Kampungku Banjir Kota Bharu Naik Air

KOTA BHARU - Banjir di Kelantan semakin buruk dengan jumlah mangsa meningkat kepada 102 orang di sebelah petang berbanding hanya 18 orang di sebelah pagi.

Menurut portal rasmi kerajaan negeri, jumlah itu membabitkan 24 keluarga di empat jajahan iaitu Kota Baharu, Machang dan Pasir Mas selain Pasir Puteh yang mangsa berpindah sejak tengah malam Ahad.

Di Kota Bharu, seramai 31 orang dipindahkan iaitu 27 orang di Sekolah Kebangsaan Tiong dan empat orang di Pejabat Penggawa Peringat.

Di Machang, empat orang ditempatkan di Madrasah Sungai Mas manakala di Pasir Mas, seramai 49 dipindahkan, 23 daripadanya ditempatkan di Madrasah Haji Daud, Kangkong dan 26 orang lagi di Sekolah Kebangsaan Baroh Pial.

Di Pasir Puteh, jumlah mangsa kekal 18 orang yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Bukit Awang malam tadi.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kelantan, Roslee Mamat berkata Sungai Golok di Jenob kini melepasi paras bahaya iaitu 24.64 meter (paras bahaya 23.50 meter) dan di Rantau Panjang, air kini pada tahap 9.25 meter (paras bahaya 9 meter), manakala sungai utama lain berada di paras amaran.

Beliau berkata keadaan tengkujuh di Kelantan kini di peringkat jingga dan keadaan itu dijangka berterusan sehingga lusa.
Pengalaman banjir yang saya lalui sendiri ini pula adalah pengalaman pertama apabila tinggal dikawasan yang mudah dinaiki air. Kediaman yang berhampiran tali air ini menyebabkan semua keluarga terpaksa berkurung dirumah, ini kerana hujan lebat beberapa hari lalu menyebabkan air didalam tali air  mulai melimpah sekaligus jalan untuk keluar dari kawasan ini turut digenangi air.
Keadaan air mulai naik pada malam tadi yang sudah hampir digigi tangga itu cukup merisaukan, almaklum jerlah tak biasa katakan..
Bagaimanapun hari ini masih tiada lagi tanda-tanda air akan surut malah keadaan air dilihat masih dalam keadaan bertahan.
Antara aktiviti yang mampu dilakukan di musim banjir ini adalah menahan pukat ikan. seronok jugak rasanya....ermmm.
Hujan lebat dan air deras dari sawah padi menyebabkan berlakunya tanah runtuh yang melintangi ruang jalan, jambatan sementara yang menggunakan batang pokok kelapa telah dibina dan terpaksa digunakan walaupun berkemungkinan menghadapi risiko.

Meninjau pada ruang bawah di jambatan sementara ini kelihatan salah satu batang kelapa mulai bengkok, namun apa boleh buat negeri Ulamak, berdoa sajalah supaya selamat...





Akhir sekali di musim banjir jugalah berpeluang menjumpai lipan besar yang agak sukar ditemui pada waktu biasa, sedang syok duk layan internet tetiba jer lipan ini muncul menghampiri kaki, akibat terkejut kerana lipan ni tak bagi salam, terpaksalah gambanya diambil dengan keadaan yang demikian.

Duk tunggu jugak kalau-kalau ada bantuan banjir, tapi setakat ni takder lagi...

4 comments:

  1. lipan tu kalau goreng bagi makan kat Nik Ajis ok jgk,ubat org tua nyanyuk,negeri ulamak ni kalau tanah runtuh,jambatan buat dgn btg pokok kelapa ya,bijak2,lepas tu berdoa tanpa ikhtiar,dasyat2.lebih baik kau jgn lalu jambatan tu bro,aku tgk pun mcm nak patah,stakat motor tu xder hal kot,tp kalau dgn kereta aku rasa memang xslamat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg Komen di atas rasanya adalah seekor babi yg pandai menaip

      Delete
  2. Syoknya tengok suasana kampung macam ni,damai je kan.mesti best giler.

    ReplyDelete
  3. dulu kampung aku masa banjir memancing ikan ikut celah lantai jer. lantai papan yg jarang membolehkan tali pancing dihulur ke bwh rumah yg bnyk ikan. best gila woi....

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.