Video - Skandal Seks Mustafa Ali, Penceramah Terkenal Pas Istihar Undur

Pegawai Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan yang juga penceramah popular tegar Pas, Ustaz Abdul Hamid Derani dilaporkan telah mengambil keputusan untuk mufaroqah (berpisah) daripada meneruskan perjuangan dengan Pas ekoran sangsi dengan sikap pimpinan parti itu apabila bersikap bisu berhubung video skandal seks Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali dengan seorang wanita disebuah hotel yang tersebar baru-baru ini.

Beliau meminta supaya Mustafa segera membersihkan nama dengan membuat penafian menerusi sumpah laknat dan melaporkan fitnah itu kepada pihak polis sekiranya ia adalah fitnah, jika sebaliknya Mustafa perlu berundur demi menjaga nama baik sebuah parti yang dikatakan memperjuangkan Islam, lebih-lebih lagi skandal ini melibatkan pimpinan tertinggi juga nombor 3 didalam Pas.

Hamid turut kesal dengan sikap pimpinan Pas yang tidak mengambil apa-apa tindakan dan seolah-olah menghalalkan perbuatan itu hanya kerana ia melibatkan pimpinan tertinggi mereka.

Perkara itu katanya bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam dan beliau teramat kecewa dengan apa yang telah terjadi kerana tidak menyangka perkara seperti itu berlaku didalam sebuah parti yang sedang beliau perjuangkan Islam didalamnya.

Sementara itu Adun Pas Wakaf  Bharu penggal lalu Datuk Che Abdullah Mat Nawi mengesahkan mufaroqah itu dibuat oleh Hamid sebelum menyalahkan pihak Umno kerana mendakwa telah menahan dan memaksa Hamid untuk berbuat demikian.

Dakwaan pemimpin Pas itu seolah-olah membawa kita ke zaman purba seterusnya memaksa kita untuk percaya dengan tuduhan dangkal dan tidak bertamadun itu, tanpa memberikan sebarang bukti kukuh diatas dakwaan penahanan pejuang Islam yang lantang seperti Hamid, kita yakin dakwaannya itu tidak benar, dan sewajarnya ia disiasat serta diambil tindakan bagi membersihkan imej pihak polis dan kerajaan persekutuan. Anda Mampu Mengubahnya

4 comments:

  1. 2 sifat, kalau tak ada pada seseorang, dia bukan manusia tapi SYAITAN....

    ADIL DAN IHSAN.

    Kalau tak ada sifat sifat ini, jangan cakap pasal Islam.

    TEPUK DADA TANYA IMAN!!!

    Kalau yang melakukan maksiat orang orang UMNO, perkataan yang keluar dari mulut pemimpin pemimpin PAS ialah "SEBARKAN."

    Bila orang sendiri melakukan maksiat, kunci mulut.

    BESAR PUNYA HIPOKRIT!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hopokrit dan munafik...

      Delete
    2. Janji Allah SWT...golongan munafik di tempatkan oleh Allah SWT di dalam neraka yg paling terbawah sekali iaitu Neraka Jahanam...Allah SWT tidak pernah memungkari janjiNya....ALLAHUAKBAR!!!3x.

      Delete
    3. hipokrit sungguh puok nih. ambo ingat lagi pemimpin MCA dulu yang kesnya hampir sama dgn stopa Ali kalut puok dio suruh berenti padahal dia tu cina, bukan islam, keno ko puok dio bela pulok mace-mace tuduh ore.

      Delete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.