Showing posts with label umno. Show all posts
Showing posts with label umno. Show all posts

Video - @Khairykj Pemimpin Hebat Berucap Tak Mesti Berdegar Lihat Kehebatan @MuhyiddinYassin !

Ramai yang begitu teruja mendengar ucapan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin didalam Perhimpunan Agung Umno biarpun ucapan beliau tidak ada 'tune' yang berdegar-degar yang mengharapkan tepukkan dan sorakkan dari perwakilan.

Saya juga tidak terkecuali dengan keterujaan itu, cuma mungkin keterujaan saya ada sedikit berbeza dengan anda, jika anda teruja dengan isi ucapannya, saya pula lebih teruja dengan cara beliau menyampaikan ucapan.

Bagi saya jika seseorang pemimpin itu mampu menyampaikan ucapan tanpa melihat kepada teks ucapan, pemimpin itu adalah pemimpin sejati yang benar-benar maklum, arif atau faham dengan apa yang beliau ucapkan. (benar-benar merasai denyut nadi rakyat)

Jarang sekali dapat kita lihat pemimpin berucap tanpa melihat kepada teks ucapan yang kita sendiri tidak tahu samada teks ucapan itu berdasarkan matlamat perjuangan atau hanya teks ucapan yang ditulis oleh orang lain.

Jika ucapan tanpa melihat kepada teks mampu disampaikan, adalah sudah pasti isi ucapannya itu tulus datang dari pemimpin itu sendiri dan pemimpin itu memang sedang berkira-kira dalam proses tindakkan, penyelesaian atau perlaksanaan.

Sungguhpun begitu, bukanlah bermaksud pemimpin yang menyampaikan ucapan dengan membaca teks itu tidak bagus, cuma ia mungkin kurang bagus dan berisiko untuk dianggap ucapan kosong 'pokko' yang sekadar memenuhi acara program dan langsung tidak kena mengena dengan matlamat perjuangannya.

Oleh sebab itu jugalah dapat kita lihat sikap pemimpin yang sering berubah dan tidak ada prinsip, adakalanya berimej liberal dan secara 'auto' berubah menjadi jaguh kaum pada satu-satu masa. Pemimpin seperti ini tidak boleh pakai sama sekali, kerana perjuangan pemimpin ini hanya untuk kepentingan diri sendiri yang ingin mencapai matlamatnya semata-mata.

Berbalik kepada ucapan TS Muhyiddin selama 22 minit (rujuk video dibawah), kesimpulannya selain misi, matlamat, angka, nama, judul yang mampu beliau sebut tanpa merujuk teks, terbuktilah bahawa beliau bukannya pemimpin yang menjadikan parti sebagai platform untuk kepentingan peribadi, sebaliknya beliau memang menghayati setiap permasalahan rakyat serta hal berkaitan negara atau dengan kata lain beliau adalah ahlinya.

Adapun jika bukan ahlinya, atau beliau adalah kontraktor, beliau tidak akan mampu untuk memberi ucapan seperti itu melainkan hanya mampu berucap hal yang berkait dengan selok-belok kontraktor sahaja. Syabas dan tahniah UMNO masih punyai pemimpin yang sebenarnya pemimpin. Anda Mampu Mengubahnya.

Ucapan penuh TS Muhyiddin rujuk http://yuseriyusoff.blogspot.com/2014/11/pau2014-teks-penuh-ucapan-ts-muhyiddin.html
  

VIDEO - #PRK PengkalanKubor Antara Memilih Pemimpin Cerdik Dan Bodo Apa Bezanya ?

Rakyat khasnya pengundi di Pengkalan Kubor seharusnya memilih pemimpin yang cerdik atau sekurang-kurangnya pemimpin yang berada dalam kerajaan cerdik yang tidak bercakaran sesama sendiri.

Maksud cerdik disini adalah cerdik yang boleh membawa keuntungan atau keselesaan kepada keseluruhan rakyat bukannya cerdik yang membawa untung pada diri pemimpin itu sendiri.

Contohnya dapat kita lihat didalam persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan pada bulan Mac lalu dimana pemimpin yang tidak cerdik hanya sering membangkitkan perkara-perkara remeh yang tidak bermanfaat kepada rakyat.

Antaranya membangkitkan isu gantung gambar MB di sekolah dan pejabat, apa dia fikir rakyat kenyang dengan menggantung gambar ?

Seperti juga isu pakai serban atau kopiah yang dibangkitkan oleh Adun Pas dalam ceramah di PRK pengkalan Kubor, isu-isu remeh berotak jumud dan kolot seperti ini sepatutnya tidak wujud dalam kepala otak pemimpin era ini.

Ini kerana banyak lagi isu yang lebih besar dan lebih WAJIB untuk dibincangkan, masalah pengangguran atau kurangnya peluang pekerjaan, masalah kemudahan asas atau infrastruktur,  masalah penagihan dadah pil kuda yang semakin kronik, lumba haram, nafsu biawak dsbnya, masalah ini jauh lebih utama untuk diperbahaskan.

Namun pemimpin kurang cerdik lebih berminat untuk membincangkan isu-isu remeh yang pada akhirnya  menjadikan hidup rakyat tetap ditakuk lama, 'kecep jah sedap tapi takdop begapo sekaro' yang berbeza cumalah kehidupan pemimpin, daripada berkereta kancil bertukar kepada Mercedes, daripada beristeri satu bertambah kepada dua, tiga dan adakalanya bersilih ganti.

Dengan itu pengundi atau rakyat perlu berfikir apakah pemimpin atau parti yang akan diundi itu akan membawa perubahan yang lebih baik kepada rakyat atau sebaliknya. 

Soal pakai serban ko dop, gantung gambar ko dop tu kito wat kiro lepas selesai dulu masalah-masalah besar sebagaimana yang tersebut. Anda Mampu Mengubahnya.

 

Antara hasil yang telah terbukti dari memilih pemimpin cerdik:

Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
Kos Projek - 67.0 Juta
Lokasi - Tujoh
Tarikh Mula - 25 September 2006
Tarikh Siap - 26 Ogos 2009
Impak Projek - Bil.Pelajar 778 Orang
- Bil.Guru 59 Orang
- Bil.Bukan Guru 31 Orang
- Bil.Kelas 28

Jalan Kesban Pengkalan Kubor.
Kos Projek - 58.6 Juta
Lokasi - Pengkalan Kubor
Tarikh Mula - 12 September 2004
Tarikh Siap - 10 Mac 2007

Pengkalan Kastam Pengkalan Kubor.

Kos Projek - 12.3 Juta
Lokasi - Pengkalan Kubor
Tarikh Mula - 1 April 2006
Tarikh Siap - 15 Ogos 2010
Impak Projek - Pungutan Cukai Jan-Sep 2014
Rm 1571,597.63

Pusat Pengumpulan, Pemprosesan & Pembungkusan (CPPC) Produk Berasaskan Ikan.
Kos Projek - 5.06 Juta
Lokasi - Pengkalan Kubor
Tarikh Mula - 15 September 2011
Tarikh Siap - 29 November 2012
Impak Projek. - Membantu memperkembangkan dan meningkatkan lagi mutu kerja para nelayan.

Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Tumpat.

Kos Projek - 3.0 Juta
Lokasi - Pengkalan Kubor
Tarikh Mula - 1 Januari 2006
Tarikh Siap - 27 Disember 2010
Impak Projek - Mengurangkan risiko kejadian banjir di jajahan Tumpat.

Masjid Kubang Sawa.
Kos Projek - 1.6 Juta
Lokasi - Kg Bendang Pak Yong
Tarikh Mula - 28 Januari 2010
Tarikh Siap - 31 Mac 2011
Impak Projek - Memberi keselesaan kepada jemaah utk beribadat.

Projek Penapis Air 1 Malaysia.

Kos Projek - 0.2 Juta
Tarikh Mula - 10 Ogos 2012
Tarikh Siap - 22 November 2012
Impak Projek - Memberi bekalan air bersih kpd 500 penduduk Kg Tualang & Kg Dedap

Ambo yakin pengundi di Pengkalan Kubor cerdik dan akan meneruskan kesinambungan kecerdikannya.

Awang Adek Makin Lantang, Bangkit Beri Amaran Pada Kerajaan Supaya Bantu Kaum Bumiputra

Selepas Pilihanraya Umum 13, Pemilihan Umno serta Perhimpunan Agung Umno, penilaian dari seluruh aspek sebenarnya tidak banyak yang berubah, ungkapan 'Transformasi' dan pemerkasaan ekonomi bumiputra hanyalah sebagai penyedap yang bersifat retorik semata-mata.

Ketika menyedari tsunami cina berlaku, rata-rata pemimpin Melayu Umno mula berniat untuk lebih mementingkan Melayu dan Bumiputra sebagai balasan kepada kesetiaan orang Melayu.

Niat yang baik itu diterima dan tidak dipandang serong oleh orang Melayu kerana menyangka pemimpin Umno benar-benar sudah sedar dan ingin berubah, tapi sayang, bulan berganti bulan dan tahun hampir berganti, Melayu dan bumiputra masih ternanti-nanti...

Biarpun pemerkasaan ekonomi bumiputra diumum, bahangnya tidak pula dirasai malah jauh sekali untuk dibandingkan dengan bahang minyak yang dikurangkan subsidi. Ya, memang benar harga minyak tak naik cuma dikurangkan subsidi, harga gula pun tak naik cuma dimansuhkan subsidi, terbaru tarif elektrik juga tak naik cuma tarifnya diperbaharui.

Namun sudah menjadi lumrah buat seorang yang bergelar insan bilamana tidak lagi miliki kuasa, ia akan berkata benar sekalipun pahit, tapi kebenaran kata-katanya itu akan bertambah retorik dalam keadaannya yang sudah tidak punyai kuasa lagi, menyesal bilamana nasi sudah menjadi bubur tidak berguna lagi, dan hal itu sangat bermakna jika mampu dihayati oleh pemimpin-pemimpin yang sedang miliki kuasa.

"Kejayaan pertumbuhan ekonomi adalah penting, mencapai status negara maju berpendapatan tinggi juga adalah penting, kejayaan Malaysia diantara yang terbaik adalah penting".

"Tetapi memperkasa agenda Bumiputera adalah yang paling penting, ini kerana pertama, Umno adalah parti orang Melayu dan Bumiputera. Maka sewajaranya soal kedudukan dan pencapaian ekonomi orang melayu bumiputera diberi keutamaan" Kata Bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin dalam perhimpunan agung parti itu baru-baru ini.

Beliau menambah, orang Melayu dan Bumiputera yang merupakan kumpulan penduduk terbesar di negara dimana hampir 70% dari jumlah penduduk telah memberikan sokongan kuat dalam pilihan raya umum lalu maka sewajarnya jasa mereka dibalas dan kedudukan ekonomi mereka dibela.

"Jadi adalah tragik bahkan satu kezaliman sekiranya kumpulan pribumi yang besar majoriti ini tersisih dari penguasaan ekonomi negara yang sepatutnya menjadi hak milik mereka. Apatah lagi sekiranya masih ramai diantara mereka ini susah dan miskin pada masa negara melakar sejarah menjadi negara maju."jelasnya lagi.

Pada masa sama, Awang Adek turut mengingatkan Umno untuk membela dan memperkasakan agenda ekonomi Bumiputera sementara masih lagi mempunyai peluang dan kuasa untuk berbuat demikian.

“Disaat yang mencabar ini dengan tekanan globalisasi ekonomi dunia agenda pengusaan pasaran oleh negara besar disamping persaingan sengit dari pelbagai sudut untuk menguasai pasaran tenpatan, survival ekonomi Melayu dan Bumipuetra kini benar-benar teruji.

“Jika tak ditangani dengan baik, jika survival ekonomi tak dapat dipertahankan dalam beberapa tahun akan datang, pada masa akan datang ianya boleh melarat ke survival politik Bumiputera. Sekiranya orang Melayu Bumiputera kecewa dan hampa dengan kedudukan dan pencapaian ekonomi mereka tak mustahil mereka akan tolak Umno satu masa nanti.

"Masa tu nasi sudah menjadi bubur, lautan air mata pun tiada gunanya lagi. Masa itu kita sudah tidak berpeluang lagi dan kehilangan kuasa untuk memperkasa agenda ekonomi bumiputra. Peluang yang masih ada kini janganlah sesekali disia-siakan," tegas beliau lagi.

Pesanan yang punyai makna yang dalam itu harus disedari oleh pemimpin Umno yang ada pada hari ini, kalaulah semangat membantu bumiputra itu wujud disaat memegang jawatan seperti Timbalan Menteri Kewangan, hari ini kita sudah mampu melihat penguasaan ekonomi bumiputra menjadi realiti.

Tapi sayang semangat itu hadir dikala usia politik makin berakhir, oleh itu hanya nasihat dan kata-kata sajalah yang mampu disumbangkan, maka kata berganti kata itulah yang akan terus setia bersama-sama dengan perjuangan politik orang Melayu dinegara ini.

Kesimpulan dari itu, dapat dilihat dimana kebanyakkan pemimpin Melayu hanya akan beridea bernas dan bersungguh-sungguh untuk membantu bangsa setelah tidak punyai kuasa, sebaliknya jika masih berkuasa sama sekampung pun payah nak dibantunya, malah bersikap angkuh dan suka menyalahkan bangsanya kerana dikatakan malas berusaha sendiri, tidak punyai merit dsbnya. (Bukan Awang Adek, pemimpin lain kot) Untuk itu orang Melayu harus sedar nasib yang menimpa bangsa dan terimalah ia sebagai bangsa yang terkenal dengan sifat sabar, beradab, bertolak ansur ditengah-tengah Tsunami cina...... Anda Mampu Mengubahnya.

Ore Bachok tolok sapo ? Tolak BN ko tolak Umno ? Sajo wat bodo nok tanyo !!! Sat dimurih !!!

@NajibRazak Dengar @Khairykj Jawab Betul Ke Habis RM7.2 Billion Bayar Blogger ?

Penyakit bo#@$ kronik lagi kritikal salah seorang Exco Pergerakkan Pemuda Umno, Ibdillah Ishak yang baru dilantik menjadi Pengerusi Biro Media Baru (BMB) jelas diserlahkan menerusi satu kenyataan yang dibuat sebagaimana yang didedahkan oleh rakan-rakan blogger disini, sini, sini, sini, sinisini, sini dan sini serta ramai lagi yang difahamkan sedang OTW.

"Kita rasa satu kesilapan kerana membayar blogger, kalau tak dibayar mereka akan hentam kita pula. Sekarang BMB akan cari sukarelawan yang sanggup berkhidmat pada parti secara sukarelawan tetapi mereka tiada platform.

Melihat kepada kenyatan beliau itu, rasanya kalau nak sumpah, habis nama binatang dalam bukit akan keluar, jadi tak payahlah..., cuma kita nak tanya jer apa masalah 'bedil' ni ? Belum apa-apa lagi dah meroyan menyalahkan pengurusan media Umno sebelum ini yang dikatakan silap kerana membayar blogger. Agaknya 'silap' tu dah berapa banyak duit Umno yang habis dibayar kepada blogger Melayu ni, dah mencecah RM7.2 BILLION ke ?

Dah tu yang duk kalut melalut berkira tu apa ke jadahnya ? Dah takder kerja lain nak buat ? Kalau awal-awal lagi dah buat statement bengong macam tu, eloklah jika dipertimbangkan semula perlantikkan beliau sebagai Pengerusi BMB supaya kesan buruk kepada Umno dalam menghadapi PRU14 dapat diminimumkan.

Kita rasa satu kesilapan kerana membayar blogger 
Sebagai Pengerusi BMB parti Melayu Umno, seharusnya beliau lebih prihatin kepada pengamal media baru seterusnya merencanakan satu alternatif pelan yang boleh memberi manfaat seimbang antara parti dan juga pengamal media baru memandangkan kedua-duanya itu juga adalah Melayu.

Mengatakan membayar blogger adalah satu kesilapan ianya seolah-olah langsung tidak menghargai sumbangan blogger, tahukah beliau akan situasi politik hari ini yang banyak dipengaruhi oleh maklumat tanpa sempadan ? Pernahkah beliau bayangkan bagaimana situasi Umno dalam menghadapi PRU13 lalu tanpa kewujudan pejuang-pejuang maya ini ? Adakah beliau membuat kenyataan itu berdasarkan fakta dan kajian sebelum mengesahkan sepertinya pelaburan yang tidak berbaloi ?

Kalau tak dibayar mereka akan hentam kita pula
Dah tu, bayarlah kalau tak nak dihentam!...., Sebenarnya siapa yang hentam dan kepada siapa kenyataan itu hendak ditujukan ? Benarkah ia begitu ? Kalau ia berlaku hanya kepada 2, 3 orang blogger, usahlah diperbesarkan seolah-olah semua blogger pro Umno ni bersikap seperti itu.

Kalau betul dihentam, apa yang dihentam itu ? benar atau fitnah ? Kalau benar terimalah..., kalau fitnah samanlah...Apa masalahnya ? 'Hentam' itu perlu dilihat dalam pelbagai sudut, jangan nak jadikan kami ni blogger penjilat bontot, bayar atau tidak itu bukan isunya, walau dibayar sekalipun tapi jika perbuatan dan tindakkan pemimpin itu melampaui batas takkan kami nak jilat semua ? Yang patut ditegur wajib ditegur demi kebaikkan semua. Lagipun PM pun kata tak salah setakat menjentik...

Kami blogger tidak ingin bersekongkol dengan sebarang kemungkaran melampau yang dilakukan oleh pemimpin, kami takkan mengkhianati kepercayaan rakyat pada kami. Bayaran yang didakwa diberikan kepada kami itu kami anggap ia sebagai saguhati diatas kemesraan kami dengan UmnoBN.  Jika lepas ni tak mahu bayar atau bagi saguhati...Ok kami tak kisah, jangan buat kami ni macam pelahap sangat dimata rakyat, dan begitu juga kalau kami 'hentam' selepas ini, jangan pula dianggap 'hentam' itu sebab kami tidak dibayar, kerana itu memang kerja kami yang ikhlas berjuang demi agama bangsa dan negara, mengerti !!!

Sekarang BMB akan cari sukarelawan yang sanggup berkhidmat pada parti secara sukarelawan tetapi mereka tiada platform
Apa maksud sukarelawan ? Kami rasa kamilah sukarelawan, sebab kami takder makan gaji tetap dengan parti atau kerajaan. Sukarelawan tapi mereka tiada platform ? platform LRT ke monorail ? Platform apa yang ada tersedia pada BMB ? Pasal istilah platform dan sukarelawan ni saja kalau nak ulas memang panjang, kalau nak panjangkan lagi, lagilah panjang....

Kesimpulannya, Red Bean Army, pasukan khas tentera cyber yang diwujudkan oleh pembangkang, jika sukarelawan yang dimaksudkan itu bersifat separuh masa dan tidak dibayar, tolong bayangkan sekejap insiden di Lahad Datu tempoh hari kerajaan hantar Askar Wataniah dan RELA untuk menghadapi Tentera Sulu, macammana agaknya ?.

Begitu juga apabila mengambil kira faktor situasi politik semasa, sepatutnya yang sukarelawan tu sukarelawanlah, tapi yang tetap dan khas itu wajib perlu ada dan diperkasakan, takkan sukarelawan nak jadi pasukan khas sepenuh masa tanpa dibayar? Rasanya takder lagi sukarelawan yang bengong tanpa dibayar nak bekerja sepenuh masa, sebab sukarelawan pun nak makan, ada anak isteri, nak bayar bil itu dan ini, ke kalau jadi sukarelawan Umno ni boleh ambil beras kat kedai runcit tanpa perlu membayar ?

Oleh yang demikian, Ibdillah perlu berfikir menggunakan otak yang berakal jangan menggunakan lutut yang tidak berair, fahami apa tujuan KJ lantik anda jadi Pengerusi BMB, untuk perkasakan media baru Umno atau untuk mengjahanamkan kesatuan kami blogger brotherhood ? Jangan sampai kami bandingkan pencapaian dan keintelektualan anda dengan Pengerusi UMB sebelum ni, kerana kami tak fikir anda lebih baik atau se-agresif pencapaian beliau, dan hal itu hanya akan memalukan dan mencemar imej anda sendiri sebagai Pengerusi BMB. Anda Mampu Mengubahnya.

Video - Rompakkan Terbaru Di Petronas Melibatkan Kerugian Puluhan Billion!

Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli dalam satu ucapan ceramah di Ampang semalam meminta rakyat dinegara ini tanpa mengira usia supaya membuka akaun media sosial untuk membantu Pakatan Rakyat menyebarkan salah laku yang didakwanya dilakukan oleh pemimpin Barisan Nasional.

Rafizi juga memberitahu dalam dua minggu lagi akan mendedahkan bagaimana UmnoBN merompak berpuluh billion duit Petronas dan dibawa keluar negara. (Rujuk video) Samada isu berkenaan fitnah atau sebaliknya, UmnoBN perlu bersedia untuk menjawab sekaligus menangani isu berkenaan dalam kesesuaian keadaan perkembangan maklumat dunia tanpa sempadan.

Dalam kerancakkan pepimpin muda parti pembangkang meneruskan perjuangan mereka untuk mengambil alih pentadbiran Putrajaya, pemimpin muda UmnoBN pula belum lagi menampakkan perjuangan mereka untuk mempertahankan kerajaan sebaliknya masih duk kalut dengan pemilihan semula merebut jawatan didalam parti. Nak kalut pun kalutlah, tapi kalut tu biarlah kelayakkannya berbaloi dan boleh bawa untung kepada parti....

Kerana apa yang dilihat dalam pimpinan pemuda Umno khasnya diperingkat negeri ia tidak berfungsi sebagaimana ia berfungsi ketika mendapatkan jawatan yang sedang disandang, kalau pun nampak berfungsi, kefungsiannya kurang sesuai dan tidak punyai intelektual sekaligus menyalahi kehendak orang muda masakini.

Antaranya boleh dilihat didalam Facebook, dimana gambar-gambar aktiviti pemimpin pemuda yang dimuatnaik contohnya menunjukkan Ketua Pemuda Umno bahagian sedang pegang betis orang sakit, tengok air banjir, makan-makan, main 'dam' dan 'carom' dikedai kopi, sedang berborak sesama sendiri dsbnya.

Pada pandangan generasi muda, aktiviti sebegitu secara berterusan sangat tidak sesuai, wakil rakyat atau Ketua bahagian bolehlah.., mereka lebih sesuai untuk menjuarai rakyat yang memerlukan sentuhan sedemikian, tapi bagi seorang Ketua Pemuda Umno bahagian, tak perlulah, kalau semua ketua bahagian dan ketua pemuda nak jadi doktor duk pegang betis, habis tugas-tugas lain siapa nak buat ? Kalau tak tahu tugas apa yang nak buat, bukalah balik dasar dasn tujuan penubuhan Umno itu sendiri.

Seorang Ketua Pemuda parti perlu ada idea, karisma dan ketokohan untuk menjadi seorang pemimpin, kalau seseorang itu jadi pemimpin atas dasar dia ada duit beli jawatan untuk nak buat duit, makanya Umno pasti akan berdepan dengan kesukaran dalam usaha mempertahankan kemenangan pada PRU 14 nanti.

Dalam memperkasakan parti dan menarik sokongan pengundi muda, selain perancangan yang dibuat oleh sayap pemuda parti diperingkat pusat, diperingkat bahagian juga perlu ada insentif sendiri dan tidak hanya kaku menantikan projek semata-mata, apapun anda perhatikanlah sendiri, Ketua Pemuda dibahagian anda sedang buat apa ? Apa idea yang disumbangkan kearah mencapai matlamat parti ? Berfungsikah Ketua Pemuda dibahagian anda ? Anda Mampu Mengubahnya.

Mangkuk-Jebauk Marah Betul Sampai Terbalikkan Lambang Umno Ni

Pejuang Umno perlu ada disiplin dan tahu menghayati roh perjuangan parti yang sebenarnya, namun 'pencari makan' dalam Umno tidak semestinya perlu tahu semua itu kerana perjuangan mereka bukan bermatlamat untuk mengangkat parti sebaliknya mengutip ufti walaupun dengan menterbalikkan parti.

Kita tidak fikir nurani seorang pejuang sanggup menterbalikkan lambang kepada perjuangan agama, bangsa dan tanahair !!! Tindakkan itu terlalu biadap !!! Langsung tidak menghormati  sensitiviti jutaan ahli yang bernaung dibawah parti keramat itu.

Pemimpin datang dan pergi, tapi parti tetap dulu, kini dan selamanya, oleh demikian, bila timbul sesuatu isu, adakah wajar mereka yang mengaku pejuang Umno menyerang dan menterbalikkan lambang Umno seolah-olah memperlihatkan kepada umum dimana Umno tidak lagi relevan, terlalu rosak serta mengiyakan 1001 persepsi negatif yang lain.

Sedangkan yang menjadi permasalahan atau timbul rasa tidak puas hati adalah kepada pemimpin didalam parti bukannya parti, seranglah pemimpin dengan hujah, kenapa menyerang parti ?, menyerang parti seolah-olah semua yang ada didalam parti itu buruk sebagaimana gambaran buruk yang diberikan, dengan itu apa kita fikir rakyat atau golongan muda yang baru hendak mengambil tahu perkembangan politik akan tertarik dengan parti yang dikutuk oleh pejuangnya sendiri ?

Inilah yang payahnya bila pejuang mangkuk-jebauk ni naik toncang kemaruk 'budu', habis semua tembok dia nak langgar, lebih pada 'gangster', asal tak puas hati je 'lerat mejo', tapi habuk pun tarak, tak reti nak guna pendekatan yang baik dan menguntungkan semua, alih-alih yang tak berguna tu jugaklah yang terkial-kial berhempas pulas berguna sepanjang masa walaupun tak terguna seketika, mujur tak gila....

Apapun, dalam hidup ni masalah tetap berlaku tidak semesti dalam politik, jadi kalau hanya dengan satu sahaja masalah yang masih lagi punya ruang rayuan, meroyannya sudah sampai tergamak menterbalikkan lambang kemegahan ahli Umno, apa sebenarnya yang nak diperjuangkan ? Atau sekadar mengampu ? Perlukah membela sehingga menterbalikkan lambang Umno? Atau sudah jadi amalan cari makan terbalikkan apa sahaja tak kira kawan mahupun perjuangan ?.... Anda Mampu Mengubahnya.

Apa Keistimewaan Ahli Umno ? Pemegang Kad Keahlian Bakal Terima 'Durian Musang' King Runtuh ?

Apakah beza antara ahli Umno dan bukan ahli Umno ? Sebagai contoh, jika anda memegang kad keahlian mana-mana pasaraya, anda pasti akan mendapat faedah khas seperti diskaun keatas pembelian sesuatu barangan dimana ia berbeza dengan mereka  yang bukan ahli.

Namun, aneh sedikit apabila anda menjadi Ahli Umno, ini kerana anda tidak akan punyai apa-apa keistimewaan biarpun anda mempunyai kad keahliannya, tiada apa yang boleh dibanggakan selaku ahli kepada parti yang berjaya membentuk kerajaan dinegara ini.

Hakikat itu hendaklah disedari oleh ahli Umno sempena pemilihan parti yang akan diadakan tidak lama lagi, berpuluh tahun menjadi ahli kepada parti yang memerintah sehingga pemimpin atasan bersilih ganti, berlalu pergi membawa isi, tapi ahli bawahan cuma mampu menggigit jari....

Sepatutnya selaku penyokong parti yang bertanggungjawab dalam mengangkat kerajaan Umno-BN untuk kekal memerintah, adalah sangat wajar kiranya ia diberi keistimewaan diatas sesuatu perkara yang berbeza daripada rakyat kebiasaannya, ini supaya mereka dapat berbangga dan terus setia menyokong BN sekaligus dapat menarik lebih ramai lagi masyarakat untuk menyokong BN.

Pimpinan tertinggi Umno hendaklah peka akan hal demikian dan sudah tiba masanya untuk ia dipertimbangkan, keikhlasan yang ada kepada ahli Umno itu perlu setara dengan keikhlasan yang ada pada pemimpin Umno, jika keikhlasan pemimpin Umno itu turut menerima projek atau tender, kenapa keikhlasan ahli Umno tidak punyai apa-apa kelebihan atau keistimewaan seperti pemimpin mereka.

Jika ahli Umno mendapat BR1M, penyokong Pas atau rakyat kebiasaan juga mendapat BR1M,  jumlah yang dapat pun sama-sama RM500, tiada apa-apa beza, malah ahli Umno juga perlu beratur seperti ahli Pas bagi mendapatkan wang bantuan tersebut. Adakah ianya adil buat ahli Umno yang menyokong untuk mengangkat kerajaan yang ada pada hari ini ?

Demi masa depan seluruh ahli Umno, bertindaklah sekarang selagimana anda punyai suara yang masih laku untuk digadai, kerana anda juga bakal menjadi veteran, pilihlah pemimpin yang anda yakin ia akan mempedulikan nasib anda sewaktu anda benar-benar memerlukan, ujilah pemimpin yang bakal anda angkat itu supaya kelak anda tidak pernah akan rasa menyesal.

Sebagaimana yang berlaku kepada bekas Setiausaha Umno Bahagian Pengkalan Chepa yang juga merupakan usahawan ikan linang yang tersohor satu masa dahulu, Hj Syukri ikan linang bukanlah satu nama asing bagi warga tempatan, berpuluh tahun beliau berjuang didalam Umno, namun setelah beliau tidak lagi aktif didalam politik disamping keuzurannya, beliau terus tersisih tanpa mendapat pembelaan seolah-olah perjuangan beliau didalam Umno selama ini langsung tidak dihargai.

Bayangkanlah, dengan keterbatasan sumber kewangan, beliau melalui satu kehidupan yang tidak setara dengan segala pengorbanannya terhadap parti kerajaan yang memerintah hari ini, maksud setara itu bukanlah mengharap wang berjuta atau berlapis projek dan tender, namun takkanlah untuk mendapatkan kad Orang Kurang Upaya (OKU) beliau terpaksa menunggu berbulan-bulan pun masih tak dapat.

Dimana keistimewaan beliau selaku ahli dan bekas pemimpin bawahan parti yang sedang menguasai kerajaan ini ? Dimana tanggungjawab pemimpin bahagian dikawasan beliau ini ? Apakah nasib beliau dan sewaktu dengannya itu disebabkan kerana ahli Umno sendiri yang tersilap memilih pemimpin ? Kerana dikhabarkan pemimpin bahagian kawasan berkenaan telah pun digantung selama dua tahun kerana didakwa menyeleweng wang peruntukkan PRU13 yang lalu ?

Apapun itulah realitinya yang berlaku hari ini, bergegar berjuang membela kepentingan orang Melayu, tapi pada masa sama nasib ahli parti sendiri pun masih tetap tidak terbela, justeru pilihlah pemimpin yang berwibawa, selidiki dahulu kelayakkan calon pemimpin, terutamanya calon Ketua Pemuda, samada calon itu 'ori' berlatarbelakangkan ketokohan kepimpinan atau hanya calon lompat tikam tunggu projek nak terkam... - Bersambung... Anda Mampu Mengubahnya...
Ramai juga ahli Umno tapi tak daftar sebagai pemilih, kenapa dan mengapa ???

Tun M: Masuk Umno Kerana Mahu Kaya, Beri Peluang Kepada Orang Muda Bersihkan Umno

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa supaya Umno dibersihkan menjelang pemilihan parti nanti kerana ramai yang memasuki parti tersebut semata-mata mahu menjadi kaya. Beliau juga turut meminta supaya pemimpin baru dan muda diberikan peluang kerana hanya dengan langkah tersebut Umno akan dibersihkan.

"Bahkan pemimpin Umno di semua peringkat dianggap menyertai Umno bukan kerana bangsa, agama dan negara tetapi ingin memperkayakan diri.

"Hanya dengan memberi kepimpinan Umno kepada orang muda dan belum tercemar barulah pembersihan Umno boleh menjadi kenyataan dan diterima oleh masyarakat," kata Dr Mahathir yang dipetik dalam satu wawancara akhbar Mingguan Malaysia hari ini.

Dalam wawancara itu lagi, Dr Mahathir turut membidas golongan muda zaman ini yang dilihatnya terlalu mengagumi barat serta corak politik liberal barat tetapi pada masa sama masih bergantung kepada bantuan kerajaan.

"Kita dapati ada di antara mereka, termasuk yang terpelajar, yang berpendapat perjuangan Umno untuk bangsa, agama dan negara tidak lagi relevan. Mereka berpendapat perjuangan untuk bangsa Melayu adalah lapuk dan ketinggalan zaman.

"Yang anehnya ialah mereka sendiri berjaya kerana menikmati dasar kerajaan untuk menolong mereka," kata beliau lagi.

Walaupun golongan muda dilihat penting demi masa depan Umno, Dr Mahathir berkata parti tersebut masih perlu berhati-hati dengan golongan terpelajar yang berpandangan politik liberal kerana bimbang ia akan memesongkan matlamat parti utama kaum Melayu tersebut.

"Kalau mereka ini menyertai Umno, besar kemungkinan Umno akan bertukar menjadi parti yang tidak lagi berjuang untuk bangsa, agama dan negara, tetapi parti liberal ala barat.

"Mereka perlu diberi kursus politik Melayu dan perjuangan Umno mesti diadakan. Walaubagaimanapun, kemasukan mereka adalah penting jika Umno ingin membersihkan imej mereka," ujarnya lagi.

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh Tun M tak kata

Video - Tajuddin Gila Seks, Keluar Air Dalam Parlimen, Boleh Juga Jadi Pemimpin UMNO ?

Inikah taraf percakapan seorang pemimpin parti yang dikatakan memperjuangkan agama, bangsa dan negaa ? 'UMNO' ? Didalam dewan yang mulia yang sepatutnya digunakan bagi membahaskan perkara yang melibatkan kepentingan umum ternyata disalahgunakan untuk melepaskan klimaks porno yang sedang bermain didalam kepala otak MP Pasir Salak ini.

Andai rakyat mengetahui beginilah sikap pemimpin Umno, adakah rakyat akan terus memberi kepercayaan kepada Umno sebagai sebuah parti yang memperjuangkan agama, bangsa dan negara?, sedangkan pemikiran anak-anak muda hari ini jauh terkedepan dan mempunyai pilihan yang dilihat lebih condong kepada pembangkang.

Ketika mana pembangkang begitu agresif dengan pimpinan muda mereka, Umno terus dihuni oleh pemimpin 'puaka' seperti ini. Penapis 'transformasi' nampaknya turut gagal sehingga dapat dibolosi oleh sekerat dua pemimpin spesis 'puaka' tersebut.

Tidak cukup dengan kekolotan 24 jam berfikiran 'seks',  Tajuddin juga turut dikenali dengan gensterism 'taik kucing' kerana hanya berani terhadap sesama ahli Umno dan juga wartawan, namun bila berdepan dengan pemimpin pembangkang, Tajuddin umpama anjing-anjing kurap yang menyalak bukit.
Dalam parlimen berbahas bagai nak 'rak', bila keluar parlimen dibelainya Salehuddin Ayub sampai tersenyum 'stim', spesis Pak Anu jugak ker ni ?
Kalau Tajuddin berani menampar sesama ahli Umno, kenapa tidak ditamparnya pemimpin-pemimpin pembangkang semasa beliau bertekak didalam parlimen ? Sudah pastilah ada sebabnya dan ada rahsianya...Mengenai kisah Ahli Umno yang ditampar sila rujuk diSINI

Bagaimanapun dek kerana terlalu banyak masalah moral yang melibatkan Tajuddin ini, pendedahan bersiri mengenainya akan menyusul dari masa ke semasa, ia bertujuan untuk memberi kesedaran kepada ahli Umno yang bakal menentukan masa depan dan halatuju Umno bersama-sama Tokoh Transformasi negara, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya ianya tidak tersalah pilih. Anda Mampu Mengubahnya. - Bersambung

Cakap merapu porno macam ni pun boleh jadi pemimpin UMNO....Nasib....

Najib: Umno Mesti Berubah, Tapi Tugas Amat Besar Melibatkan Emosi... Ah Jib Gor Tak Yakin Ke ?

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui bahawa Umno perlu melakukan perubahan, namun menurut beliau, usaha itu adalah satu "tugas amat besar" yang melibatkan emosi para individu dalam parti tersebut.

Katanya, kesabaran amat diperlukan jika parti tersebut mahu melaksanakan perubahan kerana ia tidak akan hanya berlaku dalam semalaman. Umno sudah melakukan perubahan sebaik sahaja beliau mengambil alih dengan meminda perlembagaan bagi pemilihan pucuk pimpinannya yang mana ia bakal dilaksanakan semasa pemilihan parti pada 5 Oktober ini.

Buat kali pertamanya kira-kira 150,000 anggota Umno dijadualkan memilih pemimpin tertinggi parti itu. Ini berbanding dengan hanya 2,600 delegasi yang biasanya memilih pemimpin parti mereka pada masa-masa lalu.

Menurutnya, agenda perubahan tidak terletak pada dirinya seorang, tetapi ia bermula daripada legasi Tun Dr Mahathir Mohamad, dan juga Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Maka (kini) giliran saya melakukan transformasi, dan saya akan memberi sepenuh komitmen dan yakin akan mampu melaksanakan," kata beliau.

Umno mesti berubah, tapi perubahan itu tidak sebagaimana mudahnya ia disebut, bukan setakat Presiden parti saja yang merasai kepayahan itu, bahkan seluruh rakyat Malaysia turut merasakannya.

Jika Umno benar-benar mahu berubah, daripada mana ianya ingin bermula ?, kerana bila bercakap mengenai perubahan dalam Umno, ia samalah seperti ayam dan telur, kerana bermulanya ayam daripada telur dan bermula juga telur daripada ayam, yang mana lebih dahulu ?

Namun ibarat pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya, begitu juga dengan perubahan didalam Umno, perubahan itu mestilah bermula diperingkat bawahan lagi, diperingkat atasan ia sememangnya sudah sukar untuk melenturnya.

Tapi jika diperingkat bawah, ia tidaklah sesusah mana jika benar-benar inginkan perubahan, pertaruhkan saja mereka yang berwibawa, pilih mereka yang berkelayakkan dan punyai ciri-ciri kepimpinan yang mampu membawa masa depan parti ke arah yang lebih baik daripada keadaan yang ada sekarang.

Kalau tidak dipilih pemimpin yang cacar marba, masakan Umno tidak disenangi oleh rakyat dan perlukan perubahan ? Siapa yang menyebabkan pemimpin cacar marba dapat naik bertenggek mengjahanamkan parti ? Bukankah ianya naik kerana dipilih ?

Adapun hendak melakukan perubahan diperingkat atasan, ianya bukanlah satu tindakan yang bijak selain hanya akan menghuru-harakan parti, sebagai contoh jika Najib dibaringkan, pengganti beliau belum tentu juga mampu untuk melakukan perubahan, lagipun Najib ni dah cukup baik dah, yang tak baiknya Ah Jib Gor jer.

Seterusnya faktor masa, keberadaan parti semasa beliau mengambil alih dan tekanan politik dari luar dan dalam yang dihadapi oleh Najib juga perlu diambil kira, dan dalam masa sesingkat itu yang diberikan kepada beliau, sangat tidak adil jika kita mengatakan beliau gagal membawa apa-apa kebaikkan kepada parti, malah....Sambung semula... Ko guano Tok Jib dih ? Anda Mampu Mengubahnya.

#PemilihanUMNO - Calon-Calon Berjiwa Projek Besar Tak Layak Bertanding, Sedang Dikenalpasti

Setiap calon yang bertanding pada pemilihan UMNO Oktober ini perlu mempunyai kriteria antara lain berjiwa besar dan mempunyai nilai integriti yang tinggi, kata Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir.

Beliau berkata ciri-ciri itu penting bagi memastikan pemimpin yang dipilih dapat membantu Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin terus memperkasakan parti.

"Seramai 150,000 ahli yang layak mengundi perlu memilih pemimpin yang betul-betul dapat terjemah hasrat dan cita-cita rakyat,"

Beliau mengulas kenyataan Najib semalam yang berharap proses pemilihan parti yang akan berlangsung tidak merosakkan atau menggugat Umno sebagai sebuah parti terkuat di negara ini.

Perdana Menteri berkata sebagai sebuah parti yang telah mengubah perlembagaannya, Umno kini menjadi lebih terbuka, demokratik dan inklusif sehingga ramai yang menawarkan diri untuk bertanding berebut jawatan dalam parti.

Justeru, untuk tidak menjadikan kenyataan pimpinan Umno itu sebagai retorik, maka hendaklah calon-calon yang akan bertanding itu nanti sedar diri akan kebolehan yang ada pada diri masing-masing.
 
Calon-calon yang berjiwa projek besar dinasihatkan memberi ruang kepada calon yang benar-benar layak atau berintegriti untuk memimpin parti, ia bagi kita melihat UmnoBN mampu berentap dengan asakan pembangkang yang semakin tersusun dan tidak mustahil boleh menumbangkan BN dalam PRU 14 nanti.

Tanpa calon-calon pemimpin yang berwibawa, Umno hanya akan menjadi bahan sejarah yang akan diabdikan dalam lipatan sejarah politik negara, kerana pasti sukar untuk sesebuah parti mempertahankan sebuah kerajaan jika parti itu terpimpin oleh pemimpin 'cacar marba' yang semata-mata ingin mencari projek sekaligus menghambakan orang yang berkhidmat kepada parti dengan segalanya percuma seperti..Klik DiSINI.

Misi serta visi seseorang calon yang akan bertanding itu perlu jelas dan tampil memperjelaskannya, ia juga perlu dilihat mampu untuk diterjemahkan supaya benar-benar dapat direalisasikan dan bukan sekadar penyedap bicara semata-mata.

Perubahan zaman dalam merintis dunia hari ini dengan akses maklumat dihujung jari, sudah tidak relevan lagi bagi pemimpin yang hanya mementingkan diri sendiri dan sukar untuk berkerjasama dalam perkara yang melibatkan kepentingan parti sebagaimana...Klik DiSINI. Anda Mampu Mengubahnya.

Sedang mengenalpasti calon-calon di Kelantan yang berjiwa projek besar untuk dikongsikan...

Peringatan Dan Akibat Daripada Perbuatan Menyonglap



يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لاَتَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil.........” (QS. An Nisaa’: 29)

Di samping itu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

لاَ يَحِلُّ مَالُ امْرِئٍ مُسْلِمٍ إِلاَّ بِطِيْبِ نَفْسٍ مِنْهُ
“Tidak halal mengambil harta seorang muslim kecuali dengan kerelaan dirinya.” (HR. Abu Dawud dan Daruquthni, dishahihkan oleh Syaikh al-Albani dalam Shahihul Jami’ no. 7662)

Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

لاَ يَزْنِي الزَّانِي حِينَ يَزْنِي وَهُوَ مُؤْمِنٌ، وَلاَ يَشْرَبُ الخَمْرَ حِينَ يَشْرَبُ وَهُوَ مُؤْمِنٌ، وَلاَ يَسْرِقُ حِينَ يَسْرِقُ وَهُوَ مُؤْمِنٌ، وَلاَ يَنْتَهِبُ نُهْبَةً، يَرْفَعُ النَّاسُ إِلَيْهِ فِيهَا أَبْصَارَهُمْ حِينَ يَنْتَهِبُهَا وَهُوَ مُؤْمِنٌ

"Tidaklah seseorang berzina dalam keadaan beriman, tidaklah seseorang meminum minuman keras ketika meminumnya dalam keadaan beriman, tidaklah seseorang melakukan pencurian dalam keadaan beriman dan tidaklah seseorang merampas sebuah barang rampasan di mana orang-orang melihatnya, ketika melakukannya dalam keadaan beriman." (HR. Bukhari dan Muslim)

Dalam hadits yang lain yang diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Umamah secara marfu' disebutkan:

مَنِ اقْتَطَعَ حَقَّ امْرِئٍ مُسْلِمٍ بِيَمِينِهِ، فَقَدْ أَوْجَبَ اللهُ لَهُ النَّارَ، وَحَرَّمَ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ» فَقَالَ لَهُ رَجُلٌ: وَإِنْ كَانَ شَيْئًا يَسِيرًا يَا رَسُولَ اللهِ؟ قَالَ: «وَإِنْ قَضِيبًا مِنْ أَرَاكٍ
"Barangsiapa yang mengambil harta saudaranya dengan sumpahnya, maka Allah mewajibkan dia masuk neraka dan mengharamkan masuk surga. Lalu ada seorang yang bertanya, "Wahai Rasulullah, meskipun hanya sedikit?" Beliau menjawab, "Meskipun hanya sebatang kayu araak (kayu untuk siwak)."

BAGI mengingatkan umat Islam mengenai hal ini, Allah SWT berfirman: “Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui.” (Al-Baqarah: 188)

Ketahuilah, pemberian terbaik yang Allah anugerahkan kepada seorang hamba adalah keimanan dan ketakwaan. Kekayaan dan kecukupan hidup, hendaknya tidak menjadi kendala seseorang untuk bertakwa. Dia juga harus yakin, bahwa iman dan takwa merupakan nikmat dan kurnia Allah semata. Oleh karena itu, pemberian yang sedikit, jika disyukuri dan dirasa cukup, itu lebih baik daripada banyak tetapi masih menganggapnya selalu kekurangan. Sehingga tidaklah berfaedah limpahan nikmat dan banyaknya harta bagi orang-orang yang tidak bersyukur kepada Allah.  Ingatlah, kekayaan tidak disebabkan harta yang melimpah. 
 
Namun kekayaan yang sebenarnya adalah kekayaan yang terdapat pada jiwa. Yaitu jiwa yang selalu qana’ah (yaitu rela menerima dan merasa cukup dengan apa yang dimiliki, serta menjauhkan diri dari sifat tidak puas dan merasa kurang yang berlebihan, red) dan menerima dengan lapang dada setiap pemberian Allah kepadanya, sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam.

“Sungguh beruntung orang yang telah berserah diri, diberi kecukupan rizki dan diberi sifat qana’ah terhadap apa yang diberikan Allah kepadanya”. [HR Muslim]

Dengan sifat qana’ah ini, seorang muslim harus bisa menjaga dalam mencari rezeki atau mata pencaharian. Ketika bermu’amalah dalam mencari penghidupan, jangan sampai melakukan tindak kezaliman dengan memakan harta orang lain dengan cara haram. Inilah kaidah mendasar yang harus kita jadikan barometer dalam bermu’amalah. Allah berfirman :

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka di antara kamu…” [an Nisaa/4 : 29].

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah mengingatkan :
“Setiap muslim terhadap muslim yang lain adalah haram darahnya, harga dirinya, dan hartanya”. [HR Muslim].

Ketahuilah, seseorang yang memakan harta haram, hidupnya tidak akan tenang dan bahagia. Doa yang dia panjatkan akan tertolak. Rasulullah telah menyebutkan sebuah kisah. Yaitu seorang laki-laki yang telah menempuh perjalanan jauh, sampai keadaannya menjadi kusut dan berdebu, kemudian dia menengadahkan tangannya ke langit seraya berdoa “ya Rabbi, ya Rabbi,” akan tetapi makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram, dikenyangkan dari yang haram. Lantas, bagaimana mungkin doanya bisa dikabulkan?! [HR Muslim]. 
 
Kepada para majikan, ingatlah! Janganlah Anda menyunat upah para pegawai, atau malah enggan membayarnya. Takutlah kepada Allah. Ketahuilah, para pegawai yang telah bekerja tersebut, mereka telah mengorbankan pikiran, waktu dan tenaga untuk Anda. Para pekerja itu juga memiliki tanggungan anak dan isteri yang harus dinafkahi. Sungguh, celakalah orang-orang yang berbuat zalim. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah mengingatkan.

“Berilah upah kepada para pegawai sebelum kering keringatnya”. [HR Ibnu Majah].
Bahwa usaha yang haram tidak akan menghasilkan, kecuali kebinasaan. Suap demi suap makanan yang didapat dari jalan haram, akan menurunkan harga diri kita di masyarakat. Sebaliknya, usaha yang baik dan halal, walaupun sedikit, akan menjadi pahala dan tabungan yang selalu bertambah tidak terputus di akhirat dan berbarakah.
 
 Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam.
“Barangsiapa yang memperhatikan orang yang dilanda kesusahan, atau bahkan ikut menghilangkan kesusahannya, maka Allah akan menaungi dirinya pada hari Kiamat” [HR Muslim].

Akhirnya, marilah dalam mencari rizki, tetaplah dari jalan yang halal, yang diridhai Allah, sehingga kita akan mendapatkan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Kita hindari sejauh-jauhnya jalan-jalan yang diharamkan. Dan tidak ada kebenaran, kecuali datang dari Allah dan RasulNya. Wallahu a’lam. - Sumber pelbagai

Video - Sadis! Niat Murni Blogger Hancur Berkecai

Niat murni seorang remaja untuk menyambung pelajaran ke menara gading menggunakan wang perbelanjaan sendiri tanpa menyusahkan kedua orang tuanya tidak kesampaian setelah virus 'kencing tikus' dilaporkan telah mengjangkiti remaja berkenaan.

Kesungguhan remaja itu datang ke Kelantan dalam usaha membantu jentera maya UmnoBN ketika PRU 13 sebelum membina sebuah blog yang dikenali sebagai 'KakirayauKB' itu dikatakan langsung tidak dihargai, malah segala janji pihak pengurusan Siber BN Kelantan kepada remaja itu juga didakwa turut dimungkiri, dan biarpun sudah 4 bulan hal ini berlalu, namun difahamkan tidak ada sebarang respon daripada pihak terbabit, bahkan panggilan dan pesanan ringkas yang dibuat oleh beliau dan 'mangsa' juga tidak dilayan.

Di usia remaja yang baru hendak mengenali dunia politik dan perjuangan, beliau sudah terkena dengan penangan 'perosak' yang berimej Umno, apa yang remaja ini akan rasakan setelah beliau dikencing sebegitu kejam? niat murninya yang sudah diberitahu kepada kedua ibu bapa, adik beradik dan rakan-rakan sedikit sebanyak membuatkan beliau rasa malu apabila perkara itu tak dapat ditunaikan. Pernahkah pemimpin Umno terfikir akan akibat dari merosakkan jiwa anak muda ? Tidak memberontakkah mereka ini ? Bukankah Umno juga yang akan jadi mangsanya ?.

Sedarlah, sejauhmanakah kita ingin melindungi perbuatan yang langsung tidak bermoral ini ? perbuatan yang menyusahkan sekalian 'orang' tidak seharusnya bermaharajalela lagi didalam Umno. Andai ringan mata memandang, sangat berat bahu yang memikulnya, andai hari ini terkena pada orang, esok lusa entah giliran siapa pula. 

Antara hasil kerja yang dibuat oleh blogger kakirayauKB sebagaimana video dibawah, biarpun beliau bukan berasal dari Kelantan, tapi kesungguhannya dalam membantu BN pada PRU 13 lalu memberanikan beliau untuk turun padang dan meninjau serta menemuramah penduduk kampung yang telah diabaikan oleh kerajaan Pas Negeri Kelantan. Usaha yang sepatutnya dihargai ini tidak terlepas dari menjadi mangsa kepada virus 'kencing tikus' berkenaan.
 
Semasa saya berkhidmat dalam Team Jentera Siber Kelantan yang diketuai oleh Dot Dot Dot tersebut, saya dijanjikan dengan elaun dimana dalam fikiran saya elaun tersebut saya mahu simpan dan guna untuk menampung perbelanjaan saya ketika saya mula melanjutkan pelajaran. Tetapi malangnya, elaun tersebut hanya didalam fikiran sahaja dan tidak pernah wujud didalam alam nyata.

Saya juga pernah mendengar bahawa Dot Dot Dot tersebut menjanjikan elaun harian kepada jentera. Tetapi seperti saya katakan tadi, hanya dijanjikan sahaja tetapi elaun tersebut tidak pernah ada depan mata. Saya bukan mata $ ataupun kaki kipas, saya hanyalah orang yang berpegang pada janji. Saya lakukan kerja apa yang.....Selanjutnya baca diSINI

# Untuk makluman juga, difahamkan pembongkaran mengenai individu, bukti dan maklumat berkaitan mungkin tertangguh seketika bagi menghormati permintaan Datuk Hanafi Mamat yaitu Bendahari Umno Kelantan yang berjanji akan menyiasat dan cuba menyelesaikan masalah ini. Terima kasih diatas keprihatinan beliau terhadap nasib mangsa-mangsa terbabit. Jika beginilah tahap kecaknaan yang ada pada diri Datuk Hanafi Mamat, maka beliau mesti dipertahankan untuk terus menjadi nakhoda Umno Bahagian Pasir Mas, supaya 'transformasi' didalam Umno dapat dipacu oleh pemimpin yang benar-benar mempunyai kewibawaan seperti beliau... Anda Mampu Mengubahnya.

Video - Noh Omar 'Kecep Kelate' Dengan NKP Kota Bharu Mengenai Projek ?

Sekali imbas tiada apa yang tidak kena dengan pemuda ini, gaya penampilan dan tutur katanya mantap umpama seorang kontraktor, namun difahamkan pemuda yang mengaku dirinya sebagai Naib Ketua Pemuda Umno Kota Bharu ini sebenarnya adalah golongan insan teristimewa.

Apapun, bakat 'sembang' yang ada pada pemuda ini nampaknya lebih kurang saja dengan bakat yang ada pada sebahagian pemimpin Umno yang lain, kekerapan pemuda ini mendengar pemimpin Umno bersembang  mengenai projek menyebabkan beliau juga  turut terikut-ikut serta mampu mewatakkan kembali watak sebagai seorang pemimpin Umno yang sedang berbicara mengenai projek.

Mungkin jika pemimpin Umno sentiasa bercakap mengenai agama, bangsa dan negara, pemuda istimewa ini juga akan turut bercakap mengenai hal yang sama, begitulah cerminan buat pemimpin Umno, dengan cerminan itu, usahlah orang Umno merasa malu jika 'Adik Mat' yang mengaku sebagai NKP Kota Bharu ini menjadi salah seorang dari pemimpin anda. 

Kerana setakat mempunyai bakat sembang projek, 'Adik Mat' juga turut punyai bakat yang sama yang tidak ada bezanya dengan sebahagian besar pemimpin Umno Kelantan yang ada hari ini, sukar sekali untuk kita mendengar sebahagian pemimpin Umno sekarang yang berbicara mengenai perjuangan dan masa depan orang Melayu dalam konteks yang berilmu.

Kebanyakkan mereka apabila mempunyai jawatan didalam parti mereka hanya menggunakan jawatan sebagai platform untuk mencari kepentingan peribadi bukan menyumbang kepada pengukuhan parti, untuk itu pada pemilihan kali ini kita ingin melihat berapa ramai pemimpin yang mempunyai bakat lebih kurang sama dengan 'Adik Mat' ini yang menawarkan diri untuk bertanding, seolah-olah sudah tidak ada lagi golongan profesional yang lebih berkelayakkan untuk diangkat menjadi pemimpin didalam parti. Anda Mampu Mengubahnya.

'Jogho Kelate' Menghilang 'Jogho Malaysia' Pula Yang Menimbul

Dimanakah anak muda ini ? Sewaktu PRU 13 yang lalu beliau antara dari salah seorang yang dilihat paling 'kalut' bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional di Kelantan, dan pernah satu ketika, hampir jam 1 pagi, dimana orang lain sedang nyenyak tidur atau sedang ber'kopitiam', saya terjumpa beliau dan beberapa orang jenteranya yang sedang memasang poster gerakkan TUKAR di Jalan Lundang, namun sekarang, ketika mana orang lain sedang 'kalut' lagi 'ribut' menawarkan diri bertanding merebut jawatan didalam Umno, beliau pula sunyi sepi, membuatkan saya tertanya dimanakah beliau ?

Bukan berniat untuk menafikan hasil kerja atau sumbangan orang lain, tapi sekadar menyatakan kebenaran mengenai individu yang pernah tampil menghidupkan kembali suasana politik UmnoBN di Kelantan dalam PRU 13 lalu. Mungkin ramai dikalangan kita yang masih ingat dengan sebuah gerakkan yang dikenali sebagai gerakkan TUKAR, dan sebagai makluman, beliau jugalah perancang utama kepada gerakkan tersebut.

Sebuah gerakkan yang boleh kita anggap sebagai berjaya biarpun BN masih lagi gagal menawan negeri berkenaan, kerana kegagalan itu adalah disebabkan kegagalan yang dicipta sendiri oleh kebanyakkan jentera BN, namun bilangan kerusi yang dimenangi oleh BN tetap bertambah.

Berbalik kepada cerita mengenai individu ini, saya difahamkan 'sunyi sepi' beliau disaat orang lain sedang 'kalut ribut' adalah disebabkan sekarang ini beliau sedang mengerjakan umrah, mungkin sekembalinya nanti dari mengerjakan umrah beliau akan kembali aktif dan menawarkan diri untuk bertanding dalam apa-apa jawatan yang beliau rasa layak untuk digalasnya.

Pada pendapat peribadi, individu seperti beliau seharusnya diangkat oleh ahli-ahli Umno supaya kepimpinan Umno nanti akan terdiri dikalangan mereka yang agresif dan punyai idea yang boleh memberi manfaat kepada parti. Bayangkan jika mereka yang mengepalai sayap-sayap parti di semua bahagian di Kelantan merupakan individu seperti beliau, apakah anda rasa mustahil untuk BN mengambil alih pentadbiran negeri itu dalam PRU 14 nanti ?.

Pertelagahan pendapat dalam sesuatu hal memang sukar untuk dielakkan, tapi tidak semestinya kita menyempitkan fikiran dengan pertelagahan pendapat itu bagi kita menafikan kebolehan yang ada padanya. Tambahan pula jentera-jentera yang berkerja dibawah beliau yang setakat saya tahu tidak ada seorang pun yang merungut di'kencing' oleh beliau, masing-masing mereka berpuas hati.
Bagaimanapun jika kita pergi jauh sedikit, kita dapat melihat individu yang lebih kurang sebaya juga dengan beliau dan diberikan amanah untuk mengepalai sesuatu kumpulan, dan pada masa sama bercita-cita besar sama besar dengan 'bual'nya, terbukti cacar marba dan tidak amanah sekaligus boleh menjadi ancaman kepada parti jika individu seperti ini yang diangkat untuk menjadi pemimpin dalam parti.

Cuba kita renungkan, kalau kumpulan pejuang maya yang punyai suara pun boleh dikencing, apatah lagi ahli biasa, dan sikap individu seperti ini sudah pasti menjadi satu ancaman kepada Umno, mana tidaknya, bila ia tidak amanah dan menimbulkan rasa tidak puas hati serta pemberontakkan dikalangan mangsanya atau orang bawahannya, sedikit sebanyak serangan fakta yang akan dilakukan oleh mangsa-mangsa itu tadi turut akan terpalit sama kepada parti. Kemudian jadi satu kerja pula ahli-ahli Umno untuk bersuara sumbang membela individu seperti ini.

Sebelum mangsa-mangsa tadi bangkit melakukan serangan dengan membongkar segala bukti yang saya difahamkan ianya sudah pun tersusun rapi dan hanya menunggu waktu yang sesuai sahaja, eloklah jika ahli-ahli Umno mengambil sedikit iktibar dari apa yang berlaku itu dalam usaha untuk memartabatkan Umno sebagai parti yang benar-benar memperjuangkan agama, bangsa dan negara.

Justeru, mana-mana individu yang merasakan layak untuk bertanding jawatan didalam parti, pastikan anda benar-benar layak dan terbukti kelayakkanya setelah berpengalaman menjadi 'Jogho', kalau pengalaman menjadi 'Jogho' kumpulan pun gagal kerana tidak amanah, macammana nak jadi 'Jogho' untuk negeri ? Hah apa ? Nak jadi 'Jogho' Malaysia !!! lagi-lagilah brotherrrr!!! Anda Mampu Mengubahnya.

Gosip panas mengenai calon-calon Umno di Kelantan klik diSINI.

Berani kerana benar, takut kerana saloh, kito jange brona, takutnya buleh pekdoh...

Perebutan Jawatan Dalam Umno Kelantan Parah, Alwi Sifatkan Bermain Muzik Atas Kapal Titanic

Demi perjuangan untuk agama, bangsa, dan negara, beberapa pemimpin dalam bahagian Umno di Kelantan dilaporkan sedang bercakaran dan memburukkan keperibadian antara satu sama lain, ia bertujuan untuk memastikan kemenangan mereka bagi mengepalai bahagian dalam meneruskan kesinambungan perjuangan parti yaitu demi agama, bangsa dan negara. ( bukan projek )

Situasi ini berlaku setiap kali adanya pemilihan didalam Umno, dimana pemimpin saling berebutan untuk memegang jawatan penting didalam parti tersebut, bayangkan betapa murninya hati mereka untuk berjuang demi agama, bangsa dan negara sehingga sanggup berhabisan wang dan bercakaran sesama sendiri, namun kemurnian hati mereka itu langsung tidak dinilai oleh rakyat Kelantan, apabila didapati kesemua bahagian yang sedang bercakaran itu kalah pada setiap PRU termasuk PRU13 yang lalu.

Bahagian-bahagian yang dilihat ketara dengan masalah ini adalah bahagian Pengkalan Chepa dan Pasir Mas, manakala dibahagian Kubang Kerian masalah ini dilihat baru ber'bunga' dan belum lagi berbuah, sementara di lain-lain bahagian ianya dilihat masih terkawal biarpun ada desas-desus yang mengatakan keadaannya turut 'tak berapa sedap duduk'.

Bagaimanapun melihat keadaan yang semakin tidak keruan itu, ia melahirkan rasa kekecewaan Setiausaha Barisan Nasional Kelantan, Datuk Alwi Che Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kok Lanas, beliau dalam satu kenyataan di media sosial Facebook berkata,

"Sangat sedih hati melihat beberapa gelagat mereka di beberapa bahagian umno di kelantan.... kerana nak berebut jawatan dalam parti terutama ketua dan timbalan..habis porak peranda memburukkan rakan rakan dan sahabat dalam parti sendiri.. budaya apa kah ini ?.. Jika nak menawarkan diri.. tawar lah atas kewibawaan dan kehebatan kita.. Jangan punahkan kawan-kawan dan jangan MELAMPAU??? apa yg nak direbut ni...macam-macam slogan keluar.. ASAL BUKAN SI ANU..... YaAlllah.. Memualkan dan memalukan......"
Alwi turut mengingatkan pemimpin yang sedang berebut jawatan itu dan mengumpamakan perebutan itu sebagaimana dalam filem Titanic, dimana pasukan muzik masih bermain gitar dan violin saat kapal mereka sudah hampir tenggelam.

"Usahlah berebut jadi pemimpin.. Kuasa apa yang nak di gilai.. Rakyat dah dok kata???? ADA AKU KESAH?..  Kita dok berebut lagi.. Macam dalam filem titanic.... Kapal dah nak tenggelam.. Pasukan music masih dok main guitar dan tiup violin... Apa nii?..."

Dah nak tenggelam ni sudah kira parah ni, betul-betul parah, agaknya bila nak tenggelam ?, jom sama-sama henjut bagi cepat tenggelam, ingat ke pemimpin berhati murni kisah ke nak tenggelam ke nak timbul ke ?, Ada aku kisah ? Aku tak kisah!, janji aku nak dan aku dapat projek, kalau tak, takkan gila aku nak berebut, yang tak berkaitan tak payah sibuk-sibuk, jangan nak dengki kerana aku KAYA dan aku berjaya untuk dapatkan projek.

Pasal perjuangan Umno ni tak perlulah nak diambil serius sangat, tiada apa yang penting dan perlu untuk di'seriuskan'. Kalau nak tenggelam, tenggelamlah, kaau nak berkubur, berkuburlah. Kalau buat serius dah jadi macam lawak bangang, kerana dapat kita lihat pemimpin Umno sendiri pun buat main-main je, atau anda lihat mereka serius ? Serius mereka itu POLITIK, perjuangan mereka itu RETORIK, hakikatnya semua DUIT @ PROJEK.

Siapa yang nak nafi ?, mana ada orang zaman sekarang ni gila nak perjuangkan demi agama, bangsa dan negara sampai berebut-rebut  macam ni.

Tapi sayang, hanya suara Setiausaha Barisan Nasional Kelantan sahaja yang kedengaran, dimana suara Pengerusi Perhubungan BN Kelantan ? Sebagai 'kepala' atau nakhoda kepimpinan negeri yang bertanggungjawab, tak patut beliau bisu, langsung tidak menunjukkan tokoh kepimpinan yang baik dalam menerajui Umno di Kelantan.

Difahamkan, biarpun sudah dimaklumkan kepada Tok Pa akan berlakunya penyelewengan sehingga ada protes dan pemberontakkan di bahagian Pengkalan Chepa, tapi Tok Pa tak ambil kisah, malah Tok Pa melindungi pemimpin tertentu sebelum berindak mengarahkan akhbar-akhbar supaya tidak melaporkan mengenai demontrasi yang dilakukan oleh Umno bahagian Pengkalan Chepa pada beberapa bulan yang lalu.

Masalahnya, jika tuduhan yang dibuat itu tidak benar, kenapa tidak diambil tindakan, yang menuduh itu bukan orang luar Umno, bukan 'anonymous', tapi mereka yang dikenali yang turut punyai jawatan didalam Umno, sepertinya tuduhan itu benar, tapi ada cubaan untuk melindungi 'perosak'. Kalau bantahan dan rasa tidak puashati itu dibuat di media sosial, tidak kisah sangat, namun jika bantahan dibuat secara terbuka dan nyata, siap konvoi lori dan kereta, ini bukan kecil punya hal.

Kita akui, sukar untuk buat semua orang suka, tapi bila tak suka itu lantang dan nyata dizahirkan mengalahkan pembangkang, apa lagi yang nak ditunggu ? Ia mesti disiasat, dan salah satu pihak perlu diambil tindakan, lepas tu barulah boleh Tok Pa nak mengulangi kata-kata "kali ni (PRU14) kita yakin BN mampu tawan Kelantan, kerana kita lihat penerimaan rakyat semakin baik, banyak program yang kita buat mendapat sambutan, InsyaAllah, gelombang.....merah... gelombang.....merah... gelombang.....merah... Pah cerah..... Anda Mampu Mengubahnya.

Zahid Hamidi Sifatkan Peluk Lim Guan Eng Seperti Melepaskan Anjing Tersepit ?

"Spt melepaskan anjing tersepit, biarpun nilai kemanusian patut atasi perbezaan. Semua dipolitikkan. Murahnya nilai maruah dia". Itulah kenyataan yang menggambarkan kemarahan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan kenyataan yang dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng terhadap Umno. (rujuk pada klip video dibawah.)

Kenapa Zahid tak tanya 'apa lagi cina mahu?', setelah beliau sendiri yang turun padang melawat keluarga mangsa disamping mesra berdakapan dengan Lim Kit Siang, akhirnya sebagai tanda penghargaan diatas keprihatinan Zahid itu, Lim Guan Eng membalasnya sebagaimana kenyataan pada rakaman video diatas.

Lim Guan Eng - "Who ever lah, Umno ka, JKP ka, kakaka ka, kita hantar saja"

Ahmad Zahid Hamidi - "Murahnya nilai maruah dia".

Bagaimanapun, wayang cina yang dimainkan oleh Lim Guan Eng sangat jelas kelihatan, tapi tidak mengapa, masa masih panjang, kita akan sama-sama boleh melihat sejauhmana wayang itu hendak dimainkan. Secara zahirnya mungkin kenyataan mereka itu bunyinya seperti 'kasar', tapi itulah politik, disebaliknya punyai maksud yang tersirat demi masing-masing menjaga kepentingan politik masing-masing.

Pemimpin Umno selamanya takkan serik dipermainkan oleh komunis, mereka lebih suka membantu komunis daripada membantu pejuang, apakan daya ? Anda Mampu Mengubahnya.

BN Gagal Tawan Kelantan Kerana 'Pitis'

Punca kegagalan Barisan Nasional Kelantan mengambil alih negeri itu sehingga ada sesetengah pihak lantang menyalahkan pihak lain seharusnya tidak timbul jika semua pihak sedar akan kedudukan yang sebenar.

Lebih malang lagi kesalahan itu diletakkan kepada pihak luar seperti NGO dan juga media khasnya media maya. Biarpun bunyinya agak 'lucu', tapi itulah hakikat yang syok diperdendangkan oleh sebahagian pihak yang kita fikir punyai kepentingan tertentu keatasnya.

Perlu diketahui, sehebat manapun gerakan NGO dan media, itu bukan penentu mutlak kepada kemenangan, faktor utama kemenangan adalah terletak kepada calon itu sendiri, bagaimana calon mengendalikan jenteranya supaya berkerja dengan lebih jujur dan amanah, tapi hal ini jarang untuk diperkatakan, mungkin kerana ia tidak mendatangkan manfaat yang besar sekalipun ianya diperkatakan atas sebab tidak ada kepentingan tertentu.

Sebagai contoh apa yang berlaku dan diperkatakan oleh pengundi disini adalah mengenai sikap seekor dua jentera BN yang mungkir janji atau menipu pengundi, antaranya, dilaporkan sebelum hari mengundi ada beberapa petugas parti yang mengadakan perjumpaan dengan pengundi selain menjanjikan sedikit saguhati yang akan diberikan semasa perjumpaan tersebut.

Pada awalnya perjumpaan itu dirancang di New Horizon Garden dan menjanjikan RM100 seorang sebagai saguhati, namun selepas itu perjumpaan tersebut diadakan di restoran sebelah stesyen minyak Caltex Wakaf Che Yeh dan diberikan cuma RM20 tidak sebagaimana yang dijanji, dengan kelakuan jahat yang seolah-olah memperbodohkan pengundi itulah yang menyebabkan kebanyakkan pengundi berdendam dan membalasnya semasa pilihanraya.

Bukan satu dua kes saja yang berlaku, banyak kes seperti itu berlaku, namun ianya tidak diberikan perhatian yang sewajarnya, jadi tidak perlu dihairankan jika anda melihat calon terbaik yang diletakkan oleh BN tewas dengan majoriti yang begitu teruk sekali, kadang-kadang buntu memikirkannya, kenapalah rakyat tolak pemimpin sebaik ini ? Sedangkan sokongan yang ditunjukkan rakyat sebelum hari pengundian dan semasa hari penamaan calon mustahil untuk pemimpin berkenaan kalah dengan majoriti seteruk itu.

Kalau dari awal lagi kita lihat rakyat tidak cenderung kepada BN, tidaklah kita terkejut dengan kekalahan dengan majoriti yang teruk itu, namun itulah penangan hasil dari tindak tanduk segelintir mereka yang pentingkan poket sendiri tanpa melihat kesannya kepada parti.

Begitu juga dengan sebahagian Penyelaras DUN yang angkuhnya mengalahkan Menteri, buat apa kerajaan melantik Penyelaras DUN ni pun kita tak tahu ? Kalau tiada Penyelaras DUN tentu rakyat tidak akan pergi memohon apa-apa bantuan, rakyat pun tak sakit hati, tapi bila sudah ada, maka rakyat akan pergi pohon bantuan, yang menjadi masalahnya bantuan yang nak diberikan itu seolah-olah kepunyaan peribadi Penyelaras DUN.

Disamping masa proses yang lama, jawapan Penyelaras DUN ni pun dah buatkan rakyat sakit hati, tapi kalau bantuan itu dipohon oleh saudara mara mereka, cepat pula bantuan tu sampai, ni masalahnya, tak telus, sepatutnya kewujudan Penyelaras DUN ni menguntungkan BN, sebaliknya sangat-sangat merugikan, jadi buat apa ada Penyelaras DUN wahai Kerajaan ? Adakah untuk menambahkan kebencian rakyat ?

Banyak perkara yang perlu diberi perhatian dan diperbetulkan diperingkat bawah ini, itu belum dikira lagi pasal peruntukkan yang disonglap, ada setengah tu peruntukkan jentera pun disonglap apatah lagi peruntukkan kepada rakyat, tapi yang tu biarlah dulu, kita kira semula, sebab panjang sangat.

Kesimpulannya kekalahan BN tidak seharusnya dipersalahkan kepada NGO, media, rakyat dan pengundi luar, sebaliknya perkara yang disebutkan diatas perlu diberikan perhatian, yang tidak bersalah saling menunding jari, namun yang sebenar-benarnya bersalah sedang syok menikmati hasil dari memberi sumbangan kepada kekalahan BN di PRU 13 yang lalu. Anda Mampu Mengubahnya.

GSPS - 'Gerok Sikit Pitis Selaluh'

Bincang Isu Songlap Terbuka Rosak Imej Parti, Kalau Songlap Secara Terbuka, Ok ?

Dalam menghadapi situasi politik negara kita hari ini, dengan kebangkitan atau disebut tsunami cina dan disamping perpecahan dikalangan orang Melayu yang sedang dihadapi, kemerosotan undi parti yang majoritinya mewakili Melayu yang sebelum ini mendapat majoriti 2/3 dalam 10 pilihanraya gagal mengekalkan rekod tersebut pada dua pilihanraya yang lalu, keadaan ini seharusnya diberi perhatian utama oleh pemimpin-pemimpin Melayu dalam Umno yang tak putus-putus melaungkan perjuangan demi agama,bangsa dan negara sebelum berlakunya tsunami Melayu pada PRU14 yang akan datang.

Amat malang jika pemimpin Melayu masih bercakaran sesama sendiri, dari merebut jawatan ketua bahagian sehingga bercita-cita menjadi menteri, sedang anak-anak bangsa sendiri masih ramai yang merempat dan terpaksa menagih rezeki disyarikat-syarikat milik bangsa lain?

Perpecahan Melayu jelas dapat dilihat bila timbulnya isu-isu yang berkaitan kepentingan orang Melayu dan umat Islam, pemimpin Melayu gagal untuk bersama bersatu pendapat dengan mengambil kira dari seluruh aspek dalam menjaga kepentingan Melayu diluar konteks kepentingan politik.

Berjuanglah dengan benar-benar ikhlas demi agama, bangsa dan negara, wahai pemimpin Melayu, buanglah sikap yang mengutamakan kepentingan peribadi mengatasi kepentingan parti. Cukuplah berretorik kuno dizaman yang begitu moden ini. Kelak akan diperlondeh dan ditelanjangi satu persatu akan segala retorik itu.

Tidak seharusnya mengcampuri perjuangan agama, bangsa dan negara dengan mencari keuntungan kepada diri kita sendiri, sebaliknya tubuhlah syarikat dan berniagalah tanpa menggunakan platform parti, kerana jika menggunakan platform parti, parti itu bersifat ramai tidak bersifat peribadi, keuntungan menggunakan platform parti sangatlah tidak wajar dimiliki oleh peribadi sebaliknya ia perlu menjadi dana parti bagi meneruskan perjuangan parti.

Lebih malang lagi jika projek-projek yang dibina menggunakan platform parti itu mengalami kegagalan atau masalah dan sekaligus parti akan menerima kesan buruk dari itu. Jika begitu perjuangan pemimpin Melayu, benarkah ia berjuang untuk menghidupkan parti ? Atau lebih sesuai jika kita katakan ia berjuang untuk memusnahkan parti diatas mendapatkan kepentingan peribadi.

Perlu diketahui, Malaysia adalah merupakan satu-satunya negara Komanwel yang belum pernah menukar Kerajaan Persekutuan sejak lebih 50 tahun lalu. Secara ironinya Empayar Kerajaan di dunia ini tidak pernah kekal lama dan akan berkuasa untuk selamanya. Apatah lagi bagi kerajaan yang mendukung sistem demokrasi, contohnya, kejatuhan Parti Kongres di India setelah 40 tahun memerintah, begitu juga berlaku dengan parti terbesar dan paling berkuasa di Jepun iaitu  Liberal Demokrat Parti (LDP) yang tersungkur setelah 54 tahun memerintah.

Jika merasakan sistem demokrasi yang diamalkan oleh negara kita ini tidak akan menjatuhkan kerajaan BN, tapi jika rakyat sudah meluat dengan pemimpin dan sistem yang diamalkan kerajaan ditambah lagi dengan pembajaan benih fitnah pembangkang, apakah mustahil untuk berlaku revolusi dinegara kita sebagaimana berlaku di Tunisia, Mesir, Libya dan Syria ?

Suka kita merujuk titah Sultan Azlan Shah pada 29 Jun 1980. "Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekali pun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya".

Dengan itu apakah kita fikir amalan mencari keuntungan peribadi secara melampau menggunakan platform  parti itu satu perkara yang relevan untuk diamalkan ? Contohnya jika bangunan-bangunan yang baru dibina secara berterusan terus meruntuh, barang yang harganya RM1 juta ditender RM100 juta, apa itu bagus untuk parti ?

Sedangkan jatuh bangun sesebuah kerajaan itu bergantung kepada parti, jika parti itu ditolak rakyat, apa mungkin kerajaan itu masih kekal berkuasa?  Jadi dimana relevannya mencari keuntungan peribadi diatas platform parti ? Yang dapat untung adalah sesekerat pemimpin dan kroni, yang duk terlopong pula ahli-ahli, jika diwar-warkan secara terbuka dikatakan boleh merosakkan imej parti, tapi jika menyonglap secara terbuka apakah ia bijak bistari ?

Sampai bila kita harus menjadi dungu dengan begitu sukar untuk kita bangkit memprotes pemimpin cacarmarba yang merosakkan parti ?, kalau seseorang penyokong atau ahli UMNO itu benar-benar sayangkan perjuangan UMNO, maka renunglah sejenak apakah benar tindakan anda mempertahankan pemimpin songlap, korup dsb itu berterusan dan bertenggek menjadikan UMNO yang anda sayangi dasar perjuangannya itu dikeji hanya kerana sikap tolol pemimpin seperti ini.

Jika apa-apa perkara yang timbul dan diperkatakan itu adalah fitnah, perlulah mana-mana pemimpin terlibat tampil mempertahankan maruah dirinya demi keutuhan parti, dan cybertrooper pro BN sentiasa bersikap terbuka dalam membantu menyebarkan kebenaran jika apa yang dituduh itu adalah fitnah.

Akhirnya, disaat-saat UmnoBN memerlukan sokongan setiap pihak, saat-saat yang getir menentukan masa depan perjuangan BN, bukan orang kecil Umno yang ingin membunuh Umno, tapi orang besar yang semasa berada dalam Umno pernah memalitkan isu di 'Brisbane' sedikit sebanyak memberi kesan buruk kepada Umno, dan setelah keluar Umno sekali lagi ia memburukkannya. Apa anda fikir ini politik demi agama, bangsa dan negara ?

Politik baru hari ini tidak memerlukan kita berfikiran lapuk untuk mempertahankan mana-mana pemimpin yang terbukti bermasalah, kerana pemimpin ini jugalah nanti selepas ia sukar lagi untuk melakukan masalah, ia akan memberi masalah kepada parti, anda sebagai pejuang pula, jika dulu anda pernah pertahankannya daripada diserang, tapi hari ini anda terpaksa pula menahan dari serangannya. Itulah uniknya politik yang perlu dilihat didalam kerangka yang luas dan jauh. Sama-samalah kita bermuhasabah. Anda Mampu Mengubahnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...