Video - Husam Sahkan Penemuan Harta Karun Di Palekbang Syiling Tahun 1899, Kapal Lama...

Lepas sebabak-sebabak, lepas sebabak-sebabak, itulah keluhan rakyat Kelantan bilamana mendengar nama Exco Kerajaan Pas Kelantan Datuk Husam Musa diungkap, tambah menggelikan hati apabila perkataan 'projek' dikaitkan dengan nama Husam, rata-rata rakyat Kelantan akan tersenyum kambing dan tidak kurang juga yang mengilai bagaikan hanturaya di lebuhraya Berangan Mek Nab.

Bagi golongan tertentu mereka hanya mengambil sikap bersorak seperti penonton perlawanan bolasepak yang diadakan di stadium rebana eksklusif yang turut mempunyai kolam renang seperti  stadium yang telah dibina di Bukit Cacar Merba.

Pendek kata, kalau digabungkan nama 'Husam' dan 'Projek', kalau 100 perkara yang disebut oleh Husam, 200 perkara yang tak boleh digunapakai, dan setelah letih dengan pelbagai projek janji yang digagalkan dengan penangguhan tarikh PRU 13, kali ini Husam muncul dengan cerita 'mentos' yaitu atuk kepada 'mitos' apabila merencanakan projek carigali harta karun yang ditinggalkan oleh 'Korun' kepada pewarisnya Husam.

Projek bersifat 'cari kaji' ini sudah pasti mengambil tempoh masa yang agak lama, dan projek 'cari kaji' ini juga lebih selamat kerana tidak memerlukan 'batu asas' dipacak disitu seperti projek-projek masam sebelum ini,  ia juga dilihat mampu untuk menutup dan mengaburi segala janji-janji masam seterusnya memberi pengharapan baru kepada rakyat Kelantan akan penemuan hasil bumi ataupun harta Korun ini bagi merealisasikan segala apa yang semuanya tergendala sebelum ini.

Maknanya rakyat Kelantan tidak perlu mengharapkan BN untuk memerintah Kelantan kerana penemuan harta Korun itu disifatkan anugerah Allah kepada rakyat Kelantan kerana setia dengan perjuangan yang dibawa oleh Pas untuk meneruskan pemerintahannya dan sekaligus penemuan itu nanti dapat memajukan bumi bertuah ini.

Seronok juga jadi Husam ni, atas darat jer dia bantai, walaupun jelas gagal dalam menunaikan apa yang dijanjikan beliau sebelum ini, namun Husam tetap buat 'dek' je seolah-olah tidak ada apa yang pernah dijanji olehnya dan selamber membuat projek harapan dongeng pula, rilaks buat kering jer dia, tapi ambo sebagai rakyat jati bumi Kelantan merasa terlalu sangat bodoh sekiranya dibodohkan berkali-kali namun tetap bebal untuk dimengerti. Jangan jadikan diri kita bodoh dan diperbodohkan. Malulah kita jika diperbodohkan dengan kebodohan yang tidak sepatutnya kita menajdi begitu bodoh dengan terus mempercayai karut marut yang dibawa oleh pendongeng ini. Anda mampu Mengubahnya.
Difahamkan dibawah rumah ini turut mempunyai terowong harta karun, segala urusan mengenai harta karun itu perlu mendapat keizinan Penunggu Harta Karun yang setia menantikan kehadiran Husam.
Solat hajat diadakan di lokasi
Sekilas kambing didalam kandang, aku tahu yang mana Jamnapari yang mana Boer...hahaha

4 comments:

  1. pasni tak perlu mintak bantuan kerajaan persekutuan...banyak sangat harta karun ;p

    ReplyDelete
  2. Serban Hijau12/16/2012 6:11 PM

    Pemimpin PAS habis ikhtiar untuk ajar puaknya berusaha untuk mencari makan. Apa yang Allah swt adakan habis dicantas, habis dikorek.

    Sekarang projek mencari harta Qarun, ala-ala Indiana Jones. Lepas ni himpun satu stadium sembahyang hajat turun duit dari langit pulak.

    Awatla hampa jadi macam ni. Cukup, cukup lah ...

    Jangan jadikan Umat Islam sehina Umat disebalik lilitan serban. Berat kepala nak pikul. Sebab tu Karpal Singh awal-awal lagi dah tanggal serban dia. Mudah dia nak fikir bagaimana nak klentong Umat Islam di negara ni.

    ReplyDelete
  3. Bagai mana gst?

    ReplyDelete
  4. Keluarga ..ambo dkt wkf bharu.. tp anak beranak politik mampak senang..duk kl pun raya blk kg ..duit kering..kena pinjam majikan..

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.