Video - Kalau Nak Harapkan Kerajaan Pas, Sampai Kiamat Pun Masalah Air Di Kelantan Tak Selesai

Tempoh 23 tahun adalah satu tempoh yang cukup lama untuk menyelesaikan sesuatu masalah, namun sejauhmana tempoh itu dimanfaatkan oleh kerajaan Pas Kelantan dalam menangani masalah air yang membelenggu kehidupan seluruh rakyat, sampai kiamat pun masalah air ni takkan selesai kiranya Kerajaan Pas yang mentadbir Kelantan.

Tidak dinafikan masalah air ini berlaku kepada setiap negeri, tetapi bukanlah ia berlaku pada setiap hari, masalah yang berlaku itu hanyalah masalah teknikal yang berlaku beberapa hari cuma, berbeza dengan Kelantan, di Kelantan masalah air adalah masalah yang asas, dimana ianya berlaku setiap hari ekoran berpunca dari kegagalan kerajaan negeri menyediakan keperluan asas itu kepada rakyat.

Kenapa kerajaan Pas Kelantan tidak berusaha menyelesaikan masalah ini sedangkan pada masa sama kecoh nak bina stadium canggih dan lebuhraya rakyat, apakah itu semua lebih penting daripada keperluan asas seperti air, kalau ya pun nak ke stadium canggih, berak mesti nak kena basuh, jadi air itu lebih penting.

Kenapa begitu sukar pemimpin Pas nak fikir bagaimana nak mengatasi masalah air ini, kalau ya pun nak ke Putrajaya, selesaikanlah dulu masalah-masalah kat Kelantan ni, setiap hari rakyat berdepan dengan masalah air, tandas-tandas banyak yang berkeadaan sentiasa hancing disamping harta karun yang berketulan, situasi ini jelas bercanggah dengan ajaran Islam.

Alternatif menggunakan pam bagi menyedut air sudah tidak relevan lagi, disamping penggunaannya yang meningkatkan kos elektrik, ia juga turut merosakkan pam bilamana pam gagal menyedut air sebaliknya menyedut angin.

Sampai bila kita nak hadapi masalah ini, takkanlah kita sentiasa tak boleh nak mandi wajib sebab tiada air ? tak cukup Islamlah kalau tak mandi wajib, agak was-was untuk kita guna air tadahan buat mandi wajib, setakat mandi biasa tu bolehlah, jadi kenapa kita yang harus tanggung kesusahan ini ? sedang kita ada pilihan lain untuk kita tidak susah seperti itu. fikir-fikirkanlah. Anda Mampu Mengubahnya.

4 comments:

  1. kita tukar...jenuh doh mandi ngan air angin ni, buka paip tubek angin

    ReplyDelete
  2. selagi Nik Ajis belum padam..jgn harap la...poknik akan diusung ke sana ke mari..bagi menagih simpati....

    ReplyDelete
  3. Tempat kawe tak dok masaloh air pung.. Paip kerajaan ada, kalo takdok pung boleh korek air boring lagi segar! Kawe yakin lepas PRU13 masalah air di Kelate akan dapat diselesaikan dengan bantuan kerajaan pusat harapan rakyat nati!

    ReplyDelete
  4. kampung kita air tak penah kering,,telaga gali 3o kerek sebuoh rumoh,,kampung kita tok payoh pakar air kerajaan pon xpo,,mana-mana Allah bagi ada air,,hok jelasnya ada hok malas nok gali telaga sendiri,,minum air telaga x tapis xper,,putih bersih jah..jangan duk harapkan pemimpin nk g tye sebuoh-sebuoh rumoh ade air ke x hari nim,,paka inisiatif sendiri la,,kalu nulis blog dey,bakpo xdey g gali telago nyo?pah nulis dale blog pom pang pom pang tu air masuk mencurah-curah ko dale takung air rumoh?aku pelik,duk hina pemimpin,dah kata ore be end tu hebat sangat,,mitop la ore be end tu g borim air so sore ko ore be end..mu sokong be end,suruh la be end g bui air setiap ari ke sek mung..HAHHA maaf blako,gura bewok riam :)

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.