BN Gagal Tawan Kelantan Kerana 'Pitis'

Punca kegagalan Barisan Nasional Kelantan mengambil alih negeri itu sehingga ada sesetengah pihak lantang menyalahkan pihak lain seharusnya tidak timbul jika semua pihak sedar akan kedudukan yang sebenar.

Lebih malang lagi kesalahan itu diletakkan kepada pihak luar seperti NGO dan juga media khasnya media maya. Biarpun bunyinya agak 'lucu', tapi itulah hakikat yang syok diperdendangkan oleh sebahagian pihak yang kita fikir punyai kepentingan tertentu keatasnya.

Perlu diketahui, sehebat manapun gerakan NGO dan media, itu bukan penentu mutlak kepada kemenangan, faktor utama kemenangan adalah terletak kepada calon itu sendiri, bagaimana calon mengendalikan jenteranya supaya berkerja dengan lebih jujur dan amanah, tapi hal ini jarang untuk diperkatakan, mungkin kerana ia tidak mendatangkan manfaat yang besar sekalipun ianya diperkatakan atas sebab tidak ada kepentingan tertentu.

Sebagai contoh apa yang berlaku dan diperkatakan oleh pengundi disini adalah mengenai sikap seekor dua jentera BN yang mungkir janji atau menipu pengundi, antaranya, dilaporkan sebelum hari mengundi ada beberapa petugas parti yang mengadakan perjumpaan dengan pengundi selain menjanjikan sedikit saguhati yang akan diberikan semasa perjumpaan tersebut.

Pada awalnya perjumpaan itu dirancang di New Horizon Garden dan menjanjikan RM100 seorang sebagai saguhati, namun selepas itu perjumpaan tersebut diadakan di restoran sebelah stesyen minyak Caltex Wakaf Che Yeh dan diberikan cuma RM20 tidak sebagaimana yang dijanji, dengan kelakuan jahat yang seolah-olah memperbodohkan pengundi itulah yang menyebabkan kebanyakkan pengundi berdendam dan membalasnya semasa pilihanraya.

Bukan satu dua kes saja yang berlaku, banyak kes seperti itu berlaku, namun ianya tidak diberikan perhatian yang sewajarnya, jadi tidak perlu dihairankan jika anda melihat calon terbaik yang diletakkan oleh BN tewas dengan majoriti yang begitu teruk sekali, kadang-kadang buntu memikirkannya, kenapalah rakyat tolak pemimpin sebaik ini ? Sedangkan sokongan yang ditunjukkan rakyat sebelum hari pengundian dan semasa hari penamaan calon mustahil untuk pemimpin berkenaan kalah dengan majoriti seteruk itu.

Kalau dari awal lagi kita lihat rakyat tidak cenderung kepada BN, tidaklah kita terkejut dengan kekalahan dengan majoriti yang teruk itu, namun itulah penangan hasil dari tindak tanduk segelintir mereka yang pentingkan poket sendiri tanpa melihat kesannya kepada parti.

Begitu juga dengan sebahagian Penyelaras DUN yang angkuhnya mengalahkan Menteri, buat apa kerajaan melantik Penyelaras DUN ni pun kita tak tahu ? Kalau tiada Penyelaras DUN tentu rakyat tidak akan pergi memohon apa-apa bantuan, rakyat pun tak sakit hati, tapi bila sudah ada, maka rakyat akan pergi pohon bantuan, yang menjadi masalahnya bantuan yang nak diberikan itu seolah-olah kepunyaan peribadi Penyelaras DUN.

Disamping masa proses yang lama, jawapan Penyelaras DUN ni pun dah buatkan rakyat sakit hati, tapi kalau bantuan itu dipohon oleh saudara mara mereka, cepat pula bantuan tu sampai, ni masalahnya, tak telus, sepatutnya kewujudan Penyelaras DUN ni menguntungkan BN, sebaliknya sangat-sangat merugikan, jadi buat apa ada Penyelaras DUN wahai Kerajaan ? Adakah untuk menambahkan kebencian rakyat ?

Banyak perkara yang perlu diberi perhatian dan diperbetulkan diperingkat bawah ini, itu belum dikira lagi pasal peruntukkan yang disonglap, ada setengah tu peruntukkan jentera pun disonglap apatah lagi peruntukkan kepada rakyat, tapi yang tu biarlah dulu, kita kira semula, sebab panjang sangat.

Kesimpulannya kekalahan BN tidak seharusnya dipersalahkan kepada NGO, media, rakyat dan pengundi luar, sebaliknya perkara yang disebutkan diatas perlu diberikan perhatian, yang tidak bersalah saling menunding jari, namun yang sebenar-benarnya bersalah sedang syok menikmati hasil dari memberi sumbangan kepada kekalahan BN di PRU 13 yang lalu. Anda Mampu Mengubahnya.

GSPS - 'Gerok Sikit Pitis Selaluh'

4 comments:

  1. memang betul.cam kat tempat saya pada hari mengundi,pejabat parti(digunakan sbgai tempat mengambil wang bg perantau)ditutup pd jam 3ptg.ramai lg yg blum dapat wang dan dihalau begitu saja oleh Ketua Peti Undi.saya sendiri 3 kali pergi baru bleh dapat.msalahnya kat sini,ramai yg tak dapat duit dan adakah duit itu dikembalikan kpd parti atau pun masuk kocek mereka2 yg berkenaan?

    ReplyDelete
  2. Bubar je jwtn pelik2 ... @ tukar fungsi. Cthnya sebrg bantuan direct gi ke kementerian /,agensi. Penyelaras dun hanya utk kerja parti... X perlu terlibat dgn projek....juga
    BUBARKAN JPP kelate .... Ramai ore pembangkang dale tu... X caya cuba check sendiri

    ReplyDelete
  3. salam, saya sampai loni tak dapat lagi pitih, nak buat gana.isi borang pengundi luar di parlimen kota bharu dan dun kota lama.Petugas janji nak hubungi semula tapi pah ceroh takdok kabar berita sampai loni.

    ReplyDelete
  4. Bukan tu sahaja sebarang saluran wang mesti ada tracking yg betul, supaya tahu kemana pergi nya duit. Kalau di biarkan ada puak puak suka BN kalah supaya mereka boleh kendurikan duit yg diperuntukan kepada sesuatu.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.