Khalid Hasut Keluarga Aminulrasyid Desak Jenain Mohon Maaf Secara Terbuka

SHAH ALAM – Koperal Jenain Subi didesak memohon maaf secara bersemuka dengan ibu dan keluarga Allahyarham Aminulrasyid Amzah, 15 yang mati terkena tembakan anggota polis terbabit dua tahun lalu.

Kakak mangsa, Aisyah berkata, Jenain, 42, perlu menemui ibunya, Norsiah Mohamad, 62, untuk meminta maaf dan menceritakan segala yang berlaku kepada mereka pada malam kejadian.

“Dia (Jenain) perlu datang berjumpa, bersemuka dan meminta maaf dengan kami, terutamanya ibu. Kami hendak dengar dari mulut dia sendiri, apa sebenarnya berlaku pada malam tersebut,” katanya.

Norsiah kesal dengan tindakan Jenain yang hanya memohon maaf kepada keluarganya di hadapan pemberita, selepas dibebaskan daripada hukuman penjara dalam kes tersebut Rabu lalu.

Beliau juga terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang membebaskan Jenain atas alasan hanya menjalankan tugas dan membunuh tanpa niat.

Seorang lagi kakak Allahyarham, Azura, berkata, walaupun keluarga mereka menghormati keputusan mahkamah itu mereka berasa mereka tiada berpeluang untuk membela diri seadilnya.

"Saya amat berharap semakan berhubung kes kematian adik kami dibuat semula,” katanya pada sidang media di Pejabat Parlimen Shah Alam di sini semalam.

Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, yang hadir di sidang media tersebut, berkata, pihak Peguam Negara mesti menyemak dan melihat semula keputusan mahkamah berkenaan.

Rabu lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam menerima rayuan Jenain dan membebaskan dia daripada hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan ke atasnya pada September 2011 berhubung kes menembak mati remaja lelaki itu, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli yang mempertimbangkan rayuannya memutuskan demikian selepas mendapati Jenain, 49, tidak mempunyai niat untuk membunuh remaja berkenaan tetapi tujuan utamanya hanya untuk memberhentikan kenderaan dipandunya.

Abdul Rahman berpuas hati anggota polis itu melepaskan tembakan hanya untuk memberhentikan kereta proton Iswara dipandu Aminulrasyid dan bukan dengan niat untuk membunuh remaja lelaki itu.

Beliau juga berkata tiada kes prima facie dibuktikan ke atas Jenain dan anggota polis itu tidak sepatutnya dipanggil membela diri.

Jenain yang bertugas di Unit Kereta Peronda, Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid antara 1.10 pagi dan 2 pagi, 26 April 2010 di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini.
 
- Tidak ada yang tidak sedih apabila kematian seseorang, namun kesedihan itu perlu ada batasnya dan jangan sampai termakan hasutan hendak 'membalacikan' orang lain pula, terimalah ketentuan Allah. Jangan terlalu mendengar mendengar hasutan syaitan dari gereja.

Bagaimana kesalahan lalainya kita menjaga anak sendiri sehingga masih berpeleseran jam 1 pagi juga perlu dinilai dan tidak meletakkan kesalahan kepada orang lain semata-mata.

Inilah buruknya jika ahli politik yang cuba menjadi batuapi, tak pasal-pasal nanti kena sumpah seranah dengan orang, kerana apabila dilihat terlalu mengada-ngada, ehsan akan bertukar menjadi cuak.

Khalid Samad syaitan yang tidak dikenali, lepas Jenain minta maaf Khalid nak hasut apa pulak?

11 comments:

  1. Sudah2la...semua yg trjadi krn ke'alpa'an mrk memastikan anak mrk yg masih bwh umur ,,duduk di rumah ..bkn berkeliaran di luar di tgh malam dgn memandu kereta pula TANPA LESEN...

    Tugas polis utk mnjaga keselamatan org dan hak awam pula..nape xtanya diri sendiri adakah kite tlh mmberi anak2 kite cukup didikan , agar mrk bila brhadapan dgn dunia luar tau mematuhi undang2 negara mahupon agama...

    Bila diri trlalu amarah dan dendam, pelbagai bisikan akan menerpa ke telinga dan hati, antaranya ialah bisikan syaitan...dendam yg melampau bkn menyenangkn si mati tapi akan mnyusahkn arwah...

    Sbg org Islam redhola dgn apa yg trjadi..salahkn diri sendri sblm salahkn org len...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terpengaruh dengan bisikan syaitan yang bernama Khalid....

      Delete
  2. Buat apa? Dua tahun dia masuk penjara tunggu bicara. Anak awak salah. Diam je lah! Tunggu pihak berkuasa lulus undang2 anak2 bawah umur buat kesalahan langgar undang2, ibu bapa dikenakan tindakan!

    ReplyDelete
  3. Dah ditakdirkan cara kematian terimalah penuh kesabarab sesunguhnya bukan kehendak kita.


    ReplyDelete
  4. ni la masalah benda mcm ni nk di politikkan...terima la kenyataan bahawa anak awak yg bersalah memandu secara bahaya di tengah malam, memandu tanpa lesen, engkar arahan polis utk berhenti.

    ReplyDelete
  5. Apalah mangkok kan semuanya sudah diterangkan dalam mahkamah. Patut kakaknya disaman kerana membenarkan adiknya memandu kereta tanpalesen. Atau Aminurashid patut boleh dikenakan tindak mencuri kereta tanpa izin.

    Kepada koperal Jenain, anda telah menjalankan amanah dengan baik. Jangan dilayan mangkok ayun ni.

    ReplyDelete
  6. bodoh punya keluarga...kan dia dah mintak maaf kat mahkamah ari tu...memang bangang! ikut cakap org politik..dah tentu le utk kepentingan dorang..ada otak tapi tak berakal...diri sendiri yg tak reti jaga anak..pas tu nak salahkan org lain lak!sudah le jenain...jgn dilayan mangkuk2 ayun tu..kalau dilayan lagi bertambah songel dorang...ni le keluarga bebal...

    ReplyDelete
  7. sebenarnya yang salah adalah ibu bapa yang gagal mengawal anak, membiarkan budak 15 tahun keluar tengah malam, apa kakak dan ibu budak nie buat, saya tak mau cakap banyak sebab saya pun seorang ibu, budak umur 15 tu sepatutnya dalam rumah sedang tidor atau pun mentelaah baca buku sebab nak ambek periksa, polis tu jalankan tugas dia mana nak tahu jadi macam nie...

    saya simpati budak 15 tahun tu , tapi ini pun ajal maut ditangan tuhan, tapi ibu bapa kakak yang tua tu pun bertanggungjawab kerana mereka ini dah kira lalai dalam tanggungjawab maknanya mereka ada 'contributary negligence nie..'..tapi susahla ahli politik ambil pulak kesempatan...aduhai..

    ReplyDelete
  8. Semoga arwah tenang disana & ditmptkan dikalangan org beriman....harap pihak keluarga tidak trpengaruh ngan hasutan politik....
    Kalau didapati bersalah pun tak tetap mampu memuaskan hati semua org...

    ReplyDelete
  9. Apa kata kalau pihak polis dakwa pula keluarga budak tu sb memandu tanpa lesen dan memandu kereta curi. Patutnya keluarga ni terima kenyataan dgn hati terbuka dan redha sb kecuaian anda telah menyudahkan orang lain dan diri sendiri

    ReplyDelete
  10. redholah apa yg yg dah berlaku...

    nasihatkanlah ahli keluarga budak tu...

    Polis menjalankan tugas dia...

    Bila kereta lari dari polis, maknanya ada kemungkinan jenayah...

    Banyak kes, bila kereta lari dari polis, melibatkan penjenayah..

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.