Nik Aziz: "Takkan Anwar Upah Bapa Saiful"

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat percaya dakwaan terhadap tuduhan liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diselesaikan satu persatu selepas ini susulan pengakuan bapa Mohd Saiful Bukhari Azlan, Azlan Mohd Lazim semalam.

Semalam, Azlan mendedahkan bahawa anaknya itu diperalatkan oleh pihak tertentu bagi menjatuhkan Anwar menerusi kes liwat kedua.

"Pendustaan satu masa akan terbongkar menteri berdusta pun akan terbongkar. Takkan Anwar upah bapa Saiful sedangkan menteri lebih banyak duit dari dia (Anwar).

"Alhamdullilah semakin hari, nama Anwar semakin bersih sekarang dan insya-ALLAH selepas ini dia akan bebas dari sebarang tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadapnya," kata beliau kepada media selepas menghadiri majlis bersama veteran Pas di Jalan Dato Lundang di sini pagi tadi.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali berkata, kenyataan Azlan Mohd Lazim yang memohon maaf kepada Ketua Umum PKR mendakwa bahawa anaknya dipergunakan untuk memfitnah Anwar Ibrahim bagi sesetengah pihak tidaklah memeranjatkan.

Umum mengetahui Anwar Ibrahim sedang menghadapi antara masalah politik terbesar yang kini membelenggu pemikiran dan perjalanan halatuju politik beliau. Kegagalan beliau memperoleh pengesahan daripada perwakilan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam baru-baru ini menjadi tamparan yang sangat hebat dalam karier politik beliau. Selain daripada itu PAS yang terus menerus mempertahankan keputusan Parti Islam itu untuk tidak menamakan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri telah betul-betul menusuk saraf politik impian Perdana Menteri Pakatan itu.

Kenyataan bapa Saiful Bukhari boleh dilihat sebagai salah satu usaha terdesak diperingkat akhir yang perlu dipergunakan peluang yang ada dengan sepenuhnya oleh Anwar Ibrahim dan konco-konconya untuk mengolah pandangan umum mengenai kegagalan Anwar memenuhi syarat-syarat menduduki kerusi Perdana Menteri. Antara lain syarat itu ialah bersih daripada sebarang salah laku moral yang kemudiannya boleh dipalitkan kepada Perdana Menteri yang akan menjadi Ketua Eksekutif kepada sebuah Negara yang 65% penduduknya beragama Islam. Corak penduduk sedemikian yang majoriti beragama Islam semestinya tidak akan berkompromi dalam persoalan moral melibatkan pimpinan negara apalagi yang dikaitkan dengan seorang Perdana Menteri.

Bapa Saiful Bukhari yang dikenali sebagai manusia yang menghadapi seribu satu masalah melibatkan diri dan keluarga adalah merupakan di antara jalan keluar yang paling mudah untuk dipergunakan oleh Anwar dan konco-konconya. Kenyataan pusingan “U” Azlan itu bagi sesetengah pihak seperti yang disebut di atas memang sudah dijangka. Namun keistiqamahan Saiful Bukhari sendiri sebagai pihak yang terlibat dilihat akan menyukarkan laluan yang dijangkakan terbuka luas untuk dieksploitasi oleh Anwar dan konco-konconya.

Adalah jelas pertelingkahan keluarga dan kredibiliti bapa Saiful Bukhari yang boleh dipersoalkan oleh banyak pihak menjadikan jalan penyambung hayat politik Anwar Ibrahim tidaklah begitu meyakinkan. Masyarakat yang mengikuti perbicaraan yang begitu lama dengan penangguhan puluhan kali sebenarnya telah letih dan jelak dengan mainan politik Anwar Ibrahim.

Timbulnya gelagat bapa Saiful Bukhari yang terakhir ini bagi sesetengah pihak menjauhkan lagi sokongan mereka terhadap Anwar dan sebahagiannya pula sudah muak dan tidak bernafsu untuk mengikuti episod selanjutnya.

Rakyat Malaysia sudah memahami hakikat mainan politik Anwar Ibrahim sejak tahun 1998 lagi. Rakyat disuapkan dengan pelbagai telatah politik yang memualkan dan apa yang disaksikan hari ini tidak lain daripada gandingan lakonan sandiwara politik yang sebenarnya tidak laku lagi untuk dipentaskan.

Bagi setengah pihak masalah moral Anwar Ibrahim tidak akan ada jalan penamatnya. Tutup di kepala ekor pula yang terbuka. Tutup di ekor kepala pula yang terbuka. Begitulah ibarat kisah moral Anwar Ibrahim.

Seperti yang diketahui deretan episod melibatkan moral orang yang akan dijadikan Perdana Menteri oleh Pakatan Rakyat lambat laun akan menemukan buku dengan ruas. Pepatah juga mengatakan sepandai-pandai tupai melompat akhirnya ke tanah juga jatuhnya. Pepatah ini dicipta oleh pendita-pendita terdahulu sudah tentunya mempunyai kebenarannya yang tersendiri dan dalam konteks dunia moden kini barangkali rakyat Malaysia boleh lebih awal membuat dugaan siapa yang bakal menjadi tupai tersebut.

32 comments:

  1. nik aziz.... lahad datu diserang, kelu seribu bahasa.. bapak saiful buat u-turn, kemain 'ayat tak kan' dilontar dari mulutnya... jangan jadi fasiq ya hamba ALLAH bernama nik AZIZ.. berlaku adillah.. nasihatlah bapa saiful ini untuk angkat sumpah utk apa yg dikatakan nya ini benar sebagaimana anaknya pernah lakukan satu waktu dulu..

    rony

    ReplyDelete
  2. aku dah agak org tua ni akan cakap mcm tu..dah x hairan. memang nyanyuk sangat2 dah.
    sokonglah apa yg bangsat tu buat. tok guru palsu ni...tp melayu x sedar2 lg.

    ReplyDelete
  3. Nike ajis oii..nasib baik laa ko dah tua kalau tak ko jugak akan diliwat oleh sinuar tu...kesian dengan perangan simusang berjanggut ni disebabkan rasa dengi, nak kaya kroni dan terlalu rasa takbur disebabkan disanjung oleh pengikutnya dan tiada dikalangan pengikut nya yang berani mencegah menjadikan dia saorang manusia yang rosak akhlaknya...

    ReplyDelete
  4. Dont Speak Too Soon...takut ada orang yang terperangkap oleh bapa Saiful. You never know ..come next Court In session bapa Saiful buat another Turn to prove the REAL TRUTH! hanya Allah yang mengetahui.

    ReplyDelete
  5. Tua kutuk ni apa dia tahu......buang masa je dgr pendpt tua kutuk ni

    ReplyDelete
  6. Hah....sat lagi bapak Saiful akan di bawa mengadap Father Nicky utk di sucikan dosa....dan slps itu en azlan akan mnjadi seorg yg SUCI mcm abby mulut cib*i, eli bogel......

    ReplyDelete
  7. SI N.AJIS TUA KUTUK NI DAH SERUPA LKY MELAWAN LAW OF NATURE TAK TAKUT TUHAN DAN TAK NAK MAMPOS!!!

    ReplyDelete
  8. Aku tak terkejut pun dengan pengakuan ini,kalu betul la kenapa sebelah pihak saja yang buat kenyataan.Klau dia benar suruhla dia bersumpah mcm Saiful buat dulu.Buat sidang akhbar tertutup plak tu.

    ReplyDelete
  9. kalau bapak saiful buat sumpah skali pun org bn xkan berpuas hati punya. sibuk cite pasal sumpah tp klu dia besumpah korg akan pcaya ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dia berani bersumpah aku pun percaya.. sama le kalau Anugay berani sumpah aku pun akan masuk PgayR hari ni juga!!

      Delete
    2. Kalau betul tunjukkan bukti jangan main belakang. Kalau mengaku Islam lakukan sumpah laknat berjunjungkan Al Quran, Ada berani...

      Delete
    3. apa la yg nk dsusahkn, brsumpah jer la utk mmbuktikn kta brada d tmpt yg benar.. lgpn kaedah yg Islam tntukn pn ada mengajar kta utk brtaklik utk mmbuktikan kebenaran, contohnya SUAMI YANG NK MNDAKWA ISTERINYA BERZINA DGN ORG LAIN SEDANGKAN PADA MASA ITU TIADA SEORG SAKSI PN YG MELIHAT & BEGITU JGAKLH SI ISTERI UTK MENAFIKANNYA!!! selebihnya tu kta srahkn pd ALLAH S.W.T. ler!!! yg kta dk kalut ada org nk prcaya @ tak ni apa hak kta nk paksa org?!!! waraslh ckit dlm brfikir ni BRO!!! len kali nk msuk cmpur @ brcakap tu fikirlh dlu, jgn men hntam ssuka hti jer!!! ko ni pn stu yg dk kalut nk bri komen jgak tu knapa, lenlh klu apa yg kta nk tgakkn tu logik & btul!!!

      Delete
  10. dah sampai masa ketepikan si tua kutuk ni drpd arena politik tanahair! otak dia dah kena gerudi dgn si juburi sbb tu dia tak boleh berfikir dgn waras...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pa'Cu Bukit Jawa3/10/2013 4:59 PM

      DiKelatan, poknik tak perlu fikir apa-apa, tak perlu buat apa-apa. Dia hanya perlu bekecek...baaasooooo... habis orang akan ikut dia. Taraf wali 7 petala langit da dia ni...

      Selama 23 tahun poknik tak buat apa-apa, tak fikir apa-apa untuk rakyat Kelatan, tapi rakyat Kelatan redha, besyukur sebab medapat barakah kewalian 7 petala langit 7 petala bomi dia tu. mana lagi nak cari wali mengalahkan kewalian Tok Kenali dan segala ulamak-ulamak pondok yang ada diseluruh Kelatan dan Selatab Siam.

      Delete
  11. Orang lain kene liwat orang lain yang bersumpah apa cite ni? Nik Ajis jangan kira le, yang baik dari BN walaupun melekat kat mata dia tak nampak, kalau yang kurang baik sikit, dalam laut pun di nampak....bila nampak mulut celupar pun mulalah keluarkan kata2 celupar juga....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul ko ckp tu. serban dia aje lebih tpi otak letak kat lutut.

      Delete
  12. Father Nicky Acis is back....wakakakakaka...dah2 lah father...makin nyanyok si father Nicky ni...wakakakaka

    ReplyDelete
  13. N.Ajis ni dah tergolong dlm kategori nyanyuk.. umur dah semakin lanjut otak dah banyak kehilangan saraf2 normal.. Setiap ayat yg keluar dari mulut berkedutnya hasil dari dendam kesumat lama. Itulah keburukan kalau golongan yg kononnya mengaku ulamak terlibat dlm politik.. dia hanya akan menyokong puak dia saja walaupun puaknya buat salah dan dosa. Itulah kenyataan! N.Ajis patut pencen 15 thn yg lalu.. Dr M sendiri pun tahu bila dia harus berhenti.. N.Ajis ni tamak, bebal, bodoh sombong! Moga dia diberi hidayah oleh Allah! Amin!

    ReplyDelete
  14. tanya sama najib apa sebab goyang
    tentu jawab najib sabah nak hilang ...
    tanya pada nwar kenapa sabah nak hilang ...
    tentu jawab nwar sabah kan diserang ....

    tanya pada nwar siapa menyerang ...
    tentu jawab nwar ... misuari punya angkatan
    tanya pada nwar siapakah dalang ...
    tentu jawab nwar "I kenal itu orang"

    pada manila post dan reuters berita terhidang ...
    jawaban diberi pemimpin pembankang dalang
    tanya pada nwar benarkah berita dikarang ...
    tentu jawab nwar "you ulang I saman kang"

    tanya pada mat sabu siapa peliwat terbilang
    tentu jawab mat sabu nwar dalam syarahan
    tanya pada karpal siapa moralnya hilang
    tentu jawab karpal nwar dalam perkataan

    tanya pada azizah siapa anugerah tuhan
    tentu jawab azizah nwarlah sayang
    tanya pada bad rule siapa imam mehdi pilihan
    tentu jawab ustaz nwar dalam ingatan

    tanya pada abim siapa hebatnya orang
    tentu jawab abim nwarlah pilihan
    azizah bini nwar turut dijulang
    anugerah khadijah isteri nabi diberi sandang

    tanya pada saiful siapa liwatnya seorang
    tentu sumpah saiful nwarlah jantan
    tanya pada eskay siapa pelanggan jalang
    tentu sumpah eskay nwarlah jantan

    tanya pada khalifah lim siapa pm pakatan
    tentu jawab khalifah lim nwar ditatang
    tanya pada haji adi siapa pm pakatan
    tentu jawab haji adi nwar diingatan

    tanya pada nik aziz siapakah ahli surga tersayang
    tentu jawab nik aziz nwar dalam ilham
    orang umno kena jilat kaki inilah orang
    memang sangat hebat ini binatang

    tak kan hik aziz membiarkan ahli surga pilihannya dibiarkan tanpa apa-apa pembelaan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tanya pada nwar kenapa matanya semakin cengkong mcm jerangkong
      tentu dia jawap laknat dari Tuhan kerana kuat menipu dan membohomg.
      tanya pada pok nik tua kutuk knpa dia semakin nyanyuk
      tentu dia jawap minda dan akalnya yg di-pinjamkan sementara telah di-cabut dan diambil balik oleh Allah SWT kerana bersifat munafik.

      Delete
    2. tanya pada nik azis kenapa mukanya semakin nampak macam jin dan hantu,
      tentu jawabnya biasalah sebab 'ana'kan kuat menipu,
      tanyalah dia lagi kenapa mukanya semakin hari semakin keruh,
      tentu jawabnya biasalah 'ana'kan seorang yang dahagakan pengaruh.

      sebenarnya bukan nak kata pada nik azis sangat pun tetapi kepada sesiapapun yang berperangai dan membawa cara itu memanglah sah tidak betul!!! doa hamba agar Allah memberi hidayat kepada hamba-hambaNYA yang melakukan kesalahan dan dosa agar sempat bertaubat sebelum terlewat termasuklah saya sendiri sekiranya tindakan saya ini salah dan dosa!!!

      Delete
  15. Wahai tuan-tuan, dengarlah badut tua di atas tu bercerita. Dia kata menteri banyak duit, dia lagi dapat banyak duit jual balak. Bapak Saiful pun sama macam dia jugak, dilonggok duit juta-juta depan mata, yang diludah sanggup dijilat balik. Dalam hati kata, aku apa ada kisah. Dia kata pendustaan akan terbongkar. Aku setuju sangat sebab bapak Saiful si Azlan tu yang akan membongkarkan pendustaan siapa yang sebenarnya. Kita tungguuuu....

    ReplyDelete
  16. 6.55 kelas!

    ReplyDelete
  17. betul pun, takkanlah anuar yang upah orang? mana pernah nuar upah orang kannnnn ahli syurga tuuuuuu

    ReplyDelete
  18. masih menunggu bukti dari bapa saiful... yang menyebabkan dia buat u turn..

    ReplyDelete
  19. apalah si biol tua ni merepek? kubur kata mali,lumah kate pelegi...
    kalau ada orang yang nak menongkat dunia dan takut kehilangan kuasanya.. orang jenis ini tak jauh beza dengan faraun!!

    ReplyDelete
  20. yalah tuan guru, menteri banyak duit dari anwar sebabtulahdia sewa air asia bawa askar 1 batalion, anwar sewa jet bawa 3-4 orang je... tak banyak murah je sewa jet tu kan????

    ReplyDelete
  21. wahai si mangkuk azlan yg giler glemer dan giler harta..
    kalau betul la ade org yg jd dalang dlm cerita kamu bohong ini, kenapa dulu kau beria2 mengatan ia benar wpun salah. siapa yg pksa kamu utk berdiri teguh d belakang saiful waktu itu???? plz buktikan pd kami semua. nama penuh org itu, berapa die byr ko, tanah mane die dah bg dkt ko, kalo ade transaksi drpd pegawai khas d JPM tu, tunjukkan sekali bukti tersebut. jgn pndai ckp jer, tp xde bukti!!! kami semua mahukan kebenaran wpun ianya pahit buat BN!

    ReplyDelete
  22. wahai si mangkuk azlan yg giler glemer dan giler harta..
    kalau betul la ade org yg jd dalang dlm cerita kamu bohong ini, kenapa dulu kau beria2 mengatakan ia benar wpun salah. siapa yg pksa kamu utk berdiri teguh d belakang saiful waktu itu???? plz buktikan pd kami semua. nama penuh org itu, berapa die byr ko, tanah mane die dah bg dkt ko, kalo ade transaksi drpd pegawai khas d JPM tu, tunjukkan sekali bukti tersebut. jgn pndai ckp jer, tp xde bukti!!! kami semua mahukan kebenaran wpun ianya pahit buat BN!

    ReplyDelete
  23. Ya....malaysia boleh, Malaysia boleh......hari ini di Malaysia ada bermacam pemimpin jadian, pengikut memang dah bodoh pun tak kiralah yang berpelajaran setinggi KLCC dengan berjurai ijazah sekalipun masih tak dapat lihat perkara yang cukup mudah –sifat kebinatangan- semata mata mahu meraih nama dan mencari ruang dan peluang. Lihat sahaja komen orang yang mempamerkan betapa pegangan ugama nya begitu hebat sekali, padahal besar punya cacat dan sial "Takkan Anwar Upah Bapa Saiful" sedangkan menteri lebih banyak duit dari dia (Anwar).
    Apa, nik aziz bukan menteri ke? Atau dia pun terima duit dari anwar maka segala perbuatan keji anwar dibela! Betapa setiap hari dia disesatkan oleh perbuatannya sendiri dia tidak sedar diri. Lahad Datu tidak pula sepatah kata dihamburkan atau dia pun terlibat sama macam perang saraf yang dibiayainya ketika menentang TUNDOL dan TUNDOL BILA DENGAr GURU CELAKA NI SAKIT TERUS ARAH BAGI RAWATAN KELAS TERINGGI......inilah jenis bangkai ugama, madu di beri racun disembur..........hahahahah itu belum tuhan hadi awang dan naib naib tuhan PAS husam,mat sabu dan tuhan geli MAHFUZ ombak. Hahaha....malaysia boleh, Malaysia boleh ooooiiiii..........orang gadai nyawa dan terkorban (Mati) tidak pula diarah seluruh masjid dimalaysia sedekah dan bertahlil......anwar Ibrahim yang memang jelas dan nyata bersifat binatang buas itu yang dibela dan disanjung......itulah Nik Aziz!!!!!! yang menjadi pujaan bagi masyarakat yang buta dan hodoh hati akal fikiran.

    ReplyDelete
  24. Semuga apa yang tuan2 / puan2 tulis untuk bacaan umum ni jauh dari unsur fitnah dan dusta..ingat diAkhirat yang kekal abadi nanti, sekelip mata kita hidup didunia yang sementara ini jangan disesali dengan perlakuan dan tulisan-tulisan yang hampir penuh dengan dusta...bertaubatlah wahai sauara-sausara ku..marilah bermohon dengan Allah agar dibukakan hati dan akal kita semoga dijauhkan penyakit jiwa yang terlalalu kotor..insaflah..mohonlah dengan Allah,

    ReplyDelete
  25. KEMAS dan TELITI sungguh KAEDAH PIHAK PEMBANGKANG berSANDIWARA, awal-awal lagi dia sebut pasal isu 'UPAH' ini untuk MENGABURI mata RAKYAT.

    Bolehkah sekiranya SAYA FIKIR berkeMUNGKINan sebenarnya NIK AZIZlah yang diUPAH oleh ANUAR IBRAHIM untuk KOMEN berkaitan 'ISU INI' dan ia merupakan HELAH agar pembaca (RAKYAT) berfikir tentang KEBENARAN secara LOGIK?! Perkara ini LEBIH LOGIK bila disusuli dengan MANTIK-MANTIK mereka!

    Sebagai manusia dan RAKYAT MALAYSIA rasanya TIDAK SALAH untuk BERFIKIR DEMIKIAN sebagai LANGKAH BERJAGA-JAGA atau BERINGAT SEBELUM KENA untuk menilai KEBENARAN. Saya BERFIKIR DEMIKIAN kerana sekarang terlalu BANYAK KAEDAH PENIPUAN yang diguna pakai dan setahu saya TAK ADA seorang pun antara kita yang boleh MENJAMIN bahawa NIK AZIZ atau sesiapa sahaja MANUSIA zaman sekarang ini PASTI masuk SYURGA melainkan PARA RASUL dan mereka yang telah dinyatakan dalam AL-QURAN serta oleh baginda RASULULLAH S.A.W.!!!

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.