Konspirasi Hitam - Esok, Sudah Dirancang Seorang Akan Dikorbankan Dalam Himpunan itu - Video

Setiap yang bernyawa itu pasti akan merasai mati, namun bagaimana cara kematian itu berlaku ? Adakah ketika kita sedang sujud kepada Allah yang maha esa ? Atau ketika kita di medan perang, berperang dengan pemerintah yang sahih zalimnya seperti Bashar Assad di Syiria ? Atau juga kematian kita itu sudah dirancang oleh pemimpin yang gilakan kuasa dengan kita menyertai demontrasi menentang kerajaan Islam yang baru sahaja mengzalimi kita dengan BR1M, KR1M, dan berbagai-bagai lagi 1M.

Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka, justeru, jika kita memilih jalan untuk menjadi bahan konspirasi pemimpin yang gilakan kuasa yang sudah merancang kematian syahid di himpunan blackout '505', maka jalan itulah yang kita akan terima.

Suka kita memetik kata-kata yang dibuat oleh rakan senasib Anwar Ibrahim yaitu Husam Musa, ianya disebut senasib kerana mereka bergandingan mantap setelah seorangnya kecewa tak dapat jadi Perdana Menteri dan seorang lagi kecewa tak dapat jadi Menteri Besar Kelantan, kata-kata Husam dipetik seperti berikut :

"Setakat yang saya baca buku-buku, penentangan kita ini adalah satu jihad, penentangan kita adalah gerakan fi sabilillah, penentangan kita adalah untuk al`amru bil-ma'ruf wannahyu'anil-mun'kar, kalau saudara tak nak hadir, saudara duk diam, jangan buat kenyataan pelik-pelik."

"Jadi saudara adik-adik semua jangan ragu, jangan ragu, dan kalau polis bertindak kasar, walaupun niat kita dalam perhimpunan aman, menghantar mesej perjuangan kita, menentang penipuan ini, kita terkorban andaikatasatu daripada kita terkorban, InsyaAllah ia adalah syahid fi sabilillah, InsyaAllah".

Kematian anda sebagai peserta demontrasi itu sudah dirancang dan diandai katakan, pernahkah anda mendengar mana-mana pemimpin mengajak anda ke ceramah mereka contohnya, dengan mereka mengandaikan jika anda mati ketika menghadiri ceramah itu, kematian anda adalah syahid, kenapa untuk menghadiri program ceramah mereka tidak mengandaikan ada 'kematian' ? sebaliknya menghadiri himpunan 'blackout' 505 ini diandaikan ada kematian.

Adat kata, secara logiknya jika andai ingin ke sesuatu tempat, sebagai contoh anda ingin ke masjid, anda tidak akan terlintas atau mengandaikan bahawa anda akan mati, melainkan jika anda ingin pergi bertetak, berparang, atau bergolok, anda pasti akan mengandaikan kematian boleh berlaku, kerana tempat yang anda ingin tuju itu anda tahu ianya berisiko.

Benar hidup dan mati Allah yang tentukan, namun jarang orang mati ketika pergi ke masjid, tapi selalu orang mati ketika mereka berperang, bertetak atau juga berparang. Mahu tidak mahu semua orang wajib mati, tapi inginkah kematian kita itu satu kematian yang sudah dirancang dalam usaha perancangnya  ingin menjadi Perdana Menteri ?
Sedangkan sebahagian golongan, termasuk golongan Ulamak didalam Pas yang ilmu agamanya lebih sikit dari ilmu agama Husam, tidak menggalakkan rakyat kehimpunan tersebut, namun untuk menghormati hubungan politik mereka tidak nyatakan secara terbuka, sebaliknya mereka sedaya upaya cuba mengadakan program pada tarikh berkenaan bagi mengelakkan penyokongnya terlibat atau hadir kehimpunan blackout itu.

Tidak cukup ilmu Husam untuk mengfatwakan syahid jika mati menyertai himpunan hitam itu, ilmu yang bersandarkan kepada buku dengan tidak berguru itu umum mengetahui gurunya adalah syaitan, hanya syaitan yang akan ikut syaitan, insan yang beriman pasti tidak akan mengikut syaitan.

Dalam teori lain pula, untuk menilai sejauhmana ilmu agama yang dipelajari Husam, penggunaan kata 'buku' dan bukannya 'kitab' pun sudah jelas untuk mengukur tahap kebiasaan Husam dengan hukum hakam agama, sebagai contoh dalam bidang perubatan, pelanggan klinik tidak dipanggil sebagai 'client', dan dalam bidang perundangan pula, pelanggan tidak dipanggil sebagai 'patients', walaupun hakikat ianya pelanggan. Begitulah juga bezanya antara Husam dan Ulamak, buku dan kitab.

Oleh yang demikian, kematian yang difatwakan oleh Husam bersandarkan kepada kelayakkannya, sebagai syahid itu sebenarnya adalah frog ataupun katak, bukan mati syahid tapi mati katak. Biarpun mati katak, berkemungkinan pengikut fahaman ini tak kisah, mereka tetap akan menyertainya, cuma kita nasihatkan supaya malam ini mereka bertaubat nasuha, wasiatkan apa-apa yang patut, dan sebelum turun ke himpunan, jangan lupa mandi wajib.

Siapa yang akan menjadi korban esok diatas perancangan pemimpin itu mendapatkan kuasa, kita tidak mengetahuinya, yang pasti kematian itu dari awal lagi sudah diandaikan, sama-sama kita menantikan perkhabarannya, andainya perancangan itu berjaya dan terkorbanlah salah seorang dari peserta himpunan tersebut, kita harapkan semoga mereka akan ditempatkan bersama-sama pemimpin berideologi songsang yang mereka agungkan yang menjadi pendokong utama kepada perhimpunan ini yaitu Anwar, Husam, Mat Sabu serta beberapa orang lagi pemimpin yang kesemuanya dilihat mendokong fahaman songsang tertentu dalam perjuangan dibawa mereka.
نعوذ بالله من ذلك . Anda Mampu Mengubahnya.

Kalau buat himpunan tu 21 Jun pun ok , boleh mati syahid hari Jumaat, lagi power!!! Lagipun polis tak halang sangat himpunan ni, sebab Menteri KDN dah patah kuku.

1 comment:

  1. Biasalah,nanti akan ada drama ' peserta mati hidup balik ' selepas perhimpunan. kah,kah,kah....pelakon itu mesti orang PAS. Pengarahnya dan pembiayanya orang PKR.Tunggu tak percaya...

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.