Post Mortem Punca Kegagalan BN Tawan Kelantan Pada PRU13, Pengundi Luar VS Penyonglap

Pengundi luar adalah penyumbang utama kepada kegagalan BN untuk memenangi kerusi yang disasarkan di Kelantan, ia tidak dapat dinafikan dan memang itulah penyebabnya.

Namun adakah pengundi luar itu yang hendak kita persalahkan? Bagaimana dengan pemimpin dan jentera Umno melayani mereka ? Adakah janji ditepati ? Wang untuk pengundi luar siapa yang mengtekedarah ? Mereka bukan budak-budak untuk dipersenda mainkan. Harus diingat perbuatan tidak bertanggungjawab ini hanya akan menambahkan lagi kebencian masyarakat terhadap UmnoBN.

Sementara itu, keluhan pengundi luar mengenai perkara ini bermula PRU 12 yang lalu, dan PRU 13 sekali lagi ia berulang, dimana maruah Umno ? Ingatlah kerana adanya Umno-Umno seperti inilah yang menjadikan sebahagian rakyat Kelantan dipandang serong oleh orang luar, mereka menyangka orang Kelantan tak tahu berterima kasih, segala-galanya telah diberikan tetapi masih memilih kerajaan yang haprak. Dalam pada itu, pelbagai label negatif diberikan kepada orang Kelantan semata-mata hanya kerana perbuatan penyonglap.

Hapuskan terlebih dahulu penyonglap untuk BN bermimpi menang di Kelantan, Hapuskan terlebih dahulu penyonglap untuk BN bermimpi menang di Kelantan, dan Hapuskan terlebih dahulu penyonglap untuk BN bermimpi menang di Kelantan.

Cabaran berhadapan dengan situasi politik seperti hari ini pun masih lagi tak sedar, hebat berbicara soal perpaduan MELAYU, hakikatnya penyonglap didalam Umno inilah yang mengjahanamkan Melayu itu sendiri. Bertenggek didalam Umno untuk kerja menyonglap, dan cabut setelah selesai menyonglap. Segeralah bersihkan Umno dari penyonglap.

Kita cukup kasihan melihat kerja kuat jentera-jentera sukarelawan, Ketua-Ketua Bahagian termasuk Pengerusi Perhubungan yang bertungkus-lumus untuk memenangkan BN di Kelantan, tapi sayang kerja kuat mereka bertahun-tahun itu dinafikan sekelip mata dek kerana perbuatan penyonglap.

Urusetia yang mengendalikan pengundi luar atau pihak berkaitan keatas pengundi luar bagi Parlimen dan DUN yang tewas, seharusnya tampil memperjelaskan kedudukan sebenar mengenai masalah yang dibangkitkan ini. Antaranya data-data pengundi luar adakah ianya dikemaskini, sejauhmana kesungguhan mengesan pengundi luar itu dilakukan, kerana terdapat beberapa nama dan maklumat lengkap mengenai pengundi luar yang dihantar tetapi tidak dihubungi sehingga ke hari pengundian. Apa masalah sebenar yang berlaku?

Jangan biarkan anak-anak Kelantan dirantauan berterusan dipandang serong, sedangkan mereka hanya memprotes diatas rasa tidak puas hati dengan apa yang telah dilakukan keatas mereka. Sebagai bukti jelas, terang dan bersuluh, suka kita rujuk kepada kerusi Parlimen Tanah Merah yang telah dimenangi oleh BN.

Dimana calon BN Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz telah memenangi dengan jumlah majoriti yang selesa iaitu 4227 undi menewaskan calon dari PKR, kerusi ini sebelumnya disandang oleh calon PKR dengan majoriti sebanyak 1584 undi. Persoalannya kenapa pengundi luar di Parlimen Tanah Merah mengundi BN dan tidak mengundi Pas jika benar orang Kelantan tidak tahu berterima kasih,

Apa strategi Ikmal? Adakah beliau mengambil sikap tidak mempedulikan pengundi luar ? Kita bercakap diatas fakta yang berlaku, bukan auta nak penuhkan saku, kita cukup respect akan Ikmal mengendalikan pengundi luar, kerana Gk dimaklumkan oleh beberapa teman yang juga pengundi luar yang mengundi di Tanah Merah, kesemua mereka memuji Ikmal diatas faktor cakna yang diperlihatkan, jadi tidak mustahil ia boleh menang dengan majoriti yang seselesa itu. Syabas dan Tahniah. - Bersambung

Untuk rekod, dibawah adalah antara kerusi Parlimen dan DUN yang telah dimenangi oleh BN Kelantan pada PRU13.

P.26-Ketereh - Anuar Bin Musa
P.27-Tanah Merah - Ikmal Hisham Bin Abdul Aziz
P.29-Machang - Haji Ahmad Jazlan Yaakub

P.30-Jeli - Mustapa Mohamed
P.32-Gua Musang - Tengku Razaleigh Tengku Hamzah

Sementara kerusi Dewan Undangan Negeri pula BN berjaya memenangi 12 kerusi daripada 45 yang dipertandingkan.
N.1 - Pengkalan Kubor - Noor Zahidi Bin Omar
N.25 - Kok Lanas - Md Alwi Bin Che Ahmad
N.27 - Gual Ipoh - Bakri@Mohd Bakri Bin Mustapa
N.29 - Selising - Zulkifli Bin Ali
N.31 - Semerak - Zawawi Bin Othman
N.36 - Bukit Bunga - Mohd Adhan Bin Kechik
N.37 - Air Lanas -  Mustapa Mohamed
N.38 - Kuala Balah - Abdul Aziz Bin Derashid
N.42 - Dabong - Ramzi Ab Rahman
N.43 - Nenggiri - Mat Yusoff Abdul Ghani
N.44 - Paloh - Nozula Bin Mat Diah
N.45 - Galas - Ab. Aziz Bin Yusoff

21 comments:

  1. Hapuskan duit utk pengundi luar-dah jd barah. Kes yg sama mcm 2008...balik tuk songlap duit makan kiri kanan tp dlm hati dh ada pilihan...faktor penyonglap tu mungkin kecik je

    ReplyDelete
  2. Di Selising, BN menang kerana faktor warga PAS sendiri dah tak suka dengan calon PAS yang terlalu banyak skandal dan yang paling femes adalah skandal dalam koc keretapi bersama bini orang. Tapi calon tu jugak la pilihan utama pork nick siap umum sebelum penamaan calon lagi. Akhirnya, doa pork nick pun Allah tak makbulkan....

    ReplyDelete
  3. setuju jika pengundi luar merupakan kekalahan BN di kelantan pada PRU 13. penyolap dan pengundi luar yang tidak tahu mengenang budi dan bukan penyokong tegar parti merupakan barah dan pemusnah dalam hal ini.

    bila pengundi luar kembali dan ingin menuntut wang tambang, tiba-tiba nama mereka tiada dalam daftar pengundi luar sedangkan pendaftaran telah dibuat sejak sekian lama. ini akan menimbulkan keraguan dan kemarahan 2008 tiba-tiba menjelma kembali. ini yang menyebabkan ramai pengungi luar beralih alah.

    sepatutnya pembahagian wang pengundi luar dibuat dengan lebih telus dan diuruskan oleh organisasi yang lebih tersusun dan mengkhusus kepada hal ehwal pengundi luar dan bukannya diberi tanggungjawa tersebut kepada penghulu ataupun wakil. jika tanggungjawab tersebut diberi kepada cawangan atau wakil di kampung2 ia akan menimbulkan persepsi bahawa wakil tersebut telah songlap duit mereka dan pengajaran perlu diberikan. oleh itu mereka menterjemah protes mereka dalam undian.

    sepatutnya masalah ini pada 2008 perlu menjadi pengajaran pada 2013, tetapi ahli2 umno yang belot ini tidak sedar dan mengulangi pada tahun ini.... yang menerima kesan dari kejahatan dan pembelotan ini ialah ahli umno dan pemimpin yang beria-ia dan besungguh2 dalam perjuangan menukar kelantan kepada pemerintahan yang lebih berdaya saing..

    ReplyDelete
  4. Dun pkln kubor dari majoriti 100 menjadi 1700, semuanya kerana jentera DUN kemas dan kerja kuat serta sumbangan kepada pengundi luar tidak tiris ditengah jalan. Saya simpati kepada Datuk Rosdi calon BN Wakaf Bharu. Banyak khabar angin mengatakan duit pengundi luar hilang di tengah jalan oleh jentera harapannya.

    ReplyDelete
  5. ORANG KELANTE MEMENG KUAT MAKEI.....

    ReplyDelete
  6. Apa2 pun Alhamdulillahh...,segalanya telah selesai...siapa menang siapa kalah sudah ditetapkan oleh pengundi sendiri. Faktor songlap duit adalah sebagai penyebab saja. . .redha itu yg terbaik. ALLAH belum izinkan BN mentadbir di Kelantan. Lebih baik kita muhasabah diri...ada kemungkinana aura UMNO belum cukup kuat untuk 'memakmurkan' lagi Kelantan..Apa salahnya Kelantan di tadbir oleh PAS? Selepas ini ..bukankah Kelantan diterajui oleh tenaga muda?Kita patut beri sokongan..cuma janganlah ikut arahan DAP lagi...Semarakkan Islam ke segenap jiwa rakyat..secara lembut dan berhemah di samping akhlak keperibadian yang tinggi..insyaaALLAH niat PAS utk tingkatkan Islam termakbul...harap2 bukan slogan saja berdenting..isinya tetap sama mcm dulu...saya menyeru rakan2 dan saudara mara..bangunkan dan dirikan Islam yg sebenar dalam diri,saudara mara,rakan2 dan masyarakat kita....ALLAH sentiasa bersama.

    ReplyDelete
  7. ramai yang menyalahkan pengundi luar,di bachok perupok misalnya tak kurang juga yang melabelkan pengundi luar sebagai barah dalam pru13 ni, tapi sukacita saya ingin mengingatkan, jentera bn juga perlu menilai semula orang dalam yang diamanahkan menjaga payung bn di setiap daerah. ramai yang saya dengar keluhan dari pengudi luar tentang isu tak boleh kelim minyak dsb, bila ke kaunter bn mereka halau pengudi luar balik rumah, sungguh biadab perilaku mereka. Mereka mendakwa duit kelim sudah habis! mustahil!! pada pandangan saya, manusia mana pun akan kabur dan gelap mata dengan jumlah duit yang banyak, mungkin ada yang nak pasang kereta vios lagi satu, tahun lepas dah dapat 1 vios hitam, tahun ni mungkin Nisan Almera pula.. Mereka semuanya tak jaga hati pengundi luar, kalau ada apa2 bantuan ke apa, semua anak beranak mereka yang dapat, dari tua nak mamos sampailah ke yg baru branak 3 hari yg lalu, semua dapat. bila dah habis susur kalur keturunan mereka, baru dapat kat orang kampung yang lain. Apakah senua ini? Kami sayang calon BN kami, tapi jentera bawahan perlu diperbaiki, diperhalusi, di kaji, diselidiki dan tak mustahil sekiranya jentera parti ni perlu di TUKAR!!!

    ReplyDelete
  8. Pada aku memang pengundi luar lah punca kekalahan... Aku tak mahu menuduh berlaku ketirisan atau songlap.. Tetapi cara mengurus dan mengenalpasti pengundi luar yang jadi masalah. Apa kata pengundi luar dibayar terlebih dahulu di tempat mereka tinggal spt kl dan sbgnya.. Penghulu tak perlu bersusah payah mengurus pada hari mengundi kerana akan berlaku kesesakan dan jika betul peruntukan telah habispun orang akan menuduh duit disonglap..
    Apa pun aku rasa pengundi luar banyak yang mengambil kesempatan .. Walaupun mereka bukan pengundi BN tetapi mereka tetap menagih duit minyak dari saku Bn.. Sesetengahnya tidak tahupun duit itu adalh harta BN.. Mereka sangkakan itu adalah peruntukkan Kerajaan..
    Tp apapun jika mereka orang yang bertanggungjawab dan sayangkan Parti wang bukanlah keutamaan.. Undi adalah tggngjawab sbg warganegara..

    ReplyDelete
  9. Bagi saya, cara pengurusan itu yang terlalu nampak kesalahannya.. pengundi luar sering dipersalahkan.. apa jadi dengan mereka yang betul2 ikhlas mengundi BN tetapi terang2 dipersalahkan?? Cara pengurusan jentera parti perlu diambil kira dan dikaji. SONGLAP duit memang membabi buta.. makan duit jer kerja orang parti ni.. Cuba lihat pada carta organisasi jentera bn di Perupok, mostly org bawahan, surirumah, PAR dan hanya sedikit sahaja pegawai kerajaan yang betul2 terlibat dengan pengurusan..bila hari pengundian memang kelam kabut, bayangkan mereka ni tak pernah terlibat dengan kerja besar, hanya 5 tahun sekali bekerja, memang sangat2 kalut!!! Pru13 perkara sama berlaku, hanya 1 printer machine sahaja di dalam khemah, saya menungggu hampir 3jam di bawah khemah yang panas, rasa mahu telanjang saha, tak tahan panas. Wahai insan yang melihat dengan mata hati, TUKAR lah manusia2 yang tak ikhlas SONGLAP duit pilihanraya, nak pakai vios ke apa ker, minta anak yang Doctor tu belikan..sudah benci melihat muka kamu dan keturunan kamu setiap kali pilihanraya, turunlah, serah pengurusan pada orang lain yang betul2 ikhlas kerana parti..

    ReplyDelete
  10. Tak payah beri duit minyak. Rakan pejabst bslik kelantan sebat duit umno, bila ngundi pangkah Pas. Muka tak tahu malu. Mungkin separuh perangai serupa itu.

    ReplyDelete
  11. Kaji keadah bagi pengundi luar.. buat kaji sikap dahulu... senarai yang kebarangkali sokong umno shj baru bayar..... yang sokong pas tak payah bayar

    ReplyDelete
  12. Sepatuknya perkara seperti 2008 tak berlaku .pengurusan jentera pengundi luar tak cacar merba
    ada songlap ia berlaku dibachok kawan saya sendiri jumpa calon bertanding calon cakap jumpa penghulu
    apabila jumpa tok pengulu kat tak dapat ayah org pas kita balik nak tukar kerajaan pergi kepada pas senang
    mudah terus dpt jadi undi pas ditempat saya pun sama DUN SELISING.

    ReplyDelete
  13. Untuk sekarang ni, bagi duit banyak mana pun mereka tetap undi PAS.

    Pemimpin PAS lakukan maksiat dan kemungkaran pun mereka tetap undi PAS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tu lah ramai orang parti SONGLAP duit pilihanraya, sebab mereka fikir bg duit tak guna..kan??

      Delete
  14. Padan muka kalah, termasuk dgn katak katak puru

    ReplyDelete
  15. org pas ni...dia evergreen....bn semeta jah disanjung behe pitih 4 limo juta larilah...muko lain pulok masuk...mu tok soh bekkilah pemimpin2 bn nih...kbynkan kaki projek belako...buat jale ghayo dok sebulan belubang balik..buleh bekki balik behe pitih pulok...mu tok soh kona lah ore semua tahu belako...hok tu aku nok ghoyak..pade2 lah mu dok junjungnya ore atah mkn besar...puok2 penyokong buleh tahik gigi jah....jgn bodo dan diperlembukan...kito ada air muko....tapi puok2 mu pyh nk terimo gappo hok aku ghoyak bagi puok mu hok demo tu buat betul belako pasal nak jaga melayu.....sapa bilo mu nk jago melayu...melayu atah tok jago mu...puok mu x soh kecek besalah....sifat assobiyyah ni sudah lama dah dihancurkan oleh nabi muhammad saw bermula dikota makkah...tapi hok aku ghoyak ni meme mu sanggah aku tau...sbb puok2 mu ghaso besar dan megah...pasa mu sudah tanam dlm hati sanubarimu pitih blh merubah segala-galanya.....pru13 ni gov abih byk pitih dok suap pengundi...tapi mu ingat pitih bukenyo alasan org nok ngundi parti mu....

    ReplyDelete
  16. PRU13..kali pertama saya mengundi. Sebulan sebelum balik, mmg dah submit nama kat ejen BN kat sini (Putrajaya). Tapi masa nak buat tuntuan untuk pengundi luar di tempat mengundi, nama tidak ada nama senarai. Tapi bila tanya ejen BN yg submit nama tu, katanya nama sy dah di submit. Tapi macamana nama tidak ada nama senarai???

    ReplyDelete
  17. pemegang amanah yang x amanah....

    ReplyDelete
  18. BN perlu adakan satu mekanisma untuk mengenal pasti mana pengundi luar yang setia kpd BN atau hanya lalang.

    ReplyDelete
  19. Puak2 BN/ Tukang Kipas Dato Awang ni la hok baham duit nyo.. Alih2 bila kaloh, sek2 dia duk berong dalam FB tuduh pengundi anak2 yang berhijrah ke luar kawasan sbg punca kekalahan BN. Pdahal sek demo hok makan pitih smpai jeluok!!

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.