Sah! Azmin Ali Pemimpin Paling Bodoh Dalam Pakatan

Alahai bodohnya Azmin ni!!! Kenapalah PKR ada Timbalan Presiden sebodoh-bodoh ini ? Ada ke patut cabar seorang Perdana Menteri bertanding kerusi DUN ? Gila ke apa ? Untuk apa ? Untuk dilihat Perdana Menteri bangang sama macam Ketua Pembangkang ke ? Kahkahkahkahkah...

Kot ya pun bangang, tak payahlah nak ajak orang lain bangang sama, adoiii!!! Berbagai aneka bangang ada dalam pakatan ni rupanya, entah apa rasionalnya ajak PM bertanding DUN ? Azmin ni mabuk ketum kunyit agaknya......Tak dan nak mikkir!!! Anda Mampu Mengubahnya.

Blogger Ambil Upah Jatuhkan @NajibRazak Tidak Bermaruah Selepas Bisu Dilondehkan Oleh Dua KJ

Mutakhir ini, kecoh diruang maya memperkatakan terdapatnya sebilangan blogger Umno telah dibiayai oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, dek kerana itu, apa saja masalah yang berlaku dinegara ini kesemuanya ditunding kepada PM bagi memberi gambaran kepada masyarakat bahawa PM yang wujud hari ini sungguh tidak berguna berbanding dengan PM sebelum-sebelumnya.

Namun ekoran usaha mereka itu adalah satu perancangan pihak yang berkepentingan dan bukannya ikhlas disebabkan kelemahan PM, tohmahan-tohmahan mereka keatas PM jelas kelihatan terlalu dangkal bagi memasuki ruang-ruang minda golongan yang berakal, untuk menilai apa yang dikatakan dangkal itu rujuk diSINI dan diSINI

Bagaimanapun sebilangan blogger berkenaan mungkin terlupa akan keupayaan diri sendiri yang sudahpun dilondehkan oleh dua orang KJ sebelum ini, tapi masing-masing dikalangan mereka hanya bisu menyepi, seakan mengakui apa yang dipertikaikan oleh dua KJ tersebut, dari kesepian itu mungkin kita tertanya, apakah mereka ini manusia yang bermaruah ?

KJ yang mempertikaikan mereka bukanlah sembarangan KJ atau 'Kadok Junjung', KJ berkenaan berstatus Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin dan juga Tokoh Wartawan Negara, Datuk A. Kadir Jasin,

Baru-baru ini Khairy dalam satu kenyataannya berkata "Media sosial yang kita gunakan selama ini membuktikan ia tidak berkesan, cakap dalam kelompok sendiri, masih syok sendiri, sedangkan pembangkang lebih kepada sasaran mendekati masyarakat umum. Saya akui, strategi lama itu tidak berkesan".

Sejurus selepas itu Kadir pula menyusul dengan kenyataan berikut:
Biarpun kenyataan yang dibuat dua KJ ini jelas memperlekehkan selain menafikan sumbangan pejuang maya UmnoBN, namun blogger besar Umno tidak merasakannya sebagai kudis. Dimana maruah blogger Umno yang sedang syok sendiri merancang untuk menjatuhkan PM ? Sudahlah tidak menggunakan saluran mereka dengan berkesan, ada hati pulak ambil upah nak jatuhkan PM ? Agaknya yang buta manalah yang mengupah ya ?... Buta sungguh....Betul-betul buta....

Bila Khairy kata 'tidak berkesan, syok sendiri' dan Kadir kata 'tidak pernah membantu kepimpinan Umno sebaliknya memburuk-burukkan Umno. Ada mereka kisah ? Mereka tak kisah, Dua KJ ni nak kata apapun katalah, yang penting pada mereka ialah berterusan mendapat wang. Hanya bloger atau cybertrooper kecil Umno saja yang menjawab kenyataan kedua KJ itu.

Bloger-bloger kecil ni mereka lebih bermaruah dan ikhlas dalam berjuang, mereka tidak gilakan UPAH, mereka bertanggungjawab sebab itu mereka marah kalau mereka diperlekehkan, mereka merasakan kepenatan mereka berjuang tanpa mengharap atau mendapat ganjaran lumayan tidak seharusnya diperlekehkan, sebaliknya bloger-bloger besar bisu kerana kekenyangan, kalaupun sesekali lantang ianya tidak lebih seperti langau.

Apapun, buat blogger besar Umno, jika tidak boleh menjadi garam yang dapat menahan daging dari membusuk, jangan pula menjadi langau yang membusukkan daging.... Sesiapa saja berhak untuk mengkritik PM, namun bagi mereka yang ikhlas dengan perjuangan Umno, masih terlalu awal dan bukan masanya untuk bersetuju PM diundurkan.... Anda Mampu Mengubahnya.

Tarik Saman - Umno Berjiwa Besar Atau Peguam Umno Mendapat Wang Besar ?

Tindakan UMNO menarik balik saman fitnah terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali bukan bermaksud parti itu tidak serius terhadap pandangan rakyat.

Penegasan itu dinyatakan Penasihat Undang-Undang UMNO, Datuk Mohd. Hafarizam Harun yang turut menolak dakwaan parti itu tidak bertegas dalam isu fitnah yang dibuat oleh pihak lawan.

Malah, jelasnya, tindakan sedemikian merupakan bukti keterbukaan UMNO yang tidak berdendam dan menerima pihak lawan dalam keadaan mereka mengakui kesalahan serta sanggup berubah.

"Tidak bermakna UMNO takut kerana kalau pihak lawan tidak mahu berubah, maka kita tidak akan beralah.

"Tetapi dalam kes terbabit, pihak lawan meminta untuk diselesaikan di luar mahkamah dengan beberapa terma dan akui kesilapan,"

Mohd. Hafarizam memberitahu, UMNO bukan parti yang hanya mahu ke mahkamah tanpa sebab dan asas atau menyaman mana-mana pihak untuk mendapatkan ganjaran wang semata-mata, sebaliknya berpaksi kepada prinsip tidak akan berkompromi jika parti difitnah dan dimalukan.

"Tetapi, jika mereka sanggup menyatakan pendirian sama ada meminta maaf atau menyatakan kekesalan atas apa yang telah dilakukan, UMNO selaku parti siasah sentiasa berjiwa besar kerana imej UMNO bukan sewenang-wenangnya mendapat duit daripada pihak yang disaman," tegasnya.

Ini peguam kerjanya hanya tahu duit, duit duit!, Apa pulak kaitan saman dengan duit ? apakah beliau ingat tujuan parti sama dengan tujuan peguam ? Parti saman kerana MARUAH ? Parti tak perlukan duit tapi parti perlukan kerajaan.

Jika dapat duit sekalipun, duit tu boleh bagi jer kat rumah-rumah kebajikkan, Lainlah kalau peguam, peguam saman kerana DUIT, sebab memang itu kerja peguam. 

Tanpa sebab dan asas ??? Gila ke apa ? Adoiiii Peguam oh Peguam.....!!!

Sepatutnya seorang peguam yang berwibawa dan bertanggungjawab, beliau wajib meneruskan saman dengan mengambil kira beberapa aspek dan kesan daripada fitnah itu kepada kerajaan UmnoBN.

Kalau nak bagi tengok Umno ni berjiwa besar, perlukah Umno ada peguam ??? Bila ada peguam, kerja peguam ni dalam mahkamah atau diluar mahkamah ?

Antara aspek penting yang perlu dilihat adalah faktor masa, dimana fitnah itu berlaku ketika hampirnya pilihanraya, fitnah yang melibatkan nyawa dan pertahanan negara yang berlaku ketika hampir pilihanraya adalah kes yang terlalu serius.
Tidak wajar diberi keampunan selain diberi pengajaran bagi mempertahankan maruah parti orang Melayu yang telah difitnah jahat oleh komplot komunis selain memastikan ianya tidak lagi berulang.

Perlu disedari, bukan semua perkara boleh bertolak ansur, ada perkara kita perlu tegas, jadi bila bertolak ansur dalam perkara yang tidak sepatutnya, bukankah terlalu bodoh namanya itu ?

Antara meneruskan saman dan menarik balik saman tanpa syarat perlu membuat iklan permohonan maaf di semua media-media  utama ? Rujuk SINI. Yang mana lebih baik kepada imej parti ? Berapa ramai masyarakat selepas ini akan memperkatakan bahawa Umno berjiwa besar kerana menarik balik samannya terhadap komunis ?

Bersikap terbuka terhadap tuduhan fitnah melampau sebenarnya tidak menampakkan Umno berjiwa besar, sebaliknya menampakkan seperti Peguam Umno sudah menerima wang besar ? Kalau benar berjiwa besar, awal-awal lagi tak perlu nak failkan saman.

Malang buat seluruh ahli dan penyokong Umno punyai peguam bacul seperti ini, tidak ada apa yang boleh dijadikan bekal semangat untuk berjuang, difitnah si kafir pun masih bertolak ansur lagi ?

Bila Umno dilihat semakin lemah dan gagal mempertahankan haknya yaitu kebenaran sekaligus tunduk kepada si kafir, adakah selepas ini orang Melayu masih menaruh keyakinan bahawa Umno tetap relevan dalam menjaga kepentingan agama bangsa dan negara jika imej atau kepentingan Umno sendiri gagal dipertahankan ??? Anda Mampu Mengubahnya.

Lihat! Macammana Kerajaan Selangor Buat Kepada Remaja Yang Mengandung Akibat Terlanjur

Percayalah kerja membangkang ni sememangnya mudah, antara contoh yang dapat difaktakan ialah bilamana  Datin Seri Rosmah Mansor mencadangkan kerajaan untuk menubuhkan pusat bersepadu bagi membantu golongan remaja perempuan yang melahirkan bayi tanpa berkahwin.

Pada 1 Oktober 2010, Rosmah dilaporkan akan melawat "Centre of Integrated Family Welfare" di Brussels, Belgium mengiringi Datuk Seri Najib Tun Razak, yang mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM) Kelapan di Brussels selama dua hari.

Rosmah berkata, "Satu pendekatan saintifik dan sistematik perlu dicontohi dari negara-negara lain bagi menubuhkan pusat seperti ini di Malaysia," katanya.

Bagaimanapun menurut Rosmah, ianya terpulang kepada kerajaan sama ada untuk menubuhkan pusat itu, namun pusat itu amat diperlukan bagi melindungi remaja serta anak mereka supaya disemai dengan benih perpaduan, jati diri, akhlak mulia dan nilai agama tinggi.

"Sekiranya dapat ditubuhkan, kita perlu mengolahkan pendekatan itu mengikut budaya dan pemikiran negara kita," katanya.

Rosmah juga meminta agar keutamaan diberikan dari segi mengasuh, mendidik dan membimbing kanak-kanak sejak kecil supaya mereka menjadi individu yang sempurna apabila dewasa kelak.
Begitu juga dengan Sekolah Harapan Ali Rustam yang dikritik rakuspihak pembangkang

Apa reaksi pemimpin pembangkang ?

Sebagaimana yang disiarkan di portal - Malaysiakini bertarikh 05 Oktober 2010 antaranya melaporkan, Hajat Rosmah Mansur melawat pusat remaja hamil di Brussel untuk mendapatkan input bagi menangani masalah pembuangan bayi adalah tidak munasabah dan menggambarkan seolah-olah kerajaan hilang punca dan kontang idea, kata PAS.

Ketua penerangannya Idris Ahmad berkata, isteri perdana menteri tidak sepatutnya merujuk kepada Centrum voor Integrale Gezinsgorg (CIG) kerana keadaan iklim dan sosial budayanya berbeza dengan negara ini.

"Tindakan yang dibuat oleh Datin Seri Rosmah untuk merujuk negara Belgium bagi mengatasi masalah anak luar nikah, seolah-olah anak yatim yang kaya dengan harta peninggalan bapanya, tetapi masih lagi meminta sedekah kepada orang ramai.

"Begitulah juga tindakan Datin Rosmah ibarat memohon sedekah dan ehsan daripada orang lain, sedangkan kita mempunyai rujukan iaitu Islam," kata Idris lagi.

Dalam satu kenyataan hari ini, Idris juga mempersoalkan, kenapa begitu takut hendak merujuk kepada "pendekatan Islam yang lebih menyeluruh dan telah terbukti berjaya".

"Kaedah yang perlu digunakan mestilah merujuk kepada apa yang diajar oleh Rasulullah SAW iaitu pendekatan mencegah dan mendidik," katanya. 

 Apa reaksi penyokong pembangkang ?

Apa yang merisaukan adalah dengan penubuhan sekolah khas tersebut, bukan semakin berkurangan remaja mengandung tetapi semakin bertambah-tambah pula.

Mereka akan berfikir, “em kalau berzina pun best jugak..Mengandung…Takpe dah…Sekarang dah ada sekolah khas, kita dah ada tempat untuk belajar, dah tak rasa malu sangat sebab kat sana semua pelajar perutnya buncit berisi….Dulu kalau buat kerja tu kena berenti sekolah sebab malu atau kena buang oleh pihak sekolah….”

Setahun kemudian pembangkang turut melakukan hal yang sama

Kalau kerajaan UmnoBN buat, pembangkang kutuk dan menggunakan dalil "Mestilah merujuk kepada apa yang diajar oleh Rasulullah SAW iaitu pendekatan mencegah dan mendidik"

Tapi jika pembangkang turut melakukan hal yang sama apakah dalil diatas akan terpakai ???

Matlamat penubuhan Rumah Kebajikkan Arafiah
Membantu memberi kesedaran kepada remaja yang datang meminta perlindungan dari penderaan, perkosaan dan penzinaan.

Membantu remaja meneruskan kehidupan yang sihat dan memberi manfaat kepada masyarakat.

Sebagaimana Allah berfirman di dalam surah Al- Qosas : 77

" Dan berbuat baiklah kepada orang lain sebagai-mana Allah telah berbuat baik kepada kamu"

Sabda Rasulullah S.A.W " Barangsiapa memohon perlindungan kerana Allah maka hendaklah kamu lindunginya, barangsiapa memohon bantuan kerana Allah, hendaklah kamu membantunya"

Begitulah sikap semulajadi pembangkang, bagi rakyat yang berakal mereka dah faham, dengan memahami sikap semulajadi pembangkang itu juga, kerajaan tak perlu nak lantik mangsa rogol jadi Menteri untuk mengelakkan tuduhan pembangkang sebagaimana yang disarankan oleh Datuk A Kadir Jasin diSINI. Anda Mampu Mengubahnya.

Sama juga kalau Ali Rustam cadangkan supaya remaja kahwin awal, pembangkang kata, nanti bercerai berai sebab usia tak matang,.... Tapi macammana pulak dengan Nurul Izzah ?

Lantik Ayah Altantuya Jadi Menteri ? Solusi Bangang Kadir Jasin Elak Tuduhan Pembangkang

Ternyata Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin tidak meletakkan diri beliau ditempat yang sepatutnya, kerana rakus dengan kebendaan duniawi, terutama gila nak jadi Pengerusi Media Prima, beliau tanpa rasa tanggungjawab dilihat begitu seronok mengkritik sambil memfitnah sekaligus seolah-olah turut mengesahkan beberapa persepsi negatif berkaitan PM dan Isteri.

Sikap dendam dan tidak berpuas hati Kadir hanya kerana tuntutan nafsunya tidak dipenuhi telah menggambarkan dirinya yang sebenar, memburuk-burukkan kerajaan dan UmnoBN tanpa mengira masa termasuk ketika menjelang PRU13 lalu adalah sikap terlalu jahat bagi seseorang yang masih mengharapkan 'sesuatu' daripada kerajaan UmnoBN.

Selain itu, cubaan Kadir menjatuhkan maruah isteri PM dengan beberapa fitnah dan persepsi juga antara sikap 'kurang ajar' yang tak patut beliau lakukan terhadap isteri pemimpin no 1 negara itu. Status yang ada pada Kadir tidak seharusnya digunakan untuk mengesahkan persepsi buruk terhadap isteri PM. Tak salah kalau Kadir nak kritik, tapi biarlah berasas setaraf dengan beliau selaku Tokoh Wartawan Negara.

Lagipun orang tua seperti Kadir perlu lebih sedar akan hakikat usianya yang sudah tidak senonoh kalau masih bersikap seperti kebudak-budakkan. Jika ya pun berhajatkan sesuatu daripada kepimpinan Najib dan sementara hajatnya itu tidak dilayan, Kadir tidak wajar meroyan sehingga memperkatakan mengenai sesuatu tanpa bersandarkan kepada fakta yang jelas, kerana sikap itu langsung tidak layak kepada seorang yang dinobatkan sebagai Tokoh Wartawan Negara.
Wanita Paling Berkuasa ? Apa motif Kadir ?
"Saya dah berbuih mulut mencadangkan agar Rosmah masuk politik dan dilantik menjadi menteri. Malah ke jawatan Perdana Menteri jika mendapat kepercayaan rakyat jelata".

Hairan sungguh!, yang Kadir ni duk kalut sangat sampai berbuih mulut apa pasal ? Siapa Kadir ? Kalau tokoh sebesar Mantan Perdana Menteri Tun M, Mantan Menteri Kewangan dll, Tun Daim, Tengku Razaleigh dll pun tidak sekalut Kadir dalam memperkatakan hal Rosmah,  jadi apa rasionalnya Kadir ni terlebih 'kalut' ? Mengalahkan pembangkang! Apa besar sangat Kadir sampai paksa orang untuk terima cadangan 'bengong'nya!. Bukan soal hanya sindir tak sindir, tapi yang Kadir bersungguh sangat tu kenapa ? Atas kapasiti apa yang Kadir bersungguh hingga sedemikian rupa ? Atas kapasiti 'Pengerusi Media Prima'kah ? Kahkahkah ?.

Tak tahannya alasan Kadir ialah supaya tiada pihak yang boleh membantah campur tangan Rosmah atau menuduh Najib dan anggota Kabinet menyalahgunakan kuasa dengan membenarkan penggunaan kemudahan kerajaan... Bengong sungguh...!, macammana boleh jadi Tokoh Wartawan Negara ? Nak ikut orang tuduh?, orang tu pulak pembangkang yang memang kerjanya begitu,  habis kalau pembangkang tuduh Najib terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya, takkan nak suruh Najib lantik ayah Altantuya pulak jadi Menteri ? Bab tuduh ni, apa yang pembangkang tak tuduh ? Dah lunyai dah Najib dan Rosmah dituduh dengan pelbagai tuduhan jahat, tapi mana BUKTInya ?

Orang nak tuduh, tuduhlah, apa kaitan dengan nak kena lantik jadi Menteri ? Solusi bangang diatas kekecewaan tak dilantik jadi Pengerusi Media Prima ni memang haprak. Kita bukan 'over' nak bela Rosmah, masalahnya sekarang semua tuduhan itu terbukti hanyalah FITNAH, takkanlah kita ni pun nak sambung fitnah pembangkang. 

Lagipun negara kita ada undang-undang, dikalangan pemimpin pembangkang punyai ramai pakar perundangan, kalau dikatakan berlaku penyalahgunaan kuasa dsbnya, sila buat pendakwaan dimahkamah, jangan duk sembang tepi longkang. sebelum kata mahkamah tak adil, buktikan juga ketidakadilan itu, bawa dulu kes kemahkamah...

Itulah bahana bila Kadir mendahului nafsu daripada akal, apa yang beliau hendak perkatakan semuanya menjurus kepada kebodohan, beliau seronok kritik atau cemarkan imej isteri PM, pada masa sama beliau marah kalau diperlakukan perkara sama kepada beliau. Inilah pandainya Tokoh Wartawan 'Kangkung'.
Selain marah tak dilantik jadi Pengerusi Media Prima, Kadir menjadi bertambah marah apabila tidak dibenarkan turut serta dalam perjumpaan dengan PM. Sepatutnya bila orang tak jemput tak payahlah buat muka tak malu nak meminta-minta, faham-faham jerlah, bila dah kecewa,  mulalah nak meroyan sampai blogger pun dijadikan mangsa. Tak cukup dengan itu analogi seluar dalam juga yang digemarnya.

Itulah Datuk A Kadir Jasin, Tokoh Wartawan Negara yang rendah mutunya tapi tinggi nafsunya, merasakan beliaulah yang hebat, tahu segala-gala tentang politik, memaksa orang menerima pendapatnya, bahkan cenderung bersifat sebagai 'penentu' atau tepat dalam membuat ramalan politik. Sedangkan hakikatnya Kadir Jasin tidaklah lebih dari sehelai seluar dalam lusuh yang putus getahnya...Selanjutnya mengenai skandal seluar dalam lusuh putus getah  ada diSINI, SINI juga SINI. Anda Mampu Mengubahnya.

@KhairyKJ Arahkan @PMOMalaysia Supaya Tidak Membantu Pada PRU13 Lalu ? @NajibRazak

Jika Datuk A Kadir Jasin dipertikaikan apa sumbangannya dalam membantu BN pada PRU 13 lalu sebagaimana yang diperkatakan diSINI, pertikaian itu kita dapat fahami kerana sebahagian penjelasannya ada diSINI.

Cuma apa yang kita tidak fahami adalah mengenai @PMOMalaysia ? Akaun Tweeter PMO ? Selain dilihat lebih mesra dengan update mengenai Khairy Jamaluddin, akaun ini mula tidak berfungsi pada 07 April 2013 yaitu kira-kira sebulan sebelum PRU13 kemudian kembali berfungsi pada 05 Mei 2013.

Dalam tempoh tidak berfungsi itu (08 April 2013 - 04 Mei 2013) apa yang dilakukan oleh @PMOMalaysia ? @PMOMalaysia ditugaskan dialam nyata atau dialam maya ? Jika dialam maya kenapa semakin hampir PRU semakin bisu dialam itu?
Disamping itu Tweeter @PMOMalaysia juga dilihat lebih intim dengan Khairy Jamaluddin apabila  aktiviti mengenai KJ sering dimuatnaik ? Sedangkan aktiviti pemimpin bertaraf Menteri tidak pun dimuatnaik sebagaimana aktiviti KJ. Adakah KJ turut berperanan dalam PMO walaupun PM sekarang bukan lagi bapak mentuanya ?
Kenapa aktiviti KJ yang menjadi pilihan @PMOMalaysia untuk di-retweet ? Kalau aktiviti yang turut melibatkan PM tak kisahlah kerana ada kaitan dengan PM selari dengan tugas @PMOMalaysia.
Namun ia tidak menjadi persoalan kiranya aktiviti lain-lain pemimpin turut dimuatnaik oleh @PMOMalaysia. Jadi berbalik kepada @PMOMalaysia yang tidak berfungsi ketika hampir pilihanraya, siapa yang arahkan @PMOMalaysia supaya tidak berfungsi dan tidak membantu (PM /BN/ Kerajaan) dalam tempoh itu ? Najib atau KJ ? Anda Mampu Mengubahnya.

Mukhriz Bimbang BN Tumbang @Ibdil Dan @KhairyKJ Pula Syok Puji Pembangkang

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir bimbang dasar “betul tapi tak popular” dalam menangani masalah khususnya kenaikan kos sara hidup rakyat menyebabkan kerajaan sedia ada tumbang pada pilihan raya umum akan datang.

Mukhriz dilaporkan berkata kerajaan wajib mendengar rintihan pihak yang memberikan kemenangan pada BN dan dikhuatiri mereka kesal kerana "pihak yang disokong seolah-olah tidak prihatin, tidak peduli suara akar umbi".

"Malangnya dalam keadaan sekarang, BN menang tipis tak dapat dua pertiga majoriti seperti sebelum ini. Ada perkara yang boleh dibuat, ada yang tak mampu dibuat selagi kita tidak dapat keyakinan sepenuhnya daripada rakyat.

"Saya bimbang kalau hanya fikirkan dasar yang baik dan betul saja dengan ketepikan terus soal populariti, maka akhirnya dalam PRU (pilihan raya umum) akan datang, walaupun kita buat perkara yang betul tetapi disebabkan persepsi rakyat sudah begitu, kita akan kecundang.

"Ketika itu, tiada apa yang boleh dilakukan kerana nasi dah jadi bubur," katanya dalam wawancaranya yang disiarkan dalam Berita Minggu hari ini.

"Satu lagi ialah isu siapa mengatakan bahawa yang baik itu tidak popular. Kita kena cari satu penyelesaian sendiri, bukannya berdasarkan nasihat luar atau pihak yang ada kepentingan meragukan kerana kita lebih faham masalah sendiri," katanya.

Mukhriz berkata tiada jaminan orang yang memberi nasihat itu bersikap ikhlas untuk membantu dan menggesa BN perlu kreatif untuk menyelesaikan masalah rakyat "secara popular dan betul".

"Betul dan popular itu bukannya suatu yang eksklusif, ia sebenarnya tidak menidakkan satu sama lain. Tetapi kena kaji mendalam, apakah penyelesaian itu," katanya.

Kebimbangan Mukhriz  itu harus diberi perhatian yang sewajarnya, bilamana disebut soal 'populariti' dan 'persepsi' sudah tentu ianya berkait rapat dengan medium penyebaran maklumat. Dalam perkembangan dunia hari ini, penguasaan media baru adalah sangat penting bagi sesebuah parti politik, untuk menguasai media baru jentera media baru itu sendiri hendaklah  diurus oleh mereka yang benar-benar berkelayakkan dan arif aka medium berkenaan.

Sebaliknya apa yang berlaku didalam Umno hari ini ialah meletakkan individu 'syok sendiri' untuk mengepalai jentera cyber parti itu. Hasilnya sudah pastilah cacar marba. Sebagai contoh, apabila PM di'kangkung'kan, individu yang mengepalai Biro Media Baru langsung tidak mempertahankan PM atau memperjelaskan kedudukan sebenar sekaligus memberi peluang kepada pembangkang untuk terus memanipulasikan isu tersebut, buktinya diSini.

Bagaimanapun, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yaitu individu yang bertanggungjawab melantik Pengerusi Biro Media Baru dalam satu kenyataannya beberapa hari lalu menyifatkan pendekatan yang digunakan media baru parti itu sebelum ini tidak berkesan selain memuji pihak pembangkang, "Itu membuktikan strategi media sosial yang kita gunakan selama ini membuktikan ia tidak berkesan, cakap dalam kelompok sendiri, masih syok sendiri, sedangkan pembangkang lebih kepada sasaran mendekati masyarakat umum. Saya akui, strategi lama itu tidak berkesan".

Kalau Ketua Pemuda Umno sendiri memuji dan mengiktiraf pembangkang, apa lagi yang nak dibanggakan dengan Umno ? Tapi bagi kita pengamal media baru yang mesra Umno, biarpun adakalanya kita kritik Presiden UmnoBN namun kita tidak sesekali memuji apatah lagi memuja Ketua Pembangkang. Seandainya kita memuji dan memuja pembangkang atau Ketua Pembangkang berkemungkinan besar ada sesuatu yang tidak kena dengan kita.....
Coretan Pengerusi BMB di blog peribadi beliau 'Cocodilly.blogspot.com'
Dalam pada sesuatu yang tidak kena itu, ianya terlalu bahaya kepada UmnoBN, kerana sesuatu yang tidak kena itulah yang sedang mengelilingi pentadbiran PM. Diatas hal itu jugalah ada baiknya kita renung-renungkan kenyataan Mukhriz yang juga anak tokoh pemimpin yang berpandangan jauh  sepertimana katanya, "Kita kena cari satu penyelesaian sendiri, bukannya berdasarkan nasihat luar atau pihak yang ada kepentingan meragukan kerana kita lebih faham masalah sendiri". Anda Mampu Mengubahnya.


"Takkan hari-hari kerja kita nak hentam pembangkang, dah takder kerja lain ke" - Pengerusi Biro Media Baru, Ibdillah Ishak

@NajibRazak Diancam Pengerusi BMB @Ibdil Lebih Besarkan @KhairyKJ Berbanding PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak antara sedar atau tidak beliau sebenarnya sedang diancam, beliau dikelilingi sebahagian besar ancaman dari dalaman. Ancaman berkenaan terlalu licik kerana sering bermain tarik tali untuk mengelak strateginya dihidu. Apapun dalam politik segala kemungkinan boleh berlaku samada ianya dalam jangkaan mahupun diluar jangkaan.

Untuk langkah berwaspada, jika mastermind atau kepala pengancam itu licik, tafsiran paling daif  mungkin dapat dikesan menerusi balaci-balacinya dikalangan yang lemah tapi diangkat kerana setia... Balaci yang tidak selicik ketuanya ini kadangkala tidak mampu atau terlupa untuk bersikap hipokrit dan sesekali itu menampilkan agenda atau wajah ketuanya yang sebenar......

Isu 'kangkung' yang tertimpa keatas Perdana Menteri hasil dari manipulasi pihak pembangkang tidak dinafikan ianya menjadi perbualan hangat rakyat diseluruh negara khasnya di media sosial, juga boleh dikatakan hampir kesemua Ketua Pemuda Umno Negeri tampil dengan pelbagai kenyataan mempertahankan PM, namun agak aneh pula bilamana Pengerusi Biro Media Baru, Ibdilillah Ishak tidak turut sama mempertahankan PM atau sekurang-kurangnya memperjelaskan kedudukan yang sebenar.

'Kangkung', 'Kangkung' dan 'Kangkung' terus bergema diruang maya, akhirnya pembangkang berjaya 'kangkung'kan PM, menjadi tanda tanya dalam isu ini, dimanakah individu yang bertanggungjawab mempertahankan PM ? Pengerusi Biro Media Baru sedarkah akan tanggungjawab beliau ? Wajarkah Pengerusi Biro Media Baru biarkan PM terus di'kangkung'kan diruang yang beliau dipertanggungjawabkan ? Atau kebisuan itu salah satu daripada perlaksanaan agenda pemimpin tertentu...?

Bagaimana pula dengan  respon ketua kepada Pengerusi Biro Media Baru berhubung isu ini?, ketuanya meminta supaya tak payah kecoh pasal 'kangkung' seterusnya menjelaskan kenyataan PM itu hanya sebagai  contoh kepada turun naik harga barang, ada..lah nampak backup juga sikit, tak pasti kalau kenyataan Khairy itu juga ingin dicontohkan buat semua pemimpin jika tidak mahu menjadi bahan kepada ujikaji...
Tapi tinjauan yang dilakukan dibeberapa akaun media sosial milik Pengerusi Biro Media Baru langsung tidak ditemui walaupun satu perkataan 'kangkung'  atau kenyataan yang mempertahankan PM dalam isu ini. Antara buktinya ialah di akaun Tweeter milik beliau. Selain update lifestyle dirinya dan retweet pasal KJ,  ke'poyo'annya saja yang ditampilkan ? Adakah ini kewibawaan Pengerusi Biro Media Baru bilamana Presiden Parti diserang ? Apa motif sebenar Pengerusi Biro Media Baru....??? 

Atau apakah beliau punyai strategi baru yang tertentu hasil mentelaah karya ahli psikologi, Dr. Daniel Kahenman yang bertajuk Thinking Fast and Slow ? Melihat kepada lifestyle-nya itu ada eloknya kalau kita bersangka baik.
Ctrl F
Bagaimanapun pada 5 Disember lalu satu ujikaji telah dijalankan ekoran kenyataan dan idea lifestyle yang ingin dibawa oleh beliau, idea diluar kotak fikir normal itu membuatkan saya ingin tahu siapa beliau yang sebenarnya?, sejauhmana kebijaksanaan dan kebertanggungjawaban beliau terhadap idea baru lifestyle yang bakal diperkenalkan itu. Maka mulalah saya memberanikan diri untuk berkenalan dalam konteks uji kaji menerusi WhatsApp.

Terdahulu beberapa isu saya telah bangkitkan kepada beliau dari apa yang di-lifestyle-kan di blog peribadi beliau ('Cocodilly'). Antaranya saya katakan boleh memberi pandangan negatif kepada Umno. Namun beliau cuba menafikan dan seperti biasa ayat kuno ajak berjumpa digunakan.

Disebabkan tujuan saya bukan untuk berjumpa tapi sekadar 'ujikaji', saya  meringkaskan dengan menasihati beliau supaya menutup blog peribadinya kepada umum, pada pendapat saya ketika itu, jika beliau tetap dengan pendiriannya dan terus membuka blog kepada umum, maka beliau seorang yang hebat dan sekaligus akan memberi keyakinan kepada saya bahawa beliau sememangnya punyai strategi tertentu (surprise) untuk menangani sebarang isu berhubung lifestyle yang beliau bakal perkenalkan itu. 


Tapi sayang, sangkaan saya meleset, lebih kurang 15 minit selepas dinasihatkan, bila saya refresh blog 'Cocodilly' didapati ianya telah ditutup kepada umum. Dengan itu ujikaji terhadap kredibiliti Pengerusi Biro Media Baru sikit sebanyak berjaya ditafsirkan.
Apapun, tujuan perbualan ini dilampirkan bukanlah untuk memperkecilkan Pengerusi Biro Media Baru, ia sekadar bahan bukti dari hasil ujikaji yang dijalankan, namun jika Pengerusi Biro Media Baru bertanggungjawab dan mempertahankan PM saya tak fikir untuk mengongsikannya kepada umum. Lagipun apa yang dilampirkan ini hanyalah sebahagian saja, yang dalam-dalam tu masih dalam simpanan dan bakal dikongsikan sekiranya keadaan memerlukan.

Kesimpulannya, PM harus sedar akan keberlakuan ini. Biarpun rambut sama hitam, tapi lifestyle masing-masing... Berwaspada bilamana berpetanda... Anda mampu mengubahnya...

Antara 'Kangkung', Rasionalisasi Subsidi Dan Rasionalisasi Rasuah Yang Mana @NajibRazak Fikir Lebih Relevan ? @Ibdil @KhairyKJ

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak selepas ini tidak harus lagi dilihat terlalu 'kangkung' dalam mengeluarkan sebarang kenyataan, antara transformasi dan 'kangkung' keduanya tidak mempunyai keselarian dalam  apa yang ingin dibawa oleh beliau, justeru beliau perlu lebih realistik setara dengan misi beliau.

Sikap pentingkan diri sendiri dan rakus melapah oleh Pegawai PMO membuatkan PM terabai dan seringkali dipandang rendah dan adakalanya ditertawakan, Najib juga kelihatan begitu sekali lemah dalam pentadbirannya, lebih lemah daripada pemimpin sebelumnya, sehinggakan budaya 'ugut' terus menjadi-jadi dikalangan pemimpin, ahli dan penyokong Umno itu sendiri.

Tak dapat jadi calon, atau kalah bertanding jawatan, ugut bagai....Siapa yang lantang bersuara, mengkritik dan mengugut akan mendapat... Sebaliknya yang setia menyokong akan melopong...

Najib mesti dibangkitkan dari lena, Najib mesti tampil sebagai seorang pemimpin sejati, Najib mesti berani menunjukkan ketelusan dalam pentadbirannya atau jika sebaliknya Najib wajib mengikuti jejakLah........

Penakut tidak bagus menjadi pemimpin, pemimpin perlu berani, tegas, lantang serta yakin dengan keupayaan sendiri dan tidak terlalu bergantung harap kepada punahsihat semata-mata. Contoh pemimpin itu Tun Dr Mahathir Mohamad. Najib perlu mencontohinya.

Sebagai pemimpin utama dalam kerajaan dan berbekalkan kuasa yang ada, Najib tidak perlu takut kepada kebatilan, Najib tak perlu gusar kepada tindakan mensabotaj parti, Najib tak perlu meredakan pembebanan terhadap rakyat ekoran kenaikkan harga barang dengan kenyataan 'kangkung'.

Sebaliknya emosi rakyat akan reda jika Najib berani mengumumkan antaranya bahawa Najib akan memastikan Indeks Persepsi Rasuah Antarabangsa (CPI) negara berada sekurang-kurangnya sebaris dengan negara jiran Singapura. Tapi sayang Najib tak berani nak umumkan! Kenapa ? Susah sangatkah ? Atau tindakan membasmi rasuah itu akan bankrapkan negara ? Rakyat benar-benar tidak mengerti!

Membebankan satu pihak yaitu rakyat, tidak akan menyelesaikan masalah ekonomi negara, kalau kerajaan boleh rasionalisasikan subsidi, kenapa tidak kerajaan turut rasionalisasikan rasuah ? Kalau Singapura boleh berada pada tangga ke 5 dalam CPI kenapa Malaysia tidak boleh berada pada tangga ke 4 atau ke 6 ? Teruk sangatkah Malaysia ? Lemah sangatkah Najib?, dimana KJ yang hebat yang kononnya tak syok sendiri itu ?
Kalau boleh rasionalisasikan subsidi secara drastik, rasionalisasikanlah juga rasuah secara drastik itu baru adil, sedangkan bukti sudah jelas, dalam setahun berapa banyak ketirisan berlaku sebagaimana yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara, tapi perkara itu tidak dipandang serius, Paling kuatpun umum tubuh makmal atau jawatankuasa, hasilnya sifar!!!

Dalam pada itu saban hari kerajaan mengumumkan berjaya menarik pelaburan demi pelaburan, ratusan billion pelaburan dibawa masuk, tapi hakikatnya tiada pun kesan positif kepada rakyat, yang ada hanyalah kenaikkan harga barang. Jadi dimanakah relevannya kerajaan hari ini ?

Rakyat bersyukur dengan apa yang ada dan yang sedang dinikmati, tapi bersyukur itu tidak bermakna rakyat merelakan kerajaan untuk terus mengamalkan rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan dsbnya, kalau kita mampu untuk menjadi lebih baik kenapa kita tidak ingin lakukannya ?

Dengan segala apa yang berlaku itu, bila sampai masa pilihanraya, dan setelah keputusan PRU diumumkan itu kurang memberangsangkan, jentera maya pula yang dipersalahkan, bukankah bengong namanya itu ? Siapa yang persalahkan ? Khairy Jamaluddin dan balacinya Ibdillah Ishak, yaitu antara individu tingkat 4 yang paling dibenci oleh Tokoh paling berjasa Tun Dr Mahathir.

Sedangkan tokoh seperti Tun Daim Zainuddin pun tak kata jentera maya Umno ni lemah, syok sendiri atau bagai... Sebab tu KJ dan balacinya kena belajar dan tahu apa fungsi media maya dan apa yang perlu dilakukan dengan media itu. Asas dan faktanya cermin diri dulu diSINI. Justeru Najib yang lena diulit PEMANDU dan kroni KJ perlu segera disedarkan sebelum rakyat menyedarkan kerajaan UmnoBN....Anda Mampu Mengubahnya.

#Lifestyle @Ibdil Cuba Tanya @Khairykj Strategi Macamni Syok Sendiri Ke Tak ?

"Itu membuktikan strategi media sosial yang kita gunakan selama ini membuktikan ia tidak berkesan, cakap dalam kelompok sendiri, masih syok sendiri, sedangkan pembangkang lebih kepada sasaran mendekati masyarakat umum. Saya akui, strategi lama itu tidak berkesan". - KJ

Kata-kata angkuh sekali lagi digemakan oleh Khairy Jamaluddin, kata-kata itu umpama kata-kata yang meniti diatas mata pedang bukannya kata-kata yang menghulur tangan. Pengumuman strategi pun dah angkuh, strategi tak tahulah macam mana ?

Kalau strategi #Lifestyle mendada macam ni!!!
Lu dengan balaci lu bolehlah der !!!
Dengan rakyat kalau syok sendiri macamni bukan lagi 'pade' tapi 'padah'!
Elok jer PRU11 kerusi DUN Kelantan 22/23 , datang strategi syok sendiri kedudukan kerusi PRU12 berubah kepada 6/39. Wow!!! Hebat sungguh 'natam' ni!!! 'Pade muko' sungguh!!!. Anda Mampu Mengubahnya.

Kerja Menteri Ayam Hanya Tahu 1-800-8886-800 Jer Ke @NajibRazak ?

KUALA LUMPUR - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hasan Malek hari ini menyarankan orang ramai supaya menghubungi talian 1-800-8886-800 sekiranya  terdapat aduan mengenai  kenaikan harga barang serta kualiti produk yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M).

Jelasnya Kementerian KPDNKK akan sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke semasa oleh itu jika ada sebarang aduan mengenai isu peningkatan 'kos sara hidup' pengguna boleh terus membuat laporan kepada KPDNKK.

"Jika timbul isu kenaikkan harga atau timbul tuduhan mengenai barangan yang dijual di KR1M tidak memenuhi standard, pengguna boleh terus menghubungi talian kita iaitu 1-800-886-800.

"Aduan tersebut hendaklah spesifik, di mana tempat tersebut, bila dan sebagainya, seterusnya pihak kita akan ambil tindakan selepas aduan dibuat," katanya ketika sidang media selepas melawat rangkaian Kedai Rakyat 1Malaysia di Pudu Sentral hari ini.

Menggulas perkara yang sama, pihaknya akan sentiasa turun padang bagi membantu pengguna dalam meringankan beban hidup mereka.

"Pemantauan akan dibuat dari semasa ke semasa, kita akan selalu turun padang bagi membantu pengguna.

"Penguatkuasaan akan dilakukan setiap masa dan kita akan kenakan tindakan sekiranya peniaga ambil kesempatan terhadap pengguna," katanya.
Sebenarnya Menteri ni sangat bermasalah, Menteri ni hanya tahu 1-800-8886-800!!! lagi lama duk dalam kabinet  lagi banyak kangkung-mangkung jadi jenaka. Keberkesanan Menteri ni pun dah diuji kaji dan terbukti ayam masak kangkung.

Dah takder ke pemimpin Umno yang lebih cerdik sedikit daripada Menteri ini ? Bukan Menteri sekarang ni tak cerdik, tapi kalau boleh rakyat nak yang lebih sedikit cerdiknya sesuai dengan situasi negara yang bakal mencapai status negara maju pada 2020 nanti. Anda Mampu Mengubahnya.

Zam: Kembalikan Tun Mahathir Dalam Kerajaan @NajibRazak

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad perlu dikembalikan dalam kerajaan bukannya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kata bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin.

Beliau berkata, kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat lemah apabila diancam daripada sudut perkauman, agama dan tekanan ekonomi.

Menurutnya, kehadiran Dr Mahathir diyakini mampu memulihkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan hari ini.

“Kehadiran Dr Mahathir bukan sahaja mampu memulihkan kekusutan yang timbul pada hari ini, tetapi juga kepada BN untuk menghadapi PRU14,” katanya.

Zainuddin berkata, aura Dr Mahathir masih kuat sehingga ke hari ini apabila generasi muda juga tertarik dengan setiap pandangan yang diutarakan bekas perdana menteri itu.

Ditanya adakah Najib benar-benar dalam keadaan tertekan sehingga perlu bekas pemimpin negara itu duduk bersama dalam barisan kepimpinan hari ini, beliau berkata, kenyataan dua pemimpin iaitu Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar supaya ISA dikembalikan membuktikan betapa seriusnya ancaman keselamatan dalam negara.

“Kenyataan mereka ini dipandang berat oleh seluruh rakyat dan perdana menteri perlu memikirkan langkah yang tepat dalam menangani masalah ini.

“Sekalipun ISA dikembalikan, jika tiada ketegasan politik dalam melaksanakan secara bijak, berani dan tegas, maka ISA tidak berkesan,” katanya.

Menurut beliau, negara besar seperti Amerika Syarikat juga pernah menentang undang-undang yang menekan kebebasan, tetapi apabila berada dalam keadaan tertekan undang-undang itu dikembalikan.

Beliau, bagaimanapun, enggan mengulas mengenai apakah jawatan yang wajar diberikan kepada Dr Mahathir jika beliau duduk dalam barisan kepimpinan negara. - Sinar Harian

Itulah yang sepatutnya, kerana sudah terbukti idea baru bebudak tingkat 4 yang mempengaruhi kerajaan semuanya haprak!!!

Fizo Omar Bantu Beri Modal Untuk Belia Yang Berminat Jual Burger @Ibdil Bantu #Lifestyle @NajibRazak @Khairykj

Malam tadi tetiba jer rasa nak makan burger, nak dijadikan story maka tersinggahlah disalah sebuah gerai burger berhadapan dengan 7 Eleven  menghadap JPJ Panji, sambil menunggu burger, terpandang satu banner yang membuka peluang kepada golongan muda menceburi perniagaan itu, perniagaan 'Hot Burger' yang diperkenalkan oleh pelakon Fizo Omar.

Sewaktu singgah digerai burger berkenaan, pelanggan berpusu-pusu sedang menunggu pesanan, kencangnya boleh tahan, terdetik dihati, 'bagus jugak Fizo Omar ni, walaupun dia bukan ahli politik atau terlibat secara langsung dalam perjuangan membantu rakyat, tapi dia tetap membantu rakyat, sepatutnya orang macam dialah yang patut ada dalam mana-mana parti yang berjuang untuk membantu rakyat'.

Tertarik dengan cara beliau membantu golongan muda, sampai jer kat rumah saya terus search 'Hot Burger Fizo Omar' dan keluarlah artikel mengenainya secara ringkas di beberapa media antaranya Mstar sebagaimana berikut:

Membuka peluang perniagaan kepada mereka yang benar-benar berminat, selain latihan pengendalian sebagai persediaan, segala keperluan memasak burger termasuk gerai diberikan tanpa perlu mereka yang berminat mengeluarkan modal.

"Kita akan sediakan segala-galanya untuk mereka bagi memulakan perniagaan cuma mereka perlu membawa semangat dan minat," kata Fizo.

"Kita tidak akan ambil apa-apa imbuhan daripada mereka dan hasil yang diterima adalah seratus peratus milik mereka dan selain kita memberikan latihan, uniform turut disediakan selain memantau dan membantu mereka menyelia akaun supaya ia berjalan dengan baik," katanya.

Sementara itu, Fizo berkata, keuntungan syarikatnya itu hanya bergantung melalui pembekalan bahan-bahan membuat burger kepada gerai-gerai burger yang mengambil bahagian dalam program itu. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai program tersebut boleh menghubungi Asri Hamid di talian 011-1929 9990 atau Laman Facebook Burger Malaysia untuk keterangan lanjut.

Alangkah bagusnya parti Umno jika semua pemimpin pemudanya berfikiran seperti Fizo, walaupun diatas platform syarikat tapi usaha membantu golongan muda itu tepat dan berhasil. Usaha Fizo ini perlu disokong oleh semua pihak, kepada mereka yang berminat jangan lepaskan peluang! Syabas orang muda!!!

Tapi bagaimana pula dengan pemimpin atau Exco Pemuda Umno khasnya Pengerusi Biro Media Baru yang bernama Ibdillah Ishak ? Dalam kesukarelawan perjuangan beliau diatas platform parti, dah berapa ramai penggiat media baru yang sudah dibantu ?

Rakyat khasnya ahli Umno hari ini perlu sedar akan apa yang telah diusahakan oleh pemimpin anda setelah memenangi pilihanraya atau jawatan didalam parti ? Adakah berbaloi dengan kesungguhan sebelum memenanginya ? Bila menang pemimpin senyap jer! Apa yang telah dibuat dalam usaha menguatkan parti ? Betul ke pemimpin seperti Ibdil ni guna parti untuk bantu rakyat bukan untuk mengtekedarah bagi diri sendiri ?

Pemimpin muda Umno perlu tampil mengzahirkan apa yang dikatakan perjuangan demi agama bangsa dan tanahair, setakat bercakap jer tak guna, tunjukkan bukti ! Ibdil setakat jadi Pengerusi Biro Media Baru ni apa yang dah dibuat ? Lifestyle !!! Kahkahkahkahkahkahkah. Anda Mampu Mengubahnya.

Video - Menteri Ayam Nafi Letak Jawatan Sebaliknya Sekali Lagi Kenyataan Cap Ayam Dikeluarkan

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Hasan Malek tidak meletakkan jawatan sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Penafian itu dilakukan oleh Pejabat Menteri tersebut dalam satu kenyataan dua perenggan yang dikeluarkan kepada Bernama di sini hari ini.

"Pejabat Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menafikan komen yang dibuat dalam blog dan Facebook kononnya YB. Dato' Sri Hasan Bin Malek akan meletakkan jawatan.

"Perkara itu (perletakan jawatan) adalah tidak benar sama sekali," demikian menurut kenyataan itu.

Khabar angin tentang perletakan jawatan membabitkan Hasan tersebar sejak semalam di beberapa laman sosial. - Bernama

Walaupun pujukan mengumpan secara 'blackops' dilakukan untuk mengundurkan Menteri Ayam, nampaknya ia tidak semudah yang disangka, mendahulukan ucapan tahniah kepada Menteri Ayam kerana berjiwa besar juga langsung tidak memberi kesan kepada pencium tangan berlesen ini.
Alang-alang mencium tangan, takkanlah Menteri Ayam nak letak jawatan dengan mudah ? Sebab beliau dah cover 'ayamnya' itu dengan mencium tangan supaya apa saja tindakkan Najib keatasnya tidak dinilai menerusi pencapaiannya tapi dinilai menerusi kenyaringan bunyi ketika mencium tangan mmmmmuahhhhh....
Original copy pun 'scan crop' senget, kalau macam ni standard kerja Kementerian cap ayam! Memang ayam sungguhlah!!!
Dalam penafian peletakkan jawatan Menteri Ayam, sempat lagi kenyataan media poyo cap ayam dikeluarkan oleh Kementerian Menteri berkaitan ayam, kononnya Menteri Ayam mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil dari industri pemborongan dan peruncitan. Hasil dari pertemuan itu ? Pihak industri telah bagi komitmen untuk bersama-sama mengambil SEGALA langkah ? Langkah apa ? Langkah ayam sabung ke langkah ayam berak kapur ?

Banyaklah dia punya langkah! Disebalik tidak memberitahu langkah-langkahnya, alih-alih 'Sekiranya orang ramai mempunyai sebarang pandangan sila hubungi talian bebas' ayam @#$%$#@#$%%...

Ini trend lama, sampai bila nak guna trend ayam macam ni ? Tengok contoh borang aduan kat bawah pun berbagai nak kena isi, borang berkarenah ni dibuat pada tahun 2004 lagi, tapi masih nak digunapakai sampai sekarang, mana transformasinya ?

Dah takder kaedah lain yang lebih memudahkan rakyat untuk menggunakannya ke ? Yerlah kalau asyik duk berjoget masa mana nak fikir pasal kaedah ni semua ? Membuta jerlah kerjanya ya ? Cuba guna saluran aplikasi yang memudahkan rakyat untuk menyalurkan aduan. Sebagai contoh, aplikasi seperti WhatsApp, wujudkan seorang wakil kementerian disetiap daerah dengan satu talian WhatsApp, maklumkan kepada rakyat mengenai kewujudan talian itu menerusi kesemua media cetak dan elektronik, dari situ segala aduan masalah, cadangan serta idea boleh didapati oleh Menteri dan kementerian.

Guna aplikasi seperti WhatsApp tak perlu nak isi borang, maklumat pengadu boleh dikesan melalui no talian pengguna WhatsApp yang boleh didapati daripada penyedia perkhidmatan selular sekiranya maklumat yang disalurkan pengadu adalah palsu. Jadi apa masalahnya Menteri Ayam tak boleh nak selari dengan perkembangan sistem maklumat yang wujud pada hari ini ?
http://e-aduan.kpdnkk.gov.my/eaduan/aduanbaru.php?lang=2
Cerita banyak pun tak guna! Jom kita berjoget dulu. Anda Mampu Mengubahnya.

Video - Patutlah Tun Mahathir Meluat Sangat Dengan @Khairykj @Ibdil & Bebudak Tingkat 4!

Patutlah dulu Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad benci sangat dengan bebudak tingkat 4 yang diketuai oleh Khairy Jamaluddin, mungkin sebelum ni ramai diantara kita tak faham mengapalah Tun M begitu meluat dengan KJ, yerlah KJ kan budak cerdik dari Oxford, pasal apa Tun M sesuka hati jer nak membenci KJ?. Adakah Tun M iri hati dengan kecerdikkan yang dimiliki oleh KJ ?

Benarlah kata orang Tun M ni seorang pemimpin berpandangan jauh, apa yang baru hari ini kita nampak dah lama dah Tun M nampak. Antaranya ialah mengenai KJ, kita tak nafikan kecerdikkan KJ yang didakwa oleh banyak pihak itu, dan kita akui KJ juga seorang pemidato yang hebat. Namun itu semua bukanlah satu keperluan utama untuk menjadi seseorang pemimpin, kalau setakat berpidato saja hebat, apa kurangnya Anwar Ibrahim ? Anwar lagi hebat!. Kenapa Umno tak ambil saja Anwar jadi pemimpin ?

Oleh demikian maka barulah kita sedar apa maksud orang tua makan garam dulu, salah satu bukti kewajaran Tun M membenci KJ adalah kerana KJ terlalu mementingkan diri sendiri lebih daripada parti mahupun agama, bangsa dan negara, KJ sanggup mempertaruhkan masa depan parti demi cita-citanya, lihat saja Biro Media Baru, makhluk spesis apakah yang dilantik oleh KJ mengepalai biro tersebut?. Apa kelayakkan Ibdillah Ishak untuk mengetuai biro berkaitan ? Cukupkah sekadar hanya menjadi balaci kepada KJ untuk diangkat mengepalai biro cyber parti ?

Ibdillah Ishak ! Seorang yang tidak punyai pengalaman mengenai selok belok dalam peperangan maya, dilantik sebagai pengerusi BMB hanya kerana hubungan baiknya dengan KJ bukan kerana kepakaran beliau dalam bidang berkenaan, kami tidak bermaksud memperkecilkan kebolehan beliau, tapi kami ingin menyatakan hakikatnya yang sebenar demi kelangsungan perjuangan Umno diruang maya yaitu satu ruang yang sangat penting dan wajib dikuasai oleh UmnoBN kerana ruang maya antara penyumbang kepada kalah menang sesebuah parti didalam Pilihanraya.

Tapi sungguh malang bagi sebuah parti jika punyai pemimpin cerdik seperti KJ, cerdiknya bakal mengjahanamkan parti, melantik sesiapa saja yang rapat dengan beliau untuk mengepalai sesuatu kepentingan parti adalah sikap yang terlalu biadap bagi seorang pemimpin, sikap seperti ini tidak patut ada pada seseorang pemimpin, seharusnya beliau perlu melihat kepentingan parti itu jauh lebih penting dari kepentingan diri sendiri.

KJ boleh diibaratkan sebagai seorang pemimpin yang hanya celupar mengeluarkan kenyataan untuk meraih populariti semata-mata, sebaliknya tiada sebarang hasil dari kenyataan yang dibuat. Jika dianalisis dari semua kenyataan yang dibuat oleh KJ bermulanya beliau menyertai dunia politik, hampir 95 peratus kenyataan yang pernah dibuat itu hanyalah bersifat retorik. Kenyataan beliau kononnya seolah-olah berpihak kepada rakyat sekaligus sering bercanggah dengan keputusan yang dibuat oleh parti ataupun kerajaan hanyalah untuk popularkan diri dan tidak lebih dari itu.

Maka tidak hairanlah jika KJ berpendirian mengekalkan Pengerusi BMB lantikkan beliau itu biarpun sedar ciri-ciri individu itu bakal mengjahanamkan UmnoBN, bagaimanapun pendiriannya itu bakal ditentang habis-habisan kalaupun terpaksa berpihak kepada pembangkang.... Anda Mampu Mengubahnya.

Belakang parang jika diasah lagikan tajam!!!

Lebih Baik Tiada Dari Ada @Khairykj Wajib Undurkan Pengerusi Biro Media Baru @Ibdil

Entah bagaimana lagi nak bersuara dengan kepimpinan UmnoBN ni? Bila bersuara secara anak beranak tidak pula diendahkan, nampaknya mungkin cara kurang ajar juga yang didambakan, bukan apa! kalau setakat blogger bilis seperti saya sorang jer yang complain lainlah, ini sebahagian besar pejuang maya mesra BN dah complain, termasuklah wartawan professional terkenal yaitu bro Mazidul Akmal Sidek, bro Mazidul dalam beberapa entri telah mempertikaikan perlantikkan Ibdillah Ishak sebagai Pengerusi Biro Media Baru, terbaru pada 04 Januari bro Mazidul dalam artikel bertajuk PENGERUSI BIRO MEDIA BARU UMNO (IBDILILLAH ISHAK) WAJAR BERUNDUR sekali lagi melontarkan hasrat yang sama.

Tapi kepimpinan UmnoBN sedikitpun tidak memandang dari apa yang ingin disampaikan, perlu disedari, tujuan kami ini adalah demi kelangsungan perjuangan parti Melayu yang bernama Umno, walaupun pemimpin dalam Umno ni bukanlah baik sangat, tapi hakikatnya setakat ini belum ada lagi yang lebih baik dari Umno.

Dalam usaha penambahbaikkan itu, pada pandangan kami sebahagian besar pengamal media sosial sependapat dan mengesahkan bahawa individu yang dilantik sebagai Pengerusi BMB adalah seorang yang tidak layak untuk mengepalai jentera cyber, antaranya kerana dalam situasi politik hari ini, idea yang kononnya transformasi yang ingin dibawa iaitu #lifestyle sesuka hatinya langsung menyalahi kehendak masyarakat khasnya orang muda.
Jika diambil contoh mudah isu terkini yang mendapat perhatian pengunjung di Youtube, daripada 3 video yang diterbitkan satu daripadanya bertajuk 'Menteri Ayam Tonton Maharaja Lawak Sambil Berjoget' mencatatkan seramai 50031 penonton dalam tempoh 2 hari, sebaliknya isu Mat Sabu dan Pengerusi BMB walaupun tempohnya lebih lama diterbitkan ianya tidak mendapat sambutan daripada pengunjung. Kenapa dan Mengapa ? Jawapannya mudah, kerana rakyat tak nak tahu pasal lifestyle Mat Sabu dan Pengerusi BMB, rakyat hanya nak tahu pasal 'Menteri Ayam', sebab apa ? Sebab ia ada kaitan dengan kenaikkan harga barang yang sedang ditanggung oleh rakyat.

Tapi bagaimana isi kandungan video 'Menteri Ayam' itu ? Selain daripada joget ! Apa kenyataan Pengerusi BMB boleh diselitkan bagi menjelaskan hal sebenar kepada rakyat ? Tidak...Pengerusi BMB lebih sibuk dengan lifestyle poyonya... Malah mana-mana akhbar utama pun masih belum mendapatkan pandangan dari Pengerusi BMB didalam apa jua isu, sebaliknya akhbar Sinar Harian pula dilihat lebih berminat mendapatkan pandangan daripada bekas Pengerusi UMB berbanding Pengerusi baru BMB.

Disamping itu lifestyle yang syok sendiri bukanlah satu perkara yang baik untuk diketengahkan, tiada untung kepada rakyat, malah akan mengjahanamkan UmnoBN, adakah anda fikir untuk menjawab isu-isu yang dimanipulasi oleh pembangkang cukup dengan memaparkan #lifestyle sehingga beraninya anda kata 'Takkan kerja kita hari-hari nak hentam pembangkang, dah takder kerja lain ke'?  Amboiii!!! sesedap mulut jer bercakap, langsung tak pakai otak! Dah kalau pembangkang hari-hari duk hentam kerajaan, memang WAJIBlah kita pun hari-hari jawab dan hentam pembangkang. Orang tumbuk, kita tahan, bengkaklah muka.

Pengerusi BMB tolong jangan jadi bingai macam tu, apa Pengerusi BMB ingat politik ni dunia untuk lifestyle, Pengerusi BMB tolong bayangkan kalau tentera atau polis cakap macam ni 'Takkan kerja kita hari-hari nak pertahankan negara atau nak tangkap penjenayah, dah takder kerja lain ke'? Apa akan jadi dengan negara kita ? Haru Ibdil haru.... Sama juga kalau doktor cakap 'Takkan kerja kita hari-hari nak rawat pesakit, dah takder kerja lain ke'? Begitu jugalah dengan pejuang maya, hari-hari mesti berjuang, tak der masa nak berpoyo lifestyle berbagai tu semua. Selagimana pembangkang menyerang selagi itulah mesti melawan.

Ini tiba-tiba Pengerusi BMB! nak 50 peratus lifestyle 50 peratus politik ni apa ke jadahnya ? Sama jugak kalau pergi bukak majalah Motor Trader cari menu masakkan, memang lembulah... 

Pelantikkan Ibdillah sebagai Pengerusi BMB hanya akan mengjahanam dan memecahbelahkan pejuang maya UmnoBN, dan perkara ini sedang hangat dibincangkan secara tertutup di group WhatSapp tertentu oleh lebih 100 orang pejuang maya UmnoBN, diharapkan dengan mesej jelas dari pengamal media baru sebelum ini ia mendapat pertimbangan yang wajar. Anda Mampu Mengubahnya.

Perjuangan sejati akan lebih kental dengan melihat kejelikkan yang nyata

Video - Menteri Ayam Naik Angin Sampai Berjoget-Joget Tonton Maharaja Lawak

Penganalisis ekonomi berpendapat tindakan segelintir peniaga menaikkan harga barangan sewenang-wenangnya merupakan antara faktor menyebabkan rakyat terbeban masalah tersebut.

Pakar ekonomi Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Amir Baharuddin berkata, peniaga tidak sepatutnya ambil kesempatan di atas masalah yang berlaku selain dituntut mematuhi segala arahan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

“Bila naik sahaja tol semuanya akan ambil kesempatan. Ini adalah soal mengambil kesempatan bukan ekonomi. Kalau harga gula naik sekilo 35 sen, apa rasionalnya kopi naik sampai 20 sen?” katanya, semalam.

Katanya lagi, kurangnya peranan persatuan dan koperasi dalam membela nasib pengguna juga dilihat antara punca harga barangan tidak dapat dikawal sekaligus melambung tinggi.

“Ini salah satu masalah menyebabkan pengguna dibebankan kenaikan kos sara hidup.

“Di pihak kerajaan, KPDNKK seharusnya menguatkuasakan akta yang ada. Perlunya tindakan tegas dan tak perlu lagi hanya sekadar beri amaran kepada para peniaga yang degil,” jelasnya.
Macammana nak tegas kalau nafsu jogetnya mengalahkan Inul!!!
Menteri Ayam Sila Letak Jawatan!!!

Terkini - Peserta Himpunan Turun Cuba Rempuh Hadangan Polis

12:00 Dataran Merdeka – Pengarah Strategi PKR memberi ucapan di tepi pentas, atas jalan di Dataran Merdeka.

Katanya, mereka harus turun ke jalan raya kerana perdana menteri hanya kenal suara demonstrasi seperti itu.

"Kita akan terus lawan kenaikan harga barang. Kalau tak turun, kita turunkan Najib," kata beliau.

Tepat jam 12 waktu di telefon, percikan bunga api dilepaskan ke udara tetapi jam di bangunan Sultan Abdul Samad menunjukkan pukul 12.05 malam.

11.50pm, Dataran Merdeka – Suasana di padang senyap sebentar. Peserta himpunan dan polis kelihatan melihat jam masing-masing untuk menunggu detik jam 12 tengah malam.

Sebahagian penonton konsert tidak puas hati berkata “baliklah” dan sebahagian lagi melaungkan 1Malaysia kepada peserta himpunan.

11.30pm, Dataran Merdeka – Konsert di Dataran Merdeka ditamatkan. Pegawai DBKL dilihat berbaris di depan pentas yang lampunya sudah ditutup.

Pentas kemudian dipenuhi dengan wartawan yang mahu mengambil gambar peserta himpunan dengan lebih jelas. 11:00pm, Dataran Merdeka – Selepas 15 minit berdiri berdepan dengan pegawai polis dan DBKL di depan Kementerian Perlancongan dan Kebudayaan, peserta himpunan cuba memecahkan hadangan sekali lagi.

Diketuai dua individu dengan bendera Malaysia, mereka dilihat melepas kepungan polis ke Dataran Merdeka. Pihak berkuasa bagaimanapun tidak melakukan apa-apa untuk menghalangnya.

10.45pm, Dataran Merdeka – Peserta himpunan TURUN cuba merempuh barisan kedua polis.

Pegawai DBKL membantu menolak kembali peserta menyebabkan orang ramai terhimpit.

OCPD Dang Wangi kemudian tampil menenangkan keadaan.

“Bertenang, sabar. Bunga api di sebelah kamu, bukan sebelah sini, kita tunggu sama-sama,” katanya berseloroh.

“Jangan ganggu polis. Kami hanya menjalankan tugas menjaga kedua-dua belah (peserta himpunan dan hadirin konsert). Saya minta kerjasama,” katanya.

10:30pm, Dataran Merdeka – Kira-kira 7,000 orang berkumpul di hadangan berdekatan persimpangan Jalan Tun Perak-Jalan Raja.

10:15pm Menara DBKL - Lebih 3,000 peserta diketuai SMM dan pemimpin mahasiswa tiba di Menara DBKL yang diawasi puluhan pegawai keselamatan.

Mereka kemudiannya terus ke persimpangan jalan Tun Perak untuk bergabung dengan peserta di dataran merdeka.

Mereka melepasi benteng polis di hadapan dataran merdeka tanpa halangan. Persimpangan Jalan Raja Laut-Jalan Tun Perak - Pengerusi TURUN Azan Safar berarak ke Dataran Merdeka dari arah Jalan Raja Laut.

Beliau yang berjalan, dengan kawalan beberapa orang peserta himpunan berbaju-T 'TURUN', memegang mikrofon sambil melaungkan 'Turun harga barang'.

10.05pm, Dataran Merdeka - Sekumpulan peserta yang berkumpul di tengah-tengah jalan menyanyi "Turunkan harga barang, berhenti tekan rakyat" sambil bertepuk tangan.

Mereka kini mula duduk di tengah-tengah jalan persimpangan Jalan Tun Perak dan Raja Laut.

Jumlah peserta sekurang-kurangnya mencecah 2,000 orang.

10.00pm, Dataran Merdeka – Polis membuat barisan hadangan kedua. Peserta dibenarkan melepasi hadangan pertama tetapi ditahan di hadangan kedua.

Hanya yang meraikan sambutan tahun batu dibenarkan melaluinya.

“Di dalam ini siapa yang mahu menyambut tahun baru, jika kamu mahu protes di sebelah sana,” kata OCPD Dang Wangi.

10pm, Jalan Raja Laut – Lebih 3,000 peserta kini berarak ke arah menara DBKL di Jalan Raja Laut dengan pelbagai laungan menuntut penurunan kos sara hidup.

Jalan ditutup berikutan ramainya peserta yang memenuhi keseluruhan jalan. Peserta himpunan terdiri daripada pelbagai bangsa.

9.52pm SOGO - Peserta mula bergerak ke arah jalan Raja Laut. Kompleks beli belah SOGO telah pun ditutup dan kehadiran demonstran melebihi 1,000 orang.

Peserta yang kebanyakannya terdiri dari anak muda dan mahasiswa mula beratur untuk bersedia berarak.

Keadaan yang bingit menyebabkan ucapan dari pimpinan demo tidak lagi didengari.

Suasana kini bercampur baur dengan sorakan slogan, ucapan, perbualan dan hon kenderaan yang lalu lalang di persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Dang Wangi.

Beberapa kenderaan nampak resah dengan keadaan tersebut dan polis trafik sudah pun meninggalkan persimpangan lampu isyarat di hadapan kompleks.

Peserta turut menyanyi lagu negaraku sebelum mula berarak.

9.40pm, Dataran Merdeka - Peserta himpunan sekarang memperolokkan dakwaan kerajaan bahawa mereka mahu “menggulingkan” kerajaan.

Dua orang kelihatan berbaring di jalan dan beberapa yang lain menjerit: “Tepi sikit! Kami nak guling ke Dataran Merdeka”.

Aksi itu cuma diperhatikan orang anggota polis di kawasan itu.

9.30pm, SOGO - Lebih 1,000 sudah berkumpul di hadapan kompleks membeli belah SOGO sekarang dengan nyanyian penaik semangat dan sorakan "Turunkan harga barang" dan Hidup Rakyat" masih kedengaran.

Peserta turut mula turun ke Jalan Tuanku Abdul Rahman dan meminta agar kereta membunyikan hon sebagai tanda sokongan. Sebilangan kecil peserta juga mula berarak ke arah Dataran Merdeka.

Mereka dipercayai sedang menunggu pimpinan dari NGO Turun untuk berarak ke arah Dataran Merdeka dan Menara DBKL.

Beberapa peserta turut mengambil kesempatan mengisi perut di gerai yong tau fu dan makanan ringan oleh peniaga di tepi jalan.

Keadaan agak tenang tetapi bingit dan sesak. Masih tiada polis berhampiran.

Dataran Merdeka - Peserta dari Masjid Jamek yang bergerak ke Dataran Merdeka dari Dataran DBKL dibenarkan melepasi lapisan pertama hadangan yang dikawal DBKL.

Bagaimana pun, mereka dihalang oleh satu lagi lapisan yang dikawal polis di depan Panggung Bandaraya.

Pasar Seni - Penyelaras Suaram Syukri Razab kelihatan sedang meninjau di Dataran Merdeka sama ada terdapat tangkapan dibuat oleh pihak polis.

Beliau memberitahu, barisan peguam disediakan jika terdapat sebarang masalah.

9.00pm, Masjid Jamek - Kumpulan dari Masjid Jamek mula bergerak ke Dataran Merdeka sambil melaungkan 'Reformasi', "Hidup Rakyat" dan "Bangkit Rakyat".

Sewaktu melintasi Dataran Merdeka, polis dan petugas DBKL kelihatan sudah bersedia di sebalik hadangan masuk ke Dataran Merdeka.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...