Showing posts with label nik aziz. Show all posts
Showing posts with label nik aziz. Show all posts

Nik Aziz: "Selagi Saya Hidup Saya Tak Benarkan Pas Dan Umno Bersatu"

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas  Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak akan membenarkan sebarang usaha ke arah penyatuan PAS dan Umno selagi beliau masih hidup.

Menurut bekas Menteri Besar Kelantan itu, Pas adalah milik semua ahlinya dan sebarang tindakan atau keputusan yang dibuat perlu mendapat persetujuan daripada semua ahli khususnya melalui muktamar.

“Tidak boleh sesiapapun mengatur usaha untuk mengadakan kerjasama antara Pas dan Umno apa lagi secara senyap-senyap, parti ini terbuka kepada orang ramai dan milik ahli.

“Saya tidak bagi, selagi saya masih hidup saya tidak akan benarkan usaha untuk menjalin kerjasama Pas dan Umno dilakukan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Harakahdaily semalam.

Nik Aziz berkata Umno sejak awal lagi menolak dasar Islam sebagaimana yang diperjuangkan oleh Pas.

Tambahnya, selain persoalan dasar parti, banyak lagi perkara yang perlu dikaji terhadap kesilapan Umno dalam perjuangan mereka.

“Untuk itu tidak ada sebab kita ingin bersama mereka dan saya peringatkan pada yang lain jangan ada usaha ini,” ujarnya lagi.

'Apo nak dikato, ambo tak terkato-kato'

14 Lot Tanah PMBK Atas Nama Nik Aziz Akhirnya Dihadiahkan Terus Kepada Nik Aziz ?

Bulan lalu kita digemparkan dengan isu pemilikkan tanah oleh bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum pihaknya menafikan pemilikkan itu dan mendakwa Nik Aziz hanyalah sebagai pemegang amanah kepada 14 keping tanah yang bernilai jutaan ringgit itu.

Oleh kerana Nik Aziz disebut sebagai Ulamak agung, maka sangat tidak wajar ia memiliki tanah sebanyak itu dan kita percaya akan penjelasan pihaknya yang mengatakan tanah-tanah itu sebenarnya kepunyaan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Diatas sebab itu juga rakyat Kelantan khasnya ternanti-nanti akan pengumuman pindah milik tanah-tanah tersebut kepada PMBK ataupun Menteri Besar yang baru Datuk Ahmad Yaakob, adakah proses pindah milik itu sudah dilakukan memandangkan Nik Aziz sudah tidak lagi memegang jawatan sebagai MB Kelantan dan sudah tentu kelayakkannya sebagai pemegang amanah juga sudah tidak terpakai.

Kita juga khuatir diatas faktor usia yang sering menyanyukkan, perpindahan milik ini tidak dibuat oleh Nik Aziz, dan MB baru pula agak segan untuk mengusulkan perkara itu kepada Nik Aziz, dan akhirnya akan berlaku kerumitan sekiranya sekali lagi isu ini ditimbulkan dan sudah pasti Umno jugalah yang akan dipersalahkan.

Justeru pihak kerajaan Pas Kelantan perlu tampil menjelaskan perkara berkenaan supaya ia tidak terus menjadi tanda tanya berkaitan pemilikkan tanah tersebut, sebagai sebuah kerajaan yang kononnya Islam, perlihatkanlah ketelusan kerajaan anda itu jika benar ianya telus. Lebih telus lagi jika PMBK mengumumkan 14 keping tanah itu dihadiahkan kepada Nik Aziz sebagai tanda penghargaan terhadap jasa-jasa Nik Aziz selama mentadbir negeri Kelantan. Ada Brannnn!!! Anda Mampu Mengubahnya.

Jawapan dan persoalan isu itu sebelum ini klik

Melayu Kelate jange mudoh lupo!

TMB Kelantan Dah Mula Angkuh: Tidak Ada Nik Aziz Pun Pas Boleh Bertahan - Video

TOK BALI - Sokongan kepada Pas tidak terjejas walaupun bekas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melepaskan semua jawatan kerana faktor usia dan kesihatan tidak mengizinkan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, sokongan rakyat kepada Pas kerana dasar Islam bukannya disebabkan individu tertentu.

Katanya, Pas mendapat kekuatan daripada penyokong yang istiqamah dalam memperjuangkan Islam.

“Kewujudan Tok Guru (Nik Abdul Aziz) sebagai penambah kekuatan Pas, beliau tak ada pun Pas boleh bertahan selagi penyokong kekal di atas dasar Islam. katanya ketika menghadiri Majlis Kesyukuran Kejayaan Pas di Kelantan, di kediaman Ketua Penyelaras Tugas-tugas Khas Badan Perhubungan Pas Kelantan, Fauzwi Ismail di Kampung Pak Mayong dekat sini, semalam.

Ibarat tanah kubur masih merah, namun Nik Amar sudah angkuh berbicara, patutnya saat-saat begini hanya ucapan-ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Nik Aziz sahaja yang perlu keluar dari mulutnya dan bukan menafikan sumbangan serta kekuatan yang ada pada Nik Aziz.

Mengapa begitu cepat Nik Amar mengzahirkan perasaan itu kepada kewujudan Nik Aziz didalam Pas, ? benarkah tanpa batang tubuh Nik Aziz Pas mampu untuk bertahan di Kelantan ? Begitu rendah sekali tahap Nik Aziz diletakkan oleh Nik Amar, umpama baik ada dari tiada adalah menunjukkan kewujudan Nik Aziz tidak begitu penting kepada Pas, dan jika itulah balasan dari pemimpin yang mengaku memperjuangkan Islam terhadap jasa-jasa bekas ketuanya, apalah ada pada seorang rakyat biasa.

"Sokongan rakyat kepada Pas kerana dasar Islam bukannya disebabkan individu tertentu", kenyataan penyedap sebegitu sungguh pedih bagi penyokong Pas dan seolah-olah menafikan air mata Nik Aziz yang digantung dimerata-rata tempat, tiada gunalah Nik Aziz mempamerkan zuhudnya kepada umum dengan menjilat pinggan dsbnya selama ini.

Ada baiknya jika Nik Amar tidak bersifat angkuh sekaligus mengakui sepenuhnya akan kekuatan Nik Aziz kepada Pas, kemudian merendah diri dengan mengajak semua penyokong Pas untuk bersama-sama membantu menyambung perjuangan Nik Aziz jika mereka sayangkan Nik Aziz. Kerana Pas sudah terlalu sukar untuk mencari pemimpin seperti Nik Aziz, ketiadaan Nik Aziz umpama Pas kehilangan permata yang paling berharga yang tidak ada nilainya kerana sudah nyanyuk, kahkahkah.

Penyokong-penyokong Pas harus mengajar Nik Amar supaya beliau tahu langit ini tinggi mahupun rendah, menafikan hakikat seorang tokoh agung Pas merupakan satu penghinaan yang amat dasyat kepada seluruh penyokong Pas yang memberi maksud pemimpin yang diagungkan selama ini tidaklah indah sebagaimana khabarnya.

Penyokong Pas juga harus celik dan sedar apa yang berlaku didalam Pas itu sendiri, antaranya dengan melihat permainan Husam menjatuhkan Nik Aziz sebelum ini telah mendapat ganjaran apabila namanya tidak termasuk dalam senarai barisan Exco yang dipegangnya selama 3 penggal, kalau hanya nak mengharapkan yang terang bersuluh dan tak reti menterjemah akan yang kabur, butalah selamanya.

Begitulah apa yang dapat disaksikan dalam klipvideo dibawah, tanpa meminta izin, Husam menjadikan Nik Aziz sebagai tunggul, sikap sengaja tidak beradab Husam begitu disenangi oleh Nik Amar, perhatikan riak wajah Nik Amar, adakah Nik Amar khusyuk mendengar penjelasan Husam ataupun Nik Amar sedang mengelamun kerana peluangnya untuk jadi MB semakin cerah. Kahkahkah. Anda Mampu mengubahnya.

Kalau Nik Aziz masih MB, agaknya berani tak Nik Amar nak cakap seperti itu

Video - Nik Aziz: "Saya Akan Ludah Muka Orang Itu"

Kota Bharu - Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang baru saja melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar Kelantan dilaporkan akan meludah muka sesiapa yang datang bertemu dengan beliau untuk berbincang mengenai perpaduan Melayu dan Islam.

"Sikit lagi boleh jadi ada Umno datang tunduk nak cari Pas pulak tu,...Saya akan ludah muka orang tu". Katanya ketika menjawab soalan media berhubung penyatuan orang Melayu.

Menurut Nik Aziz, tidak ada cara lain untuk Umno boleh bergabung dengan Pas melainkan Umno mesti buang dasar Kebangsaan dan terima dasar Islam.

Terdahulu, ketika ditanya kenapa nama Datuk Husam Musa tidak disenaraikan dalam barisan Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Nik Aziz enggan mengulas dan berkata "Itu bukan kerja saya".
Sukar untuk Melayu bersatu, jika masih ramai kaki kencing yang tidak ada hati perut dengan hidup senang diatas kesusahan orang lain. Nasib pejuang Melayu Umno selepas PRU 13 ??? Sadis... !!!

Ahmad Yaakob MB Kelantan, Nik Amar Timbalan, Husam Tak Tersenarai Dalam Exco, Harakah Memboikot

KOTA BHARU - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melepaskan jawatan sebagai menteri besar Kelantan atas permintaannya sendiri dan mendapat restu kepimpinan Pas Pusat.

Menteri Besar Kelantan yang baru, Datuk Ahmad Yakob berkata Nik Abdul Aziz, 82, yang juga Mursyidul Am Pas membuat keputusan melepaskan jawatan yang disandangnya selama 23 tahun sejak 1990 itu atas faktor usia dan kesihatannya yang sering uzur.

"Bukan sahaja rakyat Kelantan, saya sendiri terkejut tetapi ini permintaan Tok Guru (Nik Abdul Aziz) dan direstui pimpinan Pas Pusat," katanya kepada pemberita selepas selesai mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan.

Pada istiadat itu juga, Anggota Dewan Undangan Negeri (Dun) Panchor Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah mengangkat sumpah sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan manakala sembilan anggota Dun mengangkat sumpah sebagai anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

Ahmad, 63, yang juga anggota Dun Pasir Pekan, berkata beliau bersama barisan Exconya akan cuba mentadbir negeri ini sebaiknya bagi memenuhi kehendak rakyat termasuk golongan muda.

Ahmad juga berterima kasih kepada Nik Abdul Aziz yang memberi kepercayaan kepadanya dan berharap beliau akan terus memberi bimbingan kepadanya.

Majlis pelantikan dan angkat sumpah diadakan di hadapan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V di Istana Negeri.

Dalam perkembangan sama sembilan ahli mesyuarat kerajaan negeri turut mengangkat sumpah termasuk tiga muka baru.

Antara nama baru yang juga ahli baru ialah Adun Demit, Mumtaz Md Nawi, Adun Bunut Payong,  Dr Ramli Mamat dan Adun Pengkalan Pasir Hanifa Ahmad serta bekas Speaker Dun, Nasuruddin Daud.

Selain itu, Datuk Anuar Tan Abdullah, Datuk Mejar (B) Md Anizam Abd Rahman;Datuk Fatah Mahmood, Datuk Che Abdullah Mat Nawi dan Datuk Dr Fadzli Hassan dikekalkan. Pada pilihan raya umum ke-13 semalam, Pas menguasai 32 kerusi Dun berbanding Barisan Nasional (BN) yang menang 12 kerusi manakala PKR satu kerusi.

Namun agak memeranjatkan apabila Harakah selaku lidah rasmi Pas tidak membuat liputan akan peralihan jawatan orang terpenting ini, sedangkan semalam Nik Aziz yang sedang tidur pun turut diberitakan oleh Harakah dalam usaha merendahkan kemampuan Nik Aziz.

Apa makna semuanya ini, siapa yang kuasai Harakah ? adakah timbulnya isu tidak puashati dikalangan pemimpin Pas Kelantan khasnya Datuk Husam Musa, kerana nama Husam selaku orang paling kuat merancang dan berjanji tidak tersenarai dalam ahli mesyuarat kerajaan negeri.

Habislah macam ni! bagaimana dengan lebuhraya rakyat, nanti Husam merajuk tak nak sambungkan janjinya itu susahlah, apapun sebelum Husam nak merajuk tu pastikan duit derma tabung lebuhraya rakyat itu diistihar dan diserahkan, lepas tu merajuklah kalau nak merajuk pun. Anda Mampu Mengubahnya.

SU Akhbar Nik Aziz Mohon Nik Aziz Diwafatkan Dan Lepaskan Jawatan Kerana Sudah Terlalu Lama

Akhirnya Menteri Besar kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan melepaskan jawatannya itu kepada Timbalannya Datuk Ahmad Yakcop, dan keputusan Nik Aziz melepaskan jawatan itu dialu-alukan oleh banyak pihak termasuk Setiausaha Akhbarnya Ahmaf Fadhli Shaari.

Bagaimanapun keadaan ini belum dapat disahkan, namun kenyataan yang dibuat oleh Ahmad Fadhli di page Facebook Nik Aziz memperkukuhkan lagi berita berkenaan, mungkin ramai pemimpin Pas berharap Nik Aziz juga akan diwafatkan selepas 23 tahun mentadbir Kelantan. 

Sungguh menyedihkan apabila Setiausaha Akhbar Nik Aziz itu seolah-olah mengharapkan kematian bosnya selepas 23 tahun mentadbir Kelantan dengan berselindung dibalik dalih kewafatan Rasulullah.

Jika sikap pelapis yang ditinggalkan Nik Aziz ini bersikap 'gila kuasa' dengan mengalu-alukan Nik Aziz melepaskan jawatannya dengan tidak sedikitpun mengambil hati untuk menghalang, apalah yang akan berlaku selepas ini.

Bukankah lebih baik kiranya Ahmad Fadhli memohon ketuanya dipanjangkan umur supaya dapat meneruskan legasi pemerintahan yang dibawa oleh Nik Aziz itu, namun itulah politik, niat yang tersirat dihati dilapikkan dengan apa yang berlaku kepada Rasulullah untuk ianya dilihat sebagai baik. Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi mengenainya. Anda Mampu Mengubahnya.

Kalau Ahmad Fadhli ni suka kat Nik Aziz,  dia tidak akan gunakan kewafatan Rasulullah selama 23 tahun berdakwah itu sebagai asas kepada pengunduran Nik Aziz, mungkin dia akan kata masa 23 tahun itu cukup hanya kepada Rasulullah tidak kepada manusia biasa seperti Nik Aziz.

Video - 60 Dalil Kepada Nik Aziz Kenapa Rakyat Kelantan Tolak Pas

Marilah sama-sama kita fikir masa depan kita bersama, apakah kehidupan kita akan lebih baik dengan apa yang ada hari ini atau ianya lebih baik jika kita berhasrat untuk merubahnya. Dengan hanya kita keluar mengundi dan memangkah kertas berlogo DACING, kita bakal menikmati 57 rahmat yang kebanyakkan besarnya tidak pernah kita kecapi selama ini.

Kenapa kita ingin memilih jalan yang susah dan buruk sedangkan jalan yang mudah dan baik itu tersedia untuk kita, kenapa kita perlu menanggung beban kepayahan demi semata-mata untuk menyenangkan pemimpin Pas yang sedia senang itu. Apa lebihnya pemimpin Pas ni ? Acu royak mari ambo nok dengar !!!

Ambo tidok payoh kalu pemimpin Pas ni benar-benar jujur dan tidak menipu rakyat, tapi permainan pemimpin Pas ni duk dale kocek ambo jah hok sengoti pun. Ambik so bendo mudoh jah, hok unde-unde Islam pun tak larang undang-undang tak Islam pun tak larang, try suruh pemimpin Pas ni istihar harta masing-masing kito nok tengok, jolo ko dok hok dio duk kato Islam dan puok dio ni miskin xdok harto selamo ni.

Jange kecep banyok, bendo xpayoh, kalu benar buat hok Islam suruh bakpo takut ? istihar harto marilah kito nok tengok isle setaghomano ?, lepas istihar kalu jolo sengoti hok demo duk oyak selamo ni, ambo xteragok-agok dan WAJIB ambo dan keluargo ambo akan sokong dan undi Pas, kalu dok gak katok mapuh hidup kelik pun ambo xpakoh. 

Xsoh duk pelawok lah weh, kalu dan puok demo duk gege gegok berebut calon gak puok demo nok oyak xdok harto, demo nok jadi calon sangat tu kes nak buat hartolah tu, try buka Al-Quran dan Hadis etep tengok keh, xtehenyo puok demo nop ko harto bendo sajo, tapi puok demo xpandai nok cari, hok reti nyoh jual nga gadai, mapuhlah gini gak. Bo Lah Weh. Anda Mampu Mengubahnya.

Perkara pokok dari Ikrar Dato' Pa
1. Tidak Akan Sesekali Mewujudkan Lesen Judi.
2. Tidak Sesekali Meluluskan Lesen Arak Selain Dari Yang Diluluskan Oleh Kerajaan Pas Sebelum Ini.
3. Tidak Akan Sesekali Meluluskan Lesen-Lesen Pusat Hiburan.
(Pendek kato, bare hok ni kekal supo sekalo, xdok TUKAR apo)

Pembangunan Asas Dan Merealitikan Impian Rakyat
4. Pembinaan Lebuhraya Kuala Krai - Kota Bharu.
5. Stadium Baru.
6. Kampus Bandar (Uitm) Yang Boleh Memuatkan 5,000 Pelajar.
7. Membina Masjid Ikon Bernilai Rm50 Juta.
8. Menyelesaikan Masalah Air Dalam Tempoh 5 Tahun.
9. Beri Tanah Kepada Rakyat Kelantan Yang Layak.
10. Mewujudkan Sistem Pengankutan Rapid Kota Bharu.
11. Membina 1 Juta Rumah Mampu Milik.

Sumbangan Kepada Masjid, Surau, Balaisah Dan Pondok
12. Geran Penyelenggaraan Naik Taraf Masjid, Surau Dan Lalaisah.
13. Menaikan Gaji / Elaun Imam, Bilal Dan Siak.
14. Pemberian One-Off Sebanyak Rm1,000 Kepada Imam Balaisah.
15. Pembayaran Elaun Kepada Guru-Guru Al-Quran Di Kampung-Kampung.
16. Menaik Taraf Sekolah Pondok.
17. Elaun Tetap Kepada Guru-Guru Sekolah Pondok.
18. Menyediakan Bantuan Kewangan Kepada Sekolah Agama Rakyat/Pondok.

Peluang Kepada Warga Kelantan Menunaikan Ibadat Haji
19. Ibadat Haji Pertama Secara Percuma Kepada Semua Imam, Bilal, Siak Masjid, Surau Dan Balaisah.
20. Ibadat Haji Percuma Kepada Warga Tua Yang Belum Berkemampuan Menunaikan Haji.
21. Bantuan Ibadat Haji Percuma Kepada Para Hafiz.
22. Bantuan Ibadat Haji Percuma Kepada Pelajar-Pelajar Pondok Terpilih.

Program Perumahan Untuk Rakyat
23. 1,000 Unit Rumah Mampu Milik / Mesra Rakyat Bagi Setiap Parlimen.
24. Program Perumahan Untuk Rakyat Termiskin Dan Golongan Berpendapatan Rendah.
25. Bantuan Baik Pulih Rumah Sehingga 10,000.

Sumbangan Kematian / Malapetaka
26. Sumbangan Kematian Rm1,000.
27. Bantuan Bencana Sehingga Rm5,000.
28. Bantuan Kemalangan / Kematian Tragis Rm5,000.
29. Tabung Penyakit Kronik Rm 30 Juta.

Sumbangan Kepada Golongan Belia
30. Hadiah Wang Tunai Bernilai Rm2,000 Kepada Perkahwinan Pertama Kepada Yang Berpendapatan Kurang Rm1,500
31. Sumbangan Setiap Kelahiran Cahaya Mata Sebanyak Rm100.
32. Peluang Pekerjaan Sebanyak 30,000 Dalam Tempoh 5 Tahun.
33.Dana Khas Bantuan Modal Untuk Belia Dan Beliawanis Untuk Memulakan Perniagaan.

Bantuan Kepada Golongan Kurang Bernasib Baik
34. Bantuan Ibu Tunggal Rm1,500.
35. Bantuan Anak Yatim Rm300.
36. Bantuan Oku Rm1,500.
37. Bantuan Warga Emas Rm1,500.

Sumbangan Kepada Pelajar Melanjutkan Pelajaran Di Ipt Dan Pelajar Cemerlang
38. Ijazah Pertama Rm1,500.
39. Diploma Rm1,000
40. Matrikulasi / Pra Universiti / Tingakatan 6 Rm800.
41. Sumbangan Kepada Pelajar-Pelajar Cemerlang Upsr, Spm, Smu, Stpm & Stu.

Kemudahan Dan Bantuan Kepada Golongan Peniaga
42. Menyediakan Tapak Pasar Malam Yang Tetap Di Setiap Dun.
43. Membina Grand Bazar Di Kota Bharu.
44. Mengadakan Kawasan Perniagaan Uptown Kota Bharu.
45. Bantuan Motosikal Roda Tiga Kepada Penjaja.
46. Menyediakan Kiosk Yang Lebih Tersusun Untuk Belia Berniaga.

Hapuskira Tunggakan Cukai Dan Sama
47. Hapus Kira Tunggakan Cukai Hasil Tanah.
48. Hapus Kira Tunggakan Bil Air Aksb.
49. Hapus Kira Tunggakan Saman Parking Pbt.
50. Hapus Kira Tunggakan Cukai Pintu.
51. Tiada Bayaran Lesen Sampan Bagi Nelayan Pantai.

Geran Kepada Ngo
52. Geran Tahunan Kepada Ngo Yang Diiktiraf Sebanyak Rm20 Juta Setahun.

Kemudahan Asas
53. Meningkatkan Kemudahan Prasarana Pelabuhan Tok Bali, Hub Pemprosesan Hasil Laut & Membina Pusat Membina Dan Membaiki Kapal.
54. Menaik Taraf Jalan-Jalan Dalam Bandar Utama.
55. Menaik Taraf Bandar-Bandar Utama Termasuk Mewujudkan Bandar Satelit Kota Bharu Di Kok Lanas.
56. Melaksanakan Projek Tebatan Banjir Sungai Golok Dan Sungai Kelantan.
57. Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Dinaik Taraf Menjadi Hub Penerbangan Pintu Masuk Ke Wilayah Serantau.

Hok Ambo tamboh sendiri
58. Pas terbukti gagal selama 23 tahun perintah Kelantan bagi menyediakan keperluan diatas.
59. Selain gagal Pas juga sentiasa memberi alasan lapuk sampai sekarang yaitu 'Semua salah Umno'
60. Hudud - Janji tinggal janji

Video - PAS - Pahala Atau Spender: Nik Aziz Fatwa Lain Adun Kelaboran Fatwa Lain

Persoalnnya ialah PAS, yaitu Pahala Atau Spender, sebabnya bila dikatakan politik suku agama suku, Nik Aziz kata fahaman itu sesat bahkan syirik, namun bila ada bilal yang menyokong Umno, pemimpin Pas kata sepatutnya pegawai Kerajaan dan bilal masjid tidak terlibat dengan politik.

Yang mana satu betul ni ? Atau puak ni jenis main tabur jer ni, berfatwa sesuka-sukanya, agama digunakan untuk keuntungan politik semata-mata, habis orang-orang kampung diperbodohkan pemimpin Pas, asal orang lain buat semua tak betul, yang Pas buat pulak semua halal walaupun hanya berspender. Anda Mampu Mengubahnya.

Video - Nik Aziz Tak Tahu! Jam 2.30 Pagi, Ingatkan Puak Pas Duk Bermunajat, Rupanya Duk Melalak

Budaya menyusahkan rakyat tiada berpisah dengan Pas di Kelantan, amalan politik yang tidak bertamadun berterusan diamalkan tanpa mengira waktu siang dan malam, kebodohan dan politik bertaraf longkang dengan menyalak dan membunyikan hon ditengah jalanraya sehingga jam 3 pagi bukan dari ajaran Islam, kerana ia cukup menganggu, dan kerja seperti ini hanyalah dilakukan oleh jahiliyyah yang jahil tanpa ada taranya.

Menyedari akan ajaran Islam yang melarang perbuatan itu, Pengerusi BN Negeri Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamad dan pimpinannya awal-awal lagi bersepakat  mengHARAMkan semua penyokong dan jenteranya dari melakukan sebarang aktiviti konvoi melebihi jam 12 tengah malam kerana ia boleh menggangu orang lain yang sedang tidur.

Justeru, suka kita ingatkan kepada seluruh rakyat di Kelantan khasnya di kawasan Kota Bharu, dimana kesemua gangguan melebihi jam 12 malam dari aktiviti tidak berfaedah itu adalah datangnya daripada penyokong-penyokong Pas yang mungkin berkonvoi setelah difatwakan mendapat pahala oleh Mursyidul Am Pas.

Kerana kita difahamkan sekarang ini penduduk di sekitar Kota Bharu setiap hari menyumpah seranah dengan gangguan itu, anak-anak kecil terjaga dan menangis setiap malam, mereka tertanya-tanya kumpulan dari parti 'bengong' mana yang tak reti bahasa itu, jadi mulai saat ini jangan tertanya-tanya lagi, sumpah direct kepada parti bulan itu. Kerana merekalah yang menggangu kehidupan anda diakhir-akhir ini.

Entahlah apa nak jadi dengan penyokong Pas ni, setiap malam duk berarak, agak-agak kalau tak berlarak kalah ke Pas di Kelantan ni ? Kalau ya pun tahu nak kalah, ikhtiarlah dengan cara yang diajar oleh Islam, banyakkan berzikir serta bermunajat kepada yang Esa, janganlah duk ganggu orang lain, orang lain ada tanggungjawab, ada masa untuk tidur, ada masa untuk kerja, bukan 24 jam nak berpolitik taraf longkang macam tu. Anda Mampu Mengubahnya.

Sesekali nak berkonvoi tak salah, tapi perlu ada masanya.

Video - Tauke Cina: Nik Aziz Menteri Besar Paling Kaya Di Malaysia

Jika benar semua elaun Nik Aziz tak ambil atau claim, banyak sungguh duit Nik Aziz, dari mana datangnya duit-duit yang dibelanjakan oleh Nik Aziz itu ?

Cukupkah gaji seorang Menteri Besar untuk perbelanjaannya dengan menolak semua elaun ?, atau semuanya ditaja sebagaimana tajaan haji yang pernah ditimbulkan beberapa tahun lalu. Atau juga persoalan ini boleh dikaitkan dengan botaknya hutan di Ulu Kelantan. Berpadalah dalam berdayareka.


Tanah-tanah ni apa cerita ? Tak baik menipu, berdosa, ini baru sikit, dengar cerita ada banyak lagi yang akan dibongkar!  Ya ke ? Anda Mampu Mengubahnya.

Lagi maklumat mengenai pemilikkan tanah oleh Nik Aziz rujuk diSini

Video - Isu Ulamak Jutawan, Pas Kelantan Jerat Nik Aziz, 7 Pertikaian Miliki Tanah

Berhubung isu pemilikkan tanah oleh Mursyidul Am Pas zuhud Datuk Sri Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat, jawapan yang diberikan oleh pimpinan Pas Kelantan adalah seperti berikut:

"Dalam isu pemilikan tanah yang dihebohkan ini, perlu dinyatakan kesemua 14 lot tanah tersebut adalah milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang mana ia dibeli oleh PMBK secara terus daripada orang perseorangan antara tahun 2006 sehingga tahun 2007.

Kesemua tanah tersebut berada di dalam kawasan Tanah Rezab Melayu dan di atas pegangan hakmilik selama-lamanya (perpetuity). Di dalam definisi ‘Melayu’ sebagai syarat untuk memiliki tanah Rezab Melayu di Kelantan, institute PMBK tidak ditakrifkan sebagai Melayu. Inilah yang termaktub di bawah Seksyen 13A Enakmen Rizab Melayu Kelantan 1930 dan Seksyen 104 Enakmen Tanah Kelantan 1938.

Dalam situasi pemilik asal tanah ingin mendapatkan segera bayaran daripada pembeli yang terdiri daripada pelbagai badan korporat, PMBK mengambil pendekatan untuk mempercepatkan proses pindah milik bagi memudahkan sebarang usaha memajukan tanah dapat dilaksanakan segera.

Bagi mengesahkan keputusan tersebut satu Surat Ikatan Amanah (Deed Trust) bertarikh 5 November 2007 telah dimeterai antara PMBK dan YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan.

Surat ini mensyaratkan bahawa YAB Tuan Guru selaku Pemegang Amanah wajib melepaskan pegangan tanah tersebut pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh PMBK. Ia berkuatkuasa sehingga ke saat ini. Beliau hanyalah pemegang amanah bagi pihak PMBK. Bila-bila masa hak pemilikan ke atas tanah tersebut boleh dituntut oleh PMBK".

Persoalannya ?

1.) Kenapa tarikh daftar tanah dicatatkan antara tahun 1990 hingga 2002 jika tanah berkenaan dibeli antara 2006-2007.

2.) Jika tanah berkenaan dibeli tahun 2006, ia dibeli atas nama siapa ? Sebabnya PMBK  membuat keputusan agar Nik Aziz selaku Pengerusi PMBK dinamakan sebagai Pemegang Amanah bagi kesemua 14 lot tanah tersebut pada tahun 2007. Atau Nik Aziz beli dulu baru PMBK buat keputusan.

3.) Sebelum Trust Deed dibuat pada 05 Nov 2007 , apa status tanah berkenaan. Adakah Nik Aziz beli tanah berkenaan pada harga yang rendah kemudian akan jual balik tanah berkenaan kepada PMBK dengan harga yang tinggi.

4. ) Berapa banyak tanah yang dimiliki oleh PMBK, apakah hanya 14 lot ini sahaja, jika lebih adakah semua lot-lot itu dinamakan diatas nama Nik Aziz ?

5.) Bukankah sudah melanggar undang-undang dalam maksud sengaja melakukan penipuan apabila menggunakan nama Nik Aziz bagi tujuan membeli  tanah yang tidak boleh dimilik oleh PMBK, kerana menurut Seksyen 13A Enakmen Tanah Rizab Melayu 1930, mana-mana tanah dalam kawasan rizab Melayu boleh dipindah milik kepada orang-orang bukan Melayu hanya dengan mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa negeri atau Raja dalam Mesyuarat (Ruler-in-Council).

6.) Andaikata tanah-tanah tersebut memang benar milik PMBK dan bukan milik Nik Aziz, masa untuk proses bagi membolehkan tanah-tanah itu dimilik oleh PMBK hanyalah 6 bulan sehingga 1 tahun sahaja, dan tanah berkenaan didakwa dibeli antara tahun 2006-2007, sekarang ni dah 2013, dalam masa 6 tahun kenapa tanah-tanah berkenaan tidak dipindah milik.

7.) Sedangkan alasan awal tanah-tanah berkenaan dinamakan atas nama Nik Aziz disebabkan masalah pemilikkan oleh PMBK dan pemilik asal tanah hendak pakai wang dengan segera.

Kesimpulannya zuhud dengan pembohongan dan putar alam seluruh kepimpinan Pas Kelantan ini akan terbongkar kiranya diizinkan oleh Allah Taala. Isu ini memang ada yang tak kena, kenapa perlu berbohong jika benar tanah itu kepunyaan Nik Aziz, takut tak zuhud ke ?

Diharapkan supaya Datuk Ibrahim Ali kekal dengan 'Membujur lalu melintang patah' dan 'genggam bara api biar sampai jadi arang', jangan jadikan isu ini berOmbak hanya hasilkan buih, tapi kalau buih sabun boleh jugak buat basuh baju. Anda Mampu Mengubahnya.

Video - Nik Amar: Exco Dan Wakil Rakyat Hanya Istihar Harta Kepada Nik Aziz Sebab Tiada Harta

Layakkah Pas untuk menawarkan pahala dan syurga kepada penyokong mereka ? Tentunya sama sekali tidak layak, jika ia berlaku! Itu semua sesat lagi menyesatkan. Asasnya jelas, Pas hanya bercakap saja tentang Islam, tapi perlaksanaan tidak ada, setakat nak bercakap, burung gembala kerbau pun boleh bercakap jika diasah lidahnya.

Salah satu prinsip Islam ialah mengamalkan ketelusan, apakah ada ketelusan diantara pimpinan didalam Pas ? Perkara yang paling pokok dalam pentadbiran ialah menjaga amanah rakyat serta memperjalankan tanggungjawab yang telah diamanatkan.

Namun begitu, kenapa pimpinan Pas takut untuk mengistiharkan harta mereka kepada rakyat selama mana mereka memegang tampuk pemerintahan, sedangkan kita semua tahu Pas sering melaung-laungkan dasar Islam dan akan melaksanakan hukum Hudud sekiranya mereka diberikan kuasa.

Sebelum perlaksanaan hukum Hudud, ada baiknya rakyat mengusulkan supaya pemimpin-pemimpin Pas ini mengistiharkan harta mereka supaya ia boleh dijadikan asas akan keikhlasan Pas didalam melaksanakan syariat Allah itu, tidak kena sakan kiranya terus terkam untuk perlaksanaan hukum Hudud tanpa memperlihatkan kelayakkan mereka didalam melaksanakannya.

Nilai-nilai keadilan, jujur dan amanah perlu ada bagi setiap pemimpin Islam, tanpa membuktikan nilai-nilai itu bagaimana kita boleh percaya mereka benar-benar dikalangan orang yang layak, antara kelayakkan yang perlu ada, WAJIB pimpinan Pas istihar harta mereka, buktikan yang mereka berpolitik bukan untuk mengumpul harta dan kekayaan, mereka benar-benar ingin perjuangkan Islam, mereka tak sempat nak bermewahan selain mereka sentiasa takut kepada Allah.

Jika itu telah Pas lakukan, maka tidak syak lagi akan niat ikhlas pemimpin mereka dan tidaklah rasa kekok, meluat nak muntah jika dengar mereka sebut 'sokong Pas boleh pahala', dan sebagai umat Islam kita wajib mengundi mereka, jika sebaliknya Undilah Barisan Nasional. Anda Mampu Merngubahnya.

Hentikanlah alasan bodoh, sesungguhnya ia begitu jumud lagi lapuk dan sama sekali tidak boleh dipakai.

Nasihat Tun M Kepada Nik Aziz: "Kita Ni Dah Tua, Eloklah Berundur"

PASIR MAS - Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat  supaya bersara serta berlapang dada bagi memberi laluan kepada generasi muda meneruskan kepimpinan.

Dr Mahathir berkata, beliau sendiri bersara ketika berusia 76 tahun kerana mahu memberi laluan kepada pemimpin muda dan meminta supaya Nik aziz turut berbuat demikian.

"Saya bersara bukan kerana lemah. Tetapi saya bersara kerana hendak beri peluang kepada generasi muda bagi mengambil alih pentadbiran negara.

"Hanya mereka yang akan mewarisi kerajaan ini. Alangkah elok sekiranya mereka diberi peluang melatih diri untuk mentadbir dan membangunkan negara," katanya ketika berucap pada Majlis Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di Dataran Tok Him di sini, Ahad.

Turut hadir ialah isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Timbalan Ketua Umno Bahagian Pasir Mas, Che Johan Che Pa; calon Bebas-Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali, calon Barisan Nasional (BN)-DUN Tendong, Datuk Hanafi Mamat.

Dr Mahathir berkata, jika generasi muda diberikan peluang, maka mereka dapat menunjukkan kebolehan untuk memimpin negara.

"Kita ni dah tua, eloklah berundur. Janganlah sampai di ceramah pun kita sampai didukung, masih nak jadi menteri besar... sampai bila-bila.

"Peganglah kepada kebenaran. Kebenarannya ialah kalau tak mampu nak mentadbir. Berilah peluang kepada orang yang lebih cekap di kalangan orang-orang Barisan Nasional bersama-sama dengan Datuk Seri (Najib Tun Razak)," kata Dr Mahathir yang berusia 87 tahun.

Dilaporkan bahawa walaupun keadaan kesihatan Nik Aziz, 82, sering dipersoalkan tetapi Nik Aziz tetap untuk bertanding sehingga akhir hayatnya termasuklah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa sebabnya Nik Aziz begitu sukar untuk berundur dan melepaskan jawatannya sebagai MB, bukankah lebih baik kiranya Nik Aziz melepaskan jawatannya itu dan memberi laluan kepada mereka yang lebih mampu, kemudian beliau bertindak sebagai penasihat atau tempat rujukan pimpinan muda.

Selama 23 tahun memimpin Pas di Kelantan, apa mungkin Nik Aziz masih tidak percaya akan taatnya pimpinan Pas kepada beliau ? Pimpinan Pas yang ada sekarang menghormati batang tubuhnya sebagai 'Tok Guru' atau takut kepada jawatan beliau sebagai MB ?

Andai Nik Aziz seorang yang jujur dan amanah, sudah pasti beliau tidak takut untuk melepaskan jawatannya itu, kerana beliau pasti yakin dengan akhlak beliau yang baik itu akan ditaati oleh anak-anak buahnya biarpun beliau tidak memegang jawatan sebagai MB. Kerana pembaharuan itu penting dalam satu-satu pentadbiran agar ia tidak lapuk dan jumud serta relevan dan seiring dengan kehendak semasa.

Dalam perhitungan kita, kepayahan Nik Aziz untuk melepaskan jawatannya adalah disebabkan kerana Islam yang dilaungkan oleh beliau itu tidak berlaku sebagaimana yang disyariatkan, beliau sendiri turut rakus mengaut kekayaan namun berselindung dibalik lilitan serban. Jika bersara, mungkin Nik Aziz bimbang segala kesongsangannya akan terbongkar.

Kerana Nik Aziz tahu, pimpinan Pas Kelantan disekelilingnya tidak boleh diharapkan dan hanya menikus disebabkan beliau masih berjawatan MB, bagaimanapun segala lakonan Nik Aziz yang tampil dengan imej zuhud bakal berakhir apabila sebahagian dari pemilikkan asetnya berjaya dibongkar, rujuk disini. Anda Mampu Mengubahnya.

Video - Nik Aziz: Daripada Kita Hilang Kuasa Politik Lebih Baik Kita Tangguhkan Hudud

Enakmen jenayah Syariah perlaksanaan hukum hudud telah diluluskan di Kelantan dan Terengganu, jadi apa sebenarnya yang menghalang kepada perlaksanaan hukum hudud ini ? Soalan berkenaan diajukan oleh hadirin kepada Exco kerajaan Pas Kelantan Datuk Nik Mohd Amar Abdullah.

Menurut Nik Amar, perlaksanaan hukum hudud terhalang disebabkan pimpinan Pas lebih takut kepada Perdana Menteri ketika itu yaitu Tun Dr Mahathir Mohamad daripada takut kepada Allah, namun selepas Tun Mahathir berundur dan digantikan dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi kemudian Datuk Seri Najib Tun Razak, hukum hudud tetap juga tidak dilaksanakan.

"Tok Guru (Nik Aziz) berpendapat lebih baik kita tangguhkan dulu perlaksanaan ini, kerana kita takut, kerana kita tahu Dr Mahathir boleh buat apa sahaja, jadi pada pandangan Tok Guru, daripada kita hilang kuasa politik, lebih baik kita tangguhkan dulu perlaksanaan (hukum hudud)". Kata Nik Amar

Jadi disini jelas kuasa politik lebih penting daripada hukum hudud, benar, sebelum dapat kuasa, tanpa kuasa politik, hudud tak dapat dilaksanakan, namun bila dah dapat kuasa takut pula hilang kuasa, jadi sampai bilakah alasan demi alasan ini akan digunakan untuk menipu orang-orang yang pendek akalnya.

Sebelum ini Prof Aziz Bari menjelaskan, untuk melaksanaan hukum hudud, perlembagaan negara tidak perlu diubah, sebab itulah Pas gunakan alasan takut kepada Tun Mahathir dan tidak gunakan lagi alasan 'perlembagaan mesti diubah'.

Sedarlah kita semua bahawa Pas mempergunakan agama demi kepentingan politik mereka, dan perlaksanaan hukum hudud ini tidak akan terlaksana dibawah pemerintahan Pas,. Anda Mampu Mengubahnya.

Nik Aziz: "Tak Masuk Islam Tak Apa, Asalkan DAP Guna Lambang Pas"

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tindakan DAP yang mahu menggunakan lambang Pas  juga  menunjukkan kesepakatan Pakatan Rakyat yang sebelum ini didakwa tidak bersatu dalam perjuangan.

"Ambo (saya) dapat panggilan, kata DAP tidak boleh guna roket, nak guna lambang Pas, boleh sangat, kalau betul (pendaftar Pertubuhan) tidak benar guna, esok (hari ini) DAP akan guna lambang Pas, ini bermakna mereka boleh terima Islam.

"Tidak masuk Islam tidak mengapa tetapi ia boleh mengurangkan Islam fobia, tak payah cakap banyaklah Umno," katanya semasa ucapan memperkenalkan calon Pas Pengkalan Chepa di sini semalam.

Nik Aziz mendakwa, Pas tidak seperti Umno yang sanggup menjaga hati MCA yang jelas menolak Islam melalui kenyataan beberapa orang pimpinannya.

Dalam ucapan itu, Nik Aziz turut mengakui terdapat pemimpin DAP yang menghubunginya untuk mentafsir ayat Al-Quran.

"Saya selalu dapat panggilan tengah malam dari orang Cina yang bertanya terjemahan al-Quran, ini pemimpin DAP sekarang," katanya.

Perkara ini umum mengetahui dimana Pas sememangnya bersedia mempergunakan apa sahaja untuk dipergunakan oleh DAP, kalau sebelum ini kalimah Allah, ayat suci Al-Quran dipergadaikan hasil hubungannya dengan DAP, jadi apalah besar sangat dengan logo kosong yang tak punyai nilai itu.

Sementara itu, Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, partinya terbuka sekiranya Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) menghalang DAP menggunakan lambang sendiri.

"DAP boleh guna lambang Pas pada PRU13 ini sekiranya RoS tidak membenarkan parti demokrat itu menggunakan lambang sendiri.

"Penggunaan lambang Pas ini secara tidak langsung menampilkan kesatuan dalam dalam Pakatan Rakyat (PR)," katanya ketika sidang media hari ini.

Video - Nik Aziz:" Menteri Berzina, Mujur Ada Kamera" Mustafa Ali Pula Bagaimana ?

Berdasarkan bukti kamera, secara nyata Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa Menteri telah berzina, bagaimanapun dalam kes yang melibatkan pemimpin kanan Pas menerusi bukti kamera juga, adakah Nik Aziz akan berkata perkataan yang sama.

Video - Dr Asri Dan Tok Pa Sependapat: Nak Jadi Seorang Pemimpin Tak Semestinya Ulamak

KOTA BHARU - Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dengan rendah diri mengakui ilmu agama yang dipelajari beliau tidak tinggi dan setanding dengan ilmu Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat seperti yang didakwa oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Menurut Mustapa, untuk menjadi seorang pemimpin tak semestinya ia Ulamak, seorang pemimpin memerlukan ciri kepimpinan yang cemerlang dan bukannya hanya satu sifat sahaja.

Beliau berkata, diakui golongan ulama boleh memimpin tetapi apa yang berlaku di Kelantan pada masa ini, BN yakin boleh memberi kepimpinan lebih baik.

"Gabungan antara ulama dan umarak (pemimpin) itu kita mantapkan. Kita yakin ada barisan calon-calon mahu pun tokoh agama yang boleh kita tonjolkan.

"Yang pokoknya (penting) ialah membangunkan negeri perlu selari dengan agama dan kemajuan , buat perubahan, kemakmuran, perpaduan, dan agama itu penting tetapi bukan itu sahaja kerana banyak juga perkara lain," katanya dalam satu ucapan bersama jentera BN Kelantan disini.

Mustapa atau lebih mesra dengan panggilan Tok Pa oleh rakyat Kelantan berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Sinar Harian bahawa PAS Kelantan mendakwa tiada seorang pun pemimpin Umno negeri yang ada kini berkelayakan memimpin Kelantan, apatah lagi mahu menggantikan kepimpinan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Amar dipetik sebagai berkata, pemimpin yang ingin mengganti atau mengambil alih kuasa kepimpinan sekarang haruslah seorang yang mampu untuk mentadbir negeri dan mempunyai pengetahuan ulama yang luas.

Mustapa yang juga Pengerusi BN Kelantan berkata, tidak semestinya ulama boleh memimpin dengan baik atau mungkin boleh untuk memimpin tetapi apa yang dimahukan parti itu adalah kepimpinan yang cemerlang.

"Ini bukan satu perkara baru, itu merupakan bahan kempen (PAS) sejak tahun 90-an lagi sampai sekarang.

"Rakyat Kelantan pada hari ini sudah mula bangkit dan inginkan perubahan kerana rakyat Kelantan tahu dalam mana-mana pemimpin dalam organisasi pun memerlukan banyak sifat kepimpinan, bukan satu sahaja," katanya.

Biarpun Tok Pa tidak digelar Ulamak atau Tok Guru, namun kenyataan Tok Pa itu dilihat selari dengan pendapat Ulamak, ini kerana Mantan Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainal Abidin juga berpendapat, ciri-ciri menjadi seorang pemimpin ia tidak semestinya seorang Ulamak, Islam tidak meletakkan syarat untuk menjadi seorang pemimpin ianya mesti Ulamak.
Jika ia seorang Ulamak yang sudah tidak berkemampuan darisegi kesihatan mahupun ilmu mentadbir, ianya tidak layak untuk dilantik menjadi pemimpin, Pemimpin sebuah negeri tidak tertumpu kepada duduk di'balaisoh' atau berceramah semata-mata, lebih-lebih lagi ceramah Ulamak yang 85 peratus isi ceramahnya mengajak rakyat kepada Pas bukan kepada Allah.

Bukti gambar diatas turut menunjukkan pentadbiran negeri bukan sekadar punyai ilmu agama yang tinggi sahaja, pentadbiran memerlukan kerjasama dengan pihak luar dalam menjayakan sesuatu projek untuk membangunkan negeri, sudah pasti orang asing seperti diatas tidak tahu bercakap loghat 'Kelate', namun adakah Nik Aziz tahu bercakap 'Omputeh' ? Kalau tak tahu berdiri kat belakang je jadi 'tukang perati'.

Jika merasakan persolan mengenai adakah Nik Aziz tahu bercakap 'Omputeh' itu satu penghinaan kepada Nik Aziz yang memang tidak tahu bercakap 'Omputeh' itu, bagaimanapula dengan dakwaan Nik Amar yang mengatakan "tiada seorang pun pemimpin Umno negeri yang ada kini berkelayakan memimpin Kelantan" kerana disifatkannya tidak mempunyai ilmu agama setinggi Nik Aziz. Anda Mampu Mengubahnya.

Nik Amar: Tidak Ada Seorang Pun Pemimpin Boleh Ganti Nik Aziz

KOTA BHARU - Pas Kelantan mendakwa tiada seorang pun pemimpin Umno yang ada kini berkelayakan memimpin negeri itu, apa lagi mahu menggantikan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai menteri besar.

Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pemimpin yang ingin mengganti atau mengambil alih kuasa kepimpinan sekarang haruslah seorang yang mampu untuk mentadbir negeri dan mempunyai pengetahuan agama yang luas.

"Kalau kita mahu perkasakan Islam, kena faham Islam, kalau nak jadi imam pun orang tak harap, macam mana mahu perkasakan Islam," kata beliau semasa ceramah Himpunan Kelantanku Hijau di hadapan penyokong Pas di Padang Perdana, di sini.

Turut hadir Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakub; Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasaruddin Daud dan Pengarah Pilihan Raya Pas, Dr Mohd Hatta Ramli.

Mohd Amar berkata demikian sebagai mengulas manifesto Umno Kelantan yang dilancarkan pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang mahu menjadikan Islam sebagai tunjang utama dalam pentadbiran negeri sekiranya berjaya memerintah Kelantan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa lawatan ke Kelantan bulan lalu mengumumkan pembinaan masjid terbesar di Kelantan antara janji yang ingin dilaksanakan di negeri ini.

Sambil menyatakan apa yang dilakukan Umno Kelantan kini masih ‘jauh’ dari sasaran, Mohd Amar yang juga Exco Kerajaan Negeri berkata, tidak ada pemimpin dari parti lawan mampu setanding dengan kepimpinan yang ada dalam Pas .

"Nak perkasa Islam macam mana, pemimpin Umno di Kelantan ni maaf cakap lah, seorang pun tidak layak, bukan kata tak pandai solat, tapi ilmu tak setaraf, kalau nak, biarlah ianya setaraf dengan ilmu tok guru Nik Aziz," katanya.

Hairan sungguh puak Pas ni, mengagung-agungkan Nik Aziz seperti dugong, apa yang hebatnya Nik Aziz ni sampaikan angkuh mendakwa tidak ada seorangpun dikalangan pemimpin Umno yang boleh menandingi Nik Aziz? Kalau ilmu Nik Aziz nak kata tinggi tak nampak pula tinggi, lagipun kalau ilmunya tinggi takkanlah pada zaman dia tu habis belajar dia jadi guru Kemas, paling kurangpun jadi mufti.

Bukan kita nak hina, tapi bila nampak Nik Aziz diangkat sampai tak ingat dunia dan akhirat, maka kita juga ada hak untuk mempertikaikannya dari mana-mana aspek yang kita merasa sangsi untuk mengakui yang Nik Aziz ni benar-benar seorang yang berilmu. Namun kalau kata ilmu mantik kita akuinya ianya memang tinggi selain ilmu putar alam  dan 'mulas' perut.
Bagi contoh mudah jer, ketika mana cubaan Nik Aziz menghalau gangguan makhluk halus yang dikatakan jin api di rumah seorang nenek di Penambang beberapa bulan lalu yang terbukti gagal bahkan jin-jin tersebut semakin mengganas seakan mendapat suntikan semangat daripada Nik Aziz.

Memang betul kita hanya memohon Allah jua yang menentukannya, tapi apakah Nik Aziz turut berpegang dengan akidah seperti itu, setahu kita Nik Aziz yang sering menentukan dosa pahala orang lain, sebab tu Nik Aziz tahu 'Orang Umno solat tak dapat pahala', tak gitu ?
Jika Nik Aziz dikatakan Ulamak dan punyai ilmu yang tinggi tapi terbukti gagal menghalau jin, so apa lebihnya Nik Aziz itu ? Kerana makhluk halus ni ada hubungkait juga dengan agama, setinggi-tinggi ilmu Nik Aziz takkan tiada ayat special yang boleh menghalau jin berkenaan dari terus menggangu mangsa, setakat Ulamak cukur jambul yang tidak menampakkan kesan serta merta tu tak perlulah nak 'gebang' lebih sangat.Anda Mampu Mengubahnya

Keanehan Serambi Mekah - Tokong Terbela Pondok Pengajian Islam Disita



Biar gambar, tokong dan Nik Aziz berbicara...Sebab kalu ngepek pun Nik Aziz tak dengar kata jugok....

Video - Dr Zakir Naik Sangkal Fatwa Nik Aziz Mengenai 'Orang Umno Solat Tak Dapat Pahala'

Jika Ulamak terkemuka dunia seperti Dr Zakir Naik mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam diatas kebijaksanaan pentadbiran dengan penyebaran Islam secara intelek iaitu penerapan nilai-nilai Islam kedalam bangsa majoriti Melayu, sudah pasti pengiktirafan itu jujur kerana beliau tidak punyai apa-apa kepentingan sebagaimana Ulamak mulut berus Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Dalam satu forum Dr Zakir menjawab soalan mengenai salah faham  tentang Islam yaitu jika Islam agama keamanan, kenapa ia disebarkan dengan pedang, Dr Zakir memulakan bicaranya dengan menjelaskan pengertian Islam, secara ringkas dimana Islam bermaksud mengabdikan atau menyerahkan diri kepada Allah Taala.

"Islam adalah agama yang mahu menyebarkan keamanan ke seluruh dunia, tetapi terdapat beberapa individu yang tidak mahu keamanan didunia demi kepentingan mereka, agar mereka boleh miliki faedah tertentu , demi kepuasan material mereka, dan kita tahu mereka memang wujud".

Sambung Dr Zakir lagi, "dan adakah kamu tahu pada hari ini terdapat 14 juta orang arab yang menjadi penganut agama Kristian koptik, Kristian koptik bermaksud mereka adalah Kristian sejak lahir, jika muslim mahukan, kita boleh tukar agama setiap orang arab pada hujung pedang, namun 14 juta Kristian koptik ini yang berdarah arab adalah saksi bahawa Islam tidak disebarkan melalui pedang"

"Dinegara asal saya, muslim telah memerintah India lebih 1000 tahun, jika kita mahukan, kita boleh tukar agama bukan Islam di penghujung pedang, tapi kita tidak lakukannya, hari ini terdapat 80% kaum India yang bukan Islam, 80% kaum India yang bukan Islam ini adalah saksi bahawa Islam tidak disebarkan melalui pedang"

Seterusnya Dr Zakir memberi contoh penyebaran Islam dengan hikmah dan kebijaksanaan sebagaimana di Indonesia yang sememangnya tekenal kerana punyai populasi tertinggi orang Islam di dunia, namun Malaysia juga turut disebut oleh beliau biarpun Malaysia bukanlah antara 10 negara yang punyai populasi umat Islam tertinggi didunia.

Pasti kita tertanya apa istimewanya negara kita apabila ia dikaitkan dengan Islam ia menjadi sebutan tokoh Islam terkemuka dunia seperti Dr Zakir ini, sedangkan pemerintahnya dikalangan orang-orang Umno yang disifatkan oleh Ulamak nyanyuk sebagai solatnya tidak mendapat pahala. 

Sedangkan dunia mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang mempunyai pentadbiran yang baik disamping penyebaran Islam melalui kebijaksanan apabila penerapan nilai-nilai Islam keatas kaum majoriti yaitu Melayu dilihat mencatatkan perkembangan umat Islam yang agak baik.

Begitu juga dengan pandangan Mufti Perancis yang fasih berdialek 'Kelate' Dr. Sheikh Mohamad Abdul Aziz Ghonn, beliau turut mengtakrifkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam, jadi siapalah sangat Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu untuk menafikan Islam yang dibawa dan diperjuangkan oleh Kerajaan Umno BN ini sehingga tergamak mengatakan orang Umno yang mendaulatkan Islam di Malaysia ini solatnya tidak mendapat pahala dan secara tidak langsung turut mengkafirkannya.

Bagaimanapun terpulanglah kepada penilaian anda untuk mempercayai kata-kata Ulamak nyanyuk yang mempunyai kepentingan politik atau Tokoh Ulamak terkenal dunia yang bebas dan berkecuali tanpa ada apa-apa kepentingan. Anda Mampu Mengubahnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...