Nik Aziz: "Kalimah ALLAH Juga Digunakan Oleh Syaitan Dan Iblis, Apa Susah ?"

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulangi pendiriannya bahawa orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah ALLAH, sebagaimana diputuskan Majlis Syura Ulama sebulan lalu.

Sambil menegaskan perkara itu tidak sepatutnya dijadikan isu, Nik Abdul Aziz berkata, yang menjadi permasalahan kini ialah tidak boleh sama sekali menterjemahkan perkataan ‘God’ dan ‘Lord’ kepada ALLAH.

“Kalimah ALLAH kita telah putuskan sebulan lepas, saya tak payah ulang dah benda ni, benda yang tak patut dijadikan isu, jadi isu.

“Nama ALLAH telah digunakan oleh syaitan dan iblis di dalam syurga lagi. Iblis jumpa Nabi Adam di syurga, dia kena guna nama ALLAH, ayah Nabi Muhammad nama Abdullah, dia peluk Islam, jadi apa susah kita? Cuma masalahnya, terjemah God dan Lord kepada ALLAH, itu tak betul,” katanya selepas merasmikan Karnival Antarabangsa Bio Kelantan 2013 Persidangan dan Pameran di Kelantan Trade Centre di sini, semalam.

Nik Abdul Aziz berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendedahkan persetujuan penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam terjawab apabila ia ditandatangani Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri.

Majlis Syura sebelum ini memutuskan bahawa sesiapapun boleh menggunakan kalimah ALLAH, namun tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia, begitu juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah ALLAH.

Majlis itu turut memutuskan bahawa menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan ALLAH tidak dibolehkan kerana ia salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar selain boleh membawa kekeliruan yang nyata.

Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz enggan mengulas lanjut menyarankan agar keputusan Majlis Syura Ulama sebelum ini dirujuk kembali bagi mendapat gambaran lebih jelas berhubung perkara itu (kalimah ALLAH).
 
Itulah sikap Ularmak seperti Nik Aziz, banyak 'kluk-klek', sebenarnya kalau Nik Aziz ni seorang Ulamak yang ikhlas berjuang untuk Islam, Nik Aziz tak perlu banyak cakap, cukup saja dengan berkata sepertimana yang dikatakan oleh Datuk Dr Haron Din yaitu "Saya akan mempertahankan kalimah ALLAH sehingga akhir hayat saya", kerana kenyataan itu lebih jelas siapa Nik Aziz yang sebenarnya.
 
Majlis Syura terikat dengan ahli-ahli Pas, tetapi Pas pula terikat dengan polisi yang dipersetujui didalam Pakatan Rakyat.

2 comments:

  1. Sesat dan kufur Iblis bukan kerana tidak berpengetahuannya dia ttg Allah swt, tidak juga kerana ketidakyakinannya terhadap keTuhanan, keKuasaan dan keEsaan Allah swt. Kufurnya Iblis kerana "aba was takbara" nya dia terhadap perintah Allah swt. Dari segi keilmuan Iblis, dgn usianya yg sebegitu panjang, pertemuannya dan pergaulannya dgn pelbagai makhluk sepanjang usianya, termasuk dari kalangan malaikat tentulah dia berpengetahuan tinggi dan berpengalaman luas. Menyesatkan manusia adalah bidang kemahirannya. Sukar bg kita utk terselamat dari perdayaannya. Al Quran menyebutkan hanya dgn keimanan yg teguh, tawakkal yg bersih dan keikhlasan dlm beramal serta perlindungan dari Allah swt dpt kita terselamat dari tipu dayanya.
    Sbgmn Iblis menjadi sesat, golongan manusia juga banyak yg menjadi sesat kerana sikap "aba was takbara " yg sama. Tidak terkecuali mrk yg berilmu. "Aba" membawa makna enggan dan menolak utk menuruti perintah Allah swt "Takbara" membawa makna besar diri, rasa diri hebat, rasa diri lebih. Gabungan dua sifat ini akan menyebabkan seseorg itu menjadi kufur, siapa pun dia, samaada org biasa, ust atau pun org yg dikatakan ulama', walaupun dia mengakui keTuhanan, keKuasaan dan keEsaan Allah swt. WaAllahu'alaam !!!

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Tuan Tanah, selamat berinfo dan selamat berjuang, mohon jasa baik tuan linknkan blog saya didataran blog Tuan http://kembalakenterprise.blogspot.com

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.