Video - Lihat! Bagaimana PR Auta Bila Orang Muda Tuntut Janji Wifi Percuma Dalam Manifesto 2008

'Manifesto mesti berupa suatu komitmen yang boleh dilaksanakan' atau 'manifesto bukan janji', sekadar cakap untuk penyedap semua orang boleh cakap, namun adakah terlaksana apa yang dijanjikan itu, atau kekal dengan pendirian 'manifesto bukan janji'.

Dalam satu forum bual bicara bersama Facebooker yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat di Balai Islam Lundang Kota Bharu, salah seorang hadirin, Nik Saifuddin yang juga merupakan penyokong Pakatan Rakyat membangkitkan mengenai janji PR pada manifesto 2008 untuk menyediakan Wi-fi percuma kepada kesemua negeri yang dimenangi oleh mereka.

Nik Saifuddin turut mempersoalkan kenapa ianya tidak dilaksanakan dan apakah masalahnya, jika ada masalah kenapa masalah ini tidak difikirkan terlebih dahulu sebelum berjanji dan meletakkan didalam manifesto Pakatan Rakus 2008.

Bagaimanapun jawapan yang diberikan oleh Setiausaha Agung Saifuddin Nasution bersifat lebih auta dari nyata, dengan kata lain setiap janji PR ini semua tidak boleh dipakai, bukti sudah ada, jadi apa lagi mahu ? Anda Mampu Mengubahnya.

Bila dah menang dapat Putrajaya, bila rakyat tuntut janji, pemimpin PR buat 'dek' jer apa yang rakyat boleh buat, macam sekaranglah, mana Wifi percumanya?

3 comments:

  1. Saya tinggal di kampung pertama Wifi di Malaysia. tetapi tiada wifi langsung di sini. Penipu Rais yatim. 1 Malaysia Janji Banyak, tetapi banyak tak ditepati. Penduduk Kampung Bahagia Jaya, Sibu Sarawak. Bila orang RTM datang untuk melihat kampung wifi pertama di Malaysia mereka geleng kepala dan tersenyum sahaja. Mana janji, Rais Yatim gila. Ini bukan penipuan rakyat Malaysia boleh datang sini dan tengok sendiri. BN patut diubah.

    ReplyDelete
  2. BN patut dikekalkan bukan di ubah, tapi harus diperbaiki

    ReplyDelete
  3. nak baiki apanya?
    setahun dua bolehlah dibaiki..
    ini dah 55 tahun..tua dah..

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.