Hj Hadi Diberi Kata Dua, Cabut Serban Atau Dedah Pengedar Dadah Dalam PKR

KUALA TERENGGANU - Pendedahan yang dibuat oleh Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung calon dari PKR yang juga pengedar dadah sebelum bertindak menyembunyikan individu terbabit adalah sikap yang tidak bertanggungjawab sekaligus menggalakkan perbuatan mungkar yang jelas diharamkan didalam Islam.

Hj Hadi sebagai seorang pemimpin tertinggi sebuah parti Islam tidak seharusnya menyembunyikan petualang negara yang merosakkan anak bangsa, dengan membiarkan pengedar dadah bermaharajalela sedangkan beliau punyai maklumat mengenai perkara itu langsung tidak melambangkan Islam yang diperjuangkan oleh beliau.
 
Mengulas isu sama Pemuda Umno Terengganu turut menggesa Presiden Pas itu mendedahkan nama calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menjadi pengedar dadah.

Ketuanya, Saiful Bahari Baharuddin berkata dakwaan yang dibuat Abdul Hadi dalam ceramah di Marang pada Ahad itu sangat serius kerana mengedar dadah merupakan satu kesalahan jenayah.

"Kita gesa Abdul Hadi membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan," kata Saiful Bahari, selepas membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Kuala Teregganu di sini pada Selasa.

Saiful berkata isu berkenaan juga akan membuka mata pengundi dan beliau menggesa mereka mengundi Barisan Nasional pada pilihan raya umum kali ini.
 
Dengan itu, Haji Hadi perlu mendedahkannya dengan seberapa segera supaya tindakan dapat diambil oleh pihak berkuasa atau Hj Hadi perlu mencabut serbannya supaya imej Islam tidak tercemar dengan sikap pemimpin-pemimpin yang melindungi penjenayah seperti beliau. Anda Mampu Mengubahnya.

7 comments:

  1. satu tuduhan yg amat berat...hj hadi kena tunjukkan siapakah dia calon Pkr yg jadi pengedar dadah tu...tuduhan ini boleh menjejaskan prestasi pembangkang khususnya Pkr...kalau ini berlaku tentulah hj hadi dipersalahkan...berat, berat berat!

    ReplyDelete
  2. kalau pkr kalah, ini semua hj hadi punya hal. kami tidak akan undi pas. biar hj hadi tak dapat jadi pm. hanya DSAI yang layak menjadi pm selepas 5 mei. jangan undi pas... undilah pkr.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salut...Keputusan terkini PRU 13 BN 73 (jumlah kerusi ditandingi PAS)....

      Delete
  3. Haji Hadi Layan Jugak Pa... Tapi Stop Tengah Jalan Takot Terkantoi.. Haaa~...

    ReplyDelete
  4. Saya rasa si bangang ni nak tutup kemaluan PR yg mempunyai calun bertindih. Satelah berunding akhirnya bersetuju untuk tarik salah satu calun. Untuk menyedapkan cerita, saja si bangang ni reka cerita lawak yg memakan dirinya.
    Memang susah nak lantik PM kalau PR menang. Anwar dengan masalahnya sendiri, nak lantik sibangang ni tak berkaliber.Nak tunjuk kaliber, akhir akhir selalu buat kenyataan supaya nampak pandai, tapi nampak bangang.

    ReplyDelete
  5. Tu la. Allah maha kaya.nak cover dan nak spin cerita berebut kerusi dpn penyokong sendiri,akhirnya terlepas ckp x sempat control.dia ni mmg terkenal dgn sindrom" ckp dulu fikir kemudian".

    Mcm ni pun ada hati nak jd PM.apa klassssssss

    ReplyDelete
  6. Tuduhan tanpa sebarang bukti adalah FITNAH & fitnah adalah ibadah dalam PAS.

    Takbir! x3

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.