Najib Umum Tambahan 2,000 Unit Rumah Rakyat Untuk Warga Kota Bharu

KOTA BHARU - Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata suasana politik di Kelantan ini kini dilihat lebih baik berbanding ketika pilihan raya umum pada 2004 dan 2008, yang memberi indikasi sokongan rakyat semakin cenderung kepada BN.

"Peluang berjumpa orang Kota Bharu hari ini saya nak tanya adakah suasana hari ini lebih baik daripada 2004, 2008 ?

"Kalau hari ini lebih baik, saya nak isytiharkan tahun ini sebagai tahun Kelantan tukar kepada BN...kalau tahun ini tak tukar jugak saya tak tahu la bila lagi," katanya yang disambut sorakan kira-kira 15,000 warga Kota Bharu yang berkumpul di Maktab Sultan Ismail di sini.

Hadir sama Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan pengerusi Datuk Dr Awang Adek Hussein, calon BN bagi parlimen Kota Bharu Datuk Mohd Fatmi Che Salleh, calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bunut Payung, Mohd Fakhrurazi Abdul Rahim, Tan Ken Ten (Kota Lama) dan Kanidy Omar (Tanjung Mas).

Sementara itu Najib turut mengumumkan tambahan 2,000 unit rumah akan dibina di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) untuk warga Kota Bharu.
  
Najib berkata ini merupakan tambahan kepada 1,000 unit rumah PPR di Mukim Bandar dekat sini yang dilancarkan semasa lawatan beliau ke negeri itu Mac lepas.
  
"Rumah ini penting... bagaimana nak duduk rumah satu bilik, anak ramai. Saya cukup hairan perkara macam ini. Ini (pembinaan rumah) adalah sesuatu yang perlu dilakukan dan ini adalah pembaharuan yang perlu kita buat," katanya.
  
Mengumumkan berita gembira itu pada majlis perasmian Tuisyen Rakyat 1Malaysia di Maktab Sultan Ismail di sini, pengumuman Najib disambut tepukan gemuruh oleh ribuan penduduk Kota Baharu yang menghadiri majlis itu.
  
Pelaksanaan projek PPR fasa pertama itu mencatat rekod apabila dilaksanakan dalam tempoh 53 hari selepas dijanjikan perdana menteri pada 20 Jan lepas, selain bukti kukuh kepada rakyat Kelantan bahawa kerajaan Barisan Nasional menepati janji yang telah dibuat.

PPR Mukim Bandar berkeluasan 700 kaki persegi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air, yang dibina dengan kos kira-kira RM160,000 seunit, akan dijual pada harga hanya RM35,000 seunit selepas kerajaan memberi subsidi sebanyak RM125,000.

Pastikan kita memilih calon yang berguna, supaya rahmat dapat kita kecapi bersama, tak tepati PRU 14 ni kan ada lagi...

1 comment:

  1. Adakah Nik Aziz ambil kisah perumahan rakyatnya.tolak parti spender.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.