Video - Anwar Terdesak Jemput Amerika Perangi Malaysia Seperti Iraq Beralasan Demokrasi

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat akan menyerahkan bukti mengenai penipuan yang didakwanya berlaku dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu kepada Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.

Berucap dalam Himpunan 'Black 505' di Kuantan malam tadi, Anwar berkata Pakatan mahu kuasa besar itu menjawab mengenai kemenangan BN yang didakwanya turut disumbangkan oleh pengundi bukan warganegara Malaysia.

"Oh, katanya tadi Obama telefon kepada Datuk Seri Najib. Tak apa, tak ada masalah. Tapi saya nak beritahu kepada Presiden Obama... Amerika pun lancar perang di Iraq, untuk apa? Untuk demokrasi di Iraq.

"Saya nak beritahu kepada Amerika, kita akan beri bukti penipuan dan (kita) nak tengok kamu akan kata apa. Malaysia ini dimenangi oleh Umno pada pilihan raya baru-baru ini, bukan sahaja dengan undi rakyat Malaysia, tapi undi Banglasia," kata Anwar.

Bukan demi demokrasi akan tetapi demi nafsu untuk menjadi Perdana Menteri, Anwar akan lakukan apa saja dan sanggup menggadaikan nyawa rakyat demi kepentingan dirinya sendiri, Anwar memohon bantuan Amerika supaya apa yang berlaku di Iraq turut dilakukan oleh Amerika keatas negara kita Malaysia.

Jika "Amerika pun lancar perang di Iraq, untuk apa? Untuk demokrasi di Iraq", apakah Anwar juga sedang menunggu Amerika melancarkan perang keatas Malaysia ? Selagimana Anwar bebas meroyan selagi itulah negara tidak akan aman bahkan kemudaratan yang lebih besar mungkin akan berlaku...Anda Mampu Mengubahnya.

12 comments:

  1. Pertama, PKR mesti berteraskan Demokrasi
    Ketua Umum tidak di pilih - itu sudah bukan demokrasi

    Kedua,keputusan pemilihan tidak boleh di tukar macam DAP.

    ReplyDelete
  2. sudah...lah jangan dok huru harakan negara...kami nak hidup dengan aman dan selesa....kalu nak pencen....tunaikan janji.....dah meluat tengok cara hang...tak habih habih nak buat demonstrasi jalanan...

    ReplyDelete
  3. IMAM ASY-SYAUKANI RAHIMAHULLAH (WAFAT:1250H) MEMBERI AMARAN DENGAN MENYATAKAN:

    ويؤدب من يثبط عنه" فالواجب دفعه عن هذا التثبيط فإن كف وإلا كان مستحقا لتغليظ العقوبة والحيلولة بينه وبين من صار يسعى لديه بالتثبيط بحبس أو غيره لأنه مرتكب لمحرم عظيم وساع في إثارة فتنة تراق بسببها الدماء وتهتك عندها الحرم وفي هذا التثبيط نزع ليده من طاعة الإمام

    “Orang yang melakukan provokasi dan kekacauan (membakar emosi rakyat) untuk membenci pemerintah, mereka wajib diberi hukuman, maka yang diwajibkan adalah menghentikan perbuatannya (agar tidak timbul kekacauan). Jika mereka tidak juga berhenti dari melakukan kekacauan (provokasi tersebut), maka mereka berhak mendapat hukuman yang berat dan dipisahkan daripada orang-orang yang mereka provokasikan, sama ada dengan cara dipenjara atau selainnya.

    Ini adalah kerana mereka telah melakukan suatu perkara yang sangat-sangat diharamkan dan dalam masa yang sama telah berusaha menebar fitnah yang berpotensi mengakibatkan pertumpahan darah serta mencemarkan kehormatan yang menodai harga diri. Provokasi seperti inilah yang menyebabkan seseorang keluar dari ketaatan terhadap pemerintah.”

    (asy-Syaukani, as-Sailul Jarrar, 1/942 – Maktabah Syamilah)

    ReplyDelete
  4. Nak bebal pun bebal la sorang-sorang. Jangan menjahanamkan negara.

    ReplyDelete
  5. Awat la hang ni Anwaq? Cemuih aku...........

    ReplyDelete
  6. Anwar mengumpamakan serangan Amerika ke atas Iraq sbg satu cara utk 'demokrasi'. Mungkin dia boleh mengumpamakan juga serangan drone ke atas sasaran di pakistan sbg cara juga demi demokrasi. Dan seperti biasa, maka pemuja2 anwar yg rata2 ramai lulusan tinggi so called mahasiswa, terpekik terlolong demi si anugerah tuhan. X jelas samaada perumpamaan anwar itu satu sindiran kpd.obama @ rayuan melutut anwar kpd obama demi meminta jawatan dunia yg hya sementara. Tetapi, mengambil contoh Iraq adalah satu simbolik yg menunjukkan kecenderungan ke arah mana manusia ini... Si penandatangan annapollis summit.

    ReplyDelete
  7. DSAI nak tunjuk kpd rakyat Msia dia pun rapat dgn Obama. Sepatutnya dia yg menang dan Obama beri ucap tahniah kpdnya. Ini Najib yg menang Obama ucap tahniah kpd Najib, maka sangat2 dengki lah dia.

    Dia hendak Obama hantar asykar Amerika lingkupkan Msia macam orang Amerika buat kpd Iraq? Itu Bush yg buat. Obama tak suka perang. Lagi pun asykar Amerika belajar perang dalam hutan dpd asykar Msia tapi asykar Msia tak tunjuk semua. Belum lagi kena parang panjang yg terbang secara ghaib menutuh musuh2 Islam. Terkejut asykar Amerika dibuatnya nanti. Hahaha

    Siput

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak2nya Obama pun sudah tidak percaya dengan sipeliwat tua kutuk ni kerana kemunafikan/pembohongan si-peliwat tua kutuk ni semakin terserlah, dengan Bush dia boleh tipu tetapi dengan Obama jangan harap ler...hehehe.

      Delete
  8. Lihat Iraq ...apa dah jadi ... umat Islam berbunuhan sesama sendiri sekarang..Amerika sikit pun tak terjejas ..Kenapa perlu anwar bawak Amerika kesini ..Amerika negara Kristian .Suka tengok negara Islam hancur ..Pengkhinat bangsa dan ugama dia ni...PAS tak nampak tak kenal lagi ke siap Anwar Ibrahim ni..atau sama-sama nak menjahanamkan negara .. Jangan pandai cakap ,ceramah berapi-rapi tapi...
    SPR tak kan diam dan dengar je tuduhan dah banyak kali dia buat ni.. masih nak fikir lagi ke..

    ReplyDelete
  9. Pas.. Apa yang dapat kita umat Islam boleh harapkan daripada perjuangan mereka.. Semua sudah termakan janji janji palsu di alam fantasi

    ReplyDelete
  10. Mengadu & mohon pada Allah SWT itu lebih baik. Berbalik pada jalan Allah.. Ingat Allah... Dunia ini hanya sementara..

    ReplyDelete
  11. Sudah-sudah Nuar wei ... Kau ingat banyak masa Obama nak tengok masalah kau. Dengan budak2 hingusan (penyokong & peminat si Nuar ni) .. mereka ni ingat iya lah si Nuar ni akan hantar dokumen kat Obama. Borak kosong je tu ..

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...