Video - Husam Fatwa Mati Syahid Di Himpunan Blackout 22 Jun Ini

Rejected Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa Al-Jamnapari dilaporkan telah dilantik menjadi Mufti 'Blackout 505' tajaan Anwar Ibrahim dan Ambiga bersama Yahudi, sejurus lantikkan dibuat Husam telah mengeluarkan fatwa 'WAJIB menentang' kerajaan semata-mata mendakwa kerajaan menipu pada PRU13 yang lalu biarpun tanpa sebarang bukti dan melalui proses perundangan yang ada.

Mufti 'Blackout' mendakwa, hasil dari beliau 'baca buku-buku', maka beliau mengistiharkan fatwa penentangan yang dilakukan mereka adalah satu jihad, dan sekiranya ada antara peserta demontrasi terkorban dalam himpunan 'Blackout' itu ianya dikira sebagai mati syahid. 

Bagaimanapun pada masa sama Husam turut memberi amaran kepada ulamak-ulamak didalam Pas yang enggan bersama sekaligus tidak menyokong himpunan itu supaya diam dan tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan yang disifatkan sebagai 'pelik-pelik' yang mungkin boleh menggangu perancangan beliau dan Anwar.

"Setakat yang saya baca buku-buku, penentangan kita ini adalah satu jihad, penentangan kita adalah gerakan fi sabilillah, penentangan kita adalah untuk al`amru bil-ma'ruf wannahyu'anil-mun'kar, kalau saudara tak nak hadir, saudara duk diam, jangan buat kenyataan pelik-pelik."

"Jadi saudara adik-adik semua jangan ragu, jangan ragu, dan kalau polis bertindak kasar, walaupun niat kita dalam perhimpunan aman, menghantar mesej perjuangan kita, menentang penipuan ini, kita terkorban andaikata, satu daripada kita terkorban, InsyaAllah ia adalah syahid fi sabilillah, InsyaAllah".

Apa sebenarnya maksud tersirat Husam? Selain berfatwa sesat kononnya syahid, mungkin syahid kepala kambing. Apakah beliau dan Anwar mempunyai perancangan untuk mengorbankan seorang anak muda? Husam dari awal lagi sudah mengumumkan dengan andaikata  "satu daripada kita terkorban, InsyaAllah ia adalah syahid fi sabilillah, InsyaAllah".

Apa yang hendak dilakukan pada perhimpunan 22hb itu nanti? Kerana beliau seolah-olah sudah menjangkakan polis akan bertindak kasar dan diatas tindakan kasar itu, beliau mengandaikan ada satu antara mereka yang akan terkorban, kemudian korban itu dikira sebagai syahid.

Jadi, oleh kerana Husam berandaikata, apa kata kita juga membuat andaikata, sekurang-kurangnya pihak berkaitan lebih berhati-hati dalam berhadapan dengan situasi diluar jangkaan manusia rakus yang meroyan nak jadi Perdana Menteri dan akan sanggup membuat apa saja.

Andaikata beberapa anggota polis yang ditugaskan bagi mengawal himpunan yang akan diadakan itu nanti, ia diupah supaya memukul peserta demonstrasi sehingga menyebabkan kematian dan kononnya syahid, ini bertujuan dengan mengharapkan satu kebangkitan rakyat bagi menuntut bela diatas kezaliman pihak polis yang menyebabkan kematian tersebut.

Ketika itu peluang untuk mereka menyalahkan kerajaan sangat cerah, sekaligus berpeluang untuk menggulingkan kerajaan diatas kebangkitan dan kemarahan rakyat mengenai perkara itu. Apapun semua pihak perlu berhati-hati, mereka terlalu teruja untuk mengadakan perhimpunan ini, mesti ada motifnya, dan dikemuncak kerakusan Anwar nak jadi PM, sukar untuk percaya beliau akan tunggu sehingga PRU14 nanti. Anda Mampu Mengubahnya.

6 comments:

  1. ONLY FOOLS SOKONG 505.

    ReplyDelete
  2. Sedapnya mulut....seram dengar org2 pas buat fatwa dan jatuh hukum....dosa, pahala, syurga, neraka , syahid, kafir...mcm terletak di tgn husam musa dan tok guru2 pas...pengikut2 mereka pun angguk je sambil sebut takbeeer.....ada otak fikir, ada telinga dengar, ada mata pandang...jgn buta hati...

    ReplyDelete
  3. Musim panas ni nak berhimpun pe kejadahnya.....tak de kerja lain ke? di bulan Syaban yg datang hanya 1 thn se kali elok-elok le buat kebajikan dapat jgk pahala dpd berjemur di tengah panas. Silap haribulan dapat sakit baru padan muka

    ReplyDelete
  4. Org kecewa macam tu lah!...Dlm kepala hotak nya tau nk buat huru hara, terikut2 Si Ketua Penipu. Klu hidup kat dunia ni tau nk menyusahkan org ramai je!...baik lah korang sume mampos!!!!..Yg mengikut cakap Si Bodoh pun jd bangang dn bodoh gak!..Pihak berkuasa pun hrp jgn brlembut sngt,..klu dh nmpk keadaan xtrkwl...brtindak la segera!...Tangkap je Ketua2 Malaun tu...mmg celaka btl puak2 nih!!!

    ReplyDelete
  5. Allahuakbar.. Pas perjuangkan Islam dan Jihad fi sabilillah.. Sebab nak jalankan Hukum Hudud. Tapi hakikatnya BN terus menyokong undang-undang British,menyokong Basyar Al-Asad dalam peperangan di Syria.. Mengapa kita perlu takut untuk menjatuhkan BN,dan ape salahnya PR jadi pemerintah. Law nak kate Malaysia nie maju,maju dengan Kontrak kepada kroni jew. Internet pun perlahan. Law kepentingan kepada Kerajaan semua nya maju,tapi law kepentingan untuk rakyat asyik tangguh jew,lepas tu terus menyepi.

    ReplyDelete
  6. Mati dalam perjalanan menuntut ilmupun mati syahid juga. Mati mempertahan harta dan marwah pun mati syahid juga. Bahkan ikut Jemaah keluar 3 hari, 40 hari dan 4 bulan jika matipun mati syahid juga. Keluar ke perhimpunan aman untuk menentang penipuan kalau mati termasuk lubangpun dikira mati syahid juga. Jadi tidak ada kena mengena dengan keganasan, pembunuhan ataupun peperangan. Jadi tang mana nak di kenakan di bawah akta hasutan ?

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.