Video - Ibrahim Ali: "Saya Akan Bertanding Tiket Bebas, Mungkin Pakai Simbol Katak Puru"

KOTA BHARU - Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali mengumumkan akan bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Mas  sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Beliau juga akan bertanding kerusi Dun.

Bagaimanapun pilihannya itu akan diumumkan pada hari penamaan calon Sabtu ini.

“Terus terang saya berharap akan dipilih menjadi calon Barisan Nasional (BN). Tetapi saya tidak disenaraikan dan sebabnya tidak diketahui,” kata beliau kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, di sini, hari ini.

Ketibaan Ibrahim pada jam 4.20 petang itu  disambut oleh lebih 500 ahli Perkasa. Menurutnya, walaupun tidak terpilih tetapi beliau langsung tidak berkecil hati dan menyeru kepada semua ahli Perkasa di seluruh negara supaya memberi sokongan kepada BN.

Beliau berkata, pilihannya untuk terus bertanding di Parlimen Pasir Mas bukan bererti beliau menentang BN tetapi atas dasar sebagai penyandang serta keinginan rakyat yang mahu beliau terus mempertahankan kerusi tersebut.

Sementara itu, ketika ditanya oleh pemberita simbol apakah yang akan digunakan oleh Ibrahim untuk PRU13 nanti, dengan berseloroh berkata, beliau mungkin memilih Pakai.

“Saya akan pilih salah satu simbol yang akan diberikan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada penamaan calon nanti,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Ibrahim yang bertanding atas tiket Pas menewaskan calon BN, Datuk Rosdi Mahmad dengan majoriti 8,991 undi.

12 comments:

  1. dah tua dah berkan peluang pada orang muda..kalau setakat jadi yb bodek semata-mata utk apa??? suluh diri sendiri tu...memang elok lah guna lambang katak puru tepat pada masanya.

    ReplyDelete
  2. Aku rasa patut bg tok him bertanding bagi lambang bn..sbb tok him ni pure fighter..tak gentar dan tak takut dgn tekanan.. tp mgkn bn ada alasan kukuh..btw harap bn menang bergaya di kelantan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada lagi orang macam ni...tak sedar ke bn di kelantan akan di kafankan tak lama lagi...hanya 2 minggu lagi...dah tahu nak mati tu...lekas2 lah bertaubat, semoga mati dalam husnulkhatimah...takut2 mati dalam suulkhatimah...

      Delete
  3. brahim gila sakak......

    ReplyDelete
  4. Mama suke Tok Him... dan mama yakin dia akan terus pertahankan kerusi2nye. ade baiknye dia bertanding bebas sbb dia bukan pembangkang, dia PENGKRITIK dan kritik2nye selama ini semuanye 'constructive' dan mama yakin pentadbiran PM sangat menghargainye. Itulah dia check and balance yg sebenarnye. Bukan jadi pembangkang 4 the sake of membangkang. Pembangkang yg sediaade skrg ni kejenye baaaaaaaaaaaaaangkang aje. Semua x betul, semua isu dikonarkan, ditebalikkan. Dlm kes tok him ni biarkan, selama ini pun dia mmg pro kerajaan dan semua teguran2nye sangat bernas. NGO yg diketuainye pun sgt mantap. Hidup Tok Him. Semoga mengekalkan kejayaan dan bakti2 yg sedia ade....

    ReplyDelete
  5. Sedap kata Katak Puru, puak mu beringat sikit aku cari pah lube cacing...aku jijak jadi katak puru ke...mu ingat aku tak da cara nak cari ko .....

    ReplyDelete
  6. YB Brahim akan dilantik jadi senator lps PRU13 ni....tengokla.

    ReplyDelete
  7. Braim Ali dilihat lebih kritis dan berwibawa sebagai calun bebas, bebas bertindak, berfikir dan berjuang diatas landasan kebenaran Islam dan Melayu. PERKASA sebuah NGO yang muda perlu dibimbing beberapa tapak lagi dan Braim Ali masih diperlukan disitu sebagai sifu.

    ReplyDelete
  8. Org p.mas toksoh pakoh brahim la. Napok sgt jenis mengapu,muka tak malu. Nak ko yb mu jenis pok katok..malu boh, org tak pakai jenis bkecek sedap tapi akal pendek..india kt tarak akal ini org..kayu api

    ReplyDelete
  9. Kome BN mmg BANGANG4/18/2013 5:39 PM

    Lawan kat mongolia la pak brahim.... DUN kat sana mesti sesuai ngan hang... Ajak sama kaki pencacai dan pak turut hang tu.... baru meriah

    ReplyDelete
  10. kalu menang blh la lantik senator kalu kalh baham tanoh boss

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.