Ulamak politik seperti Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat harus disedarkan oleh penyokongnya supaya tidak semakin jauh tersesat dan segera kembali kepangkal jalan, ini jelas apabila kenyataan Nik Aziz sering bercanggah dengan ulamak tidak berparti, ulamak didalam kerajaan malah ulamak didalam Pas itu sendiri.
Kenyataan Nik Aziz hanya selari dengan Ulamak didalam PKR dan DAP semata-mata, apa yang dihalalkan oleh Ketuanya Datuk Seri Anwar Ibrahim, itu juga yang akan dihalalkan oleh Nik Aziz, ramai yang memuja Nik Aziz kerana merasakan beliau seorang yang warak, namun pada masa sama mereka terlupa Nik Aziz yang dipuja warak itu sebenarnya hanyalah balaci kepada Anwar 'punggoq'.
Betapa tidak sedarnya penyokong Pas akan tergelincirnya Nik Aziz dari landasan perjuangan Pas yang sebenar, mereka menyokong Pas kerana kononnya mahukan Islam dan perlaksanaan hukum hudud, sedangkan Pas sudahpun menggugurkan dasar itu dengan memilih dasar kebajikan setelah mana mereka bergabung didalam Pakatan Rakyat.
Jika diambil contoh terbaru mengenai nafsu Nik Aziz yang terlalu buas dalam isu pemecatan Bekas Timbalan Presiden Pas Nasharudin Mat Isa, Nik Aziz dirujuk sebagai berkata :
“Tidak penting sama ada dia
(Nasharuddin) telah menerima atau tidak surat dari Majlis Syura
memaklumkan dia sudah dipecat atau menunggu jawapan mengenai status
keahliannya, hakikatnya apabila ‘lafaz cerai’ (lafaz perceraian
suami-isteri) telah dilakukan, dia secara rasmi bukan lagi menjadi ahli
parti,”
Berikutan kenyataan mengaibkan dari Nik Aziz itu, Nasharudin menyangkal dan menjelaskan "Pas ni ada lebih kurang 1 juta orang ahli, Pas ni bukan milik individu, tidak ada mana-mana individu yang boleh membuka dada menyatakan Pas ni milik dia, dia saja ada hak untuk mentafsir,
"Contohnya boleh menjadi Mursyidul Am orang lain tidak layak contohnya kalau ada orang claim, dia saja yang layak jadi Mursyidul Am, dia saja yang layak jadi Presiden..., tak, Pas ni milik ahli dia 1 juta orang, dia ada dasar dia, ada perlembagaan dan sistem dia sendiri". Katanya .

Bagaimanpun Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, cara penilaian itu dibuat adalah hak mutlak parti bukan individu dan tidak boleh didedah kepada umum.
"Masih ahli. Orang bercerai pun, bercerai talak satu, talak dua, talak tiga.
"Itu terpulang kepada penilaian kita. Tak berhak kita dedahkan kepada orang penilaian kita sendiri. Bahkan dalam sejarah Pas bukan kali pertama kita pecat," katanya pada sidang media selepas merasmikan Himpunan Perdana Ummah di sebuah hotel dekat ibu negara baru-baru ini.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.