Pas Tak Pernah Cukup Duit, Tengok Ni Nak Jumpa Nik Aziz Pun Kena Bayar RM100

SEREMBAN - Setelah hutan balak dan beratus ribu ekar tanah di Kelantan habis botak ditarah oleh kroni luar Kelantan berbangsa cina DAP, aktiviti rutin tin milo secara eksklusif dijangkakan bakal diadakan di Negeri Sembilan yang akan turut dihadiri oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Dilaporkan usaha untuk mengutip dana Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), PAS Negeri Sembilan bakal diadakan dalam sebuah Majlis Makan Malam eksklusif pada 28 Disember ini di City Kingdom Hotel disini.

Menurut Setiausaha program, Mohd Hassan Tamby, kehadiran Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas selain daripada membuat ucapan, Nik Aziz juga akan turut membuat gimik dengan melelongkan beberapa koleksi barang peribadi beliau.

Namun majlis ini hanyalah untuk dihadiri oleh orang-orang kaya sahaja bukan terbuka kepada semua rakyat, untuk kemajlis ini perlulah membeli tiket berharga RM100 untuk setiap seorang (satu kerusi)  dengan menghubungi Mohd Hassan di talian 019-2171942 atau Hakki di talian 013-3840022.

Apakah rakyat tidak terfikir sampai bila Pas akan teruskan aktiviti tin milo ini ? Daripada aktiviti tin milo jalanan hinggalah kepada eksklusif, sebenarnya tidak ada beza diantara aktiviti tin milo Pas dengan pengemis, namun sangat mendukacitakan apabila hanya pengemis sahaja yang dihalang daripada terus melakukan aktiviti tersebut.

Sedangkan Pas dan pemimpinnya juga sudah begitu kaya raya sehingga langsung tidak lagi mempedulikan si miskin dinegeri yang diperintahnya lebih 22 tahun itu. Bangunan-bangunan Pas dibina megah disetiap kawasan, tetapi rumah-rumah rakyat dan masjid tidak dibina semegah bangunan mereka.

Jika Islamnya sesebuah kerajaan itu tidak dilihat kepada berapa MASJID yang dibina ?, apakah  pembinaan bangunan-bangunan parti seperti Pas disetiap kawasan itu yang dilihat Islamiknya sebuah kerajaan ? Logik pada fikiran anda sebagai umat Islam, mana yang lebih penting diantara pembinaan bangunan-bangunan parti dan juga masjid.

Pas bedal duit rakyat untuk kepentingan partinya, sangat jauh berbeza dengan kerajaan BN yang lebih mengutamakan rakyatnya daripada bangunannya. Apa pentingnya bangunan Pas sedangkan rakyatnya daif sehingga terpaksa tinggal serumah dengan kambing ?

Pembinaan bangunan-bangunan Pas ini seharusnya dinilai oleh rakyat samada perjuangan yang dilaungkan oleh Pas itu menepati kehendak Islam yang sebenar ataupun sebaliknya. Anda Mampu Mengubahnya.

3 comments:

  1. kalu tak silap gamba tu diamek sekitar kale cepa kawase Pok Nik..Tu buke miskin tapi zuhud namonyo. Oge Klaten kayo2 belako. Cumo tokse tunyuk kokghe jah hidup legor. Kalu air beladung keliling rumah tu menunjukke alam semulajadi ciptaan Tuhan, tak perlu buat parit. Peranga air gak kalu banyok dia beladung, bila panah dia kering la.

    Wat gapo ajar rakyat dengan kemewohan nanti jadi takbor pulop, tak masuk surga. Kalu pemipin tu kena ada pitih, ada kereta sebab kena gi sana sini, takke jale kaki...baasooo!!

    Tak apor rakyat Klaten, bila PAS dok Putrajaya, Pok Nik jamin Klaten maju lebih pada Dubai.

    ReplyDelete
  2. haha...komen org fanatik...mimpi je la...last last DAP juga yg makin kuat....islam kemana .. melayu ke mana...24 jam kena main....

    ReplyDelete
  3. rakyat yg zalim berhak dpt pemimpin zalim......renung2kan.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.