Tunku Aziz Beri Peringatan: Pergolakkan (Kerusi) Didalam PR Petanda Awal Kehancuran Negara

PUTRAJAYA - Pergolakan pakatan pembangkang dalam menentukan pembahagian kerusi untuk ditandingi dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) memang sudah dijangkakan kerana mereka tidak pernah bersatu, kata bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

Beliau berkata jika pergolakan itu dijadikan sebagai asas untuk menilai pakatan pembangkang, ia merupakan petanda buruk sekiranya mereka diberi mandat untuk memerintah negara.

"Mereka akan berbalah sesama sendiri untuk memilih siapa akan menjadi perdana menteri dan menteri-menteri penting yang lain. Sekiranya kita nilai mereka atas asas ini, tidak akan wujud keamanan dalam negara (jika mereka memerintah negara)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah Majlis Perjumpaan Pesara-Pesara Kanan Kerajaan anjuran Kelab Umno Pesara Kanan Kerajaan Malaysia (KUPKKM) di sini, Jumaat.

Tunku Abdul Aziz yang juga bekas naib presiden Transparency International berkata selain itu pakatan pembangkang juga tidak mempunyai sebarang pengalaman untuk mentadbir sebuah negara.

"Mentadbir sebuah negeri amat berbeza dengan mentadbir sebuah negara. Ini sebuah negara yang amat kompleks. Anda perlukan kebijaksanaan, pengalaman untuk memastikan setiap sektor populasi kita berasa gembira dan puas hati.

"Dengan pakatan, saya fikir untuk dua atau tiga tahun pertama, mereka akan buat seperti apa yang dibuat oleh Guan Eng (Ketua Menteri Lim Guan Eng) di Pulau Pinang, menyalahkan kerajaan sebelumnya. Jadi kerajaan jenis apa yang kita boleh jangkakan," katanya.

Dalam ceramahnya sebelum itu, Tunku Abdul Aziz menekankan betapa pentingnya untuk tidak memperjudikan masa depan negara dengan memberi undi kepada pihak yang salah.

Katanya pakatan pembangkang sebenarnya tidak mempunyai agenda selain kepentingan untuk diri sendiri.

Beliau turut meminta rakyat agar tidak terpedaya dengan janji-janji manis pembangkang terutama DAP, malah manifesto mereka juga adalah tidak mungkin dapat dilaksanakan.

"Di Pulau Pinang, masa dia (DAP) dapat kuasa dia kata nak tolong orang Melayu, orang India, nak bina rumah kos rendah tapi dah lima tahun, sebuah rumah kos rendah pun dia tak bina," katanya. Bernama

2 comments:

  1. Fikirkanlah dengan waras wahai rakyat semua.

    ReplyDelete
  2. Pembangkang mempunyai kecenderungan untuk membiarkan DAP menjadi tunjang dalam dasar2 penting mereka.

    Di Selangor kepentingan Melayu Islam memang dipinggirkan langsung, Shah Alam yg di zon kan sebagai Bandaraya Islam oleh BN telah
    dilacurkan oleh PR ( yg ditunjangi oleh DAP), peluang perniagaan untuk kaum melayu ditutup serapat-rapatnya, sekadar diberi komisen 5% untuk kroni2 melayu yg ada.
    Alam Flora di tamat perkhidmatan, sedangkan Talam Corporation yg terkenal kuat seleweng itu di bantu pulak. Wakil PAS dan PKR seolah-olah tidak punyai keupayaan untuk menentang tindakan zalim DAP ini.

    PR memang sesuai untuk bukan melayu, itu tidak dapat dinafikan lagi. Malah kalau diberikan kuasa tidak mengejutkan mereka terutamanya DAP akan membawa masuk kaum Cina dan mungkin India dari luar untuk menjadi rakyat Malaysia, dalam usaha untuk mengekalkan kuasa serta menghapuskan langsung pengaruh melayu di Malaysia ini.

    Pelbagai helah akan dibuat bagi menjayakan usaha ini, sepertimana yg kita tahu Singapura juga telah membawa masuk jutaan kaum cina dan india kenegara mereka untuk melenyapkan suara melayu.

    Sebagaimana yg kita tahu, di Malaysia ini terdapat ribuan kaum cina dan india yg belum didaftarkan atas pelbagai sebab, kebanyakannya salah mereka sendiri yg tidak mahu berurusan dgn jabatan pendaftaran, dan seperti yg dipaparkan di TV semalam, ratusan telah diberikan dokumen kerakyatan oleh Datuk Najib sendiri. Ini adalah kes yang sah.

    Jangan terkejut kalau operasi yg sama digunakan oleh pembangkang tetapi meliputi jumlah yg jauh lebih besar sehingga jutaan diberi kerakyatan dan menuduh BN tidak menyimpan rekod yg betul. Awas lah terutamanya sekira nya DAP beriya-iya mahukan jawatan Menteri Dalam Negeri, sekiranya PR menang nanti.

    Mereka juga boleh membawa masuk professional dan jutawan seperti untuk projek Malaysia Second Home dan sebagainya lagi, pokoknya suara melayu dapat disenyapkan terus dari bumi Malaysia ini.

    Undi lah PR , biar melayu semua merempat atau ditindas ditanahair sendiri.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.