Kebiadapan Abby Menyebut Nama Nabi Kesan Pengaruh 'Mat Kampung Kita'

Abby Abadi berkata-kata hanya semata-mata kerana upah, memperjuangkan Pas bukan memperjuangkan Islam, dalilnya menghukum hanya untuk mereka yang menentang Pas, macammana sekalipun seseorang itu berjuang Islam, namun jika tidak menyokong Pas, difahami oleh Abby seseorang itu tidak akan masuk ke syurga kerana malaikat akan menyemak nama dahulu samada mengisi borang keahlian Pas ataupun sebaliknya.

Ilmu tidak seberapa, tapi lantangnya mengalahkan Ulamak-ulamak muktabar, kemelampauan Abby itu membuatkan ramai yang tidak senang ekoran kritikan 'bodoh' bersifat terbuka yang dibuat oleh beliau menerusi Twitter, Facebook dsbnya.

Dalam pada lantang duk kritik mengalahkan Ulamak muktabar itu, Abby sendiri masih jahil menyebut nama Allah dan nama Nabi Muhammad SAW, jika diperhatikan nama Allah yang ditulis oleh Abby dieja dengan ALLAHU AKHBAR, Akhbar bukan Akbar. Sudah pasti ianya memberi makna yang berbeza.

Biarpun begitu banyak ejaan demikian ditulis oleh Abby, namun kita berbaik sangka dengan menganggap ia hanya kesilapan ejaan bukan pada sebutan, akan tetapi bagaimanpula dengan sikap kurang ajar Abby dengan sentiasa memanggil nama Nabi yang sangat kita kasihi dengan panggilan "MUHAMMAD" tanpa awalan pangkat dan darjat 'NABI' ? Tidak pernah kita mendengar rakaman kuliah hidayah Abby menyebut nama Nabi dengan sebutan Nabi Muhammad SAW kecuali hanya menyebut Muhammad.
Tidak bolehkah Abby nak sebut nama Nabi dengan lebih beradab, kalau dah nama pun tak boleh nak sebut elok, bagaimana nak bawa Sunnah baginda ? Meletup-letup duk kritik orang, dia sendiri 'jahil murakkabo nyor'  lagi, budaya merendah-rendahkan Nabi umpama 'Mat kampung kita' ni perlu disedarkan supaya ia tidak terus diamalkan. Kalau Abby boleh menghormati pemimpin Pas apabila menyebut nama mereka dengan awalan seperti al-fadhil ustaz, Tuan Guru, Tok Guru, Datuk, Datin, YB, kenapa tidak boleh menghormati apabila menyebut nama baginda Rasulullah SAW.

'Sikir' sungguh telinga mendengar nama Nabi kita disebut hanya dengan 'Muhammad', dari mula terima hidayah sampailah hari ini tak pernah berubah. Perkara ini adalah satu hal yang wajib ditegur oleh pejuang isle Pas, jangan kerana pemimpin Pas memberikan Abby ganjaran wang, Abby hanya menghormati mereka sahaja, sedangkan syafaat Nabi Muhammad SAW tidak ada nilainya untuk dinilai dengan seluruh harta benda yang ada dalam dunia ini. Anda Mampu Mengubahnya.
Allah berfirman didalam surah An-Nur yang bermaksud:
Janganlah kamu jadikan panggilan Rasul di antara kamu seperti panggilan sebahagian kamu kepada sebahagian (yang lain). Sesungguhnya Allah telah mengetahui orang-orang yang beransur-ansur pergi di antara kamu dengan berlindung (kepada kawannya), maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah Rasul takut akan ditimpa cubaan atau ditimpa azab yang pedih. An-Nur 24 : 63

6 comments:

  1. Abby tak salah, yang salah mak dan bapak dia. Bagi aku... mak dan bapak yang "Total Failure" dalam hal mendidik anak sebagai muslimah. Inilah yang dikatakan "Memburit Pandai, Didik anak, tak tahu"... Maka lahirlah anak2 yang bersifat Jahiliah..

    ReplyDelete
  2. nampaknya abby betul2 dah kurang ajar..... ini semua drp ajaran pas supaya membenci umno bn

    ReplyDelete
  3. bila dah 'xsuka',bnda2 kecik yg xmmbawak dosa pn ko pertikaikan ya admin..buat tmbh dosa ko ja dok kata kt org,isi post ni pasal xsebut nabi,itu semua gelaran yg penting bila sebut nama tu kita tawu dlm hati kita sapa dia Muhammad itu..xsalah pn xsebut so xpayah la dok cari aib org admin oi

    ReplyDelete
  4. isunya bukan dosa tak dosa.... persoalannya... jika dengan pemimpin takut nak buang gelaran... tok guru la... ustaz al-fadhil la... atas alasan hormat.. kenapa pulak nak dibuang gelaran kat rasulullah pulak ? atas alasan apa ?


    mesti nanti pencacai PAS tepek cerita seorang ulama' panggil seorang raja dengan nama atas alasan dalam Al-Quran Allah memanggil rasulullah dengan muhammad sahaja sedangkan mereka yang dilaknat, Allah berikan gelaran.. cthnya abu lahab.

    persoalannya... jika pemimpin PAS diberi pelbagai gelaran... tok guru la... ustaz alfadil la...... apa maknanya tu ? kenapa korang tak sebut je nik aziz... hadi awang je ?

    ReplyDelete
  5. admin....tak payah nak melaga-lagakan orang...dia bertudung tu dah ok....ada perubahan ke arah yang lebih baik...daripada kehidupan dia yang terdahulu...biar cerdik dalam berblogging....Amir

    ReplyDelete
  6. Aku rs yg tulis ni bmasaalah. Ayat n kata2 aby x mengaibkan n xde lak merendah2 kn nabi s.w.t.. Ayat n kata2 aby lebih mgingatkan allah n nabi. So bagus.. Yg xbgs ni aku rs yg dok buat cite ni pandai bg dalill tp xfahami..mcm mat kampong sejati..!! Kesian. Buat solat taubat ye xbaik mengaib kan org nanti susah mati nanti nk cari aby mtk.maaf..

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.