernafsu Khawarij...Anda Mampu Mengubahnya.

1 comment:

  1. "...tepaksa tunduk hanya dengan sekali sahaja gertakan pahlawan terbilang 'Over my dead body' and the gang, keadaan itu membuatkan Pas terpaksa memutuskan penangguhan penguatkuasaan undang-undang tersebut."

    Ish! Ish! Ish! Ish!... MelePAS lagi!

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.