YB Makan Rubber Sokong Amanat Hj Hadi Dikeluarkan

KOTA BHARU- Di sebalik desakan supaya Amanat Haji Hadi ditarik balik, Dewan Ulama Pas Kelantan memberi sokongan penuh sekiranya dikeluarkan semula kenyataan berkaitan, yang berusia tiga dekad, kepada rakyat.

Timbalan Ketua Ulama Pas Negeri, Hassan Mahmood berkata, saranan itu dibuat memandangkan suasana dan realiti umat Islam yang suka mempermudah serta mempermainkan isu-isu berkaitan agama Islam.

“Amanat Haji Hadi sebenarnya tidak merosakkan akidah tapi sebaliknya amanat pemimpin Umno yang mempermainkan hukum Islam boleh merosakkan akidah. Oleh kerana ramai yang suka mempermainkan isu Islam, adalah tepat dikeluarkan semula pada hari ini(sekarang),” katanya, semalam.

Sebelum ini pelbagai pihak termasuk mufti mendesak Presiden Pas itu menarik balik amanat dikeluarkan pada tahun 1981 itu yang didakwa boleh memecahkan perpaduan umat Islam.

Bagaimanapun, pemimpin Pas termasuk Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahakan tindakan Hadi dan mahu amanat itu tidak ditarik balik.

Hassan yang juga Adun Tawang berkata, Umno secara jelas menolak pelaksanaan hukum Islam sedangkan ia sebagai cara hidup manusia termasuk melibatkan pemerintahan dalam negara.

Dakwanya, Umno sehingga kini sanggup menerima selain perundangan Islam sebagai perlembagaan, bererti parti itu menolak tuntutan Islam.

”Jika diteliti dengan pengalaman pemerintahan Umno di peringkat pusat, mereka yang menghalang perlaksanaan hudud di Kelantan selama ini.

"Apabila Umno tidak mahu menerima pelaksanaan undang-undang Islam sejak 50 tahun lalu sebenarnya umno telah mengkhianati umat Melayu Islam yang sebelum ini berpegang kepada undang-undang Islam,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Hassan berkata, pihaknya bersedia untuk berdebat dan berhujah supaya semua pihak jelas dengan isu berkenaan.

“Sekiranya Umno mahu dan ikhlas dalam memperjuangkan agama Islam, Dewan ulama Pas Kelantan sudi berdebat dan berhujah dengan mana-mana ulama parti itu, dan ditayangkan di media kerajaan agar rakyat mendapat penjelasan yang sewajarnya,” katanya.

4 comments:

  1. NIK AZIZ ARAH DZULKEFLI DIPECAT SERTA MERTA DARI PAS !!!
    Jika dulu Dzulkefly yang juga AJK Pas pusat telah mengeluarkan kenyataan Pas tidak akan melaksanakan Hudud, kini sekali lagi perjuangan Islam Pas dicelup beliau dengan menyatakan kesediaan Pas menerima Ambiga atau orang bukan Islam untuk menjadi Timbalan Presiden Pas.

    Apa kata kepimpinan Pas terutamanya Nik Aziz apabila Dzulkefly mengeluarkan kenyataan yang jelas bercanggah dengan perjuangan Islam, jika Hukum Hudud berjaya disepikan oleh Dzulkefly, bagaimana pula dengan idea penerimaan orang bukan Islam untuk memimpin perjuangan Islam Pas?

    Lembut sungguh Nik Aziz mengulas isu ini, kenapa tak sound macam biasa "Itu dia punya pasal, ini soal dasar Pas, kenapa pandai-pandai buat kenyataan yang bertentangan dengan keputusan muktamar" Berani ke Nik Aziz nak sound macam tu pada anak didik DAP ni, Kalau nak pecat macam Hasan Ali jauh sekalilah ?

    Tapi kalau Islam yang adil dibawa oleh Nik Aziz sepertimana yang dibuat terhadap Hasan Ali dan juga pemimpin Pas yang lain, tajuk diataslah yang akan mengisi dada-dada akhbar hari ini.

    Shah Alam - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan sesiapa sahaja yang "beragama Islam yang soleh" boleh memimpin Pas.

    "Saya ingin mengulangi penegasan saya bahawa sesiapa sahaja yang merupakan Muslim yang soleh boleh memimpin Pas sekalipun bukan berbangsa Melayu. (Kenyataan Nik Aziz yang bacul dan sedikitpun tidak berani untuk menyelar Dzulkefly. Nasib kamulah Hasan....)

    Sebelum ini AJK Pas Pusat Dzulkefly berkata, Pas bersedia menerima Timbalan Presiden dari kalangan bukan Islam dan Pas sedang melangkah ke arah itu.

    Menurut beliau lagi, dalam Islam terdapat dua perkara iaitu perkara tetap dan perkara yang boleh berubah. Contoh perkara yang boleh berubah ialah perkara politik.

    Berapa ramai lagi dikalangan penyokong Pas yang masih buta dan pekak setelah mendengar penjelasan dari perbezaan kepimpinan Pas dahulu dan kini. Klipvideo dibawah adalah fakta perbezaan diantara perjuangan pemimpin Pas seperti Arwah Ibrahim Libya, Dzulkifly, Nik Aziz dan juga Hasan Ali.Pas dulu

    Nik Aziz pula dilihat penakut dan bacul kerana sedikitpun tidak berani untuk menyentuh dan mengkritik pemimpin sekular Pas seperti Dzulkefly yang sering bercanggah dengan perjuangan Islam dan seiring dengan perjuangan DAP.

    Jika diperhatikan permainan politik Nik Aziz ini sangatlah dasyat, (hanya Allah yang maha mengetahuinya). Seperti kata Hasan Ali yang beliau dipecat adalan satu pemecatan yang zalim dan tidak pernah diamalkan oleh mana-mana parti didunia waima parti komunis sekalipun.

    Beliau dipecat kerana hendak memperjuangkan Islam yang bercanggah dengan prinsip perjuangan DAP atau melanggar hak asasi manusia.

    Siapa sahaja pemimpin Pas yang mengeluarkan kenyataan yang ikhlas dan sejajar dengan Islam tetapi tidak berpihak kepada DAP atau Anwar Ibrahim, pemimpin tersebut akan diselar, dimaki atau dipecat.

    Kenapa Nik Aziz sampai jadi seperti ini, Pemimpin yang benar-benar memperjuangkan Islam disentap dan dihambat rakus, tapi Pemimpin yang sering bercanggah dengan Islam hanya dibiarkan begitu sahaja walaupun sudah beberapa kali megeluarkan kenyataan yang jelas bertentangan dengan dasar dan perjuangan Pas.

    Dimana kredibiliti seorang pemimpin yang lebih tunduk kepada musuh Islam, dan dimana hebatnya Islam yang dibawa oleh Nik Aziz. Buktinya diSINI .

    Pemimpin setinggi bekas Timbalan Presiden Pas Nassaruddin Mat Isa juga tidak terkecuali menjadi mangsa selar, buli dan diselengakan oleh Nik Aziz ekoran kenyataannya yang ingin berbaik-baik sesama Islam sekaligus akan merugikan DAP. Buktinya diSINI

    ReplyDelete
  2. (sambongan)
    Beberapa orang pemimpin Pas dan PKR sudah terpecat akibat dari membela dan memperjuangkan Islam, tapi Pas serimg menuduh ianya menjadi alat kepada Umno, terbaru Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan pula dilihat dilanda krisis.

    Sampai bila Pas akan bertahan dan aman bersama DAP sekiranya setiap masa perlu mengorbankan kepimpinan Ulamak. Apapun buat penyokong Pas, lihatlah dengan mata hati, ini soal akidah dan masa depan umat Islam, sekiranya anda taksub dan mempercayai hanya Pas yang memperjuangkan Islam sedangkan Pas telah diperbodoh kudakan oleh DAP, maka dengan anda sekali akan rosak binasa. Anda Mampu Mengubahnya.

    ReplyDelete
  3. Dunia akhir zaman.....manusia sesat sibuk mencari kuasa yg bersifat sementara, manakala manusia yg benar2 berilmu dan beriman berusaha gigih untk mencari wujud Allah SWT.

    ReplyDelete
  4. Yang dah tandatangan tak mahu laksana hudud dan Islam adalah PAS bersama peliwat dan komunis. UMNO tak pernah buat benda tu. Itulah kata Cikgu Non Penulis buku kafirkah aku. Yang istihar negara Islam tiada dalam Al-Quran adalah hadi awang bukan orang UMNO. YB ni bodoh ka apa?

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.