Video - Fatwa 'Ikut Dan' Nik Aziz Antara Tahun 2009 Dan 2012, Umno Murtad Dan Ikut Nafsu

Fatwa 'ikut dan' yang dibuat oleh Nik Aziz pada 2009 dan 2012 jelas dapat dilihat pada rakaman video dibawah, pada tahun 2009 Nik Aziz mendakwa Umno sebagai menolak agama sekaligus menggantikan dengan nafsu.

Manakala pada tahun 2012 Nik Aziz mendakwa Umno membuang Islam dan turut memurtadkan Umno.

Wartawan: Tadi Tok Guru menyebut, kalau Murtad bermakna memperlekehkan Islam, dan Umno memperlekehkan Islam, adakah Tok Guru secara tak langsung menjatuhkan hukuman murtad keatas Umno.

Nik Aziz: Tak kira siapa pun, tak kira Tok Guru sekalipun kalau murtad, murtadlah, usahkan Umno, Tok Guru berserban, berjanggut, kalau dia tolak Islam dengan secara hati dia betul Islam tak guna sekarang, dia murtad. walaupun takder mufti bagitahu, takder kadi, tapi kalau dia tolak Islam dengan sengaja, yakin bahawa Islam tak berguna sekarang, dia murtad.

Wartawan: Pada pandangan Tok Guru Umno Memperlekehkan Islam ?

Nik Aziz : Tak perlekeh apa dia buang Islam.
(Kejahatan secara persepsi berserta putar alam Nik Aziz mempercendulkan Islam adalah terlalu jelas bagi mereka yang berfikir dan menghayatinya.)
KUALA TERENGGANU - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai bermulut celupar dan suka membuat fatwa sendiri apabila mengatakan orang Melayu yang menyokong Umno sebagai mungkar.

Muhyiddin berkata, kenyataan itu adalah rentetan fatwa songsang pemimpin Pas itu setiap kali menjelang pilihan raya.

"Itu satu lagi bukti Nik Aziz mengeluarkan faktwa yang tidak mengikut hukum bila dia sebut kumpulan orang yang mungkar ni kafir, orang Umno ni Firaun dan macam-macam lagi zalim dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan khas bersama pegawai, pengurusan dan profesional negeri Terengganu di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Nik Aziz dua hari lepas yang menegaskan bahawa beliau tidak akan bersara daripada politik selagi ada orang Melayu yang menyokong parti Umno yang beliau anggap mungkar.

Muhyiddin berkata kenyataan sedemikian yang dikeluarkan pemimpin Pas itu bertujuan mempengaruhi pengundi supaya tidak menyokong calon Umno dan BN pada pilihan raya umum nanti.

"Saya bimbang pasal (perkara ini) bukan baru, Nik Aziz selalu dia celupar, lepas cakap yang tidak ada bersandarkan hukum, dia buat fatwa sendiri, banyak tokoh-tokoh ulamak mempertikaikannya," katanya.

Muhyiddin berkata apa yang dilakukan Nik Aziz hanya bertujuan memecahbelahkan umat Islam; "Inilah antara sebab masalah perpecahan di kalangan umat Islam kerana oleh fatwa-fatwa songsang oleh pemimpin Pas," katanya.

Mengenai hukum hudud, Muhyiddin berkata kerajaan BN tidak pernah menolak hukum Islam.

"Sebagai orang Islam, kita tidak menolak hukum Islam, namun ada beberapa fasa yang boleh dipertimbangkan, pendirian Umno, mereka nak buat hudud PAS dan bukannya hudud Islam, kalau buat tak betul susah kerana ia membabitkan isu melibatkan orang bukan Islam, banyak benda kena ambil kira," katanya.

6 comments:

  1. Ulamak ke org tua neh...mulut celupar = mulut berus = mulut cabol....ularmak kalo gini....

    ReplyDelete
  2. putar2 abg beca tu bila mjawb.. apbla disoal tntng umno murtad,kafir....stngah jam aku mikiq hingga kni xdapt nk analisis maksud bang beca tu....

    ReplyDelete
  3. KAT MANA UMNO TOLAK ISLAM? TAK BUAT HUDUD. KAT DUNIA ADA BANYAK NEGARA ISLAM TAPI TAK BUAT HUDUD JADI DIANGGAP TAK ISLAM JUGA? PAS DAH PERINTAH KELANTAN, 20 TAHUN TAPI TAK BUAT HUDUD PUN, NI JATUH HUKUM APA PULAK? DULU PAS NAK NEGARA ISLAM TETAPI KINI TUKAR KEPADA NEGARA KEBAJIKAN APA HUKUM PLAK? PAS NI BANYAK MENYESATKAN UMMAH JE

    ReplyDelete
  4. situa nyanyuk yg dah tak ada harapan, dah tak boleh diharap.

    ReplyDelete
  5. tua pencacai angkat najis!! lols.. :P

    ReplyDelete
  6. Nik ajis yang berpadu dengan DAP yang bukan islam bagaimana? peninglah dibuat n ajis ni. Saya rasa orang tua ni bukan pandai sangat dalam agama.Sama dengan ustaz2 lain dalam PAS yang tak pandai agama. Saya rasa pandai lagi saya ni yang jahil, setidak2 saya tak mempertikaikan islam orang lain yang seislam dengannya. Padahal itu menjadi hak Allah S.W.T saja yang menentukannya.
    Oleh kerana nik ajis ni gila kuasa dan nak jadi Pedana Menteri dia pakailah kupiah,jubah dan penempilan macam islam.Dalam ertikata lain mempergunakan islam dan memperbodohkan orang kelantan untuk politik. Kalau dia tak pakai pakaian sunah itu dia semacam orang yang dungu dan bodoh. Percayakah orang yang bercakap macam ini islam? Beranikan kita nak suruh orang yang tidak berketerampilan ni nak memerintah negara. Muka dia suruh tanam jagung atau semangka lagi hasil daripada mempermainkan agama Islam...

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.