Rakyat Kelantan Tunggu GERAKAN Dengan Penumbuk - Sayuti Omar Jangan Cakap Besar


Tajuk yang terpampang didada Harakah semalam yaitu "Geng gunting rambut jangan bermain api di Kelantan" cukup terusik buah 'butir gatal' anak jati di negeri ini, artikel yang dicatat oleh 'Pokcik MSO' atau Mohd Sayuti Omar itu ternyata punya 'value' kebenaran disebaliknya, tapi sayang realiti identiti pribumi Kelantan sudah tidak lagi berpaksi gah sebagaimana untuk dibayangkan ia seperti sebelum 90an dahulu.

Disebabkan itu juga, ada baiknya 'Pokcik MSO' atau mana-mana penulis menghentikan penulisan yang berbentuk memuja-muji orang Kelantan, ini kerana dikhuatiri puja-puji yang dibuat telah bercanggah dengan realiti apa yang sebenar berlaku sekarang ini, dan keadaan itu menjadikan orang Kelantan akan dilabel sebagai 'cakap besar' atau juga indah khabar dari rupa.

Politik pecah belah yang dibawa oleh Nik Aziz sudah tidak lagi relevan dengan sikap sebenar rakyat Kelantan, jika orang MCA, GERAKAN dan DAP boleh bergabung satu suara dalam memperjuangkan sesuatu isu berkaitan bangsanya, kita orang Kelantan tidak lagi begitu, kerana sebahagian dari kita lebih rela 'memampuskan' bangsa sendiri demi kepentingan politik sempit kita. Dibawah adalah antara petikan yang ditulis oleh MSO.

Kedatangan dua tiga orang Cina dari parti Gerakan dari Negeri Sembilan ke negeri ini dua tiga hari lepas dengan tujuan hendak menujuk gedebe dan mencabar Majlis Perbandaraan Kota Bharu (MPKR-BRI) berhubung Undang-Undang Kecil PBT terhadap salun rambut itu, rasanya tidak wajar. Tindakan mereka datang bergunting rambut secara terbuka dengan pendandan rambut wanita Cina itu tidak sepatutnya berlaku dan ia adalah sikap samseng dan aksi melampau.

Benar seperti kata Exco Kelantan Dr Mohd Fadzli Hassan, tindakan mereka itu mengilankan hati rakyat Kelantan dan kerajaan sendiri. Belum pernah berlaku sebelum ini ada orang luar yang datang mencabar secara terang-terang terhadap undang-undang dan rukun hidup rakyat negeri ini. 

Apa kata kalau ada orang Islam gila di Kelantan sewaktu mereka membuat cabaran itu? Di Kelantan ini kena beringat sedikit kerana ramai juga orang Islam gila yang sedia bangkit membela agama dan maruah mereka.

Geng gunting rambut itu tidak payah datang dan menunjuk berani dan henalan di Kota Bharu. Mereka boleh membuat kenyataan akhbar dari jauh saja mengenai isu berkenaan. Apabila mereka datang sendiri ke Kota Bharu menepuk dada dan membuat kenyataan berupa cabaran, ia adalah satu sikap biadap yang boleh ditafsirkan sebagai datang untuk menjual berani, dan perbuatan mereka itu sangat sensitif dan merbahaya kerana orang Kelantan adalah pembeli berani yang mewah.

Apa juga keadaan atau suasana yang menyentuh soal sensitivi orang Melayu, seperti agama, adat resam dan budaya mereka boleh bersatu. Orang Kelantan boleh bergaduh mengenai politik tetapi kalau hak mereka disentuh mereka akan bersatu.

Saya percaya orang Umno Kelantan juga terkilan dan marah dengan apa dilakukan geng gunting rambut berkenaan. Setahu saya tidak ada kenyataan dari mana-mana pihak dalam Umno yang menyokong perbuatan dua tiga orang sengket Cina Negeri Sembilan itu. Mereka (orang Umno) diam bermakna menyokong perbuatan itu, tetapi mereka sedang memerhati apa yang akan berlaku seterusnya.

Makanya sebelum terjadi sesuatu yang buruk, isu kedai gunting dan tindakan secara samseng dan 'gedebe' itu dan begitu juga isu tuduhan penguatkuasa MPKB kejam kerana menangkap Cina yang sedang melakukan perbuatan meloyakan di dalam kereta hendak dihentikan. Jangan cuba bermain api di Kelantan, sebab kalau ia terbakar nanti buruk padahnya.

Saya cukup bimbang kalau kedatangan geng gunting rambut sekali lagi dengan jumlah yang ramai, seperti mana dijanjikan, meraka akan disambut bukan dengan pulut tetapi akan dinanti dengan penumbuk. Tidak mustahil ia akan berlaku. Makanya elok semua pihak berusaha menghindarinya.

Apa juga keadaan atau suasana yang menyentuh soal sensitivi orang Melayu, seperti agama, adat resam dan budaya mereka boleh bersatu. Orang Kelantan boleh bergaduh mengenai politik tetapi kalau hak mereka disentuh mereka akan bersatu.

Benarkah kata-kata itu ? jika benar takkanlah berlaku dari apa yang sudah berlaku sekarang ini, bersamalah kita mengjahanamkan anak bangsa sendiri bersama-sama dengan Nik Aziz dan Pas. Hancurnya bangsa Melayu di bumi ini, maka agama Islam dipercayai akan diperjuangkan oleh Karpal Singh, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng serta DAP. Anda Mampu Mengubahnya.
Sepatutnya tak perlu sound mereka sebagai 'banyak songeh', kena ambil kesempatan tiru sikap Nik Aziz memampuskan bangsa sendiri.
'Tersentuh dari mana-mana baju' - Kata-kata boleh di-respon dengan kata-kata, tapi bila sudah lebih dari kata-kata apakah MSO merasakan Amaran itu sebagai satu tindakan yang masih relevan..
MP Pas cacar marba, sehingga kena sound orang hot bincang pasal saman dia pula cuba alihkan kepada hal bolasepak.

Tapi Ulamak gila lebih rela menyalahkan sesama sendiri

6 comments:

  1. Syabas admin Gelombang Kick,saya bangga dengan kamu,itulah beza antara orang yang berjuang ikhlas untuk agama bangsa dan negara dengan orang yang berjuang politik,walaupun dia dipanggil ulamak,tapi dia tetap orang politik.

    Sama-samalah kita bermuhasabah.

    ReplyDelete
  2. kenapa mulut nik aziz tanpa usul periksa tuduh umno..ada bukti ke..kata ulamak tp tak tau ke hukum fitnah...semoga yerbuka hati ko tuk dpt hidayah wahai nik aziz...

    ReplyDelete
  3. nik ajis pukimak

    ReplyDelete
  4. Pas mendapat petunjuk KARPAL SINGH... KO PAS

    ReplyDelete
  5. x sabar nk gelakkan tok pa pd pru kli ni....dulu awang adek yg kene!!!!!!! nk jd mb kelantan konon....puiiiiiihhhhhhh

    ReplyDelete
  6. brape org jer yg sokong umno kt kelantan......ada ati nk takluk kelantan...ko ingat org kelantan rela ke bumi kelantan d cemari oleh kedai arak n kelab mlm tmbuh bgai cndawan mcm negara kapir.....

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.