Ketua UMNO Bahagian Yang Gagal (PRU13) Di Kelantan Di Desak Berundur Secara Terhormat !

Apa pendapat anda tentang kenyataan yang terdampar pada kain rentang diatas ? Adakah anda bersetuju dengan pendapat berkenaan ? Anda sememangnya punyai hak untuk bersetuju atau tidak bersetuju bergantung kepada apa yang berlaku disekeliling anda.

Namun mungkin pendapat berkenaan sangat sesuai untuk sesetengah bahagian tapi mungkin juga kurang sesuai kepada bahagian-bahagian yang lain, ini kerana, bahagian-bahagian yang gagal untuk menyumbangkan meskipun hanya satu kerusi pada PRU13 yang lalu tidak boleh diletakkan 100peratus kesalahan tersebut kepada ketua bahagian semata-mata, malah, ahli dan jentera juga turut bertanggungjawab dengan kegagalan itu.

Kita tidak nampak sebahagian pelapis yang ada hari ini lebih baik dari yang sediaada, jika pelapis yang ingin menggantikan itu ada yang lebih baik, teruskan, dan kiranya tidak mahu undur secara hormat, buat kiralah lagu-lagumanapun untuk mengundurkan secara tidak hormat.

Bagi kawasan saya, yang sediaada sudah baik, kita tidak tergamak untuk menentang orang yang baik dan sudah melakukan yang terbaik, cuma penambahbaikkan saja yang kita fikir perlu dilakukan, penambahbaikkan itu ianya hendaklah ada sifat 'berani', dengan sifat itu sahajalah yang boleh menjaminkan kemenangan dalam PRU14 nanti.

Maksud kepada berani itu adalah berani membuat keputusan, mengenalpasti masalah yang menjadi punca kepada kegagalan dan membuat keputusan dengan menghakiminya secara jantan,  tidak kiralah ia melibatkan anak beranak ataupun orang luar, kalau tetap penakut, maka bolehlah untuk berundur secara terhormat, kerana sifat kepimpinan itu tidak ada, dengan tidak adanya sifat kepimpinan itu ia membawa kemudaratan kepada yang ramai ataupun parti, oleh demikian WAJIB untuk ia berundur.

Hakikat yang sebenarnya perlu berundur secara terhormat adalah Penyelaras DUN yang bersikap 'koya' lebih pada Menteri, yang tidak 'koya' tu janganlah terasa, kerana kita bagitahu ni yang 'koya' sahaja. Kerana Penyelaras DUN ni sepatutnya menjadi orang penting untuk menarik minat rakyat menyokong BN bukannya menambahkan kebencian rakyat kepada BN.

Untuk menarik minat rakyat, adakah cara 'koya' 'tukat' langit seperti pemilik syarikat Berhad relevan untuk digunakan ? Pemilik syarikat dia nak angkuh pun tak apa, sebab itu syarikat dia yang buat, bukan dia dibayar gaji dengan duit rakyat,  pemimpin-pemimpun perlu sedar dan bezakan perkara ini, jangan sampai timbul dihati rakyat dengan kebencian sehingga sanggup untuk melakukan revolusi menggulingkan kerajaan semata-mata ingin melihat pemimpin angkuh itu disiasat, dihukum dan disumbat kedalam penjara.

Apabila dilantik sebagai Penyelaras DUN, ia mesti berkhidmat sebagai wakil rakyat, jika tak mahu berkhidmat sebagai wakil rakyat dengan alasan wakil rakyat sebenar yang dipilih oleh rakyat sedap duk makan gaji buta, maka Penyelaras DUN itu perlu meletakkan jawatannya supaya ia juga tidak makan gaji buta, soal wakil rakyat Pas nak makan gaji buta itu dia punya pasal, sebab walau dia makan gaji buta tapi dia boleh menang, kalau kita makan gaji buta kita pun boleh menang, ok takder masalah.

Yang menjadi masalahnya kalah, sedang kerajaan duk umum peruntukkan berjuta-juta bagi pada Kelantan, tapi BN tetap juga gagal menawan Kelantan, sehingga persepsi orang luar menganggap orang Kelantan tidak tahu berterima kasih, diberikan bermacam-macam bantuan tapi tetap juga memilih Pas sebagai kerajaan. Persolannya adakah bantuan itu telus sampai kepada rakyat ? Jangan-jangan duit PPRT pun tiris puluhan juta ditengah jalan.

Penyelaras DUN perlu mendekati rakyat dan berkhidmat dengan jujur lagi amanah, sebagaimana kata YAB Perdana Menteri, BN perlu pemimpin yang ada idea, isi dan keintelektualan yang boleh menterjemahkan agenda nasional menjadi kenyataan. Tapi jika dilihat kepada Penyelaras DUN yang ada sekarang ni, agenda nasional jauh untuk menjadi kenyataan melainkan agenda peribadi mengumpulkan kekayaan.

Dengan elaun, peruntukkan serta kuasa yang diberikan kepada Penyelaras DUN, apakah ianya dimanfaatkan sepenuhnya ataupun mempunyai KPI tertentu sepanjang perkhidmatan yang diberikannya ? Anda Mampu Mengubahnya. - Bersambung

3 comments:

  1. Aku bukan orang kelantan tetapi aku setuju dengan cara kain rentang itu, bukan dikelantan sahaja , semua peringkat umno bahagian seluruh malaysia , siapa juga ketua bahagian dan kawasan dun mereka kalah , perlu berundur kerana mereka dikalahkan oleh 'ahli umno' juga rakyat setempat , beri ruang dan peluang kepada muka baru menonjolkan diri serta memimpin parti di bahagian tersebut.

    ReplyDelete
  2. Bo bo la wei

    ReplyDelete
  3. Nok kato xkeno atau xkeno nok kato...Baso jenis 'Mala un' n saya kategerikan sbagai pengkhianat bangsa menjadi libiliti kpd parti n pemimpin..stengah2 d kalangan penyelaras dun, tok ngulu n penyelaras mukim, pihak2 yg d amanah utk menjaga n menyelesaikan permasaalahan rakyat paeel prangai x uboh srupo penyamun..xleh tngok bendo hok jd pitih, otak mulo dok reko lagumano nk suruh buleh masuk poket sdiri sbanyok mungkin.mereka2 ini seolah olah 'lupo' supo org main'Peteri' d sampok 'Roh Pitih'lupo habih sgalo tanggungjawab yg d amanahkan apabila tiba musim PRU.
    Lps PRU joli sakan dgn pitih 'Haram' yg dpt supo hok mabuk todi...cukup laa..Bo laa dok pero barae2 hok lagu ni dlm parti

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.