Cubaan Cybertrooper BN Kelantan Bongkar Isu Songlap Semakin Hangat

Sebagai salah seorang yang diamanahkan memikul tanggungjawab untuk menguruskan jentera cyber BN Kelantan, sangat tidak wajar ia memandang enteng akan kewujudan blogger dan cybertrooper ini sehingga tidak mengendahkan setiap sms dan panggilan yang dibuat oleh mereka, sekecil manapun mereka, demi keadilan janganlah dianiayai mereka yang siang dan malam telah sedaya upaya membantu kemenangan BN dalam PRU 13 lalu.

Untuk apa kita nak aniayai mereka yang telah berjuang ini ?, bukankah rezeki itu terbentang seluas langit ? Hidup biarlah bermaruah, tidakkah kita merasa malu dengan kenyataan kita yang semanis madu tapi sebaliknya kita rakus umpama serigala ? Kenapa susah sangat hendak perjelaskan kedudukan sebenar kepada beberapa orang jentera cyber yang makin hari makin mahu kecoh ini ? Apa yang nak disembunyikan ?

Bagaimanapun kita mengharapkan individu berkaitan dapat tampil menjelaskan kedudukan yang sebenar sebelum isu ini diheret menjadi lebih parah lagi dengan mereka memperincikan segala maklumat dan bukti yang mereka ada secara terbuka sekaligus ia dikhuatiri boleh mencemarkan imej banyak pihak. 

Kerana pada pandangan cybertrooper yang terlibat, mereka tidak berniat untuk mencemarkan imej sesiapa, namun jika tidak didedahkan secara terperinci orang tidak akan tahu dan mengatakan hal yang mereka timbulkan itu sebagai fitnah sedangkan mereka semua teraniaya, kita terpaksa akur dan menghormati juga dengan prinsip rakan-rakan kita ini, pada dasarnya mereka menuntut hak mereka. Justeru eloklah jika semua pihak bertindak secara profesional tanpa menafikan hak bagi mana-mana pihak. Dibawah adalah petikan yang diambil dari blog TenteraMaya dan juga blog KakirayauKB yaitu antara dari mereka yang terlibat.

Saya sebagai jentera yang pernah berkhidmat dengan 'ketua pejuang siber kelantan' kini hidup terumbang-ambing. Kenapa? Kerna beliau telah songlap sebilangan peruntukan yang sepatutnya sampai ke tangan blogger dan cybertrooper yang berpenat lelah berjuang bagi memastikan kemenangan BN di Kelantan.

Pada awalnya, jentera siber dibawah kepimpinan beliau telah dijanjikan dengan bermacam-macam janji manis. Jika anda masih ingat, laman blog TUKAR KELATE pernah menjadi suatu laman blog yang sohor dan FB page TUKAR KELANTAN yang pernah menjadi rujukan utama facebookers tentang politik kelantan. Tak ketinggalan juga kedua-dua laman ini diiktiraf oleh Pengerusi UMNO Kelantan iaitu Tok Pa kita.

Antara kejayaan blog tersebut ialah, baca selanjutnya diSINI

Video - Noh Omar 'Kecep Kelate' Dengan NKP Kota Bharu Mengenai Projek ?

Sekali imbas tiada apa yang tidak kena dengan pemuda ini, gaya penampilan dan tutur katanya mantap umpama seorang kontraktor, namun difahamkan pemuda yang mengaku dirinya sebagai Naib Ketua Pemuda Umno Kota Bharu ini sebenarnya adalah golongan insan teristimewa.

Apapun, bakat 'sembang' yang ada pada pemuda ini nampaknya lebih kurang saja dengan bakat yang ada pada sebahagian pemimpin Umno yang lain, kekerapan pemuda ini mendengar pemimpin Umno bersembang  mengenai projek menyebabkan beliau juga  turut terikut-ikut serta mampu mewatakkan kembali watak sebagai seorang pemimpin Umno yang sedang berbicara mengenai projek.

Mungkin jika pemimpin Umno sentiasa bercakap mengenai agama, bangsa dan negara, pemuda istimewa ini juga akan turut bercakap mengenai hal yang sama, begitulah cerminan buat pemimpin Umno, dengan cerminan itu, usahlah orang Umno merasa malu jika 'Adik Mat' yang mengaku sebagai NKP Kota Bharu ini menjadi salah seorang dari pemimpin anda. 

Kerana setakat mempunyai bakat sembang projek, 'Adik Mat' juga turut punyai bakat yang sama yang tidak ada bezanya dengan sebahagian besar pemimpin Umno Kelantan yang ada hari ini, sukar sekali untuk kita mendengar sebahagian pemimpin Umno sekarang yang berbicara mengenai perjuangan dan masa depan orang Melayu dalam konteks yang berilmu.

Kebanyakkan mereka apabila mempunyai jawatan didalam parti mereka hanya menggunakan jawatan sebagai platform untuk mencari kepentingan peribadi bukan menyumbang kepada pengukuhan parti, untuk itu pada pemilihan kali ini kita ingin melihat berapa ramai pemimpin yang mempunyai bakat lebih kurang sama dengan 'Adik Mat' ini yang menawarkan diri untuk bertanding, seolah-olah sudah tidak ada lagi golongan profesional yang lebih berkelayakkan untuk diangkat menjadi pemimpin didalam parti. Anda Mampu Mengubahnya.

'Jogho Kelate' Menghilang 'Jogho Malaysia' Pula Yang Menimbul

Dimanakah anak muda ini ? Sewaktu PRU 13 yang lalu beliau antara dari salah seorang yang dilihat paling 'kalut' bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional di Kelantan, dan pernah satu ketika, hampir jam 1 pagi, dimana orang lain sedang nyenyak tidur atau sedang ber'kopitiam', saya terjumpa beliau dan beberapa orang jenteranya yang sedang memasang poster gerakkan TUKAR di Jalan Lundang, namun sekarang, ketika mana orang lain sedang 'kalut' lagi 'ribut' menawarkan diri bertanding merebut jawatan didalam Umno, beliau pula sunyi sepi, membuatkan saya tertanya dimanakah beliau ?

Bukan berniat untuk menafikan hasil kerja atau sumbangan orang lain, tapi sekadar menyatakan kebenaran mengenai individu yang pernah tampil menghidupkan kembali suasana politik UmnoBN di Kelantan dalam PRU 13 lalu. Mungkin ramai dikalangan kita yang masih ingat dengan sebuah gerakkan yang dikenali sebagai gerakkan TUKAR, dan sebagai makluman, beliau jugalah perancang utama kepada gerakkan tersebut.

Sebuah gerakkan yang boleh kita anggap sebagai berjaya biarpun BN masih lagi gagal menawan negeri berkenaan, kerana kegagalan itu adalah disebabkan kegagalan yang dicipta sendiri oleh kebanyakkan jentera BN, namun bilangan kerusi yang dimenangi oleh BN tetap bertambah.

Berbalik kepada cerita mengenai individu ini, saya difahamkan 'sunyi sepi' beliau disaat orang lain sedang 'kalut ribut' adalah disebabkan sekarang ini beliau sedang mengerjakan umrah, mungkin sekembalinya nanti dari mengerjakan umrah beliau akan kembali aktif dan menawarkan diri untuk bertanding dalam apa-apa jawatan yang beliau rasa layak untuk digalasnya.

Pada pendapat peribadi, individu seperti beliau seharusnya diangkat oleh ahli-ahli Umno supaya kepimpinan Umno nanti akan terdiri dikalangan mereka yang agresif dan punyai idea yang boleh memberi manfaat kepada parti. Bayangkan jika mereka yang mengepalai sayap-sayap parti di semua bahagian di Kelantan merupakan individu seperti beliau, apakah anda rasa mustahil untuk BN mengambil alih pentadbiran negeri itu dalam PRU 14 nanti ?.

Pertelagahan pendapat dalam sesuatu hal memang sukar untuk dielakkan, tapi tidak semestinya kita menyempitkan fikiran dengan pertelagahan pendapat itu bagi kita menafikan kebolehan yang ada padanya. Tambahan pula jentera-jentera yang berkerja dibawah beliau yang setakat saya tahu tidak ada seorang pun yang merungut di'kencing' oleh beliau, masing-masing mereka berpuas hati.
Bagaimanapun jika kita pergi jauh sedikit, kita dapat melihat individu yang lebih kurang sebaya juga dengan beliau dan diberikan amanah untuk mengepalai sesuatu kumpulan, dan pada masa sama bercita-cita besar sama besar dengan 'bual'nya, terbukti cacar marba dan tidak amanah sekaligus boleh menjadi ancaman kepada parti jika individu seperti ini yang diangkat untuk menjadi pemimpin dalam parti.

Cuba kita renungkan, kalau kumpulan pejuang maya yang punyai suara pun boleh dikencing, apatah lagi ahli biasa, dan sikap individu seperti ini sudah pasti menjadi satu ancaman kepada Umno, mana tidaknya, bila ia tidak amanah dan menimbulkan rasa tidak puas hati serta pemberontakkan dikalangan mangsanya atau orang bawahannya, sedikit sebanyak serangan fakta yang akan dilakukan oleh mangsa-mangsa itu tadi turut akan terpalit sama kepada parti. Kemudian jadi satu kerja pula ahli-ahli Umno untuk bersuara sumbang membela individu seperti ini.

Sebelum mangsa-mangsa tadi bangkit melakukan serangan dengan membongkar segala bukti yang saya difahamkan ianya sudah pun tersusun rapi dan hanya menunggu waktu yang sesuai sahaja, eloklah jika ahli-ahli Umno mengambil sedikit iktibar dari apa yang berlaku itu dalam usaha untuk memartabatkan Umno sebagai parti yang benar-benar memperjuangkan agama, bangsa dan negara.

Justeru, mana-mana individu yang merasakan layak untuk bertanding jawatan didalam parti, pastikan anda benar-benar layak dan terbukti kelayakkanya setelah berpengalaman menjadi 'Jogho', kalau pengalaman menjadi 'Jogho' kumpulan pun gagal kerana tidak amanah, macammana nak jadi 'Jogho' untuk negeri ? Hah apa ? Nak jadi 'Jogho' Malaysia !!! lagi-lagilah brotherrrr!!! Anda Mampu Mengubahnya.

Gosip panas mengenai calon-calon Umno di Kelantan klik diSINI.

Berani kerana benar, takut kerana saloh, kito jange brona, takutnya buleh pekdoh...

Video - Aku Doakan Kau Jadi Anak Yang Soleh, Kau Doakan Aku Mampuslah Ibu,Mampus Ibu, Ibu Mampus...

Tiada ibu bapa yang tidak sayangkan anaknya, semua ibu bapa ingin melihat anak-anaknya menjadi orang yang berguna, namun sejauhmana anak-anak menyedari akan hakikat itu ? Jadikan kisah ini sebagai iktibar kepada kita semua. Anda Mampu Mengubahnya.

Video - Pembunuhan Tragis Di Perlis, Lelaki Dibunuh Sebelum Diikat Pada Pokok Dan Diaibkan

Jenayah membawa padah !!! Sesekali bila mendengar kes pembunuhan yang diklasifikasikan oleh pihak polis sebagai kes pembunuhan yang bermotifkan dendam, terlintas difikiran kita apa agaknya dosa atau kesalahan simati sehingga ia dibunuh, dan adakah si pembunuh merasa berbaloi setelah  membunuhnya ? Untuk makluman, video dibawah tidaklah mengaibkan simati, gambarnya telah dikaburkan, tak usahlah ada yang sensitif sangat.

Apapun kita serahkan saja kes berkenaan kepada pihak berkuasa untuk menyiasatnya, sebagai iktibar dan tauladan kepada diri sendiri dan pembaca semua, 'Jenayah membawa padah', elakkan diri dari sebarang aktiviti jenayah. Anda mampu Mengubahnya.

Video - Mat Said Nak 'Gocoh' Dengan Puak Pas Di PRK #KualaBesut

Bab bikin kecoh ni serah jer pada puak Pas, mereka tahulah nak buat, kerana sememangnya mereka diajar sebegitu, editing video Malaysiakini pun boleh tahan juga, bayangkan seorang Menteri Besar boleh kena 'sound' selamber jer. Tak tahulah pulak apa kuasa orang yang 'sound' beliau tu.

Belum lakukan apa-apa kesalahan lagi dah kena 'sound', wajarkah ? Siapa lelaki yang 'sound' MB tu ? Adakah lelaki itu penguatkuasa ? Kerana kita lihat polis sudah ada ditempatkan disitu, tapi disebabkan MB belum lakukan apa-apa kesalahan, tidak ada siapa yang berhak nak 'sound' beliau. Sound jugak kurang ajarlah tu, patutnya 'bodyguard' bagilah sebijik dua sebagai upah, bodyguard nampak gangster takder hal daripada MB yang nampak gangster.

Provokasi seperti ini keatas MB Terengganu akan dilakukan secara berterusan oleh pihak pembangkang, dengan kedudukan kerusi yang kurang stabil dinegeri itu maka pembangkang akan mengambil kesempatan untuk mencemarkan imej MB dengan sebaik mungkin, dan mereka akan jadikan sebagai modal kempen dalam mana-mana PRK ataupun PRU.

Adakah Ahmad Said ni ganster atau gedebe ? Rasanya gangster dan gedebe tu sebab tak kena cara, kalau kena cara takder masalah, ni dia duk jalan molep-molep mung gi tahang dia dengan tak senonoh gitu maghahlah dia, ko guaner ? Keno ko Hj Hadi mung Hj Hadi mung maroh, ko mung dok caye, kalu mung dok caye, mung kabor nanti aku buat kuar video.

Apapun tahniah buat calon BN PRK Kuala Besut kerana berjaya memenangi hati rakyat, syabas, orang Melayu masih menyokong UmnoBN, moga-moga kerajaan BN lebih sedar akan hakikat itu. Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut yang berlangsung di sembilan pusat mengundi dimenangi oleh calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dengan majoriti 2, 592 undi, pada PRU 13 yang lalu BN menang dengan majoriti sebanyak 2434 undi. Anda Mampu Mengubahnya.

Majoriti bertambah. Berapa orang bangla yang dapat Pas tangkap hari ni.

Video - Cuba Tengok Macammana Nak Pilih Che Long Jadi Wakil Rakyat #KualaBesut Kalau Macam Ni

"Sakit main nga Che Long gak, nok keno ajar belako, tak tahu apa satu, kalu main lagu ni tak nampak jalanlah Pas buleh menang", keluh salah seorang pemimpin cawangan Pas di Kuala Besut ketika bercakap mengenai calon Pas, Azlan Yusof @ Endut yang seringkali menimbulkan kontroversi apabila beliau mengeluarkan sesuatu kenyataan.

Calon Pas yang dikenali dengan gelaran 'Che Long' itu dilihat langsung tidak mempunyai bakat kepimpinannya sebagai seorang pemimpin,  dan ia dibimbangi sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat beliau akan gagal untuk melaksanakan tugasnya itu disebabkan beliau sendiri yang tidak pandai bercakap seterusnya bagaimana beliau ingin bersuara mewakili rakyat dalam sidang Dewan Undangan Negeri.

Kebimbangan itu agak jelas dizahirkan oleh penyokong Pas sendiri yang sejak akhir-akhir ini semakin kurang yakin dengan Che Long, ini kerana sepanjang masa Che Long perlu diajar untuk bercakap dalam apa jua isu yang ditanya kepada beliau, (rujuk video dibawah). Anda Mampu Mengubahnya.

Video Terkini - Che Long Mula Hilang Semangat Untuk Jadi Wakil Rakyat, Letih Dan Tak Larat Untuk Bercakap

Menjelang 24 Julai hari pengundian di PRK Kuala Besut, Calon Pas, Azlan Yusof @ Endut kelihatan tidak bermaya, semangat 16:16 yang diperjuangkan beliau sebelum ini tidak lagi diungkapkan, begitu juga dengan rayuan supaya pengundi memilih beliau tidak kedengaran.

Rakaman terkini Che Long yang baru saja dibebaskan dari tempat persembunyian itu tidak menggambarkan beliau seorang yang kuat, mungkin kalau Che Long tahu situasi begini yang akan dilalui, dari awal lagi Che Long tidak sanggup untuk bertanding.

Itu belum lagi kalau menang dan menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri dsbnya, perwatakkan perlahan Che Long itu hanya akan menjadi 'bahan' pada sidang DUN nanti, kerana boleh dikatakan kesemua Adun lebih agresif samada dari kerajaan mahupun pembangkang.

Andai pengundi merasa simpati dengan Che Long, eloklah jika tidak mengundinya, kerana undian anda kepada Che Long hanyalah akan membebankan dan menyusahkan beliau semata-mata. Difahamkan sebelum ini Che Long sendiri tidak mendapat gambaran sebenar mengenai tugas seorang wakil rakyat. Dengan keadaan fizikal dan mental Che Long itu, mustahil Che Long mampu melaksanakan tugasnya dengan sempurna jika beliau dipilih untuk menjadi seorang wakil rakyat. Anda Mampu Mengubahnya.

Che Long jawab "Tak cek sampai tangga tulah, tunggu 24 ni, tak sempat nak buat kajian lagi"...kahkahkah, nyaknyok sungguh Che Long
rakaman

Panas ! Lihat 28 Keping Gambar Ini Bukti Che Long Bakal Tersungkur Di Kuala Besut

Ketaksuban tidak lagi relevan dengan perkembangan dunia hari ini, lebih-lebih lagi ketaksuban kepada parti politik sehingga membuatkan pengikutnya 'isim' dan sanggup lakukan apa sahaja, dengan replika-replika yang dibina seperti dibawah, dapatkah bayangkan pemikiran mereka ini berada ditahap mana ?

Apa untungnya ? Bukankah itu semua kerja yang sia-sia ? Nikmat apa yang sudah dikecapi hasil dari ketaksuban yang dilahirkan itu, kekolotan masih menyelaputi minda sebahagian besar pengikut Pas, sehinggakan bendera Dap pun sama mereka julang, mungkin Dap itulah yang membantu mereka selama ini.

Anak-anak kecil diheret memikul bendera parti, rumah-rumah dihiasi gambar menyerupai amalan penganut agama Kristian, bendera dijadikan baju dan jubah, untuk apa semua ini ? Bagi rakyat di PRK Kuala Besut yang akan membuang undi  esok, sama-samalah renungkan, jika anda memilih calon Pas, anda akan dapat Che Long yang mulutnya sudah diplaster sekaligus anda turut mendapat replika-replika dibawah yang boleh menjamin masa anda dan generasi yang akan ke bulan.
Maaflah Che Long, rasonya di Kuala Besut ni tidak banyak mana hok spesis ni. Spesis yang diancam kepupusan.
Ohh bersungguh keh, duk main jual supo budok2 ko ?
Berat dohhh, kasihan!!! kapalterbang untuk ke Putrajaya.
Bandingkan...Manakah yang lebih bermanfaat...

Adapun jika anda tidak merasakan perkara diatas sebagai satu keperluan, sebaliknya kebajikan dibawah yang diinginkan, anda tidak ada pilihan, kerana satu-satunya yang mampu membuktikan segala janji yang sudah ditepati adalah kerajaan 1Malaysia, kerajaan yang bertanggungjawab memberi kebajikan kepada rakyatnya. Kepimpinan yang mempunyai keintelektualan saja yang mampu membawa kita dan negara seiring bersaing dengan negara-negara maju diseluruh dunia.

Namun kalau pemimpin yang dipilih itu diakui oleh kepimpinannya sendiri bahawa ia kurang cerdik, bercakap merapu, dan dinafikan hak untuk bersuara, apa lagi yang hendak didambakan kepada pemimpin seperti itu, tiada istilah simpati dalam memilih pemimpin, kerana mereka itu bukan dikalangan yang miskin, bahkan kontraktor kelas 'A' yang punyai projek berjuta-juta dan langsung tidak memerlukan kebajikan seperti dibawah. Anda Mampu Mengubahnya.
Jika inginkan Kuala Besut yang ceria, sokonglah pemimpin yang ceria. Hanya pemimpin yang ceria mampu menceriakan hidup anda. Jadikan Kuala Besut seceria wajahnya.

Pengistiharan ini secara automatik akan melayakkan anda menikmati semua kebajikan dibawah

Pelbagai kemudahan disediakan untuk rakyat

Baucar buku 1Malaysia ringankan beban ibubapa dan pelajar

Bantuan lesen 1Malaysia

Kad diskaun siswa 1Malaysia

Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia

Kedai Rakyat 1Malaysia

Klinik 1Malaysia

Ini bukan replika Pas, replika ni ada hasilnya...

Profram Perumahan 1Malaysia

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia

Dan pelbagai lagi yang kesemuanya sudah ditepati
Pastikan ianya menjadi pilihan anda.

Video - Percubaan Bohong Oleh Pas Di PRK Kuala Besut Dibongkar, Che Long Dicabar Buat Laporan Polis

Bermula dengan pengakuan Pas yang mengakui mereka tercalonkan calon kurang cerdik dan lurus bendul di PRK Kuala Besut sehingga calon Pas itu Azlan Yusof @ Endut dinafikan untuk bercakap sebelum disembunyikan dan sehingga hari ini ianya masih gagal untuk dikesan.

Kehilangan calon Pas yang dikenali sebagai Che Long itu tiba-tiba dikatakan muncul menerusi kiriman sms yang meminta pengundi di UPU Kampung Baru supaya datang kerumah beliau untuk menerima pemberian zakat sempena Ramadhan dan hari raya.

Kiriman SMS yang dikatakan dihantar oleh Yang DiPertua Pas Besut, Wan Azhar Wan Ahmad itu bagaimanapun disifatkan sebagai sangat buruk dan tidak bermoral oleh Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas Pusat, Nik Zawawi Salleh sebelum meminta rakyat untuk menolak parti seumpama itu.

Namun taktik yang dilakukan Pas menjelangnya pilhanraya itu dapat dihidu oleh Rio Rashid yaitu salah seorang anggota Unit Media Baru (UMB) yang turut menunjukkan demo dan menjelaskan bagaimana kempen yang tidak bijak itu dilakukan.

Sejurus membuat pembongkaran akan cubaan Pas memperbodohkan rakyat bagi meraih simpati itu, beliau turut mencabar Che Long atau mana-mana pemimpin Pas untuk membuat laporan polis atau mendedahkan nombor yang mengirimkan SMS berkaitan dan bukannya hebat berkokok dipentas ceramah.

Jika diperhatikan, pemimpin Pas seringkali menghina rakyat di Kuala Besut ini baik secara langsung ataupun tidak,  antaranya Pas telah mempertaruhkan calon 'kurang cerdik' atau disebut juga oleh Azhar Idrus sebagai 'bodo'. Pas juga dilihat hanya menggunakan kempen-kempen bersifat bodoh yang tidak pernah terpisah dengan fitnah.

Begitu juga dengan kenyataan yang dibuat oleh Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kelmarin dalam ucapan ceramahnya, beliau  menyifatkan kerusi yang Pas dan Pakatan Rakyat tewas termasuk Parlimen Besut  serta kesemua DUN didalamnya adalah penempatan orang yang tidak berpendidikkan,

Katanya, disebabkan rakyat tidak berpendidikkan mereka telah memilih BN, sehubungan itu beliau meminta pengundi seperti itu perlu belajar daripada orang terpelajar yang telah memberi kemenangan kepada PAS dalam PRU 13 lalu. Anda Mampu Mengubahnya.

Video - Bro MinaqJinggo Terpaksa Bercakap Dengan Kucing Gara-Gara Gagal Temui Che Long

Kakahkahkahkah, Abe letih 'poso', mungkin para wartawan 'interview' kucing lagi baik, bukan apa, nak interview Che Long pun susah, kalau dulu Che Long jawab 'no komen', sekarang ni dengan Che Long pun entah kemana, gagal dikesan.

Apa beza antara kucing yang bro 'MinaqJinggo' rakamkan ini dengan Che Long ? Mungkin bezanya walaupun kucing ni tak pandai bercakap, sekurang-kurangnya kucing ni tak lari macam Che Long, dan kucing ni pun takderlah meroyan nak jadi wakil kucing macam Che Long nak jadi wakil rakyat.

Apapun kesian sungguh pada wartawan kat PRK Kuala Besut, gara-gara Pas letakkan calonnya yang tak tahu bercakap, mereka terpaksa bercakap dengan 'nate' kucing. Iktibar buat pengundi di Kuala Besut supaya tidak memilih pemimpin seperti Che Long, kerana kalau pilih pemimpin seperti Che Long, dikhuatiri ramai rakyat di Kuala Besut selepas ini terpaksa bercakap dengan kucing. Anda Mampu Mengubahnya.

Buke nate beruk tapi nate kucing...

PRK Kuala Besut - Misteri Kehilangan Che Long, Operasi Mencari Dilancarkan

Misteri kehilangan Che Long hangat diperkatakan saat ini. Belum berlaku dalam mana-mana sejarah pilihanraya dimana calon yang akan bertanding dalam pilihanraya itu disorok kerana dikatakan tidak pandai bercakap, Pas memperjudikan nasib rakyat di Kuala Besut apabila meletakkan calon yang mereka sendiri akui sebagai 'kurang cerdik'. Jika sebelum ini kita mendengar media dibayar untuk membuat liputan setiap aktiviti calon yang bertanding, namun agak aneh untuk calon Pas bagi PRK Kuala Besut ini kerana menjauhkan diri dari mendapat liputan media.

Calon Pas PRK Kuala Besut Azlan Endut @ Yusof  gagal dikesan oleh pihak media dan didakwa disembunyikan oleh pimpinan Pas kerana telah beberapa kali mengeluarkan kenyataan yang kurang cerdik disamping tindak tanduknya yang tidak menampakkan ketokohan sebagai seorang pemimpin.

Tidak hairanlah jika calon Pas yang lebih dikenali sebagai 'Che Long' itu tidak kelihatan dalam beberapa majlis yang diadakan sebelum ini, apa yang dibimbangkan sekiranya Che Long dipilih menjadi wakil rakyat apakah sikap lari daripada masalah ini yang akan disajikan kepada rakyat ? Mengapa sebegini teruk calon Pas untuk PRK kali ini, calon Peniaga ikan pun rasanya tidaklah seteruk  seperti calon kontraktor kelas 'A' berkenaan.

Ketika semua pihak sedang berbicara mengenai politik baru, tidak sangka pula Pas boleh mencalonkan Che Long untuk mempelopori politik baru yang kemudiannya mulut Che Long terpaksa diplaster, mungkin itu politik baru pada pemikiran Pas, seakan Pas sudah tidak ada lagi pelapis yang lebih muda untuk ditampilkan sebagaimana Barisan Nasional tampilkan, orang muda, profesional adalah calon terbaik pilihan anak muda jua.

Awal-awal lagi calon Pas sudah menunjukkan sikap yang tidak 'gentleman', lari daripada media dan dihalang dari membuat kenyataan, so apakah itu pemimpin yang bagus untuk dipilih oleh rakyat di Kuala Besut ? Dalam operasi mencari Che Long dibeberapa program termasuk program 'Jom Bersama Che Long', ianya gagal ditemui dan tidak ada sebarang tanda-tanda yang Che Long akan ditemui dalam waktu terdekat ini, dek kerana itu pengundi di Kuala Besut khasnya golongan muda sudah boleh menilai seterusnya memutuskan siapakah pilihan anda. Anda Mampu Mengubahnya.
Ceramah yang dihadiri oleh Presiden Pas juga ketiadaan Che Long
Program 'Jom Bersama Che Long tapi Che Long tak muncul-muncul
Program 'Jom Bersama Che Long berakhir tanpa kelibat Che Long
 Raja 'L' ada Che Long tiada

'Che Long' Ada Hati Nak Jadi Menteri Besar Pulak Dah ! Cakap Pun Merapu Boleh Ke ?

Menurut sumber dalaman Pas yang pro ulamak, tercalonnnya Che Long sebagai calon Pas PRK Kuala Besut adalah satu perancangan licik bekas Exco kerajaan negeri Kelantan, dan difahamkan Che Long merupakan proksi kepada bekas Exco tersebut. Memang diakui Che Long seorang yang lurus bendul, dek kerana lurus bendul itulah beliau dipergunakan oleh bekas Exco berkenaan bagi memperjalankan perniagaan milik bekas Exco itu yang berselindung disebalik nama Che Long.

Che Long yang tidak punyai kepakaran didalam memimpin dan mengurus sekali lagi dipergunakan untuk mewakili rakyat di Kuala Besut bagi meneruskan agenda bosnya seorang bekas Exco yang bercita-cita menjadi seorang Menteri Besar, namun usia muda Sultan menggelapkan masa depan bekas Exco itu dan mungkin ia juga sedar impiannya di Negeri Kelantan sukar untuk direalisasikan.

Bagaimanapun wang yang banyak yang selama ini dikumpulkan sehingga melahirkan kemurkaan Sultan langsung tidak membataskan bekas Exco itu mencari jalan dinegeri berhampiran. Dalam kesempatan yang ada itulah bekas Exco berkenaan meletakkan proksinya sebagai calon bagi meneruskan agendanya menawan kerusi Menteri Besar.

Kehebatan bekas Exco itu dibuktikan dengan peletakkan proksinya sebagai calon yang langsung tidak punyai kewibawaan mahupun kredibiliti sebagai seorang pemimpin, taraf pendidikkan tidaklah menjadi isu serius jikalau calon yang diletakkan itu punyai bakat kepimpinan, namun jangankan bakat kepimpinan, nak bercakap pun disifatkan 'kurang pandai' oleh rata-rata pemimpin Pas sendiri.

Biarpun ciri-ciri seorang pemimpin itu kurang ada kepada Che Long berbanding pemimpin Pas yang lain seperti bekas Adun Kuala Besut (1999), Datuk Nik Zawawi Salleh dan Yang Dipertua PAS Besut, Wan Azhar Wan Ahmad serta beberapa lagi nama besar yang jauh lebih layak dari Che Long, dan mereka turut disenaraikan bakal calon ternyata tidak mampu menandingi 'cabel' yang ada dibelakang Che long.

Permainan politik yang licik ini terbukti mampu untuk menaikkan seorang yang tidak berkelayakkan sekaligus menewaskan mereka yang jauh lebih layak, kerana itu politik memang sukar untuk dijangka, mungkin hanya Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang saja yang dilihat sudah dapat menghidu permainan ini.

Mampukah Che Long berentap dengan Hj Hadi ? Che Long mungkin tidak mampu, tapi orang dibelakang Che long mungkin mampu... Jika Che Long menang dalam PRK ini, kedudukan kerusi 16:16 sudah tidak lagi selesa untuk BN mentadbir negeri tersebut, tidak mustahil DUN akan dibubar dan piliharaya sekali lagi akan diadakan.

Kalau itu yang berlaku, andaikan keputusan pilihanraya berpihak kepada Pas termasuk kerusi yang kekal ditandingi oleh Che Long untuk mereka membentuk kerajaan, mungkinkah Che Long yang bakal dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu sebagaimana yang telah dirancangkan itu ? Dengan mendapat sokongan dari Adun yang telah direncanakan segalanya mungkin berlaku.

Dalam keadaan itu dapatkah dibayangkan bagaimana situasi kelam kabut dalam pentadbiran negeri ? Sibisu yang patuh kepada arahan bos dilantik menjadi Menteri Besar dan akan dipergunakan dengan semahu kemahuan bosnya. Mustahil ??? Tidak, dalam politik segalanya tidak mustahil untuk berlaku.

Tidak ada sebab untuk Che Long beria-ia sehingga merayu-rayu supaya rakyat memilih beliau sebagai wakil rakyat sedangkan kebolehan untuk layak menjadi seorang pemimpin tidak ada kepada beliau, belum lagi disebut pasal misi dan visi yang hendak Che Long bawa untuk rakyat Kuala Besut ? Tidak ada apa yang boleh menjadi inspirasi kepada Che Long untuk menjadi seorang wakil rakyat, jika dipilih sebagai wakil rakyat, duit elaun wakil rakyat pun Che Long wakafkan, jadi apa yang Che Long hendak dari jawatan sebagai wakil rakyat itu?

Apa yang istimewanya sebagai seorang wakil rakyat mengikut kacamata Islam ? Adakah dengan menjadi wakil rakyat barulah kita akan masuk syurga ? Melihat kepada jinaknya Che Long, ia tidak menampakkan sebarang kecintaan Che Long kepada kebendaan yang bersifat dunia, darisegi sifat pemurah atau hendak bantu rakyat, tak semestinya menjadi wakil rakyat itu sebagai syarat untuk menjadi seorang yang pemurah, sedangkan kegagalan Che Long bertutur dengan baik itu akan mendatangkan lagi masalah yang besar kepada rakyat.

Kesimpulannya, Che Long terlalu tidak layak untuk menjadi wakil rakyat, ramai lagi pemimpin Pas berstatus Ulamak yang layak, tapi kenapa ia dicalonkan ? Keterujaan Che Long untuk menjadi wakil rakyat itu menimbulkan banyak keraguan. Ia umpama seorang yang langsung tidak tahu memandu kereta, tapi tergesa-gesa meminta kunci kereta seolah-olah dia tahu memandu kereta dan mahu memandunya. Setelah dia mengambil kunci kereta apakah benar ia akan memandu kereta tersebut sedang pada masa sama dia tidak tahu memandu ? Jika benar dia memandu kereta tersebut, adakah pemanduannya itu akan selamat dalam keadaan dia sendiri tidak tahu memandu ?

Begitu jugalah dengan Che Long yang sedang hangat diperkatakan sebagai salah seorang proksi yang memperjalankan perniagaan bekas Exco, dan selepas itu ditabal menjadi calon, kemudiannya jika sebagaimana yang dirancang rapi sebelum ini beliau akan diangkat pula untuk menjadi Menteri Besar boneka kepada seorang bekas Exco. Disitu bermulalah kehancuran untuk sebuah negeri. Anda Mampu Mengubahnya.

Sehari dua ni dilaporkan Che Long sukar ditemui, khabar angin mengatakan Che Long disembunyikan untuk mengelakkan dari bercakap, khabar angin yang lain pula mengatakan Che Long sedang menjalani kursus belajar bercakap...

Video - Hj Hadi: Rumah Rakyat Macam Sarang Burung Merpati, Pas Akan Halang Pembinaannya Jika Menang PRK Kuala Besut

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu mahukan kedudukan kerusi seri 16:16 bagi membolehkan mereka menegur dan membangkang pentadbiran negeri sedia ada jika melakukan perkara yang tidak betul.

Menurut beliau antara perlakuan tidak betul yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional adalah seperti membina rumah rakyat jenis pangsapuri atau bertingkat yang disifatkannya sebagai sarang  burung merpati, justeru jika rakyat memilih Pas sekaligus menjadikan kedudukan kerusi 16:16 Pas akan menghalang dan tidak akan membenarkan pembinaan rumah rakyat jenis berkenaan.

"Kita nak 16 kerusi. Apa faedah dia kita ada 16 kerusi dan kita tidak menjadi menteri besar? Faedahnya, kita boleh tegur dia". Katanya

 Abdul Hadi ketika menyampaikan ceramahnya di Kampung Nail Kuala Besut malam tadi berkata,

"Banyak benda yang tak betul, benda yang tak reti buat, contohnya masalah kampung nelayan sebagai contohnya, kampung nelayan diseluruh negara ni, saya dengar cerita dia janji nak buat rumah ke orang Pulau Redang, rumah macam sarang burung merpati, rumah macam sarang burung merpati, rumah yang duduk banyak tingkat bangunan tinggi, jangan kita bangga oooo besarnya rumah, berapa tingkat ? 8 tingkat, duduklah, 'beriok' dalam tu, macam burung merpati".

Abdul Hadi juga menyifatkan kerusi yang gagal dimenangi Pas dan Pakatan Rakyat pada PRU 13 lalu kesemuanya adalah penempatan orang yang tidak berpendidikkan, disebabkan rakyat tidak berpendidikkan mereka telah memilih BN, sehubungan itu Abdul Hadi meminta pengundi seperti itu perlu belajar daripada orang terpelajar yang telah memberi kemenangan kepada PAS dalam PRU 13 lalu.

HARAKAH - Nik Aziz Tak Sempat Solat Dihalau Dari Masjid TUDM Atas Arahan Hj Hadi ? @tunfaisal

Kempen 'bodoh' bersifat memecahbelahkan umat Islam  oleh lidah rasmi Pas tidak pernah terhenti, Harakah hari ini dengan tajuk 'Tok Guru Nik Aziz Dilarang Solat Di Masjid TUDM' jelas sekali menghasut masyarakat dengan menggambarkan seorang tokoh parti itu tidak dibenarkan untuk menunaikan solat dimasjid berkenaan.

Kenapa kempen bersifat seperti ini yang hendak digunakan oleh Pas dalam bulan yang mulia ini, dengan kempen-kempen jaht seperti inilah membuatkan BN tersembam sedangkan hakikatnya apa yang berlaku itu cumalah fitnah semata-mata.

Namun masyarakat sering terpengaruh dengan laporan fitnah seperti itu tanpa melihat kes yang dilaporkan itu dalam konteks yang lebih luas, media rasmi kerajaan pula tidak melihat isu yang dimainkan ini punyai kesan buruk kepada kerajaan, ini kerana apabila media terlalu dipihak kerajaan, kegagalan mereka menghayati watak individu berfikiran bebas, atas pagar atau penyokong pembangkang, menyebabkan isu tersebut dipandang remeh.

"Atas motif apakah Nik Aziz dilarang untuk bersolat dimasjid itu, takkan nak bersolat pun tak boleh ? eeee jahatnya kerajaan, orang nak solat pun tak bagi, kerajaan Islam apa macam ni, kesian kat Tok Guru, dahlah uzur, terpaksa Tok Guru cari masjid yang lain untuk menunaikan ibadat solat"

Sentimen fitnah meraih 'simpati' yang dimainkan oleh media Pas pada saat-saat akhir kempen pilihanraya sudah menjadi rutin, apapun sebagai umat Islam janganlah kita mudah terpengaruh dengan hasutan syaitan itu, kerana tidak mungkin kerajaan Islam BN yang ada hari ini melarang mana-mana umat Islam menunaikan solat atau mengimarahkan masjid tanpa sebarang sebab.
Buktinya sebagaimana gambar dibawah, jika dikatakan atas sentimen politik Nik Aziz dilarang untuk bersolat, kenapa Hj Hadi dibenarkan, jangankan bersolat, bersalam mesra selepas solat pun tak der yang kisah, ini menunjukkan ada yang tidak kena dengan laporan yang disiarkan oleh Harakah. Kalau Hj Hadi pun dilarang atau dilayan enteng oleh pihak pengurusan masjid, sudah pasti admin Facebook beliau kecoh bagaikan murai tercabut ekor. Selamat berbuka puasa. Anda Mampu Mengubahnya.