Anwar Pinda Manifesto Hanya Di Kedai Kopi, Jalan Belakang Lagi... - Video

PASIR PUTEH - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggembirakan aktivis Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti), apabila bersetuju meminda Manifesto PR dengan serta merta berhubung perkara pembayaran royalti minyak hanya di kedai kopi.

Manifesto itu sebelum ini hanya menyebut Sabah dan Sarawak yang bakal menerima peningkatan royalti petroleum dan sumber hidrokarbon daripada lima kepada 20 peratus sekiranya PR berjaya mentadbir negara.

Anwar dalam ucapan ringkasnya antara lain berkata, rakyat perlu istiqamah dalam perjuangan sekarang, bagi memastikan PR berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Tiada benda yang payah dengan Anwar, segalanya mudah, depan belakang semua jalan, mungkin suatu hari nanti urusan untuk menjual negara juga akan dilakukan Anwar semudah ini di kedai kopi.

Bagaimana mungkin urusan sepenting tuntutan royalti itu terlepas pandang jika benar mereka serius dengan isu tersebut, ini satu petanda yang tidak baik bagi golongan mereka yang berfikir. Pengurusan cacar marba yang ditunjukkan keatas perkara dasar dalam perjuangan jelas membuktikan keupayaan sebenar PR didalam pentadbiran jauh berbeza daripada apa yang diucapkan dipentas-pentas ceramah sebelum ini.

Sementara itu, Pengerusi Unit Media Baru (UMB) Tun Faisal Ismail Aziz, dalam ruangan blog beliau turut mengulas dan mempertikaikan kewibawaan PR apabila Jawatan Kuasa Dasar Manifesto PR itu dianggotai oleh mereka yang tidak berpengalaman selain menghidapi sindrom nyanyuk.

Siapa yang menulis dan memikirkan manifesto PR ya? Patutlah lemah dah merapu. Mereka bukan pakar ekonomi, pakar pendidikan tinggi dan pendidikan, mereka hanya orang-orang politik atau orang-orang yang belum matang ilmu, kemahiran dan pengalaman mereka. Termasuk sejumlah yang pelupa dan tidak pandai mengira...

Jawatan Kuasa Dasar Manifesto PR

Husam musa - pelupa dan tak iktiraf gerakan Royalti?

Rafizi ramli - Unjuran pendidikan tinggi pun salah, lagi nak cakap tentang pendidikan percuma

Teo Nie Ching

Zulkfli Ahmad

Hatta Ramli

Salahudin ayub - kemampuan intelektualisme dia pun kita dah tahu semasa dia berdebat dengan Datuk Saifuddin Abdullah

Liew Chin Tong

Dr Ong Kian Ming - Consultant dari parti yang tidak boleh mengira dengan betul ketika pemilihan parti walaupun undi tak sampai 2,000. Baca selanjutnya...

Hasan Ali: Tak Malu Ke Kalau PM Kita Anwar Ibrahim

KLANG - Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, Pas tidak perlu merasa bangga dengan pelancaran manifesto pakatan pembangkang Isnin lepas kerana ia tidak memaparkan aspirasi parti itu terutama dalam memartabatkan agama Islam.

Manifesto pakatan pembangkang adalah lebih kepada aspirasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dan tidak begitu menyentuh perkara-perkara yang memartabatkan Islam di negara ini, katanya dalam satu ceramah Jom Tolak Pakatan di Jalan Nenas, Meru di sini, malam tadi.

Di dalam manifesto itu tidak dinyatakan mengenai penubuhan negara Islam, atau mengangkat martabat mahkamah syariah sama dengan mahkamah sivil, katanya.

Oleh itu beliau hairan mengapa Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengangkat-angkat tangan semasa pelancaran itu.

"(Lainlah) kalau ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengangkat tangan mereka tidak mengapa..kerana agenda mereka termaktub dalam manifesto itu," katanya.

Agenda mereka untuk menjadikan Islam di Malaysia lebih liberal atau sekularisme disisipkan di dalam manifesto itu tetapi agenda Islam tidak dijelaskan dalam manifesto itu.

Dr Hasan yang juga Presiden badan bukan kerajaan Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) berkata sehingga sekarang pakatan pembangkang masih lagi tidak menetapkan siapa calon Perdana Menteri sekiranya mereka menguasai Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 ini.

DAP dan PKR mahukan Anwar menjadi Perdana Menteri dan begitu juga sesetengah pihak dalam Pas yang mahukan Anwar menjawat jawatan itu sedangkan pimpinan Pas sendiri nampaknya tidak berani menonjolkan Anwar layak menjawat jawatan Perdana Menteri, katanya.

"Pemimpin Pas tahu "the in and out" (luar dan dalam) Anwar Ibrahim. Tak malu ke kalau PM kita Anwar Ibrahim," katanya.

Hasan berkata, isu siapa yang jadi Perdana Menteri ini penting kerana kalau pakatan rakyat memenangi pilihan raya kali ini, Perdana Menterilah yang pertama kali mengangkat sumpah di hadapan Yang Di Pertuan Agong sebelum kabinet dapat ditubuhkan.

Oleh itu, beliau meminta para pengundi di Meru supaya tidak memperjudikan politik dan masa depan Malaysia dan menolak pakatan pembangkang.

Hasan juga berkata, kenyataan Nik Aziz bahawa mereka yang menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia umpama ayam dan lembu tidak mencerminkan keperibadian atau bahasa seorang ulama. - Bernama

Tun M: "Kalau Kita Nak Jadi Bankrap, Bolehlah Kita Beri Semua...

KUALA LANGAT - Manifesto Pakatan Rakyat (PR) boleh menyebabkan kerajaan menjadi muflis kerana pelaksanaannya melibatkan perbelanjaan yang sangat banyak, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, sebuah kerajaan perlu mempunyai wang untuk mentadbir negara, dan manifesto pembangkang itu dilihat akan mengurangkan pendapatan kerajaan.

"Manifesto ini dibuat oleh pihak yang tidak pernah menjadi kerajaan. Dia tidak tahu kerajaan perlu ada wang, tidak boleh belanja sahaja, dan jika kita lihat manifesto mereka ialah nak kurangkan pendapatan kerajaan dengan kurangkan cukai, tol dan sebagainya," katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran kapal latihan kedua Tentera Laut Diraja Malaysia 'Teguh Samudera' oleh isteri beliau,Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, di limbungan NGV Tech Sdn Bhd di Sijangkang hari ini.

Kelmarin, PR melancarkan manifesto 10 perkara menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), antaranya, pendidikan percuma bermula dari prasekolah hingga menara gading, kad keanggotaan DAP, PKR dan Pas boleh diguna di semua plaza tol untuk mendapat tol percuma, selain penurunan cukai eksais kereta secara berperingkat dengan tujuan menghapuskannya dalam tempoh lima tahun.

Mengambil contoh di Eropah, Dr Mahathir berkata, ada negara di benua itu gagal mengurus kewangan dengan baik menyebabkan ia muflis dan hampir muflis.

Sehubungan itu, beliau berkata rakyat harus bijak memilih kerajaan yang lebih berpengalaman mengurus kewangan dalam membangunkan negara, dan bukan kerajaan yang bakal menjejas kewangan negara.

"Kalau kita nak jadi bankrap, bolehlah kita beri semua... kita jangan kutip cukai, lepas itu bagi pendidikan percuma, lebuh raya percuma, semuanya... kerajaan akan muflis, mana nak cari duit.

"Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor) juga mengatakan manifesto bukan perjanjian, jadi yang dia buat (manifesto PRU13), buat apa? Kalau dia kata ini bukan janji, tolak sahaja dia, buat serabut sahaja," katanya.

Mengulas isu pencerobohan warga Filipina di Lahad Datu, Sabah, Dr Mahathir berkata, ia perlu diselesaikan melalui pendekatan berhemah, dan bukan kekerasan.

Ditanya sama ada isu itu akan dapat diselesaikan lebih cepat dengan campur tangan pihak beliau, Dr Mahathir berkata: "Saya tak fikir akan ada perbezaan jika saya bertanggungjawab atau orang lain yang bertanggungjawab." - Bernama

Video - Goyang Gerudi Pulau Melaka, Kelantan Boleh !

Dari catatan lalu - Keruntuhan akhlak dikalangan muda-mudi di Kelantan begitu membimbangkan, dimana adegan-adegan ranjang secara terbuka bebas di lakukan, hal itu diantaranya berlaku di beberapa buah deretan kedai makan disebelah jambatan Pulau Melaka yang terletak kurang 1 kilometer dari rumah Mentei Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurut salah seorang peniaga kedai terbabit yang sempat ditanya tentang darimana datangnya remaja-remaja itu, peniaga berkenaan merenung panjang kearah kami sebelum menjawab "Ado belako dik, ado student, ado hok tidok student, mace-mace".

Dari pengamatan kami kepada respon pemilik kedai makan itu, kami mendapati ia juga kurang senang dengan aksi-aksi ranjang yang dilakukan oleh remaja-remaja berkenaan, namun apakan dayanya, cuma mencari rezeki disebuah bumi yang agak terhad punca rezekinya.

Kami tidak menyalahkan pemilik kedai makan tersebut, kami faham akan situasi sebenar yang dihadapi oleh mereka, diatas tanggungjawab sosial kami menyeru kepada pihak berkuasa supaya memantau kawasan ini dimana keberlakuannya bakal mengundang bala dari Allah SWT disamping mencemarkan bumi yang dijulang dibawah kepimpinan Ularmak.

Keadaan ini difahamkan berlaku setiap malam bermula seawal jam 11 malam dengan pasangan dan kumpulan yang silih berganti, ketika tinjauan kami secara tidak sengaja yaitu sehingga jam 2.30 pagi, berahi masih rancak memberahikan, malah sewaktu kami ingin meninggalkan tempat itu, terdapat dua kumpulan remaja bercampur lelaki perempuan sekitar 8 orang yang baru sampai untuk melabuhkan tirai malamnya disitu sekaligus turut memberatkan langkah kaki kami meninggalkan suasana yang pasti menyedapkan pandangan setiap mata yang bernafsu. Anda Mampu Mengubahnya.

'Amal Makruf Nahi Mungkar'

Penerima BR1M Binatang - Bob Lokman VS Nik Aziz - Video

Mentaliti dan cara berfikir Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah terlalu jumud dan hampir kepada jahat apabila lebih mementingkan nafsu untuk berkuasa daripada membela nasib rakyat.

Rakyat dibiarkan ber'sekedudukan' dengan biri-biri tanpa langsung menghiraukan kebajikan mereka, bahkan dek kerana sikap pentingkan diri sendiri dan ingin memuaskan nafsu riaknya semata-mata, beliau sanggup bertahan dengan mengepalai kerajaan Kelantan biarpun ternyata beliau gagal dalam membangunkan segala-galanya.

Lantaran kegagalan beliau itu, rakyat menjadi mangsanya, apa saja yang disumbangkan oleh kerajaan pusat kepada rakyat, sehabis daya cuba dinafikannya, bila rakyat miskin, Nik Aziz mengatakan rakyat miskin itu bodoh kerana tidak mencari harta yang begitu banyak diberikan oleh Allah Taala diatas muka bumi ini.

Jika kerajaan pusat memberi apa-apa subsidi kepada rakyat, Nik Aziz mendakwa pemberian subsidi itu akan merosakkan rakyat dan rakyat menjadi pemalas, terbaru isu BR1M, Nik Aziz dengan rasa tidak berdosanya menyifatkan rakyat yang menerima BR1M itu seperti haiwan, semua itu hanyalah demi politik bukan demi agama, dan sikap seperti Nik Aziz inilah yang sebenarnya merosakkan umat Islam.

Nik Aziz pegang kerajaan dah lebih 23 tahun, tapi masjid pun dia tak mahu buat, dia suruh rakyat buat, bagi subsidi dia kata rakyat akan jadi malas, bagi duit BR1M pun dikatanya macam binatang, semua tak pernah kena, habis kerajaan ni untuk apa ? Untuk buat apa ? Untuk mengtekedarah balak dan baham tanah rakyat je ke kerjanya.

Bertaubatlah Menteri Besar Negeriku YAB Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, semakin lama diatas takhta semakin banyaklah buruknya terbongkar, berundurlah sebelum diundurkan, kerana berundur itu masih ada yang menyayangi dan bila diundurkan pasti telah ramai yang membenci. Anda Mampu Mengubahnya.

Cuepacs - RM50 Ibu Tunggal Pun Tak Tunai, Inikan RM500 Kepada Penjawat Awam, Bohong !

Antara janji yang terkandung dalam manifesto pakatan pembangkang ialah semua penjawat awam akan diwujudkan caruman nasional RM500 sebulan sehingga pencen, bagaimanapun menurut Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman, itu semua hanyalah janji kosong pembangkang.

"Jika dahulu mereka janji nak bagi elaun ibu tunggal dan bantuan kepada murid sebulan RM50 di Selangor pun sampai sekarang mereka tak tunai, macam mana nak beri RM500 sebulan kepada 1.4 juta penjawat awam negara ini? Ini semua perlu difikirkan semula oleh rakyat," katanya. 

Tegasnya, kebanyakkan yang terkandung dalam manifesto pakatan pembangkang sebenarnya telahpun dilaksanakan oleh kerajaan BN selama ini, termasuk gaji minimum, insentif percukaian, dan perumahan rakyat.

Presiden Pertubuhan Pemikir Muda Malaysia (PPMM), Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, jika pada PRU lepas, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim ada menyatakan manifesto bukanlah janji dan tidak perlu ditepati, maka kali ini juga pastinya ia akan membawa nasib yang sama.

"Oleh itu, rakyat tidak perlu mempercayai manifesto kali ini bagi mengelak daripada tertipu seperti pengundi di Selangor, kerana pakatan pembangkang tidak akan bertanggungjawab terhadap manifesto yang mereka buat apabila berjaya menjadi kerajaan," katanya.

Pandangan Mohd Rafiq turut dikongsi presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang menyifatkan kalimat dalam manifesto itu tidak lebih daripada susunan ayat yang disalut 'gula-gula manis' untuk memikat hati rakyat.

"Bila sampai masanya mereka mencari seribu dalih memberi justifikasi mengapa manifesto tersebut tidak dapat dilaksanakan," katanya dalam satu kenyataan.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, manifesto adalah komitmen dan sebuah kontrak antara rakyat dan parti politik.

Oleh itu, katanya, sesebuah parti tidak boleh menampilkan manifesto untuk menipu rakyat, memujuk dan memikat mereka untuk mengundi.

Katanya, amat penting bagi parti politik untuk memahami bahawa apa jua yang ditampilkan dalam manifesto itu, mereka mesti bersedia mengotakannya serta menunaikan apa yang dijanjikan.

Sementara itu, Dekan Fakulti Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani melontarkan persoalan yang penting: "Adakah PR mempunyai masa dan wang untuk melakukannya dalam tempoh lima tahun memegang kuasa?".

Nik Amar: Rakyat Jahat Kerana Pemimpinnya Jahat, Kelantan Tak Terkecuali - Video

Benarkah apa yang dikatakan oleh Exco Kerajaan Pas Kelantan Datuk Nik Amar Abdullah yaitu rakyat sesebuah negeri yang menjadi jahat disebabkan pemimpin negeri itu sendiri yang jahat. Atau kata-katanya itu tidak lain hanya untuk menyalahkan kerajaan BN semata-mata biarpun negeri Kelantan ditadbir oleh Kerajaan Pas yang dikepalai oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Jenayah yang semakin meningkat berlaku di Kelantan sekarang ini punca utamanya adalah kerana kebodohan pemimpin Pas dalam memajukan negeri sekaligus menghadkan peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat.

Kebanyakkan jenayah yang berlaku adalah jenayah yang melibatkan wang yaitu samun, ragut, curi, rompak dan mengedar dadah, kerana kesempitan hidup juga tidak mustahil seseorang yang sebelumnya baik berubah menjadi jahat demi kerana untuk mendapatkan wang secara cepat dan mudah.

Biarpun begitu, bagi mereka yang sering mengikuti ceramah-ceramah Pas kebiasaannya bila disebut jenayah, seakan ada sesuatu yang tidak lengkap dari pemimpin Pas yang sering dikaitkan dengan jenayah, apa lagi kalau bukan perlaksanaan hukum hudud.

Jika diperhatikan ucapan pemimpin Pas sekarang ini langsung tidak disebut mengenai hudud apabila mereka memperkatakan mengenai jenayah, kalau dahulu bila sebut saja jenayah pastilah hudud yang dikaitkan mereka, kata mereka, jenayah berlaku disebabkan kerajaan tidak melaksanakan hukum hudud.

Bagaimanapun kini segalanya sudah berubah, setelah Pas bergabung dengan DAP, pemimpin Pas mula mengatakan bahawa jenayah dan kejahatan yang berlaku itu adalah disebabkan kerana kejahatan pemimpin, dan apabila disebut kejahatan pemimpin, maka kejahatan yang berlaku dikalangan rakyat Kelantan itu bermakna ianya berpunca daripada kejahatan pemimpin Pas yang mentadbir negeri Kelantan.

Dengan pengakuan kejahatan yang berlaku di Kelantan itu disebabkan kejahatan pemimpin Pas, seharusnya rakyat Kelantan sedar dan bangkit untuk mengubah kerajaan dalam PRU 13 nanti supaya Kelantan terpimpin dengan pemimpin yang baik. Anda Mampu Mengubahnya.

Video - Tertangisnya Guru Kerana Puak Mu R

Kelakuan kepala pengat puak budak-budak R dengan membuat patung tokoh anak Kelantan yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri Malaysia, Datuk Mustapa Mohamad sebelum menyebatnya mendapat prihatin daripada pendidik dalam satu program yang diadakan baru-baru ini.

Keprihatinan yang dicetuskan menerusi luahan perasaan oleh pendidik itu bagaimanapun bukannya kerana patung Menteri berkenaan disebat semat-mata, namun kerana kelakuan menyebat yang berada diluar ketamadunan masyarakat kita itu yang dikesalkan selain menyerlahkan lagi kegagalan tarbiah Pas dalam mendidik masyarakat biarpun sudah memerintah Kelantan lebih dari 23 tahun.

Dengan sikap yang dipertontonkan oleh anak muda yang menyokong perjuangan Pas itu sudah cukup memadai bagi memberi faham kepada kita dimana mereka tidak terdidik dengan didikan Islam malah mereka lebih terdidik dengan didikan Pas, jika pemimpin Pas bertindak menyelak kain wanita, maka tidak hairanlah dengan sikap mereka seperti ini. Anda Mampu Mengubahnya.

Tun M: Waktu Nik Aziz Lahir Dia Bukan Mursyidul Am Pas - Video

Tindakan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyambut hari lahirnya dan pada masa sama mempertikaikan sambutan maulud Nabi mendapat sindiran daripada Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.


Pas Lebih Teruk Dari Kafir VS Penerima BR1M Binatang: Nik Aziz Kecewa Kenyataan Mufti - Video

Agak kecewa saya membaca kenyataan Mufti Perak, Sohibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria yang disiarkan oleh akhbar Berita Harian hari ini 24 Februari 2013 di muka hadapan. Mengikut laporan tersebut, beliau menyatakan bahawa sikap PAS lebih teruk dari kafir kerana tidak setuju dengan pelbagai dasar dan usaha kerajaan memajukan rakyat.

Saya mengira kenyataan ini sangat berat apatah lagi jika ia keluar dari mulut seorang mufti yang sepatutnya bersikap neutral dan tidak berpihak dalam pertembungan parti-parti politik. Jika ia hanya satu manipulasi media, satu penafian perlu dibuat dengan segera. Tetapi melihat kepada rekod sebelum ini di mana belum pernah kedengaran sebarang penafian dibuat terhadap laporan akhbar mengenai kenyataannya, saya kira kenyataan itu benar-benar keluar dari mulut beliau.

Saya pohon kepada Mufti Perak, agar berhati-hati di dalam membuat ulasan. Hari ini maklumat boleh diakses dengan mudah, sebarang ulasan berkenaan kenyataan saya dan pemimpin PAS yang lain khususnya eloklah dirujuk kepada sumbernya yang sahih. Rakaman ucapan saya yang didakwa menyifatkan penerima bantuan sebagai 'haiwan' juga sudah disiarkan dengan meluas, mustahil pejabat mufti Perak berhalangan untuk mendapatkannya.

Adakah dalam rakaman tersebut saya menyifatkan penerima bantuan sebagai haiwan? Tentu sekali tidak. Bahkan saya selama ini menggalakkan rakyat Kelantan yang layak menerima bantuan untuk beramai-ramai mengambil bantuan yang diberikan. Ini kerana wang yang diberikan tentu sekali bukan wang UMNO/Barisan Nasional tetapi wang kerajaan dan milik rakyat. Namun mengambil kesempatan daripada majlis pembahagian bantuan seperti ini untuk menyampaikan dakyah ideologi kepartian ialah satu perbuatan yang terkutuk.

Justeru, Tan Sri Mufti Perak wajar berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan. Jika perkataan sebegini keluar dari mulut saya, agaknya berbulan-bulan ia akan diratib tanpa henti oleh media massa. Pesan saya kepada Tan Sri Mufti Perak, janganlah melampau-lampau sangat menunjukkan sokongan kepada UMNO/Barisan Nasional. Jika ditakdirkan nanti UMNO tersemban dalam pilihanraya, saya bimbang ada individu yang mencari makan dengan UMNO terkial-kial kelemasan mencari pelampung!

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Kuala Lumpur.
13 Rabiul Akhir 1434H bersamaan 24 Februari 2013M
Kenyataan Ulamak taik kucing Nik Aziz sebelum ini.

"Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi.

"Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami. Tapi kalau nak beri Islam, kita nak panggil ayam cakap nak ceramah, mana ayam datang, nak panggil lembu, mana datang.

"Jadi kalau kita beri barang kepada orang, serupa dengan bagi kat lembu, beri RM10, RM50  "Ini bukan cara Islam, (cara) Islam ialah beri ilmu kepada manusia,"

Nik Aziz yang duk kalut pasal BR1M tak tentu pasal ni apa halnya, banyak lagi perkara penting yang perlu diselesaikan namun kerana apa isu orang membuat kebaikkan ini juga nak dipertikaikannya, daif sungguh pemikiran Nik Aziz ni, ore Kelate kato 'gong', sama-sama kita bersihkan hati dan ilmu yang telah dicemari oleh ulamak gong seperti Nik Aziz ini dengan mendengar penjelasan dalam rakaman dibawah. Anda Mampu Mengubahnya.

Video - Azhar Idrus 'Bahang Bodo' Rakyat Berterima Kasih Atas Pemberian BR1M

Ulamak 'giler' terlalu sinonim buat mereka yang menggunakan agama demi kepentingan politik, ini kerana ulamak-ulamak seperti ini sering menafikan apa sahaja kebaikkan yang dilakukan oleh orang-orang yang bukan dikalangan kumpulan mereka.

Isu bantuan kerajaan kepada rakyat, sepertinya satu kesalahan dan dosa besar untuk kita sebagai rakyat ingin berterima kasih kepada kerajaan sekaligus bersyukur kepada Allah Taala diatas anugerahnya memberikan kita nikmat hidup didalam keamanan negara yang diperintah oleh pemerintah Islam yang adil seadil kerajaan dibawah BARISAN NASIONAL.

Terima Kasih 
Berdosakah untuk kita berterima kasih kepada orang yang telah memberikan sesuatu kepada kita walaupun yang diberikan itu sememangnya sudah kepunyaan kita, menurut Ustaz Azhar Idrus yang terkenal dengan 'bodonya', rakyat tidak seharusnya berterima kasih kepada kerajaan terhadap apa-apa bantuan yang diberikan kerana katanya ia sudah menjadi tanggungjawab pemerintah.

Bagaimanapun kita yakin pendapat Ustaz Azhar itu hanyalah pendapat politik untuk berpihak kepada Pas semata-mata tanpa mengikut apa sebenarnya yang diajar didalam Islam, jika dinilai diatas kewajipan pemerintah, sepertinya seorang anak tidak perlu berterima kasih kepada ibu bapanya, seorang murid tidak perlu berterima kasih kepada gurunya, kerana itu semua adalah kewajipan.

Begitu juga dengan seseorang yang dibantu ketika dalam kesusahan, misalnya seseorang yang melihat kezaliman berlaku didepan matanya dan dia mampu untuk menghentikan kezaliman itu, maka sudah menjadi kewajipan kepada dia untuk membantu, tetapi apakah bantuannya itu tidak perlu diucapkan terima kasih ataupun menjadi satu kesalahan untuk kita berterima kasih.

Bukankah ucapan terima kasih juga boleh melahirkan jiwa yang suci dan bersyukur ? Ucapan terima kasih juga dapat menyedarkan diri kita daripada alpa dengan angkuh dan sombong. Tidak salah mengucapkan terima kasih terhadap sesiapa sahaja yang membantu kita walaupun ianya kepada seorang semusuh.

BR1M RM500
Tambah menampakkan lagi politik Azhar Idrus apabila beliau turut menyifatkan pemberian BR1M sebanyak RM500 itu sebagai jumlah yang kecil, sehingga soal wang BR1M digunakan untuk membayar hutang pun turut dikaitkan dalam usaha merendah-rendahkan perbuatan baik yang dilakukan oleh orang lain.
RM500 memanglah kecil buat mereka yang kaya, namun bagi kita yang miskin ni ianya satu jumlah yang cukup besar, kerana kalau dekat Kelantan, kita kena bekerja 8 jam sehari selama sebulan untuk kita dapatkan RM500 ni. Nak tahu lagi RM500 tu besar ke kecil, try pergi mintak dengan Nik Aziz dia bagi ke tak ?.

Apapun bersyukurlah, kerana itu lebih baik, setiap perkara yang baik itu sewajibnya digalakkan supaya mudah-mudahan perkara yang baik itu akan bertambah baik lagi berkekalan. Terima Kasih Kerajaan. Anda Mampu Mengubahnya.

Nik Aziz Minta BR1M Diberikan Kepadanya Untuk Diagihkan Kepada Rakyat

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan kenyataan berkenaan pemberian wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), yang dikategorikan sebagai memberi makanan kepada haiwan, tidak sebagaimana Pas yang memberi ilmu kepada rakyat.

Beliau berkata, Pas lebih gemar menggunakan pendekatan ilmu dalam mengajak orang ramai berkumpul, sebaliknya Umno didakwa menggunakan pendekatan mengagihkan wang untuk menarik perhatian rakyat.

“Macam saya kata, kalau kita nak panggil ayam, panggil itik, ‘Hei itik, mari aku nak bagi ceramah agama… mana itik nak mari (datang). Tapi kena beri hampas kelapa, beri padi..ia akan datang. Bagi benda..’Hei lembu kerbau, aku nak bagi ceramah.. ia tidak akan datang, tetapi bila bagi rumput atau hampas, bagi nasi… ia akan datang.

“Kalau kita nak panggil orang bagi benda tetapi tidak beri ilmu, ertinya kita letak orang sama taraf dengan haiwan,” katanya kepada media selepas Majlis Perhimpunan Guru-guru guru Yayasan Islam Kelantan (Yik) di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) Pengkalan Chepa di sini, hari ini.

Beliau berkata, sejak Pas memerintah Kelantan 1990, pihaknya tidak pernah memberikan wang memandangkan memang Kerajaan Negeri tiada wang, sebaliknya Pas meniru kepimpinan zaman Nabi Muhammad SAW semasa rakyat Makkah menolak Baginda yang kemudian lari ke Madinah. (Cuma bezanya Nabi Muhammad S.A.W tak pakai Mercedes dan tidak mewah, benar-benar zuhud.)

“Nabi Muhammad SAW beri apa kepada orang Madinah? Berapa banyak duit diberi kepada orang Madinah?... Tetapi orang Madinah terima Nabi sebagai ketua negara. Nak panggil presiden ke panglima perang ke kepada Nabi… tetapi Baginda diterima rakyat. Yang diberi hanyalah ilmu. (Baginda tak beri duit, tapi pada masa sama apa pula yang baginda ada, adakah baginda dan kaum keluarga ada harta atau tanah, atau baginda sedekahkan segala hartanya kepada perjuangan Islam.Ini berbeza dengan Nik Aziz)

Beliau turut menyatakan, wang BR1M masih hak rakyat, hak kerajaan dan ia bukan wang dari Umno dan sepatutnya sebagai ketua kerajaan Kelantan, beliau turut diberikan BR1M, kemudian beliau agih kepada rakyat.

“Saya kata, orang bagi duit... terima… tetapi bila mengundi… pangkah Pas, pangkah Pakatan (Pakatan Rakyat). Beri kain… pakai, beri gula… kacau, beri lembu… ambil, tetapi bila bagi kertas undi… pangkah Pas,” katanya.
 
Itulah Nik Aziz, kerja malas asyik nak tidur, otak tak jalan untuk kebaikkan, hanya reti maki hamun mengumpat mengata, sampai masa orang lain boleh beri wang kepada rakyat, Nik Aziz pula terhegeh-hegeh minta wang hasil daripada usaha orang lain untuk diberikan kepada rakyat, banyak cantik !!!

Bila orang tak beri,dia mula mengata yang orang yang memberi wang kepada rakyat itu ibarat memberi makanan kepada BINATANG, sebab dia kata lagu tu sebab dia tak mampu untuk beri kepada rakyat bukannya sebab nas dan dalil Al-Quran.

Elok ke perangai macam tu berada dalam sifat orang yang berserban dan berjubah (di Malaysia), orang memberi dia mengata, terima gaji sebagai MB ni jer ke kerja yang Nik Aziz tahu, sama-sama kita renung apa maksud niat Nik Aziz mengatakan bahawa "Sepatutnya sebagai ketua kerajaan Kelantan, beliau turut diberikan BR1M, kemudian beliau agih kepada rakyat". Anda Mampu Mengubanya.

Najib: "Kenapa Nik Aziz Pergi Rumah Karpal Singh ?"

KUALA TERENGGANU - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan rakyat perlu sedar dan menolak parti pembangkang yang jelas menghina rakyat yang menerima pelbagai bantuan daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).

Perdana Menteri berkata apa yang sedang dan telah dilakukan kerajaan adalah satu tanggungjawab dan amanah bagi membela nasib rakyat.

"Kalau (pembangkang) tak buat (membantu rakyat), tak apa, (tapi) jangan hina rakyat, ini nak kata rakyat dapat BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) macam ayam makan dedak, kalau tak tolong, tak apa, tak bela, tak apa, tapi jangan hina rakyat," katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan program Jelajah Janji Ditepati peringkat negeri Terengganu di sini, hari ini yang dihadiri lebih 20,000 rakyat pelbagai lapisan dan kaum. Turut hadir isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.

Perdana Menteri berkata sebagai sebuah kerajaan yang beramanah dan bertanggungjawab, kerajaan BN sedar bahawa pembelaan perlu diberikan kepada rakyat selaras dengan keperluan mereka.

"Menerusi BR1M sebanyak RM500 (setiap isirumah) itu, kita telah kira dalam sebulan (purata sebanyak) RM41.60, dapat beli sekampit beras 10kg, minyak masak 5kg dan lain-lain.

"Maknanya nak beli makanan untuk sekeluarga, cukup untuk 12 bulan," katanya.

Katanya kerajaan bukan sahaja memberikan BR1M yang telah memberi manfaat kepada 4.3 juta termasuk golongan muda, malahan bantuan awal persekolahan RM100 untuk setiap pelajar sekolah rendah dan menengah, baucar buku RM250 untuk setiap penuntut institusi pengajian tinggi dan pelbagai lagi jenis bantuan, tidak termasuk subsidi minyak, beras dan sebagainya.

Beliau berkata kerajaan juga telah melaksanakan pelbagai program selaras dengan slogan Janji Ditepati bagi membawa kesejahteraan dan kemakmuran kepada rakyat.

Najib berkata berdasarkan maklumat balas yang diterimanya, rakyat mendambakan masa depan yang cerah di bawah kepimpinan kerajaan BN.

"Kesimpulannya (kini), satu undi kepada PKR, adalah satu undi yang membawa kerosakan akidah kepada negara.

"Satu undi Pas, membawa kepada perpecahan umat Islam dan satu undi DAP adalah satu undi yang membawa kepada penindasan umat Islam," katanya.

Perdana menteri berkata, sebaliknya satu undi untuk BN adalah bagi mempertahankan umat Islam, keselamatan akidah Islam, perpaduan umat Islam, pembelaan bangsa Malaysia dan untuk mencapai sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

"Kerajaan yang ada hari ini mampu nak terus meningkatkan syiar Islam, bangunkan Islam. Bangunkan Islam ini tak boleh bercakap sahaja, tak boleh sekadar bersyarah sahaja tapi mesti mampu buat sesuatu, ambil tindakan, mampu lancar dan laksanakan seperti BN, " katanya.

Sebaliknya, Najib berkata, Pas yang kononnya memperjuangkan Islam, sanggup berlutut kepada DAP yang jelas memperlekehkan Islam.

"Kenapa (Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) pergi rumah dia (Pengerusi DAP Karpal Singh semasa sambutan hari jadi), mana letak prinsip, pergi ke rumah orang yang paling tidak bersetuju (menentang Islam)," katanya. - Bernama

Takkanlah 8 Juta Penerima BR1M Tu Binatang Wahai Nik Aziz


KUALA KLAWANG - Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan menyamakan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan haiwan terutama dengan kedudukannya sebagai seorang Mursyidul Am sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Rais berkata, kata-kata begini tentu sekali tidak secocok dengan pengajaran yang disampaikan beliau.

"Oleh itu, rakyat perlu fikir di mana seorang yang begitu tinggi ilmu agamanya dan berpengalaman luas dalam politik dan kedudukan beliau itu sendiri (mengeluarkan kenyataan sedemikian), apa harus kita buat? Kita tidak perlu tempeleng, kita tidak perlu pukul, tetapi kita perlu gunakan isi hati kita.

Hukuman yang dijatuhkan sebegitu, apa harus kita lakukan kepada fakta yang sebenar," katanya pada majlis perasmian Karnival Jelebu 1Malaysia 2013 anjuran Parlimen Jelebu di tapak pasar tani di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Nik Aziz yang menyamakan usaha murni kerajaan memberi pelbagai bantuan kepada rakyat seolah-olah memberi hampas kelapa, padi dan jerami kepada ayam dan lembu.

Rais yang juga Anggota Parlimen Jelebu berkata seharusnya Nik Aziz tidak mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana mungkin 'anak buah' dan anak murid beliau sendiri menikmati pemberian BR1M.

Katanya wang BR1M ini adalah sebahagian daripada hak rakyat itu sendiri di dalam satu tabung namanya tabung kewangan yang disatukan di bawah Perlembagaan persekutuan Malaysia.

"Wang ini telah digunakan oleh kerajaan kita iaitu pihak pemberi yang memegang tanggungjawab untuk menjaga kebajikan rakyat kita. Duit ini adalah duit kita semua, ditadbir oleh kerajaan kita. Jadi, tidak salah gunakan perbelanjaan ini bagi rakyat.

Adakah kita yang menerima sekitar lebih daripada 8 juta orang 'binatang', tentu tidak.

"Sebab itu kalau boleh setiap yang berfikir harus memberitahu bahawa kata-kata begini tentu sekali tidak secocok dengan pengajaran yang beliau beri.

Tentu sekali ada dividen yang lebih tinggi untuk menentukan nanti bahawa kasih sayang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap rakyat kita tidak ada tolok bandingnya.

"Baik orang Melayu, Cina, India, Kadazan, orang Dusun, orang Ulu, orang Iban, semuanya mendapat daripada perjuangan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Sementelahan lagi, kerajaan kita menerusi Perdana Menteri telah mengumumkan iaitu sistem tranformasinya akan berterusan. Ini adalah salah satu daripadanya.

"Untuk itu berikan kita satu petanda menyokong Perdana Menteri dengan BR1M dan tranformasi yang akan kita laksanakan. Bagi kita, terimalah (BR1M) kerana ini pemberian daripada perjuangan kita......kasih sayang untuk rakyat kita. Kita telah mulakan pemberian BR1M ini tahun lalu, hari ini kita laksanakan lagi dan Insya-Allah tahun demi tahun dividen ini akan diterima oleh masyarakat," katanya.

Katanya kerajaan akan meneruskan usaha itu dengan pemberian dana-dana lain dan mencari jalan supaya pertumbuhan 5.6 peratus tahun ini menjadi satu pertumbuhan yang stabil bagi membantu kerajaan-kerajaan negeri dan rakyat supaya sama-sama merasai keselesaan hidup. - Bernama

Kat dinding bangunan atas tu pulak binatang apa agaknya ?, cicak kot !

Video - Dr Asri Sifatkan Nik Aziz Bukan Pendakwah Hanya Ahli Politik Yang Tak Ada Pemikiran

Ulamak politik seperti Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat harus disedarkan oleh penyokongnya supaya tidak semakin jauh tersesat dan segera kembali kepangkal jalan, ini jelas apabila kenyataan Nik Aziz sering bercanggah dengan ulamak tidak berparti, ulamak didalam kerajaan malah ulamak didalam Pas itu sendiri.

Kenyataan Nik Aziz hanya selari dengan Ulamak didalam PKR dan DAP semata-mata, apa yang dihalalkan oleh Ketuanya Datuk Seri Anwar Ibrahim, itu juga yang akan dihalalkan oleh Nik Aziz, ramai yang memuja Nik Aziz kerana merasakan beliau seorang yang warak, namun pada masa sama mereka terlupa Nik Aziz yang dipuja warak itu sebenarnya hanyalah balaci kepada Anwar 'punggoq'.

Betapa tidak sedarnya penyokong Pas akan tergelincirnya Nik Aziz dari landasan perjuangan Pas yang sebenar, mereka menyokong Pas kerana kononnya mahukan Islam dan perlaksanaan hukum hudud, sedangkan Pas sudahpun menggugurkan dasar itu dengan memilih dasar kebajikan setelah mana mereka bergabung didalam Pakatan Rakyat.

Jika diambil contoh terbaru mengenai nafsu Nik Aziz yang terlalu buas dalam isu pemecatan Bekas Timbalan Presiden Pas Nasharudin Mat Isa, Nik Aziz dirujuk sebagai berkata :

“Tidak penting sama ada dia (Nasharuddin) telah menerima atau tidak surat dari Majlis Syura memaklumkan dia sudah dipecat atau menunggu jawapan mengenai status keahliannya, hakikatnya apabila ‘lafaz cerai’ (lafaz perceraian suami-isteri) telah dilakukan, dia secara rasmi bukan lagi menjadi ahli parti,”

Berikutan kenyataan mengaibkan dari Nik Aziz itu, Nasharudin menyangkal dan menjelaskan "Pas ni ada lebih kurang 1 juta orang ahli, Pas ni bukan milik individu, tidak ada mana-mana individu yang boleh membuka dada menyatakan Pas ni milik dia, dia saja ada hak untuk mentafsir,

"Contohnya boleh menjadi Mursyidul Am orang lain tidak layak contohnya kalau ada orang claim, dia saja yang layak jadi Mursyidul Am, dia saja yang layak jadi Presiden..., tak, Pas ni milik ahli dia 1 juta orang, dia ada dasar dia, ada perlembagaan dan sistem dia sendiri".
Katanya .

Bagaimanpun Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, cara penilaian itu dibuat adalah hak mutlak parti bukan individu dan tidak boleh didedah kepada umum.

"Masih ahli. Orang bercerai pun, bercerai talak satu, talak dua, talak tiga.

"Itu terpulang kepada penilaian kita. Tak berhak kita dedahkan kepada orang penilaian kita sendiri. Bahkan dalam sejarah Pas bukan kali pertama kita pecat," katanya pada sidang media selepas merasmikan Himpunan Perdana Ummah di sebuah hotel dekat ibu negara baru-baru ini.

Video - Isu Fitnah APCO, RM 207 Billion Dan Altantuya Akhirnya Terbongkar

Kejahatan fitnah yang dilakukan oleh parti pembangkang dalam negara ini terhadap pemerintah Islam adalah sangat keterlaluan, namun perkara ini juga disebabkan sikap lembap pemimpin didalam kerajaan untuk menangani fitnah-fitnah ini secara keras dan tegas, ramai pemimpin dalam kerajaan tidak ada masa untuk hal-hal seperti ini kerana sibuk menangani masalah dalam perniagaan atau projek kepentingan peribadi masing-masing.

Biarpun isu-isu ini berjaya dibuktikan dan sudah tidak lagi dimainkan oleh pemimpin pembangkang, namun sejauh mana dapat dipastikan penerimaan rakyat terhadap bukti ini dapat mengatasi jumlah bilangan rakyat yang sebelum itu telah menerima berita fitnah berkenaan.

Ini kerana sebahagian besar rakyat yang terdedah dengan ceramah politik yang dianjurkan oleh pembangkang masih lagi bercakap mengenai hal ini dan seakan tidak mengetahui duduk perkara yang sebenar-benarnya.

Mungkinkah rakyat yang menyokong pembangkang dengan membawa berita fitnah seperti ini merasakan api neraka tidak akan membakar mereka kerana percaya syurga yang telah dijamin oleh Nik Aziz kepada mereka ? Anda Mampu Mengubahnya.
Bersumpah adalah sebahagian dari ajaran Islam, namun bersumpah juga bukan dapat dibuktikan 100peratus orang yang bersumpah itu adalah benar, akan tetapi jauh lagi tidak benar orang yang langsung tidak atau takut untuk bersumpah.

Pusat Lulus Stadium Baru TRW Ganti Stadium Rebana Husam

Stadium baru TRW telah diluluskan dan akan dibina tahun ini juga, jika harapkan kerajaan Pas Kelantan nak bina stadium, janji tinggal janji, batu asas silih berganti...

Video - Tiru Gaya Doa KO BN Jadi Mainan Mat Sabu

Beginilah apa yang dikatakan sebagai hamba yang biadab, penganut Pas yang sesat, doa yang sepatutnya menjadi senjata orang mukmin dan cara untuk bermohon sesuatu daripada Allah tidak lagi diamalkan sebagaimana yang diajar didalam Islam. Pemimpin Pas  sering menyalahgunakan agama demi kepentingan politik mereka.

Namun apa yang harus direnung oleh umat Islam diseluruh tanahair, iaitu adakah kita melihat pemimpin Pas ini benar-benar takut dan bertakwa kepada Allah ? Adakah kita melihat cara Mat Sabu meniru gaya 'doa KO BN' itu menunjukkan beliau seorang pemimpin Islam yang sebenar dan tergolong dikalangan hamba yang diredhai oleh Allah Taala. Anda Mampu Mengubahya.

Nik Aziz Tak Tahu Murid Darjah 4 Dirogol 2 Remaja!

TUMPAT – Seorang murid tahun empat di sebuah sekolah di sini mendakwa dirogol dua remaja lelaki dikenalinya yang merupakan jiran mangsa di Kampung Baru Nelayan di sini, kelmarin.

Kejadian dikatakan bermula ketika mangsa diajak ke rumah salah seorang remaja dan kemudiannya kedua-dua remaja itu merogolnya di dalam bilik tidur.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah Tumpat, Asisten Superintendan Mohd Azmi Mohd Ali berkata, hasil siasatan mendapati mangsa telah dirogol oleh suspek sebanyak tiga kali sejak tahun lepas lagi.

“Kejadian terbaru adalah Sabtu lalu kira-kira jam 1.30 tengah hari di dalam bilik lelaki salah seorang suspek tersebut, manakala dua kejadian lagi berlaku pada tahun lepas.

“Seorang suspek adalah sepupu mangsa dan sepanjang tiga kali dirogol, mangsa diajak ke dalam rumah suspek yang jaraknya lebih kurang 80 meter dari rumah mangsa,” katanya.

Menurutnya, kejadian disedari ibunya apabila mangsa mengadu sakit di dubur dan kemaluan dan berikutan itu satu laporan polis dibuat oleh ibu bapa mangsa apabila mengesyaki anaknya dirogol.

“Susulan laporan itu, kedua-dua suspek tersebut ditahan reman untuk siasatan lanjut.

“Kes ini disiasat di bawah seksyen 377 (C) Kanun Keseksaan,” katanya. 
 
Terdahulu hasrat seorang lelaki, untuk membawa keluarga melancong ke Kelantan bertukar duka, apabila keempat-empat tayar kereta jenis Grand Livina yang diletakkan di tempat parkir berhampiran hotel bajet di sini, dicuri di Jalan Pintu Pong, di sini, pagi kelmarin.

Kejadian menyebabkan pemiliknya, Nor Helmi Mansor, 40 mengalami kerugian RM3,500 dan terpaksa mendapatkan bantuan orang awam untuk mendapatkan tayar ganti.

Menurut rakan mangsa, Sahabuddin Omar, 41, Nor Helmi yang menetap di Negeri Sembilan datang ke Kota Bharu bersama keluarga sempena cuti Tahun Baru Cina.

“Dia yang menyewa di sebuah hotel di kawasan terbabit meninggalkan kereta di kawasan itu dalam keadaan berkunci, namun terkejut selepas bangun kirakira jam 6 pagi dan melihat keempat-empat tayarnya pula yang hilang dicuri.

“Kejadian itu menyebabkan dia trauma dan perancangannya untuk ke Terengganu selepas singgah di Kelantan juga terbantut,” katanya.

Menurut Sahabuddin yang merupakan penduduk tempatan, kawasan berkenaan sering menjadi sasaran pencuri melakukan kegiatan seumpama itu.

“Mungkin dia orang luar, tidak tahu kejadian yang sering berlaku di kawasan itu. Saya harap selepas ini orang ramai lebih berhati-hati dan pihak berkuasa perlu menjalankan pemantauan di kawasan ini bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang,” katanya.

Kumpulan Bersenjata Di Lahad Datu Didalangi Individu Tertentu Bermotifkan Politik

KUALA BERANG - Sekumpulan lelaki bersenjata yang dikaitkan dengan Kesultanan Sulu yang mendarat di persisir pantai Lahad Datu mungkin mendapat sokongan individu tertentu di negara ini dengan bermotifkan politik, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata insiden itu mungkin menjadi helah untuk menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengalami krisis isu keselamatan.

"Saya fikir kumpulan tersebut tidak bertindak sendirian dan terdapat individu tertentu bermotifkan politik di belakang mereka.

"Jangan percaya dengan apa yang ditulis di laman sosial media dan blog pro pembangkang.

"Lelaki-lelaki itu bukan pengganas," kata Ahmad Zahid pada sidang media.

"Kumpulan tersebut dari selatan Filipina dan berketurunan Sulu. Mereka percaya masih mempunyai tuntutan ke atas Sabah.

"Kita berharap agar dapat memujuk mereka untuk meninggalkan negara ini secara aman tanpa mencetuskan pertumpahan darah.

"Kita berharap mereka tidak terpedaya dengan individu yang menggunakan mereka untuk kepentingan politik," tambahnya.

Ahmad Zahid berkata, polis sedang berunding dengan kumpulan tersebut dan berharap rundingan itu akan menemui jalan penyelesaian.

"Negara kita berada dalam keadaan aman damai dan sistem keselamatan kita kukuh. Namun ada pihak yang ingin menggambarkan sebaliknya berlaku," katanya.

Kira-kira 100 lelaki bersenjata mendarat di Lahad Datu baru-baru ini dan mendakwa mereka sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu.

Dalam perkembangan lain, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengecam langkah menahan Senator Australia Nick Xenophon di lapangan terbang di Sepang semalam atas alasan membawa risiko keselamatan.

"Dakwaan ini sama sekali tidak berasas," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam.

Sehubungan itu, Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata, beliau mahu mengingatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau tidak wajar menganggap pelawat sebagai musuh negara hanya disebabkan bersikap kritikal ke atas pentadbiran pimpinan Umno.

"Malaysia bukan milik Umno. Ia milik seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira ideologi politik," katanya lagi.

Anwar juga berkata, meskipun Xenophon ada membangkitkan keprihatinannya berhubung proses Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), tetapi beliau tidak pernah melanggar mana-mana undang-undang bertulis ataupun terlibat dalam aktiviti yang dilihat sebagai ancaman kepada keselamatan.

"Lebih-lebih lagi, beliau akan disertai oleh beberapa ahli Parlimen Australia lain untuk perbincangan dengan kami dan juga dengan pegawai-pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya," katanya lagi.

Dalam pada itu, Presiden Kelab Wartawan Muda Malaysia, Dzulkarnain Taib berkata, pihaknya mengalu-alukan tindakan tegas menahan Xenophon daripada memasuki Malaysia serta menghantar beliau pulang ke negaranya.

Kata beliau, pihaknya menganggap Xenophon adalah seorang pengacau yang cuba masuk campur dalam urusan dalaman negara khususnya berkaitan proses PRU13.

"Kami yakin Senator Xenophon tidak bertindak atas kapasiti peribadi tetapi didalangi serta didokong oleh pihak pembangkang terutamanya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan Bersih. 

"KWMM amat kesal sekali dan mengecam tindakan pembangkang yang berselindung di sebalik perjuangan menegakkan keadilan dan ketelusan sistem pilihan raya di negara ini walhal motif sebenarnya adalah untuk menimbulkan huru hara serta melibatkan campur tangan kuasa asing dalam pentadbiran negara," katanya lagi.

Video - Nik Aziz: "Hei Umno Aku Nok Oyak Ko Mu, Undi Pas Dapat Pahala"

Undi Pas dapat pahala, mudahnyerrr! Menurut Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, semua yang mengundi Pas pasti akan mendapat pahala berdalilkan Pas adalah sebuah parti yang memperjuangkan Islam.

Sejauhmanakah terpakainya mantik yang diberikan oleh Nik Aziz itu, adakah Pas secara keseluruhannya itu langsung tidak terpalit dengan dosa ? Berbeza dengan Islam, sokong Islam dapat pahala adalah paling tepat, oleh itu adakah Pas itu Islam dan Islam itu Pas ?, kerana Islam itu bersifat maksum tanpa kesalahan bahkan panduan bagi setiap kehidupan.

Adakah Pas juga panduan untuk kehidupan ? Surah mana yang menyebut perkataa Pas ini ? Contoh jelas begini, Nasharuddin Mat Isa boleh dipecat daripada Pas, namun apakah beliau juga boleh dipecat dari Islam ? Begitu juga untuk masuk Islam, ianya tidak perlu mendaftar dan membayar yuran keahlian sebagaimana untuk menyertai Pas, cukup saja dengan mengucap dua kalimah syahadah.

Kalau berkenaan dengan Pas mudah jer nak hukum dapat pahala, kalau ya pun nak kata sokong Pas dapat pahala, cuba istihar dulu harta pemimpin-pemimpin Pas kita tengok macam mana, lepas tu baru boleh tahu sokong Pas ni dapat pahala ke dapat apa. Ada brannnnn ? Anda Mampu Mengubahnya.

Video: HUDUD - Kalau Ketua Dewan Ulamak Pas Pun Nganga, Apatah Lagi Pentaksub

Cara penyampaian golongan agamawan adalah penting dan dilihat menjadi faktor utama penerimaan masyarakat terhadap apa yang disampaikannya. Lebih-lebih lagi perkara yang melibatkan hukum yang telah didoktrinkan secara tidak betul oleh puak-puak Khawarij.

Sebagaimana perbahasan di sidang DUN Terengganu seperti rakaman dibawah, cara penjelasan yang berhemah berserta dengan mantik-mantik yang hampir kepada isu terbukti telah diterima baik apabila dipertonton dengarkan kepada pengikut-pengikut Pas.

Ditambah pula dengan kelebihan tercabutnya kopiah Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu merangkap Ketua Dewan Ulama PAS Pusat yang turut terbabit dalam penggubalan Undang-Undang Syariah (termasuk hudud / qisas) di Terengganu dan Kelantan, apatah lagi pencacai bawahan untuk menafikan hujah berkenaan.

Kalau Ketua Dewan Ulamak Pas pun tercabut kopiah dan berkata,

"..... Adapun Hudud ini fardhu kifayah, kewajipan keatas masyarakat seluruhnya, yang mewakili masyarakat itu ialah kerajaan, bila kerajaan tidak melaksanakan hukum ini, semua rakyat berdosa jika sekiranya dia (kerajaan) mampu, saya nak bagitahu itu jer, bukan saya nak berdebat tidak.

Anda Mampu Mengubahnya. 

Kebangkitan Rakyat Menentang Nik Aziz Terletus Di Kelantan

Kegagalan kerajaan Pas yang dipimpin oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam mentadbir negeri Kelantan sepanjang tempoh 23 tahun telah meletuskan satu revolusi kebangkitan rakyat yang tercetus di Kota Bharu petang semalam.

Kebangkitan rakyat tanpa mengira usia keluar berhimpun itu memberi mesej jelas akan keperitan hidup mereka berada dibawah pentadbiran 'retorik' serta menyatakan kesediaan mereka untuk merubah kepada pentadbiran 'Janji Ditepati'.

Situasi kebanjiran lebih 10,000 rakyat Kelantan menolak pentadbiran Pas ini berlaku buat julung kalinya, kerana belum pernah lagi perhimpunan seramai itu dicatatkan dalam sejarah 23 tahun Pas mentadbir negeri tersebut.

Himpunan yang disertai oleh beberapa gerakan  rakyat, antaranya tidak asing lagi yaitu gerakan Tukar serta beberapa NGO yang lain menambahkan lagi kemerahan gelombang yang mendambakan kepada perubahan.
Turut sama 4 kumpulan konvoi melibatkan 1000 buah motosikal dan 100 buah kereta serta 400 orang pemandu teksi dan kereta sewa menyemarakkan lagi semangat kebangkitan rakyat untuk menumbangkan kerajaan retorik Pas Kelantan.

Disamping itu kehadiran Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Dato Seri Mustapa Mohamed disambut baik oleh peserta perhimpunan dan renungan mata mereka memperlihatkan mereka menaruh harapan yang tinggi untuk pemimpin berkenaan membebaskan Kelantan daripada cengkaman rakus pemimpin-pemimpin Pas.

Keterujaan melihat perhimpunan ini berjaya difikirkan ada baiknya jika ia diadakan sekali lagi sebelum PRU 13 dengan menghimpunkan lebih ramai lagi rakyat yang mungkin tidak berkesempatan untuk menyertainya pada petang semalam. Kerjasama daripada Umno bahagian adalah penting untuk memastikan gerakan rakyat ini berterusan dan berketerampilan.

Mungkin jika diadakan sekali lagi tidak mustahil lebih 20,000 rakyat Kelantan dapat dihimpunkan, dengan 1,000 orang dihantar mewakili setiap bahagian, seramai 14,000 orang mampu dikumpulkan dari 14 bahagian. Perubahan takkan berlaku tanpa ia bermula, perubahan hanya berlaku bilamana ia dimulakan oleh ahlinya. Anda Mampu Mengubahnya.

Haron Din: "Saya Akan Pertahankan Kalimah Allah Hingga Akhir Hayat Saya" - Video

Jawapan Timbalan Mursyidul Am Pas Datuk Dr Haron Din dalam isu kalimah Allah untuk digunakan oleh agama lain dilihat lebih tegas berbanding jawapan yang diberikan oleh Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Penegasan yang dibuat oleh Haron Din memperlihatkan tiada sebarang tolak ansur jika membabitkan kepentingan umat Islam, kenyataannya jelas tanpa meletakkan kepentingan politik lebih utama daripada kepentingan Islam.

Namun sangat mendukacitakan apabila Nik Aziz lebih bersifat 'kluk-klek' dalam isu ini demi tidak mengecewakan rakan sekutunya daripada DAP,  Nik Aziz telah meletakkan DAP mengatasi kepentingan Islam, justeru, sebagai umat Islam khasnya penyokong Pas hendaklah sedar dan mengambil tindakan bagi menyedarkan Nik Aziz.

Tidak ada cara lain untuk umat Islam menyedarkan Nik Aziz melainkan dengan cara tidak memberi undi kepada Pas dalam PRU 13 nanti. Hanya cara itu sahaja yang akan menyedarkan Nik Aziz untuk kembali kepangkal jalan diatas dasar perjuangan Islam yang sebenar. Anda Mampu Mengubahnya.

Usia 3 Tahun Dah Dilatih Taksubkan Pas, Macammana Tak Sesat ?

Apa sebenarnya yang ada dalam fikiran orang-orang Pas sehingga mentaksubkan diri sedemikian rupa, anak kecil seawal 3 tahun turut diheret ke kancah pentaksub, alahai betapa menyesalnya mereka jika mereka dibukakan pintu hati dengan benar-benar mengenali Pas dan pimpinannya. Kita tidak nafikan mereka ini ikhlas dalam perjuangan, tapi sayang perjuangan yang mereka dokong tidak sebagaimana tulus yang mereka fikirkan.

Sesungguhnya sedarlah wahai pentaksub-pentaksub Pas bahawa anda sedang disesatkan supaya mengabdikan diri kepada Pas bukannya kepada Allah, anda telah meletakkan Pas begitu tinggi dan agung sekali, sedangkan pemimpin-pemimpin Pas tidak pernah memikirkan akan nasib dan masa depan anda dan anak anda, pemimpin Pas juga tidak pernah menyuruh anak mereka memikul bendera-bendera Pas, cukup masa pemimpin Pas akan menamakan berhektar tanah kepada anak mereka untuk diwariskan, sebaliknya anda hanya mampu mewariskan bendera bersimbol KOSONG yang sedikitpun tindak punyai nilai baik didunia mahupun diakhirat.

Begitulah bezanya perjuangan anda dan perjuangan pemimpin Pas, lihat saja apa yang berlaku kepada arwah Ibrahim Libya dan rakan-rakannya, setelah pemimpin Pas yang licik berjaya memperdaya insan yang jujur dalam berjuang sehingga terkorban, mereka yang licik ini masih hidup sebelum menyonglap pula tabung  balu-balu dan anak yatim pejuang yang gugur itu. Terbelakah nasib waris-waris mangsa Memali ? Berbaloikah mereka mengorbankan nyawa dalam perjuangan mereka dengan apa yang telah Pas lakukan terhadap keluarga mereka ?
Seterusnya, melihatkan gambar Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sedang bersolat sambil diperhatikan oleh sebahagian pengikutnya ini agak kepelikkan dan berada diluar kotak fikir umat Islam seluruh dunia, sesat ke apa mereka ini ? Apa yang hebatnya nak dipandang Nik Aziz tu bersolat kita pun tak tahu, hairan sungguh, macam tak pernah tengok orang bersolat.

Kalau ya pun nak tengok, agak-agaklah, sampai nak ambil gambar ni pasal apa ? atau apakah situasi ini sebenarnya sudah dirancang bagi memperlihatkan suasana lain dari yang lain serta mempublisitikan solat itu bagi menunjukkan yang kononnya Nik Aziz ni alim, hanya Nik Aziz jer yang solat.

Bagi umat Islam yang waras mereka tidak akan melakukan hal itu, sebaliknya akan turut serta bersama Nik Aziz bersolat, namun apakah Nik Aziz pernah tegur pengikutnya yang berkelakuan jahil itu, kita pasti tidak, malah Nik Aziz merasa bangga punyai pengikut sobodoh mereka. Anda Mampu Mengubahnya.

Nik Aziz Salahkan Umno Setelah Pas Tewas Dikawasan Majoriti Melayu

Macam ni punya kes pun termasuk dalam pengkhianatan Umno kepada melayu jugak ke ?, Setiausaha Akhbar Nik Aziz ni fikiran sempit sungguhlah, Umno letak calon bukan Melayu bertanding dikawasan majoriti 80% orang Melayu dengan harapan supaya Pas boleh menang dikawasan tersebut, Umno bagi 'can' kat calon Pas, tapi apakan daya orang Johor tak makan dengan politik jumud, nasiblah.

Kalau Umno letak calon Melayu dikawasan majoriti Melayu memang tiada harapanlah untuk Pas menang, kenapa Pas langsung tak berfikiran positif sebaliknya asyik menyalahkan pihak lain semata-mata, sepatutnya apabila Pas bertanding dikawasan majoriti orang Melayu, dan Umno tidak meletakkan calon Melayu, Pas sepatutnya berusaha untuk menang, apabila Pas gagal untuk menang dikawasan Majoriti orang Melayu, kenapa Umno pula yang dipersalahkannya. Bukankah gila puak-puak Pas ni berfikir...Anda Mampu Mengubahnya.

WAJIB Undi BN ! Memang DAP Bertanding Tak Sampai 50 Kerusi, Tapi...

PRU 13! Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat ? Ada pendapat mengatakan WAJIB undi BN dan HARAM mengundi Pas, namun mungkin ramai yang lebih bersetuju WAJIB undi BN tetapi tidaklah sampai ketahap HARAM untuk mengundi Pas kecuali DAP, dan ianya juga lebih tepat begitu jika dilihat kepada keseluruhan aspek, jangan pula politik melangkaui agama diatas kecetekan berfikir untuk berhukum sesukanya, melainkan pihak yang bertanggungjawab seperti majlis fatwa kebangsaan yang memutuskannya.

Ini penting bagi menjamin kedaulatan Islam terus terpelihara tanpa dikotori dengan agenda politik semata-mata, tidak usah meletakkan diri tergolong didalam golongan puak-puak pelampau yang terlebih lajak daripada laju, untuk berhukum dengan sesuatu hal itu bukan perkara yang mudah, ianya perlu diteliti dalam pelbagai sudut, jangan menjadi seperti Nik Aziz yang popular dengan fatwa ikut suka-sukinya.

Pun begitu ada yang berkata "Bagaimana komunis DAP nak kuasai negara kerana mereka bertanding tak sampai pun 50 kerusi", namun dalam bertanding tak sampai 50 kerusi pun mereka tetap berjaya menghapuskan tulisan jawi pada papantanda kepada tulisan yang dikehendakinya. Itupun negara ini masih dikuasai oleh BN, entah bagaimanapula kalau PR yang menguasai kerajaan dinegara ini.

Kebanyakkan kita umat Islam terlalu memandang rendah serta bersikap acuh tak acuh diatas kewujudan komunis moden yang tak sedar diuntung ini, bahkan bersekongkol dengan mereka sehingga sanggup memecat dan bermusuh dengan orang sendiri, sudah berapa banyak keistimewaan kita diganggu gugat oleh mereka, sedangkan sebelum ini cina-cina MCA sangat menghormati kita dan tidak ada yang dilihat terlalu ketara mencabar keistimewaan kita tidak sebagaimana DAP pada hari ini.

Kebiadapan komunis-komunis DAP ini tidak harus dibiarkan, belum ada lagi mana-mana kaum yang berani biadap menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong, tetapi hari ini kemelampauan komunis ini sudah keterlaluan, ketika cina Gerakan memerintah Pulau Pinang, perkara seperti ini tidak pernah berlaku, tapi sekarang baru dapat sedikit kuasa, dah mula bongkak seperti biawak. Itulah komunis DAP, kenali mereka Anda Mampu Mengubahnya.
Leong Pei Koe



Pas Dalam BN - Tun Mahathir Tanya Nik Aziz Siapa Tipu Siapa

1. Nik Aziz dilapor telah menjelaskan kenapa PAS tidak boleh bersama UMNO dalam usaha untuk menyatupadu orang Melayu. Katanya PAS telah ditipu oleh UMNO semasa PAS berada dalam Barisan Nasional. Bagaimana UMNO menipu PAS tidak dijelaskan dengan terang.

2. Saya berada sebagai menteri dalam kabinet Tun Hussein di waktu mana PAS keluar dari Barisan Nasional. Saya juga ada dalam kabinet Tun Razak bersama Dato Asri Muda dan Hassan Adli semasa PAS menyertai Barisan Nasional.

3. Dato Asri diberi jawatan Menteri Tanah dan Galian. Ini bermakna dia bertanggung jawab terhadap FELDA.

4. Setelah beberapa bulan PAS berada dalam Barisan Nasional ahli-ahli UMNO Johor membuat komplen kepada Tun Razak dalam majlis makan malam dikediaman Tun sempena mesyuarat agong UMNO bahawa Dato Asri giat mempromosikan PAS di kalangan peserta FELDA. Saya berada di sisi Tun pada ketika itu.

5. Secara kebetulan hampir semua peserta FELDA terdiri daripada penyokong kuat UMNO. Selepas Dato Asri bertanggungjawab keatas FELDA, hampir semua peserta FELDA menjadi penyokong kuat PAS dan menolak UMNO.

6. Ahli-ahli UMNO di seluruh negara berpendapat bahawa penyertaan PAS dalam Barisan Nasional tidak menolong Barisan Nasional. Ia hanya untuk memberi peluang kepada PAS mengembangkan pengaruh di kalangan ahli UMNO dan orang Melayu.

7. Di waktu itu timbul sengketa antara Dato Asri sebagai ketua PAS dengan Dato Mohd Nasir yang sebagai Menteri Besar untuk ganti Dato Asri. Dato Mohd Nasir mendakwa dia telah kesan banyak penyelewengan yang dilakukan oleh Dato Asri semasa dia menjadi Menteri Besar Kelantan.

8. Dato Asri cuba menyingkir Dato Mohd Nasir melalui undi tidak percaya. Walaupun kalah Dato Mohd Nasir enggan meletak jawatan.

9. Ramai ahli PAS memihak kepada Dato Mohd Nasir. Mereka mengadakan tunjuk perasaan secara besar-besaran menentang Dato Asri.

10. Kerana PAS berpecah Kerajaan Barisan Nasional Kelantan tidak dapat berfungsi. Darurat terpaksa diisytihar dan seorang pegawai kanan dilantik untuk memangku jawatan Ketua Pentadbir Kelantan.

11. Pada Mac 1978, pilihanraya peringkat negeri diadakan di Kelantan. Dato Mohd Nasir menubuh parti Berjasa yang bertanding melawan PAS. Sokongan kepada Berjasa begitu kuat sehingga ia memenangi 11 kerusi. PAS memenangi hanya 2 kerusi.

12. Perpecahan dalam PAS bukan kerana UMNO tetapi kerana Dato Mohd Nasir mencabar kepimpinan Dato Asri. Kekalahan PAS menyebabkan PAS keluar dari Barisan Nasional. Tidak ada penipuan oleh UMNO.

13. Walau apapun yang terjadi dahulu, jika seruan dibuat supaya berdamai orang Islam disuruh oleh agama Islam supaya menyambut seruan kedamaian dari musuh. Orang Islam disuruh bersatupadu, menganggap semua orang Islam sebagai saudara. Penolakan perpaduan sesama orang Islam tidak menepati ajaran Islam. Janganlah orang Islam menolak usaha menyatupadu untuk memperkuatkan orang Islam dengan membuat tuduhan yang tidak berasas.

Video - Jawapan Kepada "Jika PRU Adil Sudah Lama Kami Ambil Putrajaya"

Jawapan yang diberikan oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berhubung dakwaan pemimpin pembangkang bahawa jika pilihanraya bersih dan adil sudah lama mereka ambil Putrajaya, adalah tepat yaitu bersifat kebudak-budakkan.

"Macam mana kita boleh pasti bagi Kedah, bagi Perak, bagi Selangor kepada pembangkang, yang lain bagi kepada BN, mana kita boleh buat pengundian macam tu, lakukan penyelewengan disetengah negeri, dinegeri lain jangan, lepas tu pulak, dalam parlimen, 140 kerusi tu menang, yang 82 kita aturkan bagi pembangkang menang, mana boleh buat macam tu, ini rakyat punya hak, dia nak pilih siapa yang dia mahu".

Semalam Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menyatakan akan berlakunya 'arab spring' sekiranya pilihanraya tidak bersih dan adil, kenyataan seperti itu sering diucapkan oleh Mat Sabu ekoran 'badi' bersama Normah diatas tilam 'spring' didalam bilik bernombor 121 di Hotel Perdana sukar untuk dilupakannya.

Mungkin itulah kenangan manis sepanjang hidup Mat Sabu diatas 'tilam spring' sehingga Mat Sabu terlalu sensitif dengan perkataan spring dan mencuba sedaya upaya untuk menikmati walau apa juga 'spring'. Anda Mampu Mengubahnya.

Video - Formula Nik Aziz Tadbir Kelantan Gerenti Licin Sebelum Merempat

Gambaran terkini rakaman dari udara yang berlaku di Ulu Kelantan pada paparan video dibawah menyaksikan dimana rimbunan hutan terus membotak ekoran dicukur rakus oleh pemimpin Pas Kelantan yang mentadbir negeri ini secara jumud dan tidak reti.

Sampai bilakah rakyat Kelantan ingin membiarkan perkara ini akan terus berlaku, sudah tiba masanya untuk rakyat membersihkan keladak pemerintahan Pas selama 23 tahun dengan membuat perubahan pada pilihanraya umum ke 13 tidak lama lagi.

Cukuplah rakyat Kelantan tertipu dengan helah-helah jumud pemimpin Pas, sedangkan kita sebagai rakyat menderita kais pagi makan pagi, akan tetapi pemimpin Pas terus mencipta kekayaan peribadi, keluarga dan kroni, dimana Islamnya jika balak ditarah licin tapi rakyat masih ramai yang miskin.

Sedarlah pemimpin Pas terus menipu rakyat dengan mendakwa, "Tujuan UmnoBN bersungguh sangat nak rampas Kelantan daripada Pas adalah disebabkan negeri Kelantan punyai kekayaan hasil bumi diantaranya seperti telaga minyak, kalau dapat kat Umno habislah Kelantan, pemimpin UmnoBN akan jual segala-galanya, semua dapat kat cina, kita orang melayu akan merempat".

Diatas sebab itu juga pelbagai dongeng direkayasa, sampaikan penemuan harta karun dan telaga minyak turut mendapat tempat dalam usaha Pas memperbodohkan rakyat. Justeru rakyat menjadi takut dengan dongengan jumud itu akan dijual kepada cina, maka berpusu-pusulah rakyat menyokong Pas, pada masa sama mungkin rakyat Kelantan lupa untuk bertanya siapakah yang membotakkan hutan sebagaimana paparan video dibawah, bukankah tauke-tauke cina jua yang membotakkannya. Anda Mampu Mengubahnya.

Nasharuddin Ingatkan Nik Aziz, Pas Bukan Hak Milik Mursyidul Am

Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang dipecat daripada menganggotai Dewan Syura Ulama Pas minggu lalu memberi peringatan berbentuk sindiran kepada pemimpin tertentu yang selama ini menguasai Pas secara peribadi.

Menurut beliau, Pas bukan hak individu dan tidak seharusnya ditentukan oleh seorang individu didalam apa jua keputusan bersabit parti itu.

"Pas ni ada lebih kurang 1 juta orang ahli, Pas ni bukan milik individu, tidak ada mana-mana individu yang boleh membuka dada menyatakan Pas ni milik dia, dia saja ada hak untuk mentafsir,

"Contohnya boleh menjadi Mursyidul Am orang lain tidak layak contohnya kalau ada orang claim, dia saja yang layak jadi Mursyidul Am, dia saja yang layak jadi Presiden..., tak, Pas ni milik ahli dia 1 juta orang, dia ada dasar dia, ada perlembagaan dan sistem dia sendiri". Katanya .

Pada masa sama Nasharuddin turut menyangkal dakwaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dimana pengguguran dari Dewan Syura Ulama Pas itu menyebabkan keahlian beliau didalam Pas juga dengan sendirinya turut terpecat, sedangkan beliau difahamkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang bahawa beliau masih lagi menjadi ahli Pas.

Terdahulu Nik Aziz dipetik sebagai berkata, “Tidak penting sama ada dia (Nasharuddin) telah menerima atau tidak surat dari Majlis Syura memaklumkan dia sudah dipecat atau menunggu jawapan mengenai status keahliannya, hakikatnya apabila ‘lafaz cerai’ (lafaz perceraian suami-isteri) telah dilakukan, dia secara rasmi bukan lagi menjadi ahli parti,”

Justeru umum sememangnya sudah mengjangkakan kenyataan Nasharuddin itu sebenarnya ditujukan khas kepada Nik Aziz, kerana hanya Nik Aziz saja yang dilihat sering menjadikan sesuatu platform itu milik dirinya, sikap Nik Aziz yang suka memutuskan sesuatu perkara berlandaskan nafsunya tidak hanya berlaku didalam parti semata-mata, bahkan ia turut berlaku terhadap perkara ghaib yang berada dalam pengetahuan Allah Taala seperti syurga, neraka, dosa dan pahala.

Jika urusan Allah pun Nik Aziz berani mengcampurinya, apalah sangat dengan urusan parti, maka tidak hairanlah kalau September tahun lalu Nik Aziz dikatakan awal meninggalkan mesyuarat Majlis Syura kerana tidak berpuas hati setelah mendapati agenda mesyuarat itu langsung tidak menyentuh isu Nasharudin, sedangkan pada 31 Ogos sebelumnya Nik Aziz telah dikunjungi oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan desas-desus mengatakan Anwar telah mengarahkan Nik Aziz supaya memastikan usaha menyingkirkan Nasharudin juga mula kedengaran ketika itu.

Selain itu, Nik Aziz juga suka menentukan amalan seseorang manusia samada ianya diterima ataupun sebaliknya, menghukum dan berfatwa dengan segala macam mengenai hukum hakam didalam Islam sudah menjadi rutin, sehinggakan mendakwa orang-orang Umno sebagai kafir dan amal ibadat orang Umno tidak diterima oleh Allah Taala.

Dengan sikap biadap lagi angkuh sedemikian rupa, layakkah Nik Aziz untuk dipanggil sebagai ulamak ? Tidakkah sesat lagi menyesatkan jika umat Islam terus terpedaya dan mempercayai tindak tanduk Nik Aziz itu adalah sebahagian daripada kerja Nabi, kerana Nik Aziz juga sering mendakwa beliau menyambung kerja nabi walaupun jelas beliau bukan menyambung kerja Nabi, sebaliknya Nik Aziz lebih kepada menyambung Firaun. Anda Mampu Mengubahnya.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...