Showing posts with label pmbk. Show all posts
Showing posts with label pmbk. Show all posts

14 Lot Tanah PMBK Atas Nama Nik Aziz Akhirnya Dihadiahkan Terus Kepada Nik Aziz ?

Bulan lalu kita digemparkan dengan isu pemilikkan tanah oleh bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum pihaknya menafikan pemilikkan itu dan mendakwa Nik Aziz hanyalah sebagai pemegang amanah kepada 14 keping tanah yang bernilai jutaan ringgit itu.

Oleh kerana Nik Aziz disebut sebagai Ulamak agung, maka sangat tidak wajar ia memiliki tanah sebanyak itu dan kita percaya akan penjelasan pihaknya yang mengatakan tanah-tanah itu sebenarnya kepunyaan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Diatas sebab itu juga rakyat Kelantan khasnya ternanti-nanti akan pengumuman pindah milik tanah-tanah tersebut kepada PMBK ataupun Menteri Besar yang baru Datuk Ahmad Yaakob, adakah proses pindah milik itu sudah dilakukan memandangkan Nik Aziz sudah tidak lagi memegang jawatan sebagai MB Kelantan dan sudah tentu kelayakkannya sebagai pemegang amanah juga sudah tidak terpakai.

Kita juga khuatir diatas faktor usia yang sering menyanyukkan, perpindahan milik ini tidak dibuat oleh Nik Aziz, dan MB baru pula agak segan untuk mengusulkan perkara itu kepada Nik Aziz, dan akhirnya akan berlaku kerumitan sekiranya sekali lagi isu ini ditimbulkan dan sudah pasti Umno jugalah yang akan dipersalahkan.

Justeru pihak kerajaan Pas Kelantan perlu tampil menjelaskan perkara berkenaan supaya ia tidak terus menjadi tanda tanya berkaitan pemilikkan tanah tersebut, sebagai sebuah kerajaan yang kononnya Islam, perlihatkanlah ketelusan kerajaan anda itu jika benar ianya telus. Lebih telus lagi jika PMBK mengumumkan 14 keping tanah itu dihadiahkan kepada Nik Aziz sebagai tanda penghargaan terhadap jasa-jasa Nik Aziz selama mentadbir negeri Kelantan. Ada Brannnn!!! Anda Mampu Mengubahnya.

Jawapan dan persoalan isu itu sebelum ini klik

Melayu Kelate jange mudoh lupo!

Video - Nik Aziz: "Kerana Blogger Buat Kacau, Menantu Saya Merana Bertahun-Tahun"

Demi kepentingan anak menantu, Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah melantik menantunya sebagai CEO di Perbadanan Menteri Besar Kelantan, namun demi kepentingan politiknya, beliau dikatakan telah memecat menantunya itu disebabkan pendedahan blogger Kickdefella yang disifatkan oleh Nik Aziz sebagai blogger 'buat kacau' dalam agenda beliau bersama keluarga merompak hasil mahsul rakyat Kelantan,.

Nik Aziz dipetik sebagai berkata,  "Saya Menteri Besar, jadi pengerusi bagi Perbadanan Menteri Besar, sepatutnya saya belaka, tapi saya lantik menantu saya jadi pegawai eksekutif, tapi blogger ni buat kacau, maka saya rela pecat... menantu saya nak jaga kestabilan...." Serta beberapa reaksi Nik Aziz pada sidang media yang boleh dilihat dengan mata hati sinar kesedaran insan-insan di bumi Kelantan. Anda Mampu Mengubahnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...