Muhyiddin Minta Majlis Fatwa Teliti Kenyataan Nik Aziz, Jangan Terlalu Bisu

KUALA LUMPUR - Majlis Fatwa Kebangsaan perlu meneliti segera semua kenyataan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung agama kebelakangan ini yang dilihat boleh memesongkan akidah umat Islam.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kenyataan kontroversi Menteri Besar Kelantan itu seperti kononnya sembahyang orang Umno tidak mendapat pahala dan kerajaan Barisan Nasional (BN) hanya memikirkan kontrak apabila membina masjid, perlu segera dihentikan.

Ini kerana ia boleh menyebabkan kecelaruan dalam kalangan masyarakat, lebih-lebih lagi menjelang pilihan raya umum, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Sekolah SPM 2012 di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, di sini hari ini.

"Saya fikir kalau semua kenyataan yang dikeluarkan Nik Aziz dirujuk kepada Majlis Fakta Kebangsaan, semuanya akan ditolak. Itu saya yakin. Kenyataan sebegitu tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

"Jadi, elok juga kalau Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan memberi nasihat kepada Nik Aziz yang begitu lantang dan celupar mengeluarkan kenyataan berbentuk agama yang bukan saja mengelirukan malah boleh memesongkan akidah umat," tegas Muhyiddin.

Muhyiddin berkata kenyataan seperti itu sepatutnya tidak berlaku, apatah lagi dikeluarkan oleh seseorang yang kononnya ulama dan tokoh yang disegani masyarakat dalam memperjuangkan Islam.

Timbalan Presiden Umno itu berkata Islam tidak harus dinodai melalui muslihat politik sebegitu yang pada asasnya hanya untuk kepentingan tertentu.

"Kalau bukan Islam buat kenyataan begitu kita faham, tapi oleh Nik Aziz yang dilabel ulama dan tokoh tapi kenyataan dia semacam lebih (sudut) politik daripada agama," katanya dan menambah Umno tidak pernah sama sekali mengeluarkan kenyataan sebegitu.

Semalam, golongan ulama pondok dalam satu persidangan di Kedah mencapai satu deklarasi bahawa haram mengundi Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya umum akan datang.

Ini berikutan tindakan kedua-dua parti itu yang menyokong pluralisme agama termasuk membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu. - Bernama

3 comments:

  1. Saya berpendapat pada waktu ini usah kacau majlis fatwa lagi kerana rakyat akan lihat BN mahu heret Majlis Fatwa untuk kempen BN wpun memang Nik Najis ini seleweng.

    Tunggulah selepas PRU13.. Majlis Fatwa wajib himpunkan segala ucapan2 buruk Nik Najis untuk diambil tindakan.

    PAS Munafik akan tumbang!

    ReplyDelete
  2. Perbuatan Nik Najis menyebabkan rakyat bukan Islam melihat yang agama Islam bukanlah lagi agama dominan negara...Islam sudah jadi agama PAS... Agama apakah yang sekarang menjadi majoriti? Itulah ada pemimpin politik hendak jadikan negara ini sebagai negara kristian... Nik Najis memang hanya mementingkan diri sendiri bukannya mementingkan ummah...

    ReplyDelete
  3. n.ajis memang najis, najis tempatnya dlm lubang taik.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.