Wakil Kelantan - "Doalah Apa Sahaja, Kami Tidak Takut Dengan Doa Pas"

KUALA LUMPUR - Umno tidak takut dengan doa 'KO BN" yang dilafazkan oleh Pas di Kota Bharu dua minggu lalu, yang mendoakan kehancuran pemimpin dan parti itu, kata perwakilan dari Kelantan pagi ini.

Beliau yang mewakili Umno Rantau Panjang yakin bahawa doa tersebut tidak dimakbulkan berdasarkan sepotong ayat al-Quran dari surah Al-Ra'd ayat 14 kerana bercanggah kaedah yang ditentukan oleh ALLAH dalam kitab suci itu.

"Pas doakan bala kepada Umno, Pas pernah doakan Umno dibutakan mata supaya tidak dapat melihat apa-apa selain bulan purnama.

"Pas juga pernah doakan Perdana Menteri kita buncit perut. Terbaru Pas menyamakan Umno sama seperti firaun, dan akhirnya mendoakan kehancuran Umno.

"Doalah apa sahaja, kami tidak takut dengan doa Pas. Ini kerana kami bukan seperti puak-puak tersebut. Semoga mereka diberi hidayah," kata beliau ketika membahaskan usul agama dan pendidikan pada hari terakhir Perhimpunan Agung Umno hari ini.

Perhimpunan tahunan akan berakhir petang ini dengan ucapan penggulungan oleh Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, Pas perlu didoakan supaya diberi hidayah dan petunjuk, kerana Pas parti ajaran sesat kerana mendoakan kehancuran sesama Islam.

"Berbeza dengan Umno kami berdakwah melalui Sunnah Rasulullah. Inilah cara yang dipilih oleh Umno, pendekatan berhikmah dan mengikut Rasulullah," katanya.

Rabu lalu, Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil mendakwa Pas telah melanggar Enakmen Jenayah Syariah Kelantan kerana melafazkan doa 'KO BN' pada Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kota Bharu dua minggu lalu.

Menurut Shahrizat, doa tersebut yang dipimpin oleh adik Murysidul Am Pas, Nik Razi Nik Mat sebagai menyalahi Seksyen 24 Enakmen Jenayah Syariah Kelantan yang membolehkan sesiapa yang ingkar tergolong dalam kelompok kafir, atau telah berhenti menganut agama Islam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.