Video Penjelasan SPR Dan Apa Lagi Anwar Mahu, 16 September, 6 Kotak Hitam Atau Jahanamkan Negara ?

Kenapa masih ramai yang terpengaruh dengan individu yang gila hendak menjadi Perdana Menteri yang meroyan tanpa sebarang bukti.

Anwar kata seramai 40,000 pengundi bangla menjadi pengundi pada PRU13 yang lalu, tapi mana buktinya, biarpun bukti tiada warna ataupun hitam putih kemukakan bukti jika tuduhan itu benar. Lebih percaya kepada tuduhan tanpa sebarang bukti daripada mempercayai bukti hitam putih adalah tanda-tanda orang tidak waras.

Cukup-cukuplah berpolitik demi kepentingan Anwar Ibrahim yang hendak jadi Perdana Menteri, ia menyusahkan rakyat dan ianya boleh memudaratkan negara. Berapa kali nak kena tipu wahai segelintir orang muda Malaysia ? Jangan terlalu bodoh sehingga terpedaya dengan kata-kata fitnah Anwar Ibrahim.

Apa saja tuduhan yang dibuat kepada SPR mengenai undi hantu atau ketidaktelusan SPR dalam menjalankan proses pilihanraya, kemukanlah bukti, bariskanlah peguam terbaik PR dan lakukan pendakwaan keatas SPR, kenapa perlu kejalanraya ? Apa motifnya ? Secara peribadi cukuplah mempercayai dengan 16 September  dan enam kotak hitam sebelum jahanamnya negara !!! Anda Mampu Mengubahnya.
Untuk sound yang lebih clear dan penjelasan penuh sila klik http://www.mobtv.my/current_affairs-3324.html

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.