Lagi Video Sadis Saat-Saat Akhir Suspek Rompakkan Bergelut Dengan Maut

Itulah saat-saat akhir  sebuah penghidupan yang mungkin ia sendiri terpaksa memilih jalan tersebut, bergelut dengan sakaratul maut untuk pergi selamanya dan bakal mengadap yang Maha Esa.

Jadikanlah ia sebagai iktibar, usah dipersoal atau dikutuk kepada mana-mana pihak, sebaliknya kita jadikan tauladan buat diri kita yang juga serba kekurangan, namun dengan kekurangan itu jauhkanlah diri dari sebarang perlakuan jenayah, tak kiralah samada jenayah rompak secara terbuka atau songlap secara tertutup. Kerana keduanya adalah jenayah yang akan membawa padah, laporkan jenayah disekeliling anda kepada '999'. hehe.

Bagaimanapun jika terdetik hendak melakukan jenayah, ada baiknya difikirkan penjenayah hebat mana yang terlepas dari buruan PDRM ? Botak Chin ? Jimmy Chua ? Bentong Kali ? Mat Komando ? Mona Fandey ? Semuanya ke tali gantung, dan kalau rasa kita kurang hebat dari mereka, makanya fikir-fikirkanlah.

Tiada penyudahan kehidupan yang baik kepada penjenayah, kerana ia pasti terhukum walau selicik mana sekalipun. Hanya pandangan itu saja yang mampu dikongsikan bersama terutama kepada anak-anak muda yang baru hendak mengenali kelilingan dunia yang kadangnya seketika terleka. Sama-samalah bermohon agar kita sentiasa mendapat perlindungan dari Allah Taala. Anda Mampu Mengubahnya.

11 comments:

  1. Walaupun dia melakukan kejahatan, dia juga manusia, sekiranya muslim kenalah mereka yg ada disana mengajarkan syahadah agar beliau dapat mengucapkan kalimah disaat akhir beliau... berapa ramai orang islam yg tidak smpat mengucap syahadah di akhir kalam mereka... apakah kita orang yang dikatakan beriman tidak berasa sedikitpn sedih diatas kematian mereka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya setuju dengan pendapat anda. sebenarnya pesalah itu berhak untuk dibawa ke hospital bagi menyelamatkan nyawanya. malang sekali masyarakat keliling hanya menonton kesakitan yang dialami oleh pesalah. hukuman bagi kesalahan merompak bukanlah di tembak mati. seharusnya dia dibawa ke mahkamah dan dibicarakan. Manakah footage kejadian rompakan? Sejauh manakah ancaman pesalah pada orang lain semasa melakukan rompakan sehingga polis menembak?

      Delete
  2. Setuju sangat kata AnonymousJune 10, 2013 6:58 AM.....

    ReplyDelete
  3. Tiada yg tergerak hati, sama ada mengajar syahadah atau membantu membalut luka yg berdarah, ada yg tak kena dgn org sekitarnya.

    ReplyDelete
  4. mungkin polis yg halang org awam untuk beri bantuan... mungkin...

    ReplyDelete
  5. kasi tembak mampus lagi senang.
    islam x ajar kita pi rompak sana rompak sini.
    nk mati br nk ingat mengucap.
    masa idup tak mau pulak mngucap dan mnghayati apa itu syahadah...
    sape2 yg jumpa kes mcm ni, kalo bran pi la ajor dia mngucap. Silap2 harib bulan ngan org yg pi ajor mngucap kena tikam.....
    nk buat baik tapi kena tikam....

    ReplyDelete
  6. polis jgk yang salah.... kalau hngpa semua ada masa tuh... takkan ajaq punyalah..

    ReplyDelete
  7. Alfatihah..kita sedekahkan kpd Arwah.Polis hanya menjalankan tugas.Hanya Allah SWT yg menilai..

    Hj Zul
    K Kerian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. AL-FATIHAH. Bukan ramai orang boleh buat begini bila orang dalam keadaan berdarah kecuali IBU nya. Berapa ramai dalam satu kampung sanggup mayat. Anon 10.28 anda kena perbaiki minda anda. Jangan tuduh.

      Delete
  8. PERSOALANNYA ~ kenape anggota polis tidak membantu menghentikan pengaliran darah...??? walau penjenayah sekalipun,mereka berhak utk mendapat bantuan kecemasan disaat2 genting begini.itu tanggung jawab PIHAK POLIS...utk mengendalikan situasi yg berkaitan dgn penjenayah... dgn " criminal mind "....dan adalah merbahaya kpd org awam utk membantu,kerana penjenayah blh melakukan pelbagai cara utk melepaskan diri.Dimana nilai kemanusiaan didlm diri?sebab klu Berjaya diselamatkan pun,penjenayah tetap akan dituduh /dibicarakan...sebelum dijatuhkan hukuman.ALHAMDULILLAH...kerana msh ade yg mengajar mengucapkan syahadah terakhir./ALFATIHAH...SEMUGA TUHAN MENGAMPUNKAN ARWAH....

    ReplyDelete
  9. Salahkan polis lak. Apa la mentaliti korang ni. Dgn tekan darah rasa selamat ke. Kot2 polis tgh tunggu paramedic ke ambulans ke, mana tau. Dia polis bkn paramedic . Mcm accident, brapa ramai yg tlg? Tlg tgk ada la, last2 tunggu ambulan ke bomba dtg. Cane pun alfatihah kat arwah

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.