"Dalam isu pemilikan tanah yang dihebohkan ini, perlu dinyatakan
kesemua 14 lot tanah tersebut adalah milik Perbadanan Menteri Besar
Kelantan (PMBK) yang mana ia dibeli oleh PMBK secara terus daripada
orang perseorangan antara tahun 2006 sehingga tahun 2007.
Kesemua tanah tersebut berada di dalam kawasan Tanah Rezab Melayu dan di atas pegangan hakmilik selama-lamanya (perpetuity). Di dalam definisi ‘Melayu’ sebagai syarat untuk memiliki tanah Rezab Melayu di Kelantan, institute PMBK tidak ditakrifkan sebagai Melayu. Inilah yang termaktub di bawah Seksyen 13A Enakmen Rizab Melayu Kelantan 1930 dan Seksyen 104 Enakmen Tanah Kelantan 1938.
Dalam situasi pemilik asal tanah ingin mendapatkan segera bayaran daripada pembeli yang terdiri daripada pelbagai badan korporat, PMBK mengambil pendekatan untuk mempercepatkan proses pindah milik bagi memudahkan sebarang usaha memajukan tanah dapat dilaksanakan segera.
Bagi mengesahkan keputusan tersebut satu Surat Ikatan Amanah (Deed Trust) bertarikh 5 November 2007 telah dimeterai antara PMBK dan YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan.
Surat ini mensyaratkan bahawa YAB Tuan Guru selaku Pemegang Amanah wajib melepaskan pegangan tanah tersebut pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh PMBK. Ia berkuatkuasa sehingga ke saat ini. Beliau hanyalah pemegang amanah bagi pihak PMBK. Bila-bila masa hak pemilikan ke atas tanah tersebut boleh dituntut oleh PMBK".
Persoalannya ?
1.) Kenapa tarikh daftar tanah dicatatkan antara tahun 1990 hingga 2002 jika tanah berkenaan dibeli antara 2006-2007.
2.) Jika tanah berkenaan dibeli tahun 2006, ia dibeli atas nama siapa ? Sebabnya PMBK membuat keputusan agar Nik Aziz
selaku Pengerusi PMBK dinamakan sebagai Pemegang Amanah bagi kesemua 14
lot tanah tersebut pada tahun 2007. Atau Nik Aziz beli dulu baru PMBK buat keputusan.
3.) Sebelum Trust Deed dibuat pada 05 Nov 2007 , apa status tanah berkenaan. Adakah Nik Aziz beli tanah berkenaan pada harga yang rendah kemudian akan jual balik tanah berkenaan kepada PMBK dengan harga yang tinggi.
4. ) Berapa banyak tanah yang dimiliki oleh PMBK, apakah hanya 14 lot ini sahaja, jika lebih adakah semua lot-lot itu dinamakan diatas nama Nik Aziz ?
5.) Bukankah sudah melanggar undang-undang dalam maksud sengaja melakukan penipuan apabila menggunakan nama Nik Aziz bagi tujuan membeli tanah yang tidak boleh dimilik oleh PMBK, kerana menurut Seksyen 13A Enakmen Tanah Rizab Melayu 1930, mana-mana tanah dalam kawasan rizab Melayu boleh dipindah milik kepada orang-orang bukan Melayu hanya dengan mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa negeri atau Raja dalam Mesyuarat (Ruler-in-Council).
5.) Bukankah sudah melanggar undang-undang dalam maksud sengaja melakukan penipuan apabila menggunakan nama Nik Aziz bagi tujuan membeli tanah yang tidak boleh dimilik oleh PMBK, kerana menurut Seksyen 13A Enakmen Tanah Rizab Melayu 1930, mana-mana tanah dalam kawasan rizab Melayu boleh dipindah milik kepada orang-orang bukan Melayu hanya dengan mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa negeri atau Raja dalam Mesyuarat (Ruler-in-Council).
6.) Andaikata tanah-tanah tersebut memang benar milik PMBK dan bukan milik Nik Aziz, masa untuk proses bagi membolehkan tanah-tanah itu dimilik oleh PMBK hanyalah 6 bulan sehingga 1 tahun sahaja, dan tanah berkenaan didakwa dibeli antara tahun 2006-2007, sekarang ni dah 2013, dalam masa 6 tahun kenapa tanah-tanah berkenaan tidak dipindah milik.
7.) Sedangkan alasan awal tanah-tanah berkenaan dinamakan atas nama Nik Aziz disebabkan masalah pemilikkan oleh PMBK dan pemilik asal tanah hendak pakai wang dengan segera.
Kesimpulannya zuhud dengan pembohongan dan putar alam seluruh kepimpinan Pas Kelantan ini akan terbongkar kiranya diizinkan oleh Allah Taala. Isu ini memang ada yang tak kena, kenapa perlu berbohong jika benar tanah itu kepunyaan Nik Aziz, takut tak zuhud ke ?
Diharapkan supaya Datuk Ibrahim Ali kekal dengan 'Membujur lalu melintang patah' dan 'genggam bara api biar sampai jadi arang', jangan jadikan isu ini berOmbak hanya hasilkan buih, tapi kalau buih sabun boleh jugak buat basuh baju. Anda Mampu Mengubahnya.
nnpk je zuhud makan nasik bungkus tapi ulamak jutawan suma tanah rembat oleh menantu bini dan anak iini bukan ulamak tapi pala butuh lu le ulamak...!! kahakk pthuuiii...
ReplyDeletebenar apa yg telah diketahui ,rakyat kelate kena tipu
DeleteDari 2006 sampai skg belum boleh mula project bandsr baru...apa cerita kata nak cepat pelabur dah tunggu
ReplyDeleteBelit ler selagi boleh belit..!!
ReplyDeleteApa lagi nak sorok...apa lagi nak bongkar...
ReplyDelete'Dunia' umpama perhentian untuk ambil bekalan perjalanan yang jauh.
ReplyDeleteMaksudnya bukanlah fitnah, memang betullah tanah tu milik TGNA. Cakap biar betul. Mana surat ikatan amanah nya? Mentang-mentang pakai gelaran Tok Guru, semua boleh buat. Kalau kat syarikat pun, bila sudah bubuh nama individu sudah kira menyeleweng. Ini cara cowboy ke?
ReplyDeletegeran tercatat tahun 2002, jelaskan!! kalu sbg pemegang amanah sepatutnya ada dicatarkan dlm geran, ini wajib. kalu tak katakan nik ajis mati tanah itu akan diwarisi pd anak2nya bukan pada pmbk sbb tulah setiap geran kalu ada sbg P.A. pemegang amanah dlm geran diwajibkn tercatat.
ReplyDeleteBila Nik Aziz meninggal nanti,PMBK akan membuat keputusan menghadiahkan pada anank anaknya memandangkan jasanya selama 23 tahun perentah Kelantan.Ko orang jangan terkejut
ReplyDeleteSeorang ustaz yang terkenal diradio IKIM yang mengatakan hanya terdapat kelemahan kecil pas PAS kerana itu haram untuk jatuhkan PAS malah beri gelaran Umar Abdul Aziz pada Nik Aziz....apa kah ustaz ini ada buat homework dan selidik dengan sejujur jujurnya sebelum membuat penilaian. Saya rasa sungguh kecewa dengan ustaz ini yang kami sekeluarga sanjung selama ini malah tidak pernah ketinggalan mengikuti ceramah beliau walaupun berada diSingapura, kami sekeluarga tetap menghadiri. Ustaz ini benar benar telah membuat kami hilang kepercayaan pada ustaz ustaz diMalaysia. Kami anggap mereka semua sebagai sebahgian dari tanda tanda akhir zaman.
ReplyDeleteKami sangat bersyukur pada Allah ada ulama dari Iraq yang bermaustatin diMalalysia yang kini boleh kami harapkan untuk membimbing kami kejalan yang benar.
pastikan ulama dari Iraq tu ikut ajaran ahli sunnah wal jamaah sbb ada aduan mengatakan ulama dari Iraq yg membawa ajaran syiah di Malaysia..
Deletesaya ingin menjelaskan rasa kekecewaan sy kpd 3 org ustaz yg terkenal dgn slot mrk di radio IKIM telah membuat kenyataan tanpa mengkaji latar belakang sebenar pemimpin2 pakatan yg mereka sokong. nama2 pemimpin pakatan yg rosak akhlak dan moral mrk itu disebut dgn jelas di dlm fb mrk lalu di"like" dan direspon dgn cara bersemangat olh fan2 mrk yg berpuluh ribu itu. Tergeleng2 kepala sy membaca status seorg ustaz yg mampu mentafsir al quran dan mampu bercakap mengenai al Quran dan al Hadis itu. Ustaz pahrol,jelas2 memuji husam dan rafizi sebagai anak muda yg berakhlak mulia dan patut diberi peluang dlm pru lalu. astaghfirullahhalazimmm.......
DeleteMaaf, pembetulan pada komen diatas pada ayat pertama .....
ReplyDeleteSeorang ustaz yang terkenal diradio IKIM yang mengatakan hanya terdapat kelemahan kecil 'PADA' PAS.
Slm ..SEBENARNYA KETIRISAN @ TIDAK AMANAH TELAH LAMA BERLAKU DI PMBK .. CONTOHNYA .. PENGURUS DI SEBUAH ANAK SYARIKAT PKINK TELAH DIBERI SEBIDANG TANAH DENGAN PAJAKAN SELAMA 99 TAHUN ..UNTUK DIBUAT STESEN MINYAK .. DEPAN JABATAN AUDIT DEKAN TEMAN ..
ReplyDeleteSPRM TOLONG SIASAT KES INI .. MASA INI ADALAH DIBAWAH MENANTU ZUHUD MENTERI BESAR KELANTAN .. NO PLET : AAF 26 ..
SEKIAN ..
pepatah melayu ada mengatakan nyamuk seberang laut nampak tapi gajah depan mata tak nampak. kepada penyebar berita palsu bertaubatlah dan jangan cari salah orang lain. cerminlah dosa diri sendiri.
ReplyDeletelembah sirih milik siapakah itu???????
ReplyDelete