Nik Abduh: "Pas Kalah Di Putrajaya, Yang Ramai Dan Bising Adalah Penyokong Bukan Pengundi"

Setelah hampir sebulan pilihanraya umum ke 13 berlalu, Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz muncul dengan analisis beliau mengenai keputusan pilihanraya di Parlimen Putrajaya yang ditandingi oleh calon Pas, Datuk Husam Musa.

Menurut Nik Abduh, beliau tidak terkejut dengan kekalahan Pas di Parlimen Putrajaya, kerana pada awal lagi sudah mengjangkakan kekalahan Pas di sana, beliau berpendapat,  kehadiran yang ramai di program yang diadakan Pas di Putrajaya itu bukannya kehadiran pengundi dikawasan tersebut, tetapi kehadiran penyokong Pas yang dibawa daripada seluruh kawasan.

"Pas kalah lagi di Putrajaya. Ia agak sukar diterima para penyokong yang begitu kuat bekerja. Tetapi tidak saya dan tidak bagi mereka yang melihat seperti saya lihat. Keyakinan para wartawan sendiri yang melihat kilauan PR sepanjang kempen berjalan di sana. Saya kata, kami sedang berlawan dalam pilihan raya umum di seluruh negara kecuali di Parlimen Putrajaya. Bagi saya, ia adalah sebuah pilihanraya kecil dalam sebuah pilihan raya umum".

"Sifat pilihan raya kecil adalah keramaian dan kebisingan. Tetapi yang ramai dan bising hanyalah para penyokong. Mereka memiliki segala kekuatan kecuali satu. Mereka tidak memiliki kertas undi. Adapun para pengundi, kebanyakan mereka berehat di rumah menunggu hari mereka memangkah dan menghukum".

Bagaimanapun Nik Abduh juga turut menyindir perjalanan kempen pilihanraya di Putrajaya yang disifatkannya terlebih gimik atau bersifat menang sorak kampung tergadai.

"Lebih menarik adalah kekuatan Pas di negeri Kelantan dan kerusi Parlimen Putrajaya yang begitu kuat gema dan hangatnya yang telah berjaya membakar semangat para petugas parti untuk mencipta kejayaan merampas Putrajaya dan membentuk kerajaan baru pilihan rakyat".

2 comments:

  1. Kuat kecing Nik Abuduh ni, sama mcm beruk tua yg jadi bapak dia gak

    ReplyDelete
  2. Harap dia tidak mcm ayahandanya yg terlalu berdendam dgn sesama islam sampai sanggup jadi pemikul bewak gay dan melacur agama....

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.