Nak Tahu Kenapa Isu Melibatkan Pas Di Kelantan Pemimpin BN Senyap ? @NajibRazak

Barisan Nasional seharusnya melupakan hasrat untuk menawan negeri Kelantan, ya lupakan hasrat itu kerana ia satu hal yang mustahil dan agak membuang masa. Terlebih dahulu orang luar jangan terlalu celupar untuk memberi komen yang negatif mengenai orang Kelantan. Kerana ia tidak ada kaitan dengan sikap orang Kelantan melainkan  sikap pemimpin-pemimpin Umno Kelantan itu sendiri.

Kenapa BN perlu melupakan hasrat untuk tawan Kelantan ? Sebenarnya banyak punca untuk dikaitkan, namun sebelum itu kita gerakkan dahulu saraf minda dengan mencari jawapan tentang mengapa isu yang begitu banyak berlaku dalam kerajaan Pas Kelantan tidak satupun  dapat dibuktikan 'kebersalahannya' baik didalam mahkamah atau juga sebaliknya.

Sedangkan isu tersebut dibangkitkan sehingga kadangkala  menjadi satu isu utama yang dimainkan oleh media, namun ianya dilihat berakhir dengan 'sepi', bahkan  isu tadi yang pada mulanya buruk berubah memberi  imej yang lebih baik kepada Pas Kelantan dengan jawapan balas bersifat  mantik oleh pemimpin-pemimpin Pas sebagaimana rakaman video dibawah.


Dalam tempoh masa yang sudah terlalu hampir dengan PRU13 ini, keadaan seperti yang berlaku sebelumnya masih juga tidak berubah, pemimpin-pemimpin utama BN di  Kelantan masih nyenyak dan lena, tidak nampak sebarang strategi-strategi baru yang digerakkan mengikut keperluan dan kehendak semasa rakyat.

Bukan tidak ada langsung gerak kerja yang dibuat, tetapi gerak kerja yang dibuat itu tidak menepati keperluan untuk BN menang di Kelantan, pengalaman sebelum ini tidak menjadi tauladan kepada BN, ibarat mereka tahu mereka sedang memancing di laut,  tetapi mereka masih tetap menggunakan umpan cacing untuk menaikkan ikan tenggiri. Apakah usaha memancing tenggiri menggunakan umpan cacing itu satu usaha yang baik dan tepat. ?

Dana PRU ratusan juta disalurkan kepada BN Kelantan adalah satu pembaziran yang besar yang tidak mendatangkan manfaat kepada BN selain manfaat kepentingan peribadi pemimpin BN. Adalah lebih baik dana itu disalurkan kepada negeri lain yang pemimpinnya benar-benar ikhlas berjuang untuk kepentingan rakyat.

Jangan sampai rakyat muak dan benci dengan sikap anda wahai pemimpin, berkerjalah demi kepentingan rakyat bukan kepentingan peribadi, sejauhmana keterlibatan pemimpin BN Kelantan dalam meleraikan isu-isu seperti Isu Lembah Sireh ? Isu Ladang Rakyat ? Isu AKSB ? Isu Depu ? Isu Pelabuhan Darat ? Isu Stadium ? Isu Lebuhraya Rakyat ? Isu Perlombongan Emas Secara Haram ? dan pelbagai isu rakyat yang lain, bila nak disempurnakan supaya dapat membuka minda rakyat ?

Terbaru isu pemberian tanah seluas lebih 10,000 ekar kepada pemimpin DAP, tu pun pemimpin BN Perak yang lebih prihatin, BN Kelantan duk buat apa ? Atau pemimpin BN ada menerima sesuatu yang tak wajar diterima dari Pas Kelantan ??? Serta dengan penerimaan itu buatkan mulut anda terkunci dari memberitahu rakyat akan hakikat sebenar mengenai pemimpin Pas Kelantan yang sedang berselindung disebalik serban. Anda Mampu Mengubahnya. - Bersambung. Artikel berkaitan sebelumnya sila klik DISINI.\

Pemimpin BN Kelantan jangan ingat sebahagian rakyat tidak tahu apa yang anda tahu dan anggap sebahagian rakyat yang lain tidak tahu.

3 comments:

  1. poknuh dewan beta12/29/2012 10:57 PM

    pemimpin bn kelate duk pakat gote peler blako,pemimpin pas duk gote batu,demo tahu gapo,pemimpin bn nga pas wak lolok baloh,padahal belake sama2 pakat duk bedal tanoh.sipir dio gak ore bodo makane ore cerdik.kalu nop main politik perut pedal xleh ikhlas.kena liar bru kenye nop oyak buwi.

    ReplyDelete
  2. sentimen rakyat kelantan tidak akan menerima pendedahan melibatkan pemerintahan pas yg penuh
    skandal dan kegagalan melainkan kesedaran rakyat
    yg berbilang sokongan baik kpd pas maupun umno datang sendiri..tugas dan peranan lebih sesuai dilaksanakan oleh NGO atau individu yg tidak bernada sokongan kpd mana-mana parti utk mendedahkan!!

    keadaan pemimpin umno dikelantan umpama ditelan mati bapak diluah mati emak dikulum mati anak!!

    contoh tok pa...nada lebih lembut,berhemah dan terkesan apabila mendedah atau memberi komen!!

    tidak keras tidak emosi atau mencela!!

    tidaklah spt konon ulamak tapi memberi fatwa songsang...konon berhemah tapi mencerca dan menfitnah!!

    lebih baik berperawakan disenangi bukan dipuja-puja spt tokong!!

    ReplyDelete
  3. Contohilah Idris jusuh dalam PRU yang lepas-lepas, beliau begitu berkesan membawa isu sehingga jatuhnya Hj Hadi hanya berupaya memerintah utk satu penggal shj. kalau tak reti, pegi belajar dgn Idris Jusuh....

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.