Showing posts with label tukar. Show all posts
Showing posts with label tukar. Show all posts

Kebangkitan Rakyat Menentang Nik Aziz Terletus Di Kelantan

Kegagalan kerajaan Pas yang dipimpin oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam mentadbir negeri Kelantan sepanjang tempoh 23 tahun telah meletuskan satu revolusi kebangkitan rakyat yang tercetus di Kota Bharu petang semalam.

Kebangkitan rakyat tanpa mengira usia keluar berhimpun itu memberi mesej jelas akan keperitan hidup mereka berada dibawah pentadbiran 'retorik' serta menyatakan kesediaan mereka untuk merubah kepada pentadbiran 'Janji Ditepati'.

Situasi kebanjiran lebih 10,000 rakyat Kelantan menolak pentadbiran Pas ini berlaku buat julung kalinya, kerana belum pernah lagi perhimpunan seramai itu dicatatkan dalam sejarah 23 tahun Pas mentadbir negeri tersebut.

Himpunan yang disertai oleh beberapa gerakan  rakyat, antaranya tidak asing lagi yaitu gerakan Tukar serta beberapa NGO yang lain menambahkan lagi kemerahan gelombang yang mendambakan kepada perubahan.
Turut sama 4 kumpulan konvoi melibatkan 1000 buah motosikal dan 100 buah kereta serta 400 orang pemandu teksi dan kereta sewa menyemarakkan lagi semangat kebangkitan rakyat untuk menumbangkan kerajaan retorik Pas Kelantan.

Disamping itu kehadiran Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Dato Seri Mustapa Mohamed disambut baik oleh peserta perhimpunan dan renungan mata mereka memperlihatkan mereka menaruh harapan yang tinggi untuk pemimpin berkenaan membebaskan Kelantan daripada cengkaman rakus pemimpin-pemimpin Pas.

Keterujaan melihat perhimpunan ini berjaya difikirkan ada baiknya jika ia diadakan sekali lagi sebelum PRU 13 dengan menghimpunkan lebih ramai lagi rakyat yang mungkin tidak berkesempatan untuk menyertainya pada petang semalam. Kerjasama daripada Umno bahagian adalah penting untuk memastikan gerakan rakyat ini berterusan dan berketerampilan.

Mungkin jika diadakan sekali lagi tidak mustahil lebih 20,000 rakyat Kelantan dapat dihimpunkan, dengan 1,000 orang dihantar mewakili setiap bahagian, seramai 14,000 orang mampu dikumpulkan dari 14 bahagian. Perubahan takkan berlaku tanpa ia bermula, perubahan hanya berlaku bilamana ia dimulakan oleh ahlinya. Anda Mampu Mengubahnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...