Ekonomi Rakyat Kelantan Diukur Menerusi Berhutang Di Kedai Runcit - Politik Assobiyah

Kekuatan kuasa beli dan permintaan domestik di negeri Kelantan dapat dilihat daripada beberapa pemerhatian terhadap aspek sosio-ekonomi yang melatari kehidupan harian rakyat Kelantan seperti berikut:

1. Tunai dan Emas – Urusniaga jualbeli dalam bentuk tunai yang tinggi adalah petanda utama dalam mengukur kekuatan ekonomi rakyat Kelantan dan turut menyumbang kepada merancakkan aktiviti perniagaan kecil dan sederhana di Kelantan.

Amalan berhutang di kedai runcit amat jarang diamalkan di Kelantan, apatah lagi transaksi jual-beli menggunakan kad kredit sebagaimana menjadi amalan biasa warga kota yang dihimpit beban sara hidup yang tinggi.

Transaksi tunai yang rancak ini sekaligus menjadi pemangkin kepada budaya berniaga di kalangan rakyat Kelantan apabila permintaan terhadap barangan sentiasa tinggi, samada barangan runcit mahupun makanan.

Di samping itu, budaya pemilikan emas di kalangan wanita Kelantan bukan sekadar untuk tujuan perhiasan dan kecantikan, tetapi turut menjadi perantara nilai ekonomi sesama mereka, khususnya dalam urusniaga pajak-gadai dan pinjaman modal.

Ini dibuktikan dengan prestasi perniagaan pajak-gadai Islam oleh Ar-Rahnu, di samping rekod jualan dinar dan dirham Kelantan yang kian meningkat, malah menjadi pemandangan biasa untuk melihat peraih-peraih emas berniaga di pasar-pasar, duduk sebaris dengan penjual kuih-muih dan sayur-sayuran.

2. Tanah dan Rumah – Rakyat Kelantan secara umumnya lebih mengutamakan perbelanjaan untuk pemilikan aset kekal.

Daripada urusniaga pembelian tanah (atau pecah lot) yang amat popular di Kelantan serta aktiviti pembinaan dan pembelian rumah di kawasan bandar mahupun di luar bandar, sehinggalah kepada sekecil-kecil pemilikan aset seperti haiwan ternakan yang biasanya akan dijual untuk menampung perbelanjaan pendidikan anak-anak.

Aset-aset utama seperti rumah banglo dan premis perniagaan menyaksikan lebih 70% pemilikan di tangan anak jati negeri Kelantan, situasi yang jarang berlaku di negeri-negeri lain.

3. Bank dan Tabungan – Kewujudan banyak cawangan bank di daerah kecil seperti Bachok, Kuala Krai dan Gua Musang adalah menarik untuk dikaji dan dibandingkan dengan situasi di daerah kecil yang setaraf di negeri lain.

Ini kerana, bagi daerah sebegini yang aktiviti ekonomi di kalangan penduduknya adalah terhad dan sering disinonimkan sebagai daerah termiskin, kewujudan lebih daripada tiga cawangan bank komersial utama seperti Maybank dan CIMB, mahupun bank berorientasikan masyarakat seperti BSN dan Bank Pertanian di daerah ‘mundur’ sebegini menjadi penanda aras terhadap tahap tabungan dan simpanan modal di kalangan rakyat Kelantan.

Situasi yang lebih rancak pula dapat dilihat di bandar utama seperti Kota Bharu, Pasir Mas dan Tanah Merah yang menyaksikan urusniaga dan transaksi perbankan di kalangan rakyat adalah amat tinggi, di tambah dengan pembukaan cawangan bank yang menawarkan perkhidmatan perbankan Islam, tumbuh bak cendawan selepas hujan.

Inilah sebahagian daripada pemerhatian ringkas terhadap aspek sosio-ekonomi yang telah menjadi budaya di kalangan rakyat Kelantan, dan ia merupakan pemangkin utama kepada kekuatan kuasa beli dan dayatahan ekonomi negeri Kelantan.

Rezeki yang diperolehi biarpun nampak sedikit, tetapi ia lebih dari mencukupi untuk menampung kehidupan sehari-hari, buat bekalan di kemudian hari.

Kebaikan dan kebajikan yang bertambah-tambah, itulah barakah, dan inilah kekuatan dan keunikan ekonomi negeri Kelantan Darul Naim.

Syahir Sulaiman adalah Pengarah Kajian Polisi DPPM. Beliau mendokong agenda Membangun Negara Berkebajikan.
26 Januari 2013 -
Disunting dari Harakah

Pembohongan dan dakyah terbesar sekian lama seperti inilah buatkan rakyat Kelantan terus dibuai dengan keasyikkan syok sendiri yang didalangi oleh kepimpinan Pas. Ia hanya bertujuan untuk memupuk semangat assobiyah  dikalangan anak Kelantan untuk banggakan negeri sendiri yang secara langsung memberi keuntungan kepada Pas selaku Kelantan dibawah kepimpinan Pas.

Hakikat sebenar indah khabar dari rupa, Gk yakin Pengarah Kajian Polisi DPPM itu beretorik semata-mata tanpa fakta yang jelas. Jika ekonomi rakyat Kelantan diukur melalui kuasa membeli sahaja, hendak kita berikan contoh yang sangat mudah sebagaimana yang dikuatkan oleh Nik Aziz pada rakaman video dibawah,  

Perokok misalnya, adakah anda mengjangkakan perokok itu punyai sumber kewangan yang kukuh sehingga menjadi seorang perokok dan turut mempunyai kuasa membeli rokok, sedangkan perokok berkenaan tetap membeli rokok walaupun terpaksa meminta sedekah daripada Nik Aziz. Dengan meminta wang daripada Nik Aziz untuk membolehkan ia membeli rokok, adakah ia dipanggil kuasa membeli yang disebut sebagai penanda aras ekonomi rakyat Kelantan ?

Kenapa rakyat Kelantan jarang menggunakan kad kredit ? Jawapannya, sebahagian besar dari mereka tidak ada kad kredit, untuk memiliki kad kredit seseorang itu perlu punyai bukti kewangan yang ditetapkan oleh pihak bank, dan rata-rata rakyat Kelantan yang bekerja di sektor swasta yang pendapatannya antara RM350 hingga RM900 itu mustahil untuk memiliki kad kredit.

Kalau Pengarah Kajian Polisi DPPM sekadar kaji duk dalam air-cond tu rasanya tak layak nak bagi perincian mengenai perkara ini, harus turun padang kalau nak buat kajian untuk jawapan yang sebenar. Anda Mampu Mengubahnya. - Bersambung

Banyak perkara yang perlu dikaji, bukan sekadar melontar pandangan berdasarkan fakta yang tidak konkrit demi kepentingan politik.

6 comments:

  1. Amik GAMBAR BATU ASAS SEKADAR BATU TUNGGUL yang berlambak-lambak kat KELANTAN. Kalu boleh amik gambar tu yang ada masa perasmian BATU ASAS tu dan hasil BATU ASAS yang dah jadi Batu Tunggul. Rakyat Kelantan harus sedar, bukti penipuan pemimpin PAS/PR ni ada pada BATU TUNGGUL, LADANG RAKYAT dan sedut balik manifesto bukan janji HUSAM MUSA. Biar rakyat tahu dan membuat penilaian BATU ASAS SEKADAR BATU TUNGGUL yang menjadi BUKTI penipuan yang jelas dan nyata kepada rakyat. Biar rakyat INGAT n SEDAR semua tu.

    ReplyDelete
  2. Kalu boleh amik BATU ASAS SEKADAR BATU TUNGGUL tu buat pameran or usung masa kempen pilihanraya, (baik usung batu jangan usung pompuan macam ostazah jadi-jadian oleh PAS) kalau boleh masa kempen pilihanraya buat kempen betul2 kat BATU ASAS SEKADAR BATU TUNGGUL kalu boleh buat retorik macam masa mula2 nak buat perasmian BATU ASAS tu, jangan lupa bawa riben n gunting pastu kek harijadi hahahahaha baru padan muka puak PR ni.

    ReplyDelete
  3. Kalu boleh, pakat ramai2 panggil or jemput orang kampung datang ke PERASMIAN BATU ASAS SEKADAR BATU TUNGGUL tu, then amik gambar siap tulis pada banner or poster "INILAH HASIL KERAJAAN PAS BATU ASAS MENJADI BATU TUNGGUL, BUKTI KEJAYAAN PAS SELAMA 22 TAHUN MEMERINTAH TAHNIAH!". Jangan lupa bawa kek ye hehehehe...

    ReplyDelete
  4. bila rakyat kelantan lebih 95 % melayu itu bermakna yang kaya itu melayu yang miskin itu juga melayu.kita kena kira lak berapa persen betul-betul kaya baru kita tahu kedudukan ekonomi sebenarnya.

    ReplyDelete
  5. Harap2 orang2 UMNO Kelantan sila ambil tindakan segera cadangan diatas, jangan duk asyik nak berkempen ceramah sahaja kena gak tunjukkan hasil pemerintahan kerajaan Kelantan yang banyak memperdayakan orang2 kampung melalui perwatakan yang konon-kononnya alim berpakaian serban n kopiah merembat keringat orang2 kampung melalui DERMA KOSONG disana. Biar orang kampung sedar mereka telah dijanjikan "SYURGA CIPTAAN PAS" yang banyak berceramah mengutuk, menghina, mencerca dan menjual agama hanya kerana nak ke PUTRAJAYA.

    ReplyDelete
  6. aduh.....kalau nak di ceritakan pasal rakyat kelantan ni...sebulan tak habis nak di ceritakan.Tempat kerja aku ni penuh dengan rakyat kelantan yg mencari rezeki.( Putrajaya ).aku g makan KFC di bangi..juruwang hinggalah ke pembantu dapur penuh dengan rakyat kelantan.Apalah Nik Ajis buat..? bermakna ekonomi kelantan memang terukk..!!.Bukan nak memmbebel..! bahkan operator Kafe Kafe di Putrajaya juga rakyat Kelantan..!Manis lak makanannya...confirm..bleh kena penyakit..Buat org kelantan,jgn marah yer...ini kenyataan..dan jgnlah berbangga dan ego..sepatutnya anda adalah harapan negeri kelantan untuk memajukan ekonomi di negeri anda sendiri.itu sajerr..

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.