Rafidah "Itu Pandangan Peribadi Azran", Penarikkan Iklan Peribadi ke ?

SHAH ALAM – Akhirnya Pengerusi AirAsia X, Tan Sri Rafidah Aziz buka mulut berhubung isu tindakan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat penerbangan tambang murah itu, Azran Osman-Rani menuduh sebuah akhbar meniup sentimen perkauman.

Rafidah yang juga bekas Ketua Wanita Umno berkata, apa yang dinyatakan oleh Azran hanya pandangan peribadinya semata-mata, tiada kaitan dengan syarikat.

"Tentu sekali kita perlu bezakan antara pendapat dan kenyataan syarikat dengan kenyataan peribadi dalam media sosial," katanya kepada Sinar Harian.

Kelmarin, Wanita Umno menerusi kenyataan Penolong Setiausahanya, Datuk Rosni Sohar mendesak Rafidah menjelaskan pendiriannya sebagai bekas pemimpin Umno dan juga anggota Kabinet berhubung tindakan Azran.

Syarikat penerbangan itu juga diminta supaya tidak melupai jasa baik kerajaan yang ditunjangi Umno sebagai parti orang Melayu yang telah banyak membantu AirAsia mengembangkan perniagaannya hingga sampai ke tahap di mana ia berada sekarang.

Bagaimanapun kata Rafidah, semua pihak perlu memahami hakikat untuk membezakan pandangan peribadi (Azran) dengan kenyataan syarikat.

"Ini termasuk mereka yang telah membuat pelbagai komen berhubung isu ini," katanya.

Azran baru-baru ini menerusi akaun Twitter serta Facebook miliknya menyatakan pendirian meluatnya terhadap akhbar itu yang dilabel sebagai tidak mewakili Melayu Malaysia.

Beliau secara terbuka menerusi kedua-dua akaun laman sosial tersebut menyalahkan akhbar terbabit sebagai rasis kerana menyiarkan artikel di muka hadapan bertajuk Apa Lagi Cina mahu yang berkaitan dengan keputusan PRU13 pada 7 Mei lalu. - Sinar Harian

Penarikkan iklan Air Asia dalam Utusan pun penarikkan peribadi jugak ke ?

7 comments:

  1. hahahaha..maybe selama ni beli iklan kat utusan tu...urusan peribadi beliau kot...guna duit gaji beliau sendiri...eh should i call him as beliau or vavi???

    -smh-

    ReplyDelete
  2. KENYATAAN RAFIDAH MELIHATKAN KHUATIRNYA BELIAU JIKA TIDAK MENYEBELHAI AIRASIA X
    AKAN BERKEHILANGAN HABUAN DAN NIKMAT. DULU KETIKA DIDLM KERAJAAN KENYATAANNYA BEREPI2...KALI INI BELIAU BENAR2 TERDEDAH DIANTARA PERINSIP,RHEOTORIK,NILAI BADAN DAN KEPENTINGAN DIRI.RAFIDAH OH RAFIDAH.

    ReplyDelete
  3. to anon 10.22...would be better to call him babi!

    ReplyDelete
  4. Tamak maknusia terhadap kebendaan, hiasan diri dgn pangkat, nikmat dan kuasa memang tiada sempadan atau terhad, sekalipun hampir dgn maut.

    ReplyDelete
  5. Nenek nyanyok bersuara.....eee takut nya aku...takut tak dapat imbuhan dan ganjaran. Aku sayang pada gelaran dan jawatan....

    ReplyDelete
  6. si gemuk tua ni dah nyanyuk
    kalau peribadi man boleh tarik iklan?

    ReplyDelete
  7. in a FREE COUNTRY..FREE ECONOMY SYSTEM like us..kak/makcik/nek fidah can deliver somethng far much beter statement..
    "well..given such statement comin fr a CEO..ther4 the CEO definitely hs tek in2account/factored all consequences either gud or bad4the company fr his word/statement.wat so ever reaction fr the public 2ward the co wilb wat it is either +ve or -ve & thy..the co wilhv2accept it."
    also
    "as an indivual..azran has every rite2either act as a moron..etc..as hw he c it fit4him..&up2the public2judge him individually."

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.