Kamilia Dipecat - Najib: Lebih Baik Korbankan Pembelot Dari Korbankan Parti

PEKAN - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata surat pemecatan kepada pemimpin dan anggota parti komponen Barisan Nasional (BN) yang bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya umum 5 Mei ini, akan dikeluarkan pada Isnin.

Perdana menteri yang juga pengerusi BN berkata langkah itu dibuat bagi menjaga disiplin anggota BN supaya memberi keutamaan kepada parti daripada kepentingan peribadi.

"Salah satu ketetapan, sesiapa (pemimpin dan anggota BN) yang bertanding atas tiket Bebas, tidak boleh kekal sebagai ahli parti.

"Oleh itu, parti akan ambil tindakan pada Isnin ini untuk keluarkan surat memecat ahli-ahli yang bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya kali ini," katanya ketika berucap pada jamuan tengah hari di kediaman beliau, di sini hari ini.

Antara anggota BN yang bertanding sebagai calon Bebas pada PRU13 ini ialah Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim yang bertanding kerusi Parlimen Kuala Kangsar (Perak) dan bekas Ketua Bahagian Umno Tasek Gelugor Datuk Seri Mohd Shariff Omar bagi kerusi Parlimen Tasek Gelugor (Pulau Pinang).

Kamilia akan menentang calon BN Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan Dr Khalil Idham Lim daripada Pas manakala Mohd Shariff mencabar Shabudin Yahaya (BN) dan Datuk Seri Abdul Rahman Maidin (Pas).

Najib berkata, bukan menjadi kesalahan kepada BN memecat anggota dan pemimpinnya yang belot kerana tindakan itu perlu dan penting bagi menjaga disiplin parti.

Beliau berkata, jika disiplin BN tidak dijaga, ia boleh merosakkan parti berkenaan.

"Kalau ada satu dua yang terpaksa kita korbankan, lebih baik kita korbankan mereka daripada kita korbankan parti yang kita kasihi," katanya.

Pemecatan Kamilia itu diumumkan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas tamat proses penamaan calon bagi PRU13 di seluruh negara hari ini dan Kamilia disahkan bertanding di Kuala Kangsar.
  
"Tindakan beliau (Kamilia) jelas bertentangan dengan perlembagaan dan peraturan Umno, serta tidak selari dengan semangat perjuangan parti," kata timbalan perdana menteri kepada pemberita selepas mengemukakan kertas pencalonan beliau sendiri untuk kerusi Parlimen Pagoh di Johor.
  
Surat pemecatan Kamilia akan dikeluarkan Isnin ini.

Sebelum ini, Kamilia pernah menyuarakan kekecewaannya dengan mengatakan Barisan Nasional tidak meletakkan pemimpin tertinggi Wanita Umno dan BN sebagai calon dalam PRU13, sedangkan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan bahawa Kamilia yang menolak tawaran bertanding, bagi kerusi Dun Bukit Chandan kerana mahu bertanding kerusi Parlimen Kuala Kangsar.
  
Kamilia juga turut ditawarkan jawatan Exco jika BN menubuhkan kerajaan di negeri Perak tetapi beliau turut menolaknya, kata perdana menteri.
  
Beliau berkata sehubungan itu, tidak timbul sama sekali soal Kamilia tidak diberi tempat dalam PRU13 atau tidak dihargai oleh BN.
  
Sementara itu Kamilia mengumumkan dalam laman Facebooknya bahawa beliau meletakkan semua jawatan dalam Umno berikutan beliau bertanding sebagai calon Bebas.
  
Selain naib ketua Wanita Umno, Kamilia juga memegang jawatan anggota Majlis Tertinggi Umno dan Ketua Wanita Umno Kuala Kangsar.
  
Kamilia akan menentang calon BN Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan Dr Khalil Idham Lim daripada Pas bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar yang disandang bekas Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz.

Adakah pencacai PR fikir BN lemah dan akan tunduk dengan apa saja desakan ? Tidak...Yang hak tetap hak dan yang batil tetap batil. Syabas BN, ketegasan yang menyakinkan. Gengam bara api biar sampai jadi arang.

8 comments:

  1. Alhamdulillah...Maha Suci ALLAH SWT yang telah menunjukkan siapa musang berbulu ayam dalam UMNO. Aku nak tanya Kamilia ni...Kenapa dan mengapa dia fikir dia layak untuk jadi calon BN utk mana2 kerusi Parlimen??? Contoh pemimpin yang mementingkan temolok sendiri, tidak ikhlas, pengkhianat dan jahanam. Kecik-kecik taknak mampos dah besar menyusahkan orang..pergi jahanam dengan kamilia ibrahim

    ReplyDelete
  2. Betulkan jika saya salah...

    Sebelum ini Kamilia ni pernah ditawarkan kerusi DUN bagi mewakili BN. Tapi beliau menolak kerana beliau ingin bertanding kerusi Parlimen. Di sini jelas sebenarnya, beliau diberi peluang untuk bertanding tapi menolaknya. Atas sebab itulah beliau kehilangan peluang untuk bertanding mana2 kerusi dalam PRU13 nanti. Maka, beliau tak berhak untuk membuat tuduhan seolah-olah beliau dipinggirkan. Sedangkan apa yang berlaku adalah kerana tindakan beliau sendiri yang dianggap engkar dengan arahan presiden parti. Saya percaya, jika beliau bersabar sedikit, sudah pasti kerusi senator wanita akan ditawarkan khas untuk beliau.

    ReplyDelete
  3. Gila kuasa pompuan ni. Contohi mcm Dr Wan Norashikin, dah bbrp term pegang, tapi PRU 13 ni tak dpt jadi calon. Tak segan silu dia turun sbg pencadang. Itu baru pejuang BN sejati

    ReplyDelete
  4. Good riddance kepada orang-orang yang tidak ikhlas dalam perjuangan.

    ReplyDelete
  5. Ini lah pemimpin UMNO tapi pengikut UMNO goblok pulak ? Dia letak jawatan lah bukan di pecat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam ludah muka sendri plk kan....yg diletakkan tu jawatan...yang dipecatkan tu keahlian....makan taik ikut mulut yang keluar semula taik jugak....tapi kalau masukkan taik ikut bontot xkan yg keluar ikut mulutbtu taik jugak.....kalu faham maksud ayat ni bagus la...tp kalu xfaham jgn eksyen tunjuk macam faham....makin terbogel nanti kebodohan diri

      Delete
  6. Apalah kamu Kamelia. Nampak sangat tidak ikhlas di dalam perjuangan, lebih kpd kepentingan peribadi dan ini tidak dapat tidak duit ringit dan kemewahan menjadi keutamaan. Kalau kamu bersikap begini aku rasa ada baiknya kamu pergi saja kepada parti yang senang dapat duit lepas tu biar negara tergadai dan dengan kamu kamu sekali lingkup. Basa tiada DISIPLIN DIRI.

    ReplyDelete
  7. Elok isteri PM je ganti tempat menteri wanita nanti, bukan susah, lepas PRU13 nanti lantik jadi Senator, pastu bolehlah lantik jadi Menteri, tak kira apa orang kata, asalkan yang terbaik....

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.