Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Nafsu Cari China Doll

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak nafsu cari china doll, selain dari penglibatannya dalam krisis yang berlaku di Lahad Datu, kenyataan ingin bersara sekiranya PR gagal ke Putrajaya yang dibuat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun lalu membuatkan beliau terpaksa mencari jalan supaya kekal relevan bagi meneruskan angan-angannya menjadi Perdana Menteri.

Demi menutup kata bohongnya yang ingin bersara itu dan meneruskan matlamatnya untuk menjadi PM, Anwar mencari helah dengan mencipta isu bagi memburukkan kerajaan dan Suruhanjaya Pilihanraya serta menuduh sistem pilihanraya tidak dilaksanakan dengan adil dan kemenangan BN adalah dengan undi Banglasia.

Namun malang sekali, tuduhan beliau itu hanyalah tuduhan semata-mata tanpa sebarang bukti yang mampu untuk dibuktikan kepada rakyat jauh sekali untuk dibuktikan kepada mahkamah, Anwar merasakan politiknya sudah cukup licik untuk 'cover' kenyataannya yang ingin bersara. Tapi kita yakin ramai rakyat sudah dapat membaca taktik beliau ini.

Asas kepada perjuangan Anwar adalah untuk menjadi Perdana Menteri, mana mungkin beliau dengan mudahnya akan bersara selagimana hayat dikandung badan, tapi untuk tidak menampakkan kenyataannya yang ingin bersara itu sebagai bohong, maka pelbagai lagi rekayasa yang akan ditimbulkannya.

Ketika berucap di Pulau Pinang sempena ceramah memperkenalkan barisan Exco Kerajaan Negeri di Padang Kota Lama malam tadi Anwar berkata "Kenapa saya nak fikirkan soal bersara daripada politik sedangkan Pakatan Rakyat bukan kalah malahan menang jika proses Pilihanraya Umum PRU Ke 13 berjalan dengan adil tanpa penipuan,".

"Saya tetap memperjuangkan hak rakyat bersama dengan Lim Kit Siang, Haji Hadi dan pemimpin dalam parti gabungan Pakatan Rakyat. Tidak akan berhenti di tengah jalan tetapi akan memastikan ianya sampai ke matlamat,".
Anda Mampu Mengubahnya.

2 comments:

  1. Di negara Barat yg dah tentu kafir MENOLAK pemimpin ada masalah Moral tapi di Malaysia MENYANJUNG TINGGI pemimpin yg macm ini !....Orang Permatang Pauh buat silap besar lagi !

    ReplyDelete
  2. Suruh dia bertanding di US dan UK..ata singapore..

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.