Menurut sumber dalaman Pas yang pro ulamak, tercalonnnya Che Long sebagai calon Pas PRK Kuala Besut adalah satu perancangan licik bekas Exco kerajaan negeri Kelantan, dan difahamkan Che Long merupakan proksi kepada bekas Exco tersebut. Memang diakui Che Long seorang yang lurus bendul, dek kerana lurus bendul itulah beliau dipergunakan oleh bekas Exco berkenaan bagi memperjalankan perniagaan milik bekas Exco itu yang berselindung disebalik nama Che Long.
Che Long yang tidak punyai kepakaran didalam memimpin dan mengurus sekali lagi dipergunakan untuk mewakili rakyat di Kuala Besut bagi meneruskan agenda bosnya seorang bekas Exco yang bercita-cita menjadi seorang Menteri Besar, namun usia muda Sultan menggelapkan masa depan bekas Exco itu dan mungkin ia juga sedar impiannya di Negeri Kelantan sukar untuk direalisasikan.
Bagaimanapun wang yang banyak yang selama ini dikumpulkan sehingga melahirkan kemurkaan Sultan langsung tidak membataskan bekas Exco itu mencari jalan dinegeri berhampiran. Dalam kesempatan yang ada itulah bekas Exco berkenaan meletakkan proksinya sebagai calon bagi meneruskan agendanya menawan kerusi Menteri Besar.
Kehebatan bekas Exco itu dibuktikan dengan peletakkan proksinya sebagai calon yang langsung tidak punyai kewibawaan mahupun kredibiliti sebagai seorang pemimpin, taraf pendidikkan tidaklah menjadi isu serius jikalau calon yang diletakkan itu punyai bakat kepimpinan, namun jangankan bakat kepimpinan, nak bercakap pun disifatkan 'kurang pandai' oleh rata-rata pemimpin Pas sendiri.
Biarpun ciri-ciri seorang pemimpin itu kurang ada kepada Che Long berbanding pemimpin Pas yang lain seperti bekas Adun Kuala Besut (1999), Datuk Nik Zawawi Salleh dan Yang Dipertua PAS Besut, Wan Azhar Wan Ahmad serta beberapa lagi nama besar yang jauh lebih layak dari Che Long, dan mereka turut disenaraikan bakal calon ternyata tidak mampu menandingi 'cabel' yang ada dibelakang Che long.
Permainan politik yang licik ini terbukti mampu untuk menaikkan seorang yang tidak berkelayakkan sekaligus menewaskan mereka yang jauh lebih layak, kerana itu politik memang sukar untuk dijangka, mungkin hanya Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang saja yang dilihat sudah dapat menghidu permainan ini.
Mampukah Che Long berentap dengan Hj Hadi ? Che Long mungkin tidak mampu, tapi orang dibelakang Che long mungkin mampu... Jika Che Long menang dalam PRK ini, kedudukan kerusi 16:16 sudah tidak lagi selesa untuk BN mentadbir negeri tersebut, tidak mustahil DUN akan dibubar dan piliharaya sekali lagi akan diadakan.
Kalau itu yang berlaku, andaikan keputusan pilihanraya berpihak kepada Pas termasuk kerusi yang kekal ditandingi oleh Che Long untuk mereka membentuk kerajaan, mungkinkah Che Long yang bakal dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu sebagaimana yang telah dirancangkan itu ? Dengan mendapat sokongan dari Adun yang telah direncanakan segalanya mungkin berlaku.
Dalam keadaan itu dapatkah dibayangkan bagaimana situasi kelam kabut dalam pentadbiran negeri ? Sibisu yang patuh kepada arahan bos dilantik menjadi Menteri Besar dan akan dipergunakan dengan semahu kemahuan bosnya. Mustahil ??? Tidak, dalam politik segalanya tidak mustahil untuk berlaku.
Tidak ada sebab untuk Che Long beria-ia sehingga merayu-rayu supaya rakyat memilih beliau sebagai wakil rakyat sedangkan kebolehan untuk layak menjadi seorang pemimpin tidak ada kepada beliau, belum lagi disebut pasal misi dan visi yang hendak Che Long bawa untuk rakyat Kuala Besut ? Tidak ada apa yang boleh menjadi inspirasi kepada Che Long untuk menjadi seorang wakil rakyat, jika dipilih sebagai wakil rakyat, duit elaun wakil rakyat pun Che Long wakafkan, jadi apa yang Che Long hendak dari jawatan sebagai wakil rakyat itu?
Apa yang istimewanya sebagai seorang wakil rakyat mengikut kacamata Islam ? Adakah dengan menjadi wakil rakyat barulah kita akan masuk syurga ? Melihat kepada jinaknya Che Long, ia tidak menampakkan sebarang kecintaan Che Long kepada kebendaan yang bersifat dunia, darisegi sifat pemurah atau hendak bantu rakyat, tak semestinya menjadi wakil rakyat itu sebagai syarat untuk menjadi seorang yang pemurah, sedangkan kegagalan Che Long bertutur dengan baik itu akan mendatangkan lagi masalah yang besar kepada rakyat.
Kesimpulannya, Che Long terlalu tidak layak untuk menjadi wakil rakyat, ramai lagi pemimpin Pas berstatus Ulamak yang layak, tapi kenapa ia dicalonkan ? Keterujaan Che Long untuk menjadi wakil rakyat itu menimbulkan banyak keraguan. Ia umpama seorang yang langsung tidak tahu memandu kereta, tapi tergesa-gesa meminta kunci kereta seolah-olah dia tahu memandu kereta dan mahu memandunya. Setelah dia mengambil kunci kereta apakah benar ia akan memandu kereta tersebut sedang pada masa sama dia tidak tahu memandu ? Jika benar dia memandu kereta tersebut, adakah pemanduannya itu akan selamat dalam keadaan dia sendiri tidak tahu memandu ?
Begitu jugalah dengan Che Long yang sedang hangat diperkatakan sebagai salah seorang proksi yang memperjalankan perniagaan bekas Exco, dan selepas itu ditabal menjadi calon, kemudiannya jika sebagaimana yang dirancang rapi sebelum ini beliau akan diangkat pula untuk menjadi Menteri Besar boneka kepada seorang bekas Exco. Disitu bermulalah kehancuran untuk sebuah negeri. Anda Mampu Mengubahnya.
Sehari dua ni dilaporkan Che Long sukar ditemui, khabar angin mengatakan Che Long disembunyikan untuk mengelakkan dari bercakap, khabar angin yang lain pula mengatakan Che Long sedang menjalani kursus belajar bercakap...