Umno Solat Tak Dapat Pahala - Nik Aziz Tambah Perkataan 'JIKA', Kendurkan Kemarahan Rakyat - Video

Benarkah kenyataan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diputar belit sebagaimana yang didakwa oleh Setiausaha Akhbar Nik Aziz itu. Atau memang Nik Aziz dan gerombolannya pemutar belit.

Setelah pelbagai kenyataan mengkafirkan orang Umno dengan menafikan pahala amal ibadat orang Umno dikeluarkan oleh Nik Aziz, tetiba mereka tanya kepada kita "dimana salahnya ?". Akhirnya Umno jugak yang dipersalahkan atau dengan kata lain semua salah Umno.

Politik seperti ini tidak patut ada dalam negara maju seperti Malaysia, ia sangat memalukan, dengan menambah perkataan "JIKA" semua hal disalahkan keatas Umno, sedangkan Nik Aziz sebelumnya secara jelas memfitnah orang Umno tanpa sebarang perkataan "JIKA" atau seumpama dengannya.

Ringkasan, Nik Aziz ni ulamak apa ? Ular dalam semak pun lebih mulia daripada Nik Aziz, namun jika Ulamak Islam sudah pasti apa yang hendak dihukumkan itu tidak dibezakan antara parti orang Umno ataupun orang Pas, cukup sekadar berkata, "kita umat Islam kalau kita riak dalam amal kita, kita tak dapat pahala".

Apabila Nik Aziz menyebut orang Pas dan orang Umno didalam memberikan sesuatu hukum, ini bermakna Nik Aziz telah membezakan akidah diantara orang kedua-dua parti tersebut, jadi kita perlu tanya balik kepada Nik Aziz, jika Nik Aziz kata diakhirat nanti Tuhan takkan tanya "Mu ni bangsa Melayu ke bangsa arab", jadi apakah Tuhan tanya "Mu ni orang Pas ke orang Umno"?

Kalau bangsa apa pun Tuhan tak tanya, apatah lagi parti, jadi kenapa Nik Aziz lebih utamakan parti berbanding bangsa dan lebih utamakan parti juga berbanding agama. Apabila kita dengan rela mengaku akidah kita didalam kalimah syahadah, siapa Nik Aziz yang nak mempertikaikan akidah kita.

Nik Aziz tak payah nak kalut pasal dosa pahala orang lain, kerana Allah Taala tak pernah lantik Nik Aziz untuk menentukan dosa pahala itu, tak perlu bimbang Allah takkan silap dalam menghukum setiap hambanya, jadi Nik Aziz lebih baik diam dan jika ada sedikit ilmu sampaikanlah mengikut kaedah Islam bukannya kaedah parti Pas yang sesat lagi tidak bertamadun itu. Anda Mampu Mengubahnya.

Untuk rujukan kesesatan dan fitnah Nik Aziz terhadap Umno ada dalam rakaman video dibawah:

8 comments:

  1. Lajnah Penerangan Dewan Pemuda Pas Kelantan dah terlambat nak perbetulkan statement Nik Aziz tu. Video ucapan Nik Aziz dah menyerlahkan segala gala nya. Nak tegang benang basah buat apa?...Lajak perahu boleh diundur, lajak kata buruk padahnya...nasi pun dh jadi bubur.

    ReplyDelete
  2. dengar molek minit ke 1:13.. "kita beri pahala.." TGNA ada kuasa beri pahala ko lagu mana maksud dia?
    Sep-sep kecek putar alam.. agak dah mesti ada tubik ayat nok cover baikkkk hok dia kecek dop betul tu.. bo-bo lah make gaji sebegai menteri besar..ambo dop relo duit kerajaan negeri abih buat bayar gaji ko org lagu ni..

    ReplyDelete
  3. sembahyang tok guru tidak sah JIKA tidak ambil wuduk

    ReplyDelete
  4. jgn buat cerita dongeng...minit 1:13 itu bunyinya kita boleh pahala atau dpt pahala...teliga dan hati tu cuci2lah sikit...

    ReplyDelete
  5. umno berakidah tolak islam dan menghalang hukum islam dilaksanakan...memang beza....camna solat nak dpt pahala...cececita...samalah org kafir...kalau solat dpt pahala kah?...kalau tak tahu itu jahiliyah namanya....

    ReplyDelete
  6. klau tak silap telinga aku dengaq TGNA cakap kat minit 1:13 tu "kita diberi pahala".. @ kita mendapat pahala, kita boleh pahala... hangpa jgn dok fitnah dia.. dia org alim.. jgn kerana kepentingan politik kita hina ulama.. brdosa..

    ReplyDelete
  7. bodoh bak hang admin.

    ReplyDelete
  8. "klau tak silap telinga aku dengaq TGNA cakap kat minit 1:13 tu "kita diberi pahala".. @ kita mendapat pahala, kita boleh pahala.."

    aku rasa mcm tu jugak. =,.=

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.